Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: azrin80
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43100

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26

  Yang Masuk Ke Sini
wadud: 2 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
syahidatul: 27 hari yang lalu
raudhahasanah: 29 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pelajar Perempuan Menuju Kerosakan !!!

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pelajar Perempuan Menuju Kerosakan !!!

Please Mendaftar To Post

Oleh Pelajar Perempuan Menuju Kerosakan !!!

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 11:50

Pelajar perempuan samseng : belasah, bogel, rakam
July 30, 2007

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]

KUANTAN: Sembilan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dekat Rompin, didakwa bertindak ala Mafia dengan membelasah dan merakam gambar bogel seorang rakan mereka menggunakan telefon bimbit.

Kejadian berlaku di sebuah Felda dekat Muadzam Shah apabila mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan ke rumah rakannya kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Bagaimanapun, dia dihalang sembilan pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sekolah sama sebelum seorang daripada mereka menghampirinya.

Menurut sumber, pelajar terbabit bertanyakan kepada mangsa mengenai sama ada dia pernah mengutuknya, termasuk memperli dirinya ‘gemuk’ tetapi mangsa menafikannya.

Bagaimanapun, pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu membelasah mangsa sebelum disertai lapan rakannya yang menanti peluang bagi melepaskan geram.

“Mangsa dibelasah bertubi-tubi termasuk ditumbuk dan ditampar sebelum diterajang sehingga tergolek di tepi jalan hingga menyebabkan mangsa cedera dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Tidak puas dengan perbuatan itu, sembilan pelajar terbabit membogelkan mangsa dengan menanggalkan baju dan seluar dalamnya hingga tidak tinggal seurat benang.

“Mangsa yang tidak berdaya melawan atau melarikan diri hanya membiarkan colinya dipotong menggunakan gunting,” katanya.

Selepas itu, katanya, seorang daripada pelajar terbabit merakam gambar bogel mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tersadai di tepi jalan.

Penyerang ‘Minah Rewang’ itu kemudian beredar sebelum mangsa yang kesakitan dan menangis memakai baju yang ditanggalkan lalu pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya dan mereka membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, pada hari sama.

“Akibat dibelasah sembilan pelajar perempuan itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di Rompin kerana kecederaan di badan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan sembilan pelajar perempuan di rumah mereka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut.

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 11:59

uucp://img294.imageshack.us/img294/8141/apanakjadijm4.jpg

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 12:01

hmm dunia2

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

fizah866
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30106
Posting: 60

blank   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 12:19

hmm macam-macam

Bookmark and Share

  Member Information For fizah866Profil   Hantar PM kepada fizah866   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  

posticon Posting pada: 21-09-07 12:32

Assalamualaikum wwt...

Ana berpendapat feedback daripada someone ini boleh dikongsi bersama...
Jawapan yang paling utama dan yang paling baik kepada permasalahan di atas ialah kerana .kita umat Islam hari ini sudah tidak mengambil berat lagi terhadap soal-soal agama. Kita leka dengan masa yang dihabiskan untuk duniawi, mencari harta sebanyak mungkin, mencari wang untuk memenuhi poket, mengejar rezeki secara berlebihan dan semua ini menjadikan kita mengabaikan tugas kita untuk agama bagi diri sendiri, agama untuk isteri, suami dan lebih-lebih lagi agama buat anak-anak yang menjadi amanah sebagai melahirkan mereka umat Islam sejati atau  mukmin syadiqan.

Mari lihat dalam keluarga kita sendiri. Apakah anak-anak kita telah memahami Islam dengan sebaiknya? Apakah keluarga kita termasuk dalam golongan orang yang menunaikan tuntutan agama yang paling basic iaitu menunaikan sembahyang lima waktu? Anak-anak kita sudah dilatih berpuasa? Anak-anak kita boleh bersyahadah tauhid dan syahadah Rasul dengan lancar? Anak-anak kita sudah boleh membaca Al-Quran? Khatam Quran? Kalau jawabannya YA. Ada pertanyaannya lagi adakah kita ini adalah anak yang taat kepada kedua ibubapa? Kita tidak pernah melukai atau mengecilkan hati ibubapa kita? Begitu juga dengan anak-anak kita, adakah mereka anak yang taat, hormat dan kasih kepada kita atau anak-anak kita selalu sahaja engkar kepada nasihat arahan dari kita? Semuanya ini asas dan perdu segala pokok didikan yang akan menentukan arah tuju anak-anak dimasa hadapan.

Yang paling kita khuatiri dan bimbangkan sekali ialah remaja-remaja ini apabila membesar tanpa ada asas Al-Quran, tanpa asas agama mudah hanyut terjebak dalam segala kemungkaran. Ini tidak termasuk apabila kita perhatikan betapa budaya memurtadkan umat Islam seperti menghasut menjadi kristian begitu rancak bergiat cergas. Cuba kita renungkan sejenak. Jika remaja yang ada asas agama pun masih boleh dipesongkan hidup mereka apatah lagi remaja yang membesar tanpa ada asas agama langsung. Asas seperti fardu ain, fardu kifayah, rukun iman, rukun Islam belum cukup bentengnya bagi menahan serangan godaan nafsu dan bisikan syaitan yang melakukan serangan bertubi-tubi. Hanya keimanan yang tinggi, taat sepenuhnya kepada ajaran agama, memahami Islam secara syumul dapat memperkukuhkan iman menjadi ketahanan kepada segala serangan.
 
Kesimpulannya, . didikan agama yang kukuh. adalah tunjang kepada membentuk akhlak seseorang Islam itu. Dalam apahal sekalipun didikan agama yang sempurna, menanamkan keimanan yang hakiki, semangat dan roh Islam tulin dalam jiwa raga adalah benteng yang paling kukuh untuk pertahankan roh dan jasad dari serangan luar yang cuba merosakan seseorang individu Islam. Maka kita sebagai ibubapa mari renungkan sejenak apakah anak-anak yang di dalam didikan kita sudah kita berikan segala asas dan keperluan agama. Jika belum atau anak-anak kita tidak memahami agama Islam yang dianuti ayah ibunya maka apakah jawaban kita kepada Allah swt apabila kita mengadapnya nanti.

-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..

Bookmark and Share

  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  

posticon Posting pada: 21-09-07 14:10

susahnya nak bela anak perempuan....susahnya nak cari isteri yang baik sekarang ini.

budak-budak perempuan macam ini kalau hantaran dia tetap mahal dan tinggi padahal akhlak hancus....tak tahulah nak cakap.....kot2 akhlak yang buruk ini disama tarafkan dengan memiliki PhD atau master......sememangnya masyarakat kita sedang menuju ke lembah kerosakkan.....rosak segala-galanya....bahkan sengaja merosakkan kesucian berumahtangga dengan meletakkan mahar yang tinggi (sebab hantaran tinggi).

Bookmark and Share

  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 14:46

teruk-teruk...sekarang ni kena hati-hati.....

[ Telah diedit oleh: eyla05 pada 21-09-07 14:46 ]

Bookmark and Share

  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 14:56

erm.........

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 14:57

erm......... sedih juga...lah...saya...

Bookmark and Share

  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 15:32

Pada 21-09-07 12:32 , atie82 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wwt...

Ana berpendapat feedback daripada someone ini boleh dikongsi bersama...
Jawapan yang paling utama dan yang paling baik kepada permasalahan di atas ialah kerana .kita umat Islam hari ini sudah tidak mengambil berat lagi terhadap soal-soal agama. Kita leka dengan masa yang dihabiskan untuk duniawi, mencari harta sebanyak mungkin, mencari wang untuk memenuhi poket, mengejar rezeki secara berlebihan dan semua ini menjadikan kita mengabaikan tugas kita untuk agama bagi diri sendiri, agama untuk isteri, suami dan lebih-lebih lagi agama buat anak-anak yang menjadi amanah sebagai melahirkan mereka umat Islam sejati atau  mukmin syadiqan.

Mari lihat dalam keluarga kita sendiri. Apakah anak-anak kita telah memahami Islam dengan sebaiknya? Apakah keluarga kita termasuk dalam golongan orang yang menunaikan tuntutan agama yang paling basic iaitu menunaikan sembahyang lima waktu? Anak-anak kita sudah dilatih berpuasa? Anak-anak kita boleh bersyahadah tauhid dan syahadah Rasul dengan lancar? Anak-anak kita sudah boleh membaca Al-Quran? Khatam Quran? Kalau jawabannya YA. Ada pertanyaannya lagi adakah kita ini adalah anak yang taat kepada kedua ibubapa? Kita tidak pernah melukai atau mengecilkan hati ibubapa kita? Begitu juga dengan anak-anak kita, adakah mereka anak yang taat, hormat dan kasih kepada kita atau anak-anak kita selalu sahaja engkar kepada nasihat arahan dari kita? Semuanya ini asas dan perdu segala pokok didikan yang akan menentukan arah tuju anak-anak dimasa hadapan.

Yang paling kita khuatiri dan bimbangkan sekali ialah remaja-remaja ini apabila membesar tanpa ada asas Al-Quran, tanpa asas agama mudah hanyut terjebak dalam segala kemungkaran. Ini tidak termasuk apabila kita perhatikan betapa budaya memurtadkan umat Islam seperti menghasut menjadi kristian begitu rancak bergiat cergas. Cuba kita renungkan sejenak. Jika remaja yang ada asas agama pun masih boleh dipesongkan hidup mereka apatah lagi remaja yang membesar tanpa ada asas agama langsung. Asas seperti fardu ain, fardu kifayah, rukun iman, rukun Islam belum cukup bentengnya bagi menahan serangan godaan nafsu dan bisikan syaitan yang melakukan serangan bertubi-tubi. Hanya keimanan yang tinggi, taat sepenuhnya kepada ajaran agama, memahami Islam secara syumul dapat memperkukuhkan iman menjadi ketahanan kepada segala serangan.
 
Kesimpulannya, . didikan agama yang kukuh. adalah tunjang kepada membentuk akhlak seseorang Islam itu. Dalam apahal sekalipun didikan agama yang sempurna, menanamkan keimanan yang hakiki, semangat dan roh Islam tulin dalam jiwa raga adalah benteng yang paling kukuh untuk pertahankan roh dan jasad dari serangan luar yang cuba merosakan seseorang individu Islam. Maka kita sebagai ibubapa mari renungkan sejenak apakah anak-anak yang di dalam didikan kita sudah kita berikan segala asas dan keperluan agama. Jika belum atau anak-anak kita tidak memahami agama Islam yang dianuti ayah ibunya maka apakah jawaban kita kepada Allah swt apabila kita mengadapnya nanti.

ana setuju kata ibu atie 82.... tapi ana belum brumah tangga lagi..
apapun tanggungjawab sebagai abang masih terpikul atas bahu ana... tapi ana berjauhan dengan mereka... berjumpa pun 2-3 bulan sekali atau time raya atau cuti..... dah 6 tahun ..... :-(

p/s mybe ramai yang sama situasi dengan ana...

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  

posticon Posting pada: 21-09-07 15:39

Pada 21-09-07 15:32 , aye posting:

Ehem...pembetulan en aye..ana belum kahwin lagilah..wawawawa...

Jangan sempitkan pemikiran tu..feedback kat atas tu mengandaikan kita berperanan sebagai IBUBAPA... :roll:

-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..

Bookmark and Share

  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 15:39

sedih betul lah..
macam mana pula gan anak2 kita nanti...???

Bookmark and Share

  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 15:41

uucp://www.utusankarya.com.my/images/style3/harmoni02.jpg

http://www.utusankarya.com.my/index.php?ch=14
Fokus: Budaya Berseronok Punca Remaja Buang Bayi?

Dalam mencari punca mengapa fenomena ini terjadi dalam masyarakat hari ini, Harmoni mendapat penemuan yang mengejutkan terutama dalam aspek amalan seks bebas di kalangan remaja hari ini.
Apa yang pasti, dalam temu bual dengan dua remaja yang
pernah terjebak dalam seks bebas dan melahirkan bayi luar nikah, membuktikan budaya berseronok sudah menjadi sebahagian daripada hidup generasi hari ini. ``Kami hanya ingin berseronok. Kami tak mahu bayi, sebab itu kami terpaksa tinggalkan mereka,'' akui salah seorang remaja belasan tahun yang telah hamil tiga kali hasil hubungan bebas bersama teman lelakinya.
Namun seperti kata pakar psikologi kanak-kanak dan remaja UKM, Dr. Khaidzir Ismail, remaja yang terjebak dalam gejala sosial sebegini adalah individu normal tetapi mereka mempunyai tingkah laku tidak normal atau psikopat - iaitu melakukan kesalahan tanpa rasa kesal.

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 15:43

Pada 21-09-07 15:39 , atie82 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-09-07 15:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

ana setuju kata ibu atie 82.... tapi ana belum brumah tangga lagi..
apapun tanggungjawab sebagai abang masih terpikul atas bahu ana... tapi ana berjauhan dengan mereka... berjumpa pun 2-3 bulan sekali atau time raya atau cuti..... dah 6 tahun ..... :-(

p/s mybe ramai yang sama situasi dengan ana...

Ehem...pembetulan en aye..ana belum kahwin lagilah..wawawawa...

Jangan sempitkan pemikiran tu..feedback kat atas tu mengandaikan kita berperanan sebagai IBUBAPA... :roll:

habis tu saudari cakap macam diri saudari sebagai ibubapa... :lol:
sebab tu ana ingatkan dah kawin dan sudah mempunyai anak2... :-D

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  

posticon Posting pada: 21-09-07 15:50

Adehhh...what everle :-D

-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..

Bookmark and Share

  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 21-09-07 16:25

Assalamualaikum...
yang sedih tentang berita ni...perlakuan perempuan ni..diketuai oleh seorang perempuan yang bersifat seperti ustazah...pakaian tudung labuh..tapi, bila keluar daripada sekolah...tak pakai tudung...selalu bertukar2 pasangan...kata berita lah....
entahlah...sedih...imej muslimah yang baik tercalar...selalu saja tercalar...

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syazmi_8283
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31034
Posting: 141
Dari: melaka

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 21-09-07 16:38

Pada 21-09-07 16:25 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...
yang sedih tentang berita ni...perlakuan perempuan ni..diketuai oleh seorang perempuan yang bersifat seperti ustazah...pakaian tudung labuh..tapi, bila keluar daripada sekolah...tak pakai tudung...selalu bertukar2 pasangan...kata berita lah....
entahlah...sedih...imej muslimah yang baik tercalar...selalu saja tercalar...

kawan setuju dengan kata-kata senior tu.........
sekarang banyak ipta dan ipts lebih dasyat dari itu.
malah ada ipts dan ipts yang menekan kan lebih kepada agamalebih dasyat dr tu........
pengunaan IT dan TELEKOMUNIKASI telah disalah guna pakai pada mereka......
yang lebih memalukan mereka adalah dari bangsa melayu dan beragama ISLAM....
kawan terpikir Kenapa bangsa lain dalam malaysia ni jarang kita dengar perkara sebegini berlaku berbading melayu .. Kenapa sanggup membelakang kan agama ISLAM sebagai pedoman dan pegangan.

-----------------
hidup biar penuh dengan ilmu di dunia dan akhirat.

Bookmark and Share

  Member Information For syazmi_8283Profil   Hantar PM kepada syazmi_8283   Pergi ke syazmi_8283's Website   Quote dan BalasQuote

fathiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9

Perak  

posticon Posting pada: 21-09-07 17:08

ana rasa sedih sangat bila baca pasal isu perempuan ni..ada jugak perempuan yang nak malukan kaum sendiri..rasa sebak sangat..beginilah jadinya kalau ilmu yang ada diamalkan..

bangunlah wahai SYABAB..

sedarlah wahai FATAYAT..

kalian bukan memulakan perjuangan tetapi kalian adalah mata2 yang menyambung rantai perjuangan..bantulah saudara2 kita yang masih ketandusan iman..didiklah mereka..gunakanlah ilmu yang ada..mencegah itu lebih baik daripada mengubati..

"Ya Allah, Kau teguhkanlah iman kami di atas agamaMu"

-----------------
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Bookmark and Share

  Member Information For fathihaProfil   Hantar PM kepada fathiha   Pergi ke fathiha's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar

posticon Posting pada: 21-09-07 21:43

umat akhir zaman..

Bookmark and Share

  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

scenario
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..

Perak  

posticon Posting pada: 22-09-07 09:32

Lihatlah panorama dunia,manusia bagaikan hilang rasa malunya..
maruah, yang menjadi maharnya..
tergadai sia,bagai tiada berharga.

dimanakah budinya,dimanakah akhlaknya..
sungguh pilu dan sayu..mengenangkanya...

Santun tiada lagi, nafsu membimbing hati..
kehormatan diri, tidak dipeduli.....................

Bookmark and Share

  Member Information For scenarioProfil   Hantar PM kepada scenario   Pergi ke scenario's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  

posticon Posting pada: 22-09-07 09:49

Kita semakin hampir dengan kiamat. Semakin hari semakin merosakkan.Semakin hari semakin merisaukan. Semakin hari semakin terfikir adakah cerita yang lebih elok dan baik pada esok hari? Dan lebih terfikir macam mana diri ini perlu survive dan terus hidup untuk mengharuingi kehidupan akhir zaman ini?

Bookmark and Share

  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  

posticon Posting pada: 22-09-07 09:55

null

BAYI DI BUANG DARI TINGKAT 17

Nampaknya kita dah terlebih dari zaman Jahiliyyah .

Bookmark and Share

  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 11:45

semua tu dah diceritakan jadi tak perlu kita hairankan.

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 22-09-07 11:52

zalimnya kita terhadap diri sendiri..zalimnya pada orang lain..zalimnya pada masa depan sendiri..
beginikah keadaannya diri kita untuk mengadap Allah swt..
Sedarlah perempuan,

sedihlah saya..zaman sekarang banyak perkara yang dasyat berlaku..
bukan hairan..tapi tertanya2 apakah pada masa depan ada yang lebih buruk lagi..

peranan ibu bapa semakin berat..begitu juga guru..
lalu nasihat siapa yang dia akan dengar lagi?

Bookmark and Share

  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  

posticon Posting pada: 22-09-07 14:17

Terkenang zaman jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah saw.

Membunuh anak perempuan, berzina, merompak, berjudi dan kegiatan-kegiatan kurang bermoral yang seangkatan.

Hari ini kes membunuh bayi (lelaki dan perempuan), zina (+video lucah made in malaysia), merompak, judi dan lain-lain seolah-olah kini menjadi perkara 'normal' dalam media kita.

Menakutkan. Tapi inilah hakikat.
Apa peranan kita?

Bookmark and Share

  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 23-09-07 16:47

kita seperti buat tak reti sahaja

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 10:23

Sajak Istimewa dari Hj Akhil Hayy Rawa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan saja lah minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mahu ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  

posticon Posting pada: 24-09-07 14:28

apabila undang-undang islam tidak diamalkan, hasilnya seperti yang ada sekarang...

apabila agama itu tinggal sekadar di masjid atau di surau tidak menjadi amalan sepanjang masa, hasilnya lihatlah sekarang...

apabila agama itu menjadi semakin peribadi, tidak boleh dibincang secara umum kerana sensitiviti masyarakat, lahirlah generasi yang tidak kenal agama...

hasil ini bukan kita perolehi dari perbuatan kita yang semalam atau yang seminggu lepas, tapi hasil dari sistem yang diamalkan sejak berpuluh tahun lepas... kesannya sekarang baru kita nampak...

jalan penyelesaiannya juga perlu kepada proses masa yang sama, jadi mulakan dari sekarang...

Bookmark and Share

  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  

posticon Posting pada: 24-09-07 15:27

Assalamualaikum..
huhu...bestnya sajak ni...semaunya at at belakangnya... ;-)

Bookmark and Share

  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-09-07 15:57

Pada 24-09-07 15:27 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..
huhu...bestnya sajak ni...semaunya at at belakangnya... ;-)

kalau akhi dengar dalam bentuk vedio atau audio dr akhi hayy lagi best... :-D

-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.152908 saat. Lajunya....