Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 177
Ahli: 0
Jumlah: 177




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kerisauan gempa bumi


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kerisauan gempa bumi

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerisauan gempa bumi

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 13:50


/
ORANG ramai membanjiri kawasan pantai Persiaran Gurney, Pulau Pinang untuk melihat kemungkinan berlaku sekali lagi kejadian tsunami setelah berlaku gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter di Jambi selatan Sumatera.

Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, masyarakat di Bengkulu dan Padang, Sumatera terpaksa menyambutnya di celah-celah runtuhan akibat gempa bumi besar.

Beberapa pakar seismologi pernah mengatakan kawasan Sumatera akan menghadapi risiko lebih banyak gempa bumi kuat dan tsunami besar pada masa depan kerana sebahagian daripada gelinciran yang berlaku pada tahun 2004 mengalami tekanan semakin meningkat dan boleh berganjak pada dekad-dekad akan datang. Kini trend itu sedang berlaku.

Jadi fakta yang menyatakan Malaysia tidak menghadapi bahaya gempa bumi sebelum ini, kini perlu dikaji semula. Selepas bencana tsunami melanda negara, kita masih terus terasa gegaran akibat gempa bumi di Indonesia sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini.

Kedudukan negara ini nampaknya belum terjamin walaupun dikatakan berada di kawasan yang dianggap stabil. Ini kerana negara kita dikelilingi kawasan yang sangat aktif dengan aktiviti gempa bumi.

Penduduk di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia, terutama yang tinggal di bangunan tinggi, kini dapat merasai gempa bumi yang berlaku di seberang Selat Melaka.

Beberapa gegaran kesan gempa bumi di Sumatera yang dirasai oleh rakyat negara ini cukup membimbangkan. Ada pakar geologi memberi amaran bahawa risiko Malaysia untuk menerima kejutan gempa bumi semakin hampir.

Namun Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ibrahim Komoo yang dihubungi semalam, berpandangan bahawa untuk Malaysia mengalami gempa bumi besar mungkin tidak ada tetapi gempa bumi kecil barangkali ada seperti yang dirasai di Sabah dan Sarawak.

Menurut ahli geologi ini lagi, kejadian gempa bumi biasanya berkaitan dengan kawasan yang aktif berlaku gempa bumi. “Rekod seratus tahun lalu, kita sudah mengenal pasti tak ada kawasan di Malaysia akan mengalami gempa bumi besar. Dengan pengetahuan sains yang kita ada, boleh dikatakan tidak ada gempa bumi besar akan berlaku di Malaysia.

Gempa bumi di Sumatera yang berlaku sejak malam 13 September dan diikuti gempa bumi susulan dua hari berturut-turut menimbulkan perasaan panik sesetengah rakyat di negara kita.

Menurut Prof. Ibrahim ada dua kejadian apabila berlaku gempa bumi. Ia boleh menyebabkan berlaku tsunami dan gegaran.

“Persediaan yang diambil oleh Malaysia untuk menghadapi kemungkinan berlaku ancaman tsunami boleh dikatakan mencukupi. Tinggal lagi kita kekurangan maklumat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai gempa bumi.

“Tahap kerisauan orang ramai nampaknya masih tinggi. Gempa bumi baru-baru ini berlaku di Bengkulu (barat daya Sumatera) tetapi orang ramai telah diberi amaran tentang kemungkinan berlaku tsunami.

“Perkara penting ini patut diambil perhatian oleh kerajaan kerana untuk berlaku tsunami ke kawasan pantai Semenanjung adalah tipis. Adalah berbeza jika gempa bumi itu berlaku di sebelah laut utara Sumatera,” kata Prof. Ibrahim.

Mengenai impak gegaran gempa bumi ke atas negara ini beliau mencadangkan supaya kajian lebih lanjut dilakukan untuk melihat keamatan gempa bumi yang berlaku sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Adakah ia boleh menyebabkan kerosakan besar ke atas bangunan-bangunan di negara ini?

“Gempa bumi dua tiga hari lalu menyebabkan beberapa bangunan tinggi di bandar besar kita bergoyang tetapi tanpa kerosakan serius. Ini kerana keamatannya sekitar 4 pada skala Richter. Namun perlu dijalankan kajian lanjut apabila berlaku gegaran lagi,” jelas beliau.

Selain memberi kesedaran tentang gempa bumi dan tsunami secara berkesan kepada orang ramai, Prof. Ibrahim juga menggesa persediaan dari segi struktur binaan yang dapat menahan gegaran gempa bumi diberi perhatian mulai sekarang.

Selain kajian mengenai kesan gegaran itu, risiko yang timbul daripada kesan gempa bumi baru-baru ini juga patut terus dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Malah kaedah pengesan gempa bumi yang ada sekarang perlu dilihat semula supaya maklumat yang ada semakin mendalam. Kerajaan perlu memastikan pengesan gempa bumi di negara ini mencukupi bagi membolehkan amaran awal dikeluarkan.

Sistem amaran awal itu bukan hanya untuk tsunami tetapi juga bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai risiko jika berlaku gempa bumi terutama kepada mereka yang tinggal di bangunan tinggi seperti rumah pangsa dan pangsapuri.

Kejadian gempa bumi di Sumatera kelmarin turut mencetuskan suasana panik di kalangan ribuan penghuni rumah pangsa dan beberapa buah bangunan tinggi di negara ini dan ada di antaranya mengalami keretakan.

Fenomena ini meletakkan Malaysia masih belum selamat daripada kesan gempa bumi walaupun terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik yang kerap dilanda bencana tersebut.

Walaupun kedudukan Semenanjung Malaysia sekitar 400 hingga 500 kilometer jauh dari lingkaran tersebut, namun kesan daripada gempa bumi ataupun letupan gunung berapi dari kawasan lingkaran itu mahupun kawasan-kawasan lain masih boleh dirasai.

Melihat suasana rakyat menghadapi bencana besar, barangkali masih belum terlambat untuk pihak berkuasa negara ini terus mengadakan latihan bagi menghadapi gempa bumi dan tsunami bagi mempersiapkan orang ramai menghadapi situasi kecemasan seumpama itu.

Walaupun kejadian tsunami 26 Disember 2004 telah berlalu, ramai rakyat negara ini belum diberi maklumat secukupnya mengenai bagaimana hendak bertindak sekiranya dilanda gempa bumi atau tsunami.

Trend kekerapan kejadian gempa bumi di negara jiran kita, Indonesia sepatutnya menyedarkan pelbagai pihak tentang pentingnya orang ramai diberi maklumat dan langkah-langkah perlu diambil untuk menangani masalah bencana, memberi tindak balas segera dan cara mengurus risiko bencana.

Melihat gambar sisa-sisa runtuhan bangunan selepas gegaran gempa bumi di Sumatera, maka jelas salah satu puncanya adalah kerana bahan pembinaan yang tidak berkualiti di samping pembinaan yang tidak mengambil kira kesan gempa bumi.

Bagaimana dengan bangunan tinggi di negara ini?

Kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak boleh sentiasa merasa selamat dan selesa daripada sebarang kejadian gempa bumi atau bencana alam lain. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 15-09-07 21:37


Assalamualaikum,

memang kita cemas bencana ini...oleh kita kena ganding bahu supaya diri kita tunduk kepada hukum Allah...(mesej ini bukan saja dituju khas untuk rimbabara jee)

http://www.youtube.com/watch?v=5gwlsuW8cXU

InsyaAllah...Allah Yang Mengatur Segala Kejadian...ada hikmahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 22:35


alhamdulilah kat tempat ana tak rasa pula gegarannya...walaupun berdekatan dengan kulai..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 22:53


Tanda-tanda sudah semakin dekat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

zaLzaLah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR

singapore  


posticon Posting pada: 16-09-07 00:50


tempat ana di singapura terasa gegaran gempa bumi..masya-allah,mabuk sekejab kepala ana..sangat mengerunkan..2kali ana mengalami..waktu petang dah nak mghrib begitu & esok pagi..
ana bygkannnnn mcmnelah qiamat gegaran baru sikit rasa ana dah nak pitam..mudah-mudahan Allah matikan kita semua sebelum datangnya hari qiamat...amiin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaLzaLahProfil   Hantar PM kepada zaLzaLah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 21:59


tu baru sikit kalau kena macam umat2 terdahulu mcam mana

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1091 saat. Lajunya....