Oleh |
Iklan kerja tetap SPA sepanjang tahun |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 15-09-07 13:45
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) membuka iklan tawaran sepanjang tahun untuk kerja tetap dalam sektor awam menerusi laman web Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun berkata, iklan itu juga disiarkan dua kali setahun dalam akhbar dan tiada alasan langsung untuk mengatakan promosi kerja kontrak SPA dikatakan melebihi promosi kerja tetap. “SPA mengiklan dalam laman web jika ia mengenal pasti keperluan untuk jawatan tetap. “Namun, jika agensi berkenaan memikirkan perkhidmatan berkenaan hanya bermusim atau skop fungsi sesuatu jawatan tidak memerlukan jawatan tetap yang berpanjangan, maka ia hanya diiklan dalam akhbar untuk jawatan kontrak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai bilangan iklan kerja kosong untuk jawatan kontrak sektor awam dalam akhbar pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Menjawab soalan tambahan Hamim Samuri (BN-Ledang) tentang pegawai kontrak yang diberi layanan yang tidak setimpal untuk dilantik ke jawatan tetap dan sering terabai kerana dikatakan sudah mempunyai kerja semasa temu duga, Entulu menafikan perkara itu. “Kakitangan kontrak sentiasa menjadi keutamaan untuk diberikan jawatan tetap,”
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 15-09-07 15:23
tak pernah nampak pun..dalam bulan berapa ek iklan..??
|
rzie79
Warga Rasmi Menyertai: 24.10.2008 Ahli No: 35562
Posting: 3
Dari: kuala selangor
|
Posting pada: 28-10-08 11:58
haah... tak pernah nampak pun..... sesiapa yang pernah nampak boleh lah info....thank you
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 29-10-08 19:05
xpena nampak jugak,,.............sesiapa yang tau , info lah kat kita..tx...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 29-10-08 22:27
rasanya yang dimaksudkan itu ialah sistem SPA yang sekarang ni lah...maknanya, kita mendaftar..then kena tunggu sampai dia panggil..tak begitu?
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 29-10-08 22:34
ishk..setahun kemudian saya jawab.. actly dia keluar kat paper 2tahun sekali..awal dan ptgahan tahun..tu pun hanya iklan..tak ada form..last2 dia akan persilakan kita ziarah ke website dia tu.. so Kalau mahu lihat segalanya tentang spa lawatilah www.spa.gov.my
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 30-10-08 01:14
erm..bukan ke kita terus isi saja borg kat SPA, lepas itu tunggu jawapan....kalau dah setahun dah tak valid dah borang itu....kalau tak silap lah...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 30-10-08 06:55
Pada 29-10-08 22:34 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! ishk..setahun kemudian saya jawab..
actly dia keluar kat paper 2tahun sekali..awal dan ptgahan tahun..tu pun hanya iklan..tak ada form..last2 dia akan persilakan kita ziarah ke website dia tu..
so Kalau mahu lihat segalanya tentang spa lawatilah www.spa.gov.my pernah isi kat adik....secara online bila dapat tawaran dia tak nak pulak....huhu....maklum lah berapa kerat kaum adam yang minat nak ceburi separaperubatan..... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 30-10-08 09:16
sepanjang tahun tu maksudnya permohonan laku setahun, lepas itu setahun kalau tak ada apa-apa panggilan temuduga ke apa ke....kena buat pemohonan semula lah...tak semstinya ada dalam akhbar or media dimaklumkn ada kekosongan...just rajin2 lah buka web www.spa.gov.my.... apply saja permohonan, tak perlu tunggu ada jawatan kosong...sebab dalam kita tengah apply tu ada kekosongan jawatan...permohonan kita akan ditengok....bukan bererti kita tunggu jawatan kosong baru nak isi spa tu.... p/s : saya kerja gov tu saja2 isi SPA tu, 4 bulan kemudian dapat panggilan untuk temuduga...tak sampai 2 bulan, dipanggil bekerja....dapat lah tu....
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 30-10-08 10:45
emmm...kekadang ini SPA kata banyak kekosongan tapi last2 kita ni yang dah isi banyak kali form....pergi exam banyak kali...dapat keputusan lulus...tapi tak ada pun dapat lepas pergi interview...bagaimana? itu???huhuuuu...bukan rezeki lagi agaknya...banyakkan sabar..
|
adh_ham
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.01.2005 Ahli No: 13658
Posting: 37
Dari: Tsik Pmysuree, Cheras
|
Posting pada: 02-12-08 07:23
huhu..teringin juga nak jadi pegawai gomen..tapi tak pernah lulus exam..apa kes ini!
|
solehen
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul
|
Posting pada: 25-12-08 16:20
tak perasan pula aku..sekarang ni susah betul nak dapat darpd SPA tu..huhuhuhuhuu
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 25-12-08 18:13
Best ke eh jadi orang Gomen...
|
solehen
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul
|
Posting pada: 25-12-08 19:35
ala org gomen pun macam biasa saja..tak lah best sangt..huhuuhuh
|