Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Jangan cepat ‘besar kepala’


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Jangan cepat ‘besar kepala’

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan cepat ‘besar kepala’

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-07 13:55


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain dan pengurusan skuad bawah 23 tahun Malaysia yang telah berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun untuk muncul juara Pestabola Merdeka.

Kemenangan ini sememangnya disambut dengan penuh kegembiraan dan penuh harapan bahawa sukan bola sepak di Malaysia mampu untuk bangkit semula setelah melalui era merudum yang amat menggusarkan.

Namun apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai kerajinan dan kesungguhan para pemain muda berbanding para pemain senior. Kombinasi sikap positif merupakan elemen utama kejayaan yang bukan sahaja dalam bidang sukan bola sepak atau bidang sukan lain, malahan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan lain-lain lagi.

Tanpa kesungguhan dan kerajinan, adalah amat sukar untuk meraih kejayaan. Perlu ditekankan bahawa kesungguhan tersebut bukan untuk semusim atau apabila telah terkenal, maka kesungguhan tersebut turut luput dibuai keasyikan pujian dan sanjungan.

Saya amat bersetuju dengan salah satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Azalina Othman Said, yang bermaksud supaya ahli-ahli sukan atau atlet yang telah mempunyai nama atau yang telah berjaya tidak lupa daratan dan mengamalkan sikap ‘besar kepala’.

Ingatan tersebut perlu diserapkan dalam setiap jiwa dan sanubari ahli-ahli sukan dan keseluruhan rakyat Malaysia yang sedang menceburi apa jua bidang. Kesungguhan yang berterusan tanpa alpa dengan pujian dan usaha yang tak pernah kenal jemu perlu terus diamalkan dan dipertingkatkan bagi menjadikan rakyat Malaysia sebagai pesaing yang disegani dan digeruni oleh masyarakat antarabangsa.

Persaingan yang semakin sengit dalam semua bidang perlu kita harungi dan mengecapi seberapa banyak kejayaan bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan pencapaian negara-negara maju.

Perjalanan skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia masih jauh dan pasti akan menghadapi ranjau serta kesukaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Kejayaan yang baru diperoleh perlu dipuji dan semestinya dijadikan tapak permulaan untuk meraih kejayaan seterusnya yang lebih gemilang. Penat lelah dan kesungguhan pihak pengurusan dan pemain skuad ini telah melahirkan suatu pengharapan baru seolah-olah mati hidup semula di kalangan para peminat sukan nombor satu tanah air.

Pengalaman dan kesungguhan Nicol Ann David, Malek Noor, Shalin Zulkifli, Sazali Samad dan beberapa atlet Malaysia yang telah menempa nama di peringkat dunia atau ‘kelas dunia’ perlu diusahakan untuk dibukukan oleh kementerian yang berkaitan untuk dijadikan garis panduan asas yang perlu diterap dan diamalkan oleh setiap atlet yang ingin mewakili Malaysia dalam apa jua bidang sukan.

Pengalaman dan sikap positif mereka yang telah memenangi beberapa persaingan di peringkat dunia perlu dicontohi dan perlu dikongsi bersama oleh atlet-atlet yang lain.

Kemenangan skuad Malaysia dalam pertandingan Pestabola Merdeka amat sinonim dengan ketibaan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-50.

Peristiwa ini pasti akan terus dikenang berikutan angka jubli emas ulang tahun kemerdekaan negara. Dan ia pasti akan terus dikenang untuk tempoh yang berpanjangan sekiranya kejayaan yang dikecapi tersebut merupakan permulaan rentetan kejayaan berikutnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.269264 saat. Lajunya....