Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 100
Ahli: 0
Jumlah: 100




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jauhi bid


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jauhi bid

Please Mendaftar To Post


Oleh Jauhi bid

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 22:45


Assalamualikum WBT. Bulan sya'ban dah nak sampai pertengahannya.

Apa ada dengan pertengahan sya'ban? Apa ada dengan nisfu sya'ban?

    â€œAllah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya'ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.

Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:

    â€œTidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Sudahlah mennyebarkan bid'ah, kita lalai, lupa sehingga menjadi tali barut penipu dan pendusta dengan menipu masyarakat menggunakan nama Rasul. Ibadah yang tak pernah di ajar Nabi SAW dikatakan di ajar oleh Rasulullah SAW.

    â€œSesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ustaz Asri Zainul Abidin menyebutkan:

    Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:

    â€œHadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)

Apakah modal-modal atau hadiith-hadith palsu yang dijadikan hujah untuk menipu masyarakat ini dan secara tak langsung mengkhianati agama wahyu yang telah sempurna ini?

a) Hadis tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban

Tidak terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa Nabi saw menghidupkan malam Nisfu Sya’ban ini dengan amalan-amalan yang khusus seperti sembahyang sunat yang khas atau doa-doa tertentu. Malah semua hadis tersebut adalah lemah dan palsu. Di antaranya ialah:

- Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: ((Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar))..

    Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

- Diriwayatkan daripada Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ((Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).

    Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128). Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

- Diriwayatkan daripada saja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata: ((Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya)).

    Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Kebanyakan hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih. Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya. Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.

    Al-Hafiz al-Iraqi berkata: ((Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw. Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama)). (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

    Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: ((Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu)).

    (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Ulamak kontemporari masa kini, Syiekh Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

    ((Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah)).

Beliau menambah lagi:

    ((Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya)). (Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan. Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

    ((Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah)). (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)


b) Hadis tentang kelebihan puasa yang khas pada hari Nisfu Sya’ban.

Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah. Tetapi jika seseorang itu berpuasa berdasarkan amalan Nabi saw yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Sya’ban, maka ini adalah suatu amalan yang baik dan digalakkan. Begitu juga jika seseorang itu mengamalkan puasa sunat Hari Putih dan termasuk di dalamnya hari yang ke -15 pada bulan ini atau puasa sunat yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis. Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Sya’ban sahaja dengan menganggap ia adalah sunnah, maka inilah yang dilarang. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi:

    ((Di dalam kaedah syara’, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syara’ kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).

    (Rujuk Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)


Untuk apa kita sibuk-sibuk beramal dengan yang tidak sunnah sedangkan berapa banyak sunnah yang kita abaikan. Bahkan berapa ramai daripada kita meremehkan sunnah-sunnah ada, walaupun sudah mengetahui tentang nya. Lihatlah apa jadi dengan sunnah solat menghadap ke sutrah. Bid’ah nisfu sya’ban lebih popular dengan sunnah yang makin dilupakan ini, bahkan dipandang pelik orang yang sibuk-sibuk mencari dinding atau objek untuk dijadikan sutrah. Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan bersiwak waktu nak solat, waktu nak baca al-Quran? Berapa ramai daripada kita bila mendengar azan akan berselawat? Berapa ramai daripada kita yang mengamalkan doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi SAW ajar? Lihatlah, bid’ah semakin membiak dan sunnah semakin pupus.

Wassalam.

Baca lagi:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=7

http://yapis.blogspot.com/2005/09/nisfu-syaban-hentikan-penyebaran-hadis.html


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 00:47


tetiap kali ada saja.ades.....entah apa lah yang menjadi masalah sangat.kalau nak puasa tu puasa saja lah.taknak sudah.seolah-olah macam isu besar sangat.isu remeh anggap macam besar.isu murtad ataupun orang bukan Islam hina kutuk Islam takmau pula buat kenyataan akhbar.yang orang Islam dok nak kritik kata memacam.seolah-olah en mufti seorang tu saja ikhlas kat dunia ni,orang lain semua tak ikhlas.orang lain semuanya ada kepentingan sendiri takpun pasai meniaga.boleh pergi baca kenyataan dia berkenaan kursus haji.kesarjanaan apa macam tu.nak kata sifat apa pun tatau,cuma satu saja yang sesuai tapi tak sanggup nak kata....

al-albani dulu menggesa suruh rakyat palestin tinggalkan negaranya iaitu palestin.bukannya suruh pertahankan.bab hadis najad pun dah cukup.Nabi dah bagitau awai awai dah.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 00:56


alitantawi wrote:
terdapat juga hadith lain yang menerangkan kelebihan malam itu dan ia
ada dalam sunan IBn Majah dan buku2 lain. ia juga adalah tidak
sahih.

wallahu a'lam


assalamualikum, izin ana menambah.

tentang hadis yang disebutkan dalam quote ustaz Alitantawi tu, ia
dikeluarkan oleh Ibn Majah (no.5665), Ibn Abi Syaibah , Abd Razzaq ,Tabarani , al-
Munziri , Bazzar http://al-ahkam.net/home/modules.php?
op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33350


ps -"Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu dalam urusan agama kami yang tidak ada dasarnya maka amalnya tertolak." (hari Bukhari & Muslim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 24-08-07 05:23


!!! QUOTE !!!

al-albani dulu menggesa suruh rakyat palestin tinggalkan negaranya iaitu palestin.bukannya suruh pertahankan.bab hadis najad pun dah cukup.Nabi dah bagitau awai awai dah.

tolong buktikan kenyataan di atas dan sertakan sekali rujukannya.


-----------------
عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف
[ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 24-08-07 05:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-08-07 10:00


Pada 24-08-07 00:47 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

tetiap kali ada saja.ades.....entah apa lah yang menjadi masalah sangat.kalau nak puasa tu puasa saja lah.taknak sudah.seolah-olah macam isu besar sangat.isu remeh anggap macam besar.isu murtad ataupun orang bukan Islam hina kutuk Islam takmau pula buat kenyataan akhbar.yang orang Islam dok nak kritik kata memacam.seolah-olah en mufti seorang tu saja ikhlas kat dunia ni,orang lain semua tak ikhlas.orang lain semuanya ada kepentingan sendiri takpun pasai meniaga.boleh pergi baca kenyataan dia berkenaan kursus haji.kesarjanaan apa macam tu.nak kata sifat apa pun tatau,cuma satu saja yang sesuai tapi tak sanggup nak kata....

al-albani dulu menggesa suruh rakyat palestin tinggalkan negaranya iaitu palestin.bukannya suruh pertahankan.bab hadis najad pun dah cukup.Nabi dah bagitau awai awai dah.

http://www.abu-syafiq.blogspot.com/


orang bagi artikel, kalau nak kritik, kritik lah betul-betul
bukan hentam kromo macam tu saja...nampak sangat kita ni busuk hati.,....

lagipun siapa abusyafiq itu? seseorang yang tidak dikenali
maka ia tertolak.

Wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-08-07 10:03


satu lagi:
semalam saya tengok topik ni jauhi bidaah
tapi hari ni jadi jauhi bid,..hairannya...
maybe pc saya ada masalah display agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

abaabil
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30613
Posting: 28
Dari: Pantai Valley

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 14:30


Tahniah kepada bro Masri2 kerana cuba menghidupkan sunnah...
Biarlah apa orang hendak kata...
Tahniah..


-----------------
Aku Si Tukang Kebun, Berlantaikan Bumi, Berbumbungkan Langit. Aku Tetap Berkebun.


Bookmark and Share

    


  Member Information For abaabilProfil   Hantar PM kepada abaabil   Pergi ke abaabil's Website   Quote dan BalasQuote

saifuddin_92
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat

turkey  


posticon Posting pada: 24-08-07 15:28


Pada 24-08-07 05:23 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

al-albani dulu menggesa suruh rakyat palestin tinggalkan negaranya iaitu palestin.bukannya suruh pertahankan.bab hadis najad pun dah cukup.Nabi dah bagitau awai awai dah.

tolong buktikan kenyataan di atas dan sertakan sekali rujukannya.



setuju sesngt....jangan nak main tuduh saja Kalau tak ada bukti baik tak payah!
Semoga Allah PERMUDAHKAN MASRI2 kerana memperjuangkan sunnah Nabi s.a.w.

:lol: :lol:


-----------------
www.mujahidin07.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For saifuddin_92Profil   Hantar PM kepada saifuddin_92   Pergi ke saifuddin_92's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 24-08-07 17:04


Pada 24-08-07 14:30 , abaabil posting:

!!! QUOTE !!!

Tahniah kepada bro Masri2 kerana cuba menghidupkan sunnah...
Biarlah apa orang hendak kata...
Tahniah..



tahniah juga


-----------------
www.myspace.com/mmas_forever


Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 24-08-07 18:44


Pada 24-08-07 15:28 , saifuddin_92 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-08-07 05:23 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

al-albani dulu menggesa suruh rakyat palestin tinggalkan negaranya iaitu palestin.bukannya suruh pertahankan.bab hadis najad pun dah cukup.Nabi dah bagitau awai awai dah.

tolong buktikan kenyataan di atas dan sertakan sekali rujukannya.



setuju sesngt....jangan nak main tuduh saja Kalau tak ada bukti baik tak payah!
Semoga Allah PERMUDAHKAN MASRI2 kerana memperjuangkan sunnah Nabi s.a.w.

:lol: :lol:



http://www.alsunnahfoundation.org/absurd.html

orang takkan bercakap kalau perkara ini hanyalah fintah...


-----------------

[ Telah diedit oleh: Martyr pada 24-08-07 18:45 ]



    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 24-08-07 19:16


Ia hanya dakwaan ke atas Sheikh al-Albani kerana tidak ada bukti asas yang kukuh tentang kenyataan tersebut, tanpa rujukan atau penulisan al-Albani sendiri. Ternyata orang zaman sekarang suka memutar belitkan fakta kenyataan seseorang ulama atas dasar tidak setuju atau tidak sefikrah dengannya. Mana mungkin seseorang ulama Hadith tidak mengesyorkan agar bumi Palestin dipertahankan, sedangkan beliau cukup tegas dan adil membahaskan dan menjelaskan ke'sahih'an hadith2 berkenaan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.

Kalau setakat mendakwa berlakunya dialog begitu begini tanpa sandaran yang boleh membuktikannya baik lupakan sahaja...kalau macam tu, kenalah kita terima bulat2 dakwaan orang syiah yang suka mereka banyak buku2 kononnya mereka telah berdialong dan menewaskan ulama2 sunni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 19:51


Malam "Nisfu Sya'ban"      Cetak halaman ini      Kirim halaman ini ke teman via E-mail
Oleh: Dewan Asatidz
Suatu malam rasulullah salat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, karena curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah usai salat beliau berkata: "Hai A'isyah engkau tidak dapat bagian?". Lalu aku menjawab: "Tidak ya Rasulullah. Aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) karena engkau bersujud begitu lama". Lalu beliau bertanya: "Tahukah engkau, malam apa sekarang ini". "Rasulullah yang lebih tahu", jawabku. "Malam ini adalah malam nisfu Sya'ban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki" (H.. Baihaqi)
Seri ke-227, Kamis, 25 Oktober 2001

Tanya: Saya ingin menanyakan mengenai Nisfu Sya'ban apakah artinya dan apa yang sepatutnya kita lakukan pada malam Nisfu Sya'ban tersebut apakah ada hadisnya? Jazakumullah...

Dewi - Batam


Jawab:

Berkenaan dengan malam Nisfu (pertengahan) Sya'ban ada beberapa permasalahan yang patut diketahui: Tentang keutamaan malam ini, terdapat beberapa hadis yang menurut sebagian ulama sahih. Diantaranya hadis A'isyah: "Suatu malam rasulullah salat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, karena curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah usai salat beliau berkata: "Hai A'isyah engkau tidak dapat bagian?". Lalu aku menjawab: "Tidak ya Rasulullah. Aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) karena engkau bersujud begitu lama". Lalu beliau bertanya: "Tahukah engkau, malam apa sekarang ini". "Rasulullah yang lebih tahu", jawabku. "Malam ini adalah malam nisfu Sya'ban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki" (H.. Baihaqi) Menurut perawinya hadis ini mursal (ada rawi yang tidak sambung ke Sahabat), namun cukup kuat.


Dalam hadis Ali, Rasulullah bersabda: "Malam nisfu Sya'ban, maka hidupkanlah dengan salat dan puasalah pada siang harinya, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam itu, lalu Allah bersabda: "Orang yang meminta ampunan akan Aku ampuni, orang yang meminta rizqi akan Aku beri dia rizqi, orang-orang yang mendapatkan cobaan maka aku bebaskan, hingga fajar menyingsing." (H.. Ibnu Majah dengan sanad lemah).


Ulama berpendapat bahwa hadis lemah dapat digunakan untuk Fadlail A'mal (keutamaan amal). Walaupun hadis-hadis tersebut tidak sahih, namun melihat dari hadis-hadis lain yang menunjukkan kautamaan bulan Sya'ban, dapat diambil kesimpulan bahwa malam Nisfu Sya'ban jelas mempunyai keuatamana dibandingkan dengan malam-malam lainnya.


Bagaimana merayakan malam Nisfu Sya'ban? Adalah dengan memperbanyak ibadah dan salat malam dan dengan puasa, namun sebagaimana yang dilakukan Rasulullah, yaitu dengan secara sendiri-sendiri. Adapun meramaikan malam Nisfu Sya'ban dengan berlebih-lebihan seperti dengan salat malam berjamaah, Rasulullah tidak pernah melakukannya. Sebagian umat Islam juga mengenang malam ini sebagai malam diubahnya kiblat dari masjidil Aqsa ke arah Ka'bah.

Adapun apa yang sering dilakukan oleh sebagian umat Islam, yaitu Salat Malam Nisfu Sya'ban sebanyak 100 rakaat, ini tidak ada landasannya dan termasuk bid'ah. Syeikh Abdurrahman bin Ismail al-Muqaddisi telah mentahqiq masalah ini. Demikian juga tidak ada do'a khusus untuk malam nisfu Sya'ban, namun cukup dengan do'a-do'a umum terutama do'a yang pernah dilakukan Rasulullah. Jadi sangat dianjurkan untuk meramaikan malam Nisfu Sya'ban dengan cara memperbanyak ibadah, salat, zikir membaca al-Qur'an, berdo'a dan amal-amal salih lainnya.


Muhammad Niam

http://www.pesantrenvirtual.com/index.php?option=com_content&task=view&id=925&Itemid=11

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 20:03


Kalau pun tak menerima hadith dhoief, jangan memudah nak membid'ahkan, ia masih termasuk perkara khilaf. Kalau benar-benar maudhuk itu lainlah... Kita ini masih daerah taqlid.. Bukan muhaddithin apatah lagi mujtahid..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-08-07 20:12


amalkan dulu habis2san hadith yang sahih..
sahih bukhari dan muslim tak khatam lagi dah sibuk nak pakai hadith2 dhaif
yang duduk sibuk gali hadith dhaif untuk beramal buat apa??
terjamin ke fadhilat atau pahala dari hadith dhaif?

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 20:28


Loh, ekau ini, den pegang pada hadith sahih, hassan, dhoief (dengan syarat2 tertentu) awatnya nak paksa den fullok. :)

Yang hang dah khatam pasai hadithka? Aiseh janganlah berlagak macam muhaddith. Hang dah khatam habis tentang hadith dhoief? Hang nak ambil yang sahih saja silakan lah. :)

Muhaddithin pun tak kecoh maa tentang nak beramal dengan hadith dhoief asalkan betul caranya. Hang ni muhaddith ke nak halang den ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 20:32


Kalau macam itu den akan pegang pada hadith mutawattirah lagi baguih, ekau macam mana? dan kuasai hadith mutawattir? hang kena ingat hadith sahih ada perbahasannya lagi itu. Mesti hang ini hebat dalam perkara ulumul hadith, jarh wa at ta'dil ye. :)
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 24-08-07 21:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 24-08-07 21:27


Pada 24-08-07 19:16 , Abu_Ruqayyah posting:

!!! QUOTE !!!

Ia hanya dakwaan ke atas Sheikh al-Albani kerana tidak ada bukti asas yang kukuh tentang kenyataan tersebut, tanpa rujukan atau penulisan al-Albani sendiri. Ternyata orang zaman sekarang suka memutar belitkan fakta kenyataan seseorang ulama atas dasar tidak setuju atau tidak sefikrah dengannya. Mana mungkin seseorang ulama Hadith tidak mengesyorkan agar bumi Palestin dipertahankan, sedangkan beliau cukup tegas dan adil membahaskan dan menjelaskan ke'sahih'an hadith2 berkenaan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.

Kalau setakat mendakwa berlakunya dialog begitu begini tanpa sandaran yang boleh membuktikannya baik lupakan sahaja...kalau macam tu, kenalah kita terima bulat2 dakwaan orang syiah yang suka mereka banyak buku2 kononnya mereka telah berdialong dan menewaskan ulama2 sunni.


Biasalah ni....

apa kata cuba taip saja google dan search albanipales boleh lihat sendiri penulisannya. Sama ada nak terima atau tidak terpulang.. tapi biasalah.....


-----------------




    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 24-08-07 21:51


hadits 40

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119374 saat. Lajunya....