Saya difahamkan bahawa seseorang tidak hanya murtad dengan pengisytiharan kemurtadannya, malah hanya dengan beriktiqad di dalam hati @ kata-kata sudah memadai.
Q1: Sekiranya dia terasa semacam keraguan terhadap satu2 ayat AQ atau hadith atau sesuatu hukum, mungkin kerana kejahilannya ketika membaca makna ayat2 tsb yang berbunyi pelik atau tak masuk akal, adakah dengan lintasan keraguan 'aqidah dalam hati tsb sudah cukup untuk terus mengeluarkannya daripada Islam? contoh jika dia terdetik/terfikir:-
(i) "issh.. takkanlaa nabi boleh kahwin sampai sembilan..?"
(ii) "Takkan Islam nak sampai rejam org pulaaak...?"
(iii) "Trinity? Anti-hadith?? hmmm..."
(iv) Seorang yang menjadi cacat akibat kemalangan berkata, "Ya Allah! Macam ni ke Kau kata adil??"
(v) "aku tengah sakit ni pun kena solat jugak ke??"
Q2: Jikalau dia beristighfar setelah menyedari kesilapannya sama ada
(i) segera, atau (ii) setelah beberapa jam, , adakah masih diterima istighfarnya itu, bagaimana pula dengan amalan2nya yang lepas??
alitantawi
Martabat 6
Joined: Mar 27, 2006
Posts: 262
Status: Offline Posted: Aug 10, 2007 - 01:56 AM
--------------------------------------------------------------------------------
untuk menyelesaikan kemusykilan yang bertanya...saya hanya mampu untuk menyebutkan di sini sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku apa yang dibisikkan di dalam jiwanya (hati) selagi tidak dibuat atau tidak disebut.
wallahu a'lam
Abu_Umair
Martabat 7
Joined: Jan 21, 2007
Posts: 300
Location: K.S.A
Status: Offline Posted: Aug 10, 2007 - 07:13 AM
--------------------------------------------------------------------------------
sedikit tambahan
lintasan2 hati berkaitan dengan perkara2 yang disebut diatas adalah mainan syaitan, dan seorang muslim tidak boleh mengelak daripadanya. Tetapi, apabila datang lintasan2 itu, WAJIB menolaknya jauh2 dan meminta perlindungan kepada Allah Taala.
dalam hadis sahih (Muslim dan lain-lain):
"Manusia sentiasa bertanya-tanya sehingga dikatakan: "Allah menciptakan segala makhluk. dan siapakah pula menciptakan Allah?". Sesiapa yang mendapati perkara ini dalam dirinya, maka hendaklah dia berkata: "Aku beriman kepada ALlah".
dalam hadis sahih lain:
"Syaitan datang kepada anak Adam dan berkata, "Siapakah yang menciptakan itu dan ini?" sehinggahalah ia bertanya: "Siapakah yang menciptakan Allah?". Apabila berlaku begini, maka hendaklah meminta perlindungan Allah, dan berhenti".
permainan syaitan terhadap keyakinan seorang mukmin ini dinamakan sebagai WASWAS. Nabi SAW ditanya tentang waswas, lalu baginda menjawab: "Itulah dia iman yang terang nyata". Maksudnya seseorang yang didatangi waswas daripada syaitan lalu dia menolaknya, itulah tanda Iman yang sebenar.
dalam hadis lain (muslim dan lain-lain), sahabat-sahabat Nabi datang kepada baginda, dan berkata: "Sesungguhnya kami mendapati dalam diri kami persoalan2 yang kami merasa amat besar untuk dituturkan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Itulah iman yang sepenuhnya".
maksudnya: sahabat2 yang didatangi persoalan2 waswas itu merasakan bahayanya waswas itu dan mereka tidak bercakap mengenainya, sebaliknya menolak perasaan itu jauh2. maka tindakan seumpama inilah yang dikatakan Nabi: Itulah Iman yang sepenuhnya.
kesimpulan:
-lintasan2 waswas hatta dalam perkara akidah tidak menjejaskan akidah.
-perasaan waswas itu hendaklah dirasakan suatu yang besar dan bahaya.
-perasaan waswas itu WAJIB ditolak jauh-jauh.
-Sesiapa yang didatangi waswas dalam perkara akidah mestilah meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan.
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=33226-----------------