Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Karaoke


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Karaoke

Please Mendaftar To Post


Oleh Karaoke

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-07 08:31


Salam semua...


Saya ni agak keliru dan nak tanya, kalau org perempuan 2 atau 3 orang pergi karaoke dan berkaraoke dalam satu bilik yang sound proof, tanpa bercampur dengan lelaki...apa hukumnya dari sudut syarak?...ada sesiapa boleh bagi hujah tak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-07 12:38


Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal JANGANLAH menganggapnya
sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan
dan kerihatan semata-mata.


Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru
untuk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor
al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) masa 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama:
Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan
merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pagi 208.)

Kedua:

AlQur'an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar
kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga:

Fuqaha' terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks
yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan,
perayaan id. Mengikut fuqaha' Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan
bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq,
perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kepada konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat:

Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu
perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah
dalam surah al A'raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan
daripada Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik-baik?

..... hingga akhir.

Kesimpulannnya:

secara 'amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan
terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku
penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.


Al Ghazali menjelaskan (Ihya' Ulumiddin, vol2, pagi 271-272):
tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat
muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak
dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung.
Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-09-07 01:49


assalamualaikum, hurm kalau dah tentu sound proof nya..
tidak ada masalah..
tapi biasa tempatĀ² yang sound proof tu lah kan, saya rasa tempatnya agak tak sesuai untuk muslimah zaman sekarang ni, sebab tempatnya gelap saja selalunye..(macam selalu pergi saja) :D jadi agak bahaya kalau mahu pergi ke tempatĀ² yang semacam itu..
tapi tak tahu lah kalau ada tempatĀ² yang terbuka selamat lagi bagus dan sound proof..

wallahu a3lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-09-07 02:02


nyanyi dalam bilik air lagi best.hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-07 08:19


tak payah pergi lah...
betul kata muslimin23 tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-07 10:48


tempat-tempat yang boleh menimbulkan fitnah macam tu sebaiknya dielakkan..

waallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086751 saat. Lajunya....