Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: 10 tip ulang tahun kemerdekaan


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» 10 tip ulang tahun kemerdekaan

Please Mendaftar To Post


Oleh 10 tip ulang tahun kemerdekaan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 13:25


PENINGKATAN penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini. Bagaimana kita mahu mempertahankan kemerdekaan jika negara ini dihuni dengan rakyat yang tidak sihat?

Begitu juga dengan isu pertambahan usia yang sepatutnya tidak menjadi satu alasan bagi anda memerhatikan sahaja ukur lilit pinggang membesar dan dalam masa yang sama tahap kesihatan merosot.

Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat – jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Tetapi, di manakah harus anda mulakan?



Rakyat yang sihat dan mandiri – yang tidak bergantung fungsinya kepada orang lain mampu menjamin golongan emas hari ini dan juga generasi masa depan bukan sahaja hidup lebih lama tetapi kualiti hidup yang lebih baik.



1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan pula serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.

4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.

5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!

6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, thingy quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!

7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.

8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099924 saat. Lajunya....