Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Peralatan
Topik: Kamera kompak semakin lasak


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Kamera kompak semakin lasak

Please Mendaftar To Post


Oleh Kamera kompak semakin lasak

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-07 13:23


/
PERSONALITI seperti Fauziah Latiff pun tertawan untuk tampil bergaya dengan kamera kompak tahan uji.

PERLUMBAAN mereka bentuk kamera kompak digital selain melengkapkan ia dengan pelbagai teknologi terkini semakin berkembang sehinggakan sebuah kamera model baru muncul di pasaran setiap tiga bulan.

Ini ditambah dengan penggunaan meluas aspek digital termasuk mencetak gambar, penggunaan ruang simpan yang lebih mudah dan murah menjadikan kamera digital kini menjadi satu keperluan seharian.

Reka bentuk yang semakin kecil selain mampu dilengkapi pada sebuah telefon mudah alih juga membuatkan persaingan untuk mewujudkan pelbagai teknologi pada sesebuah kamera semakin meningkat.

Selain itu, kamera digital kompak kini didatangkan dengan saiz imej yang lebih besar dari segi megapiksel yang mampu sedikit sebanyak menyaingi kamera Refleks Kanta Tunggal (SLR) digital yang lebih besar dan berat.

Apa pun, bagi Olympus, walaupun menyedari hakikat perlumbaan meningkatkan megapiksel dijalankan, mereka menumpukan kepada aspek lain.

Olympus telah melancarkan kamera kompak mju770SW yang mampu digunakan di dalam air pada kedalaman sehingga 10 meter tanpa perlu menggunakan bekas kalis air.

Dinobatkan sebagai kamera paling lasak di dunia, mju770SW dianggap sudah berada pada tahap terlalu jauh bagi pesaing terdekatnya.

Dari segi kelasakan, selain mampu digunakan dengan bebas pada paras 10 meter di bawah air, ia juga mampu menahan bebanan sehingga 100 kilogram tanpa perlu dialas dengan sebarang penahan.

Menakjubkan

Memang menakjubkan dan ujian ketika menguji kamera ini turut mengiyakan jaminan berkenaan malah ia diuji dengan bebanan melebihi had yang dibenarkan.

Ketahanan mju770SW diteruskan dengan mampu jatuh dari aras 1.5 meter tanpa menyebabkan sebarang kerosakan nyata. Bagaimanapun ada sesetengah tempat pada kamera akan menunjukkan lekuk dan calar.

Menariknya, lensa dan juga paparan LCD hiper kristal seluas 2.5 inci di bahagian belakang langsung tidak calar atau retak walaupun kamera berkenaan dicampak dan juga dipijak semasa sesi ujian.

Tidak cukup dengan itu, mju770SW direka bentuk mampu bertahan dan beroperasi pada tahap kesejukan di bawah paras beku 10 darjah Celsius dengan mudah tanpa gagal.

Jika kamera biasa terutama yang dikeluarkan di kawasan Asia Tenggara akan berhenti beroperasi atau menunjukkan bekalan bateri semakin habis, mju770SW dapat digunakan dengan mudah.

Ini dibuktikan ketika pasukan Merdeka ada’ Everest 2007 yang berjaya menakluk puncak tertinggi di dunia itu pada 21 Mei lalu menggunakan kamera kompak mju770SW dengan bateri yang sudah dicas sejak berlepas di Kem Pangkalan Everest.

Apa pun, mju770SW bukanlah hanya mendabik dada dengan kelasakan yang direka bentuk, namun dari segi kualiti, kamera kompak digital ini mampu menghasilkan gambar terbaik dengan hanya keupayaan 7.1 mega piksel.

Ini turut dibantu oleh 27 tetapan mod pemandangan yang sudah memberikan bacaan terbaik dan hanya memerlukan pengguna menekan pelepas pengatup tanpa perlu memikirkan apakan tetapan bacaan apatur dan pengatup yang diperlukan.

Lebih menarik, selepas berjaya mereka bentuk kamera yang mampu berada digunakan di dalam air, Olympus juga mewujudkan empat program pemandangan di dalam air.

Kuasa pada lensa 3x zum optikal itu juga turut disediakan rakaman mikro super yang mampu memfokus objek pada jarak hanya 7 sentimeter.

Jika model mju725SW sebelum ini, memerlukan cahaya yang lebih terang jika menggunakan fokus mikro super, kali ini mju770SW menyediakan sinaran LED yang mencukupi ketika mikro super diaktifkan.

Lebih menarik, ia juga boleh berfungsi sebagai lampu suluh.

Tetapi jangan khuatir kerana Olympus turut membangunkan sistem anti gegar yang boleh diaktifkan jika pengguna menghadapi saat kekurangan cahaya.

Pemproses imej turbo TruePic juga bakal memastikan setiap rakaman dapat disimpan dengan cepat dan mudah ke dalam kad memori ketika rakaman dijalankan.

Penggunaan di air masin

Rangka badan keluli tahan karat mju770SW juga memastikan penggunaan di air masin tidak akan menyebabkan kerosakan teruk pada kamera berkenaan.

Malah, ujian yang dijalankan di laut baru-baru ini juga tidak menunjukkan ia menyebabkan kesan berkarat pada sebarang bahagian kamera.

Bagi yang ingin menyelam di laut menggunakan kamera ini, mereka boleh menggunakan bekas kalis air PT-035 yang membolehkan kamera itu digunakan pada kedalaman 40 meter.

Bayangkan jika anda berada pada kedalaman 30 meter, secara tiba-tiba, bekas kalis air anda retak dan dimasuki air, apa akan terjadi?

Bagi pengguna mju770SW, pastinya hanya akan tersenyum kerana kamera ini masih kalis air ketika berada di dalam bekas kalis air itu disebabkan tekanan kedalaman itu tidak menyebabkan sebarang perubahan tekanan di dalam bekas kalis air.

Olympus juga telah membangunkan manometer, iaitu meter yang mampu mengukur tahap kedalaman kamera itu di bawa selain tahap kesejukan dan juga tekanan.

Apa pun, mju770SW mampu menghasilkan imej terbaik selain mempunyai kelasakan yang selama ini dicari-cari oleh pengguna.

Selepas ini pemilik mju770SW pasti tidak akan kisah bagaimana penggunaan kamera kompak digital mereka tanpa perlu dimanja sebagaimana kamera pesaing terdekat Olympus mju770SW.

Kamera ini dipasarkan dengan harga runcit RM1,599. Maklumat lanjut layari laman web www.olympusima ge.com.my.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.51587 saat. Lajunya....