Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 145
Ahli: 0
Jumlah: 145




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Siapa Kenal Syeikh Nuruddin


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Siapa Kenal Syeikh Nuruddin

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa Kenal Syeikh Nuruddin

ShahrulZaman
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2007
Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain

Selangor  


posticon Posting pada: 29-07-07 12:04


Salam.... siapa di sini kenal dengan salah seorang syeikh yang bernama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al Makki?

Hehehe.. Kalau kenal cerita kan kat sayatentang latar belakang serta biodata beliau...


-----------------
sama-sama mencari kebenaran,
HATI dikawal oleh AKAL,
AKAL dikawal oleh IMAN,
Jika HATI selalu kotor, selalulah tingkatkan kualiti IMAN


Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahrulZamanProfil   Hantar PM kepada ShahrulZaman   Quote dan BalasQuote

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 30-07-07 23:36


Pada 29-07-07 12:04 , ShahrulZaman posting:

!!! QUOTE !!!

Salam.... siapa di sini kenal dengan salah seorang syeikh yang bernama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al Makki?

Hehehe.. Kalau kenal cerita kan kat sayatentang latar belakang serta biodata beliau...



Ada sikit maklumat yang tersimpan dalam otak ana...

Beliau seorang ulama berasal dari Kalimantan berketurunan Banjar. Mempunyai pesantren di Bogor, Jawa. Anak muridnya di serata dunia, sebab itu beliau sering travel dengan kapal terbang ke sana ke mari.
Di Mesir, beliau digelar al-Azhar kedua ataupun Azharuth thani kerana umat Islam Nusantara yang belajar di san majoritinya menjadikan beliau rujukan kedua selepas Universiti al-Azhar.

Orangnya kacak walaupun sudah berusia. Tahun lepas ana menghadiri perkahwinannya yang kedua dekar rumah ana ni. Masa tu belum kenal dia dan tak tahupun Syeikh Nuruddin yang kahwin. Yang ana nampak satu orang yang hebat pada pandangan hati dalam usia 30 an. Beberapa hari lepas tu baru tahu dialah Syeikh Nuruddin dan sudah berusia 47 tahun ketika itu.

Dia ada sesekali datang mengajar di Malaysia. Beliau mahir dalam menangani dakyah kaum Salafi Tua @ Wahabi. Hujah-hujahnya memang ampuh.

Wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-07-07 23:38


Beliau pernah datang UTM satu masa dahulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-07-07 08:46


bagus syeikh Nuruddin ni sebenarnya.baru dua kali ikut kelas pengajiannya.pertama kali berjumpa dengan beliau dulu di UTM dan kali kedua di masjid subang.rupanya beliau akan memberikan ceramah selang 3 bulan.

http://www.youtube.com/watch?v=ft_lPw-gRXg


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 31-07-07 08:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 15:29


syukran, tapi Kenapa baru-baru ini SS Mufti perlis perli (condem) beliau dalam utusan mingguan??? betul-betul tak patut bila di hebohkan dalam paper macam tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:41


Memang benar, sheikh nuruddin telah dikritik oleh MAZA. dan kat sini den ambil sumber dari blogspot anak murid nuruddin al banjari iaitu : http://al-fanshuri.blogspot.com/

penerangan mengenai isu yang ditimbulkan oleh MAZA mengenai hadis salam tersebut.

Pertamanya kronologi apabila isu MAZA mengkritik Sheikh Nuruddin al Banjari.

Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 1-

Pagi Ahad (26 Ogos 2007. Aku dikejutkan dengan deringan talipon rumah. Talipon rumah aku ni jarang berdering pasai tak ramai yang tahu nombornya. Rupanya seorang kawan sekampung talipon.

Kawan aku: Assalamu’alaikum

Aku: Wa-‘alaikumussalam wa-wahmatullahi wa-barakatuh.

Kawan aku: Sheh ..... hang baca paper budak hari ni? Budak Asri serang Shaikh Nuruddin.

Aku: Apadia? Habaq mai sekali lagi …. pasai apa?

Kawan aku: Asri serang Shaikh Nuruddin pasai hadits salam tuuu …

Aku: Oooo isu lama tu, dia dah besar serang dah … dah jawab pun … dah sejuk pun ..

Kawan aku: Sheh …. dia serang through Mingguan Malaysia

Aku: Ya ka? Takpa sat pergi aku baca dalam Utusan Online.....

___________________

Maka pasai artikel tersebutlah aku nak tulis sikit tentang guru aku Shaikh Nuruddin dan seterusnya nak jawab beberapa fitnah yang mamat sekoq tu tulih. Adapun tentang ilmu hadits tu aku harap para murid Shaikh yang ‘alim-‘alim tu boleh jawab ….. Aku tak layak sama sekali. Dan akupun sebenaqnya tiadalah layak nak dakwa sebagai murid beliau ….. tapi bila orang dah serang beliau … fitnah beliau …. Mana boleh tahan beb! Tambahan pulak aku pernah dok beberapa ketika di Bogor ngaji dengan Shaikh, makan setalam dengan Shaikh, takkan aku nak biar lagu tuuu saja bila tok guru aku ni diserang, difitnah. Bacul lah aku! Cuma pertama-tamanya. Aku mohon maaf dari Shaikh andaikata tindakanku ini kurang adab. …..

Mula-mula aku nak kenalkan dulu siapa itu Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari. Mungkin ramai tak berapa kenal dengan beliau. Bahkan yang pakat dok ngaji dengan beliau pun tak kenai habih akan tok guru depa ini. Allahu Allah. Murid akhiaq zaman ....! Tulisan ini aku olah dan tambah dari dari tulisan murid beliau yang bernama Abu Zaki al-Hidayati dan Ansarusj 2006 Dan aku yaqin makhluk sekoq yang tulis fitnah tu pun, tak kenai Shaikh apalagi nak baca semua tulisan Shaikh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:43


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

al-Fadhil Tuanguru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.



Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.



Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:46


Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990

Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-

    * asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath
رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
    * asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
    * asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
    * asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
    * asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
    * asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
    * asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
    * asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
    * asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
    * asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
    * asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
    * asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
    * asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
    * asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
    * asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
    * asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
    * asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
    * al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
    * asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
    * asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
    * asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
    * al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
    * al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
    * al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
    * al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
    * asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:50


MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.


Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.

MENGHASILKAN KARYA ILMIAH

Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

Kitab tulisan beliau:

    * الإحاطة بأهم مسئل الحيض والنفاس والاستحاضة
    * تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء والمعراج والرد عليها
    * المختار من نوادر العرب وطرائفهم
    * آدب المصافحة
    * من هو المهدى المنتظر؟
    * المجال الإقتصاد في الإسلام
    * بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
    * سفر المرأة (احكامه و آدابه;)
    * الدرر البهية في إيضاح القواعد الفقهية
    * معلومات تهمك
    * أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا الأئمة الشافعية
    * أحكام العدة في الإسلام
    * آراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء
    * أدلة بحريم نقل الأعضاء الآدمية
    * الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر في الكتاب والسنة
    * العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم
    * محمد نور الدين مربو البنجاري المكي والأحاديث المسلسة
    * الجوهر الحسن من أحاديث سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
    * اسمى المطالب من بعض أحاديث سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه
    * مراقي الصعود من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
    * إفادة العام والخاص من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
    * الكواكب الدري من أحاديث سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
    * الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمر رضي الله عنهما
    * زاد السلك من أحاديث سيدنا أنس بن مالك رضي الله عنه
    * الإقتباس من أحاديث سيدنا عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
    * فيض الباري حول بعض أحاديث سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
    * الردة أسبابها وأحكامها
    * توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح للامام النووي
    * مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
    * dan banyak lagi


Antara kitab yang beliau tahqiq dan ta’liq

    * رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة
    * قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين
    * رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار
    * شروط الحج عن الغير
    * الحسن البصري
    * إقامة الحجة غلى أن الإكثار في التعبد ليس ببدعة
    * خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم
    * يستان العارفين
    * dan banyak lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:51


MAJLIS PENGAJIAN BELIAU dulu TANAH AIR MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), mereka Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI mereka hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, mereka.


Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama.

KELEBIHAN BELIAU

Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya. Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat member kesan sekali kepada para hadirin. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.


IRSYADAT AL FADHIL

(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin mereka, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

    * Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

    * Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.

    * Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.

    * Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.

    * Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.

    * Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.

    * Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.

    * Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

    * Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.

    * Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:53


VIDEO KLIP MAZA MENGKRITIK SHEIKH NURUDDIN AL BANJARI href="http://al-fanshuri.blogspot.com/2007/08/jangan-lelong-agama-untuk-keuntungan_7958.html"]http://al-fanshuri.blogspot.com/2007/08/jangan-lelong-agama-untuk-keuntungan_7958.html
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 14-09-07 22:54 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:55



    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:56


Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 4 -

Sambung dari yang sebelumnya ….


Aku buka UM Online …. Hah sah … cerita dulu juga. Tajuk dia ‘Jangan lelong agama untuk keuntungan perniagaan. Ditulis oleh seorang manusia yang namanya bila diringkaskan jadi MAZA. Berjawatan SS Mufti Negeri Indera Kayangan.Dia jugalah sebelum ni memfitnah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Menghina para ahlul bait bahkan secara tidak langsung menghina Raja negeri dia bernaung iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan.


Kataku: Tok Peti Indera Kayangan, sapa yang lelong agama tu? Anda tak terasakah bahwa andalah yang lelong agama! Tak terasakah anda, bahwa anda mencari publisiti murah dengan isi-isi yang lapok. Di mana suara anda bila kemungkaran bermaharajalela?. Di mana suara anda bila kemurtadan berleluasa? Di mana suara anda bila pabila isteri pemimpin negara mencium artis dalam suatu majlis? Ketika kedaulatan Islam dicabar, anda dok tang mana? Rasuah berleluasa anda buat apa? Bukankah anda yang melelong agama apabila menjadi ‘orang suruhan’ politikus, wahai SS Tok Peti Indera Kayangan? Kalau dulu berdegar-degar berdebat dengan Astora Jabat … tapi akhirnya ….anda dalam tong yang sama.

Siapakah yang lelong agama? Siapa yang menjualkan agamanya dengan dunia yang sedikit? Kalau dibaca ayat al-Quran surah al-Maaidah, ayat 44-50, lebih menggerunkan … bukan jual, bukan lelong … tetapi menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit … siapa mereka … ringkasnya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah …. jangan mengikuti hawa nafsu mereka ……… Allahu Allah … Walaupun ayat-ayat tersebut ditujukan kepada orang Yahudi dan Nashrani tetapi dalam keadah usul disebut (العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب;) – pengajaran itu diambil dari lafaz yang umum bukan dengan sebab yang khusus -

Al-Hakim meriwayatkan:
ويل لأمتي من علماء السوء يتخذون هذا العلم تجارة يبيعونها لأمراء زمانهم ربحا لأنفسهم لاأربح الله تجارتهم
Celakalah bagi umatku akibat perbuatan ulama su’, mereka memperdagangkan ilmu lalu menjualnya kepada penguasa dari kalangan penguasa di zaman mereka dengan maksud untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Semoga Allah Ta’ala tidak memberi keuntungan kepada perdagangan mereka itu.

Perhatikan jawatan yang dipegang … jangan sekadar mengguna untuk menyerang orang tetapi gunakan untuk mengembalikan manusia agar taat kepada segala perintah suruh dan larangNYA. Janganlah seperti singa lagaknya apabila menegur orang yang kerdil, tiada punya kuasa, pangkat dan kedudukan TETAPI menikus apabila berhadap dengan kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh oleh mereka yang mempunyai kuasa, pangkat dan kedudukan

Tok Peti Indera Kayangan tulis …. OLEH kerana agama mempunyai fungsinya yang besar dalam masyarakat manusia, maka pelbagai pihak cuba menggunakan nama agama atas berbagai-bagai tujuan. Ada yang ikhlas, ada pula yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk mengaut harta atau pengaruh. Maka penyalahgunaan nama agama bukan perkara baru dalam sejarah manusia.

Kataku: Siapa kah yang mengabil kesempatan sebenarnya??? Siapakah yang cari pengaruh sebenarnya? Kata-katamu ibarat meludah kahak kelangit. Cerminlah dirimu!

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Bukan sahaja Islam yang menerima bahana tersebut, agama-agama lain juga demikian. Namun bagi Islam, ia lebih perih, kerana Islam agama wahyu. Seorang muslim yang sebenar tentu akan merasai penyalahgunaan nama Islam adalah satu dosa yang amat serius kerana ianya adalah pemalsuan wahyu. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan nama Allah dengan membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini, padahal tiada sebarang nas dari Allah ataupun rasul-Nya adalah satu jenayah besar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:58


Kataku: Siapa yang memalsukan agama? Siapa yang membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini. Siapakah yang selama ini dok melarang bacaan Yasin malam Jum’at, siapa yang dok melarang bacaan talqin? Siapa yang melarang sambutan maulid? Siapa yang melarang bacaan shalawat syifa’? Siapa yang melarang zikir berjemaah selepas sholat? Siapa yang melarang orang sholat qabliah Jum’at? Siapakah yang melarang orang bertarekat? Ahh … banyak lagi kalau mahu disenaraikan. Bukankah itu angkaramu wahai sang mufti Indera Kayangan????? Perhatikanlah! Maka siapakah penjenayah yang terbesar terhadap agama Allah?

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 33 (maksudnya) Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Kataku: Benarlah firman Allah itu. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Tok peti, kau tiliklah pengertian ayat tersebut dengan sebenar-benar tilik.

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Baginda s.a.w.: Juga menegaskan hal yang sama dalam banyak hadis baginda, antaranya daripada Aisyah, katanya: sabda Nabi: Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak (Riwayat Muslim).

Kataku: Benarlah sabdaan junjunganku, Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Perhatikan apakah yang dimaksudkan dengan “apa yang bukan daripadanya”? Perkara ini diperbincangan kan dengan panjang lebar oleh ulama iaitu persoalan bid’ah. Tiadalah aku nak bahas persoalan itu disini. Sumber hukum dalam agama itu boleh dirujuk dari kitab-kitab usul fiqih, qawaid fiqh …..

Tok Peti Indera Kayangan tulis : Maka setiap insan Muslim hendaklah berhati-hati tentang kesempatan yang diambil oleh banyak pihak untuk menjadikan agama saluran keuntungan atau menempatkan pemikiran peribadi yang akhirnya diberikan cop agama. Jika hal ini dibiarkan, maka ajaran-ajaran palsu akan muncul atas nama agama dan Islam yang tulen akan hilang dari sesetengah masyarakat.

Kataku: Memang benar, setiap Muslim diMalaysia hendaklah berhati-hati dengan golongan pihak yang menjadikan agama sebagai saluran untuk mendapatkan keuntungan, pengaruh, pangkat dan kedudukan. Juga dari golongan yang menempatkan pemikiran peribadi ataupun pendapat yang terpinggir. Semua sudah sedia maklum tentang amalan Islam diMalaysia. Tauhidnya bermazhab ‘Asyairah atau Maturidiah, manakala fiqihnya bermazhab salah satu dari mazhab yang empat, tetapi umumnya bermazhab Syafie. Tetapi sejak akhir-akhir ini golongan yang berfahaman Wahabi cuba menyuntik pemikiran mereka kedalam masyarakat. Memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Membid’ah dholalahkan itu dan ini … dan sebagainya. Fahaman ini sudah lama di tolak oleh ulama Tanah Melayu. Bahkan sejak dari awal tahun 1900an lagi. Dan anda salah seorang daripada penggerak kepada pemikiran tersebut. Jadi siapa yang membawa ajaran palsu? Siapa yang cuba menghilangkan ajaran Islam yang tulin dari masyarakat. Masyarakat Tanah Melayu tidak pernah beraqidah seperti anda, SS Tok Peti …. Aqidah yang mengatakan ALLAH duduk! Wah, kalau mahu dibongkar banyak lagi. Cukup setakat ini dulu. Pembaca boleh dapatkan disini.

Dan perhatikan pula pesanan seorang ulama kita, Shaikh ‘Abdullah Fahim. Ulama yang menentukan tarikh pengisytiharan kemerdekaaan 31 Ogos 1957. Baca jangan tak baca!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 22:59


Tok Peti Indera Kayangan tulis: Justeru itu saya amat menentang seorang ‘warga seberang’ yang menggelarkan diri al- Banjari dengan kononnya memiliki beberapa kelebihan mendakwa bahawa sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga.

Kataku: Amboi … cantik bahasa! Seberang mana tu? Bukankah anda pun warga seberang. Seberang Perai! Bekerja diseberang – Pulau Pinang! Gamaknya keturunan MAZA juga mai dari ‘seberang’. Wallahu a’lam. Apakah salahnya seorang yang berketurunan Banjar atau berasal dari Banjar menisbahkan dihujung namanya dengan al-Banjari? Bukankah kita kenal nama ulama’ kita dengan nisbahnya sahaja seumpama Imam an-Nawawi , Imam Sayuthi . Bahkan memang dah jadi tradisi ulama akan bubuh nisbahnya dhujung namanya sama ada menunjukkan:-

    * Keturunannya atau qabilahnya] – seperti al-Haddad, as-Saqqaf, al-Hasyimi, al-Quraisyi dan lain-lain; atau
    * Asalnya – al-Banjari, al-Fathani, al-Bahanji , al-Kelantani, al-Hind , al-Bakistani dan lain-lain; atau
    * Mazhabnya – asy-Syafie, al-Hanbali, al-Hanafi, al-Maliki; atau
    * Kelulusannya – keluaq mai dari madrasah mana, seperti al-Azhari, an-Nadwi, ad-Deobandi dan lain-lain.

Bukankah panutan serta idola anda juga lebih dikenali dengan nisbahnya sahaja iaitu al-Albani ketimbang nama sebenarnya Muhammad Nashiruddin bin al-Haj Nuh al-Albani. Jadi apa masalahnya kalau digelar sebagai al-Banjari. Rasionallah sikit beb!

Adapun tentang kelebihan, maka bagi aku memang beliau lebih ketimbang MAZA. Ilmunya, adabnya, keterampilannya, kitab-kitab yang dihasilkannya, jumlah muridnya , sistem pengajian bersanad yang diwarisinya, murid-muridnya sangat menyayanginya dan menghormatinya, guru-guru yang beliau berguru kepada mereka, masyaAllah, masyaAllah … bahkan banyak lagi. Maka bukan ‘konon’ lagi bahkan suatu kenyataan, memang ‘lebih’ Tetapi kelebihan yang ada pada Shaikh Nuruddin bukanlah untuk beliau banggakan. Bahkan itu semua adalah merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya. Maka apakah anda irihati dengan kelebihan tersebut? Buanglah penyakit hasad dihatimu itu ……!

Shaikh Nuruddin dakwa?????? Aku mohon SS Tok Peti buktikan tuduhannya bahwa Shaikh Nuruddin mendakwa bahwa “sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga”. Bilakah tarikh dakwaan itu dibuat? Dimanakah tempat dakwaan itu dibuat? Dihadapan siapakah dakwaan itu dibuat? Andainya tiada buktinya maka ketahuilah SS Tok Peti bahwasanya engkau telah membuat satu FITNAH. Dan fitnah itu sangat keji. Bawakanlah buktinya, insyaallah, perkara itu boleh diperjelaskan. Jangan hanya sekadar dengar dari kata-kata orang. Terfikir aku sejenak, apakah layak seorang mufti membuat tuduhan tanpa bukti? Thiqahkah mufti yang sedemikian? Sepanjang aku berguru dengan Shaikh Nuruddin, tidak pernah beliau mengatakan begitu. Maka berhati-hatilah dalam membuat tuduhan! SS Tok Peti bukankah beliau meriwayatkan hadits musalsal? Anda lebih faham tentang bagaimana hadits musalsal diriwayatkan. Bukankah anda mengambil pengajian hadits di UIA. Kata murid-murid anda, anda pakar hadits .... tapi kalau hak ni pun tak boleh nak paham ... pakar apa ka jadahnya!

Tok Peti Indera Kayangan tulis: Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.

Kataku: Mengenai ilmu hadits, maka aku tidak layak menjawabnya. Aku bukan seorang yang mendalami ilmu hadits. Kutub sittah pun belum habis aku pelajari. Baiquniah bukan menjadi hafalanku. Kitab rijal hadits juga aku ngakk punya. Namun aku ada membaca kitab karangan guruku yang mulia, Shaikh Nuruddin, bertajuk Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki wa al-Ahaadits al-Musalsalat. Aku tidak pasti sama ada SS Tok Peti ada membaca kitab tersebut atau tidak. Kitab tersebut mengandungi hadits-hadits musalsal yang beliau terima dari guru-guru beliau. dan disana disertakan sedikit komentar. Atau SS Tok Peti bisa membaca daripada kitab-kitab hadits musalsal. Kemudian barulah membuat penilaian yang adil dan saksama.

Yang menjadi aku sedikit musykil tentang niat serangan SS SS Tok Peti ni adalah … Kenapa Shaikh Nuruddin sahaja diserang berkaitan dengan hadits tersebut? Shaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam juga ada meriwayatkannya hadits seumpamanya didalam kitab musalsalnya, begitu juga shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi juga ada meriwayatkan hadits tersebut didalam kitabnya al-Musalsalaat al-‘Asyarah. Bukan mereka sahaja, bahkan ulama besar seperti asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin Abbas bin Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani juga meriwayatkannya, bahkan ramai lagi ulama’ menulis, meriwayatkan hadits musalsal bil mushofahah tersebut dalam pelbagai riwayat dengan perlbagai komentar. Kenapa Shaikh Nuruddin sahaja yang diserang? Benarlah kata Shaikh Nuruddin … dalam jawapannya. Boleh pergi dengaq … aku dah upload kat blog ni ………. Dan kalau tengok kat youtube tu … jelas kekeliruanan SS Tok Peti ni. Gamaknya kalau dia dengaq aku baca ayat al-Quran … wa-ana rabbukum fattaqun atau wa-ana rabbukum nothing’buduuni … atau Inni ana robbuka apakah dia akan tuduh aku mengaku Tuhan? …. Atau aku baca ayat Innanii analLah lah ilaaha illaa ana, nothing’buduni …. dia akan tuduh aku mengaku Tuhan?

Nampak sangat dia sendiri tak paham cara periwayatan hadits musalsal …. Mahir hadits apa ka jadahnya lagu ini! kasihan kat adik-beradik, saudara-mara dan suku-sakat aku yang dok kat Perlih sana … bermuftikan seorang manusia spesis ???? sebegini ….!


Bersambung ke pusingan seterusnya ……

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 23:01


Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 5 -

Sambung dari yang sebelumnya …. round 1 – round 2 – round 3 – round 4

Tok Peti Indera Kayangan tulis …. Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.

Maka apabila warga seberang tersebut datang ke negara kita, dia bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga. Maka orang ramai pun di beberapa masjid di sebelah utara tanah air bangun bersalaman untuk mendapatkan syurga. Meriahlah majlis lelongan syurga tersebut. Maka megahlah warga seberang berkenaan, kerana tangannya seakan pintu kepada syurga dan orang ramai pun dibeli dengan modal hadis palsu tersebut.

Kataku: Itu bukan dakwaan Shaikh Nuruddin, tetapi Shaikh Nuruddin meriwayatkan hadits musalsal tersebut daripada kitab musalsalnya. Ada beberapa riwayat musalsal bil mushofahah didalam kitab tersebut. Ada musalsal bil mushofahah al-Anasiah, ada musalsal bil mushofahah al-Muamariah dan ada beberapa lagi ….. Beliau tidak menjualnya tetapi menyampaikannya sebagaimana yang telah disampaikan oleh guru-guru beliau seperti asy-Syaikh al-‘Allamah al-Musnid Muhammad Yasin bin Isa al-Fadani yang beliau juga terima dari guru beliau Shaikh Umar Hamdan al-Mahrasi, Shaikh Khalifah bin Ahmad an-Nabhani dan Shaikh ‘Ali bin Falih adz-Dzahiri dan seterusnya. Maka ingin aku bertanya kepda SS Tok Peti, mu kenai ka siapa Shaikh Yasin al-Fadani? Mu kenai ka siapa Shaikh Umar bin Hamdan al-Mahrasi …. ish…ish … ish ….. mahu kalau tak kenai depa dari segi keilmuan, kewarakan dan lain-lain … maka tok sah celupar sangat mulut itu! Tu lah Tok Peti ni kenai Ben Baz, Utsaimin saja ….. Kalau Tok Peti nak tau Shaikh Nuruddin pun pernah ngaji dengan Ben Baz. Hehehe …….. betul ka Tok Peti ni ngaji hadits …. ish…ish macam tak percaya fulak!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 23:03


Adapun yang dipertikaikan oleh SS Tok Peti adalah musalsal bil mushofahah al-Mu’ammariah. Dikatakan oleh ulama sebagai dhoif dan ada yang mengatakan maudhu, bukanlah pada matannya tetapi kerana ada perawinya yang dikatakan pendusta. Dalam ilmu hadis, walaupun seseorang itu pendusta, tidak semestinya dia tidak akan bercakap benar sama sekali. Ada kemungkinan sewaktu diriwayatkan hadits ini, dia jujur dalam meriwayatkannya. Sementelahan pula ada hadits lain yang mempunyai pengertian yang sama tetapi lebih kuat. Maka para ulama meriwayatkannya secara turun-temurun sehingga kini kerana BERTABARRUK

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 23:05


SS Tok Peti kata “dia bagai mengiklankan dirinya sebagai jalan untuk sampai ke syurga” Benarkah Shaikh Nuruddin mengiklankan diri sebagai jalan untuk sampai kesyurga? SS Tok Peti telah membuat andaian serkap jarang sendiri berdasarkan sangkaburuknya. Berdasarkan dendam kesumat yang membara dihatinya. Berdasarkan cemburu yang bersarang disanubarinya. Pada penelitian akulah … SS Tok Peti yang tengoh dok iklankan diri dalam tulisan-tulisan yang penuh kontroversi. Progresif kununnya! SS Tok Peti ada udang disebalik mi ka? entah-entah SS Tok Peti dok tengah juai nama kotttt … manalah tau agaknya-agaknya MB Pelih senarai nama untuk jadi calon dalam Plihanraya akan datang …. Boleh jadi Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri. Bolehlah SS Tok Peti …. Hapuskan semua amalan bid’ah di Malaysia ini … Tak begitu? … atau pun begitu-begitu?…. Ambo dengaq desas-desus saja! Ampun maaflah … ambo pung tak dok bukti tentang itu, tapi tak mustahil kannnnn!!!!!!

SS Tok Peti, jangan dendam dengan ulama, jangan sangka buruk, jangan main tuduh-tuduh, bahayo! Sepertimana Tok Peti ulama-ulama Hadralmaut, seperti Tok Peti dok pelekeh indirectly ulama seperti Shaikh Yasin Padang, Sayyid ‘Alawi, Shaikh Umar bin Hamdan al-Mahrasi, dan lain-lain ulama. Kata ulama … ditakuti mati dengan su’ul khatimah! Dan lebih bahayo lagi bila ulama yang diremehkan, dicaci tu termasuk dalam golongan auliya Allah, maka Allah isytihar perang … ada hadits shohih tentang itu Tok Peti kan? Tok Peti lebih ma’belum. Maka berhati-hati lah ….! Beradablah bilo sesamo ulama! Bukankah ada kata-kata bahwasanya adab itu didahulukan dari ilmu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 23:05


Tok Peti Indera Kayangan tulis …. Apa yang peliknya, kedatangan beliau itu ditaja oleh beberapa pihak yang mempunyai kuasa agama di beberapa buah negeri.

Padahal beberapa negeri tersebut begitu sensitif dengan pandangan yang lebih progresif mengenai Islam. Digam penceramah-penceramah muda yang membawa ke arah keluasan minda dan fahaman Islam yang lebih terbuka berdasarkan dalil dan hujah. Malangnya, mereka menaja pula pemikiran yang karut seperti itu. Maka tidak peliklah jika ajaran sesat selalu sahaja muncul dalam masyarakat kita.

Kataku: He..he…he .. Tok Peti jealous ka? Sebab ada jabatan agama negeri yang tak benarkan SS Tok Peti dok pergi mengajaq fahaman Wahabi yang dibawa itu. Pandangan Tok Peti tu tak progresif pun …. Tok Peti saja yang perasan!. Fahaman yang Tok Peti bawa lah yang karut. Fahaman ‘Allah duduk ……’ Fahaman bahwa bertawassul pada yang dah mati haram tidak boleh .. kerana mereka dah mati! Kan karut tu … siapa yang memberi BEKAS …? Pasai tu depa gam Tok Peti. Supaya masyarakat aman …. Tak bercelaru dengan pandangan yang kununnya progresif. Maaf cakap nooo …. Orang Perlih pun tak semua terima pandangan bercelaru Tok Peti. Ramai yang menentang dari yang menyokong! Kecualilah kalau Tok Peti bertanding dalam pilihanraya …. Kalaupun depa sokong pun bukan sokong peribadi tapi partai yang Tok Peti wakili … andaian ambo sajaaaa!

Ampun maaf lah kerana bahasa aku kasaq. Orang kebanyakan yang jahillah katakan. Seropalah aku ni dengan puak badwi di Najd tu … kasaq! Cuma aku ni berfahaman Ahl Sunnah wal Jamaah bukan Wahabi!

Ada kesempatan aku sambung lagi ….. salam dari Pak Pandir Moden

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 23:08


Sampai di situ dahulu penerangan oleh anak murid Sheikh Nuruddin.. WaLlahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

akmal17
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 28839
Posting: 23
Dari: MESIR

egypt  


posticon Posting pada: 15-09-07 02:53


aku sokong syeikh Nuruddin....tak lama lagi ada pengajian besama syeikh di sini (Mesir). mari lah kita sama-sama menjayakan majlis ilmu...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For akmal17Profil   Hantar PM kepada akmal17   Quote dan BalasQuote

akmal17
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 28839
Posting: 23
Dari: MESIR

egypt  


posticon Posting pada: 15-09-07 02:54



    


  Member Information For akmal17Profil   Hantar PM kepada akmal17   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 04:16


kawan ana name Muthanna Saarin kenal dia heh! :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 10:13


Syeikh Nuruddin, Kuliah yang mantap, alhamdulillah, dah 6 kali langsung dengar kuliahnya. Hujanya bukan hujah atas angin, tapi berdasarkan penjelasan dalil naqli dan aqli. Struktur bahasanya walaupun ke'indonesia'an mudah di fahami

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 11:04


sokong sapa pun takpa.. yang penting orang yang kita sokong tu memang dia ilmuwan dan mengaplikasikan akhlaq. Dan sheikh Nuruddin adalah salah seorang daripadanya.

Akhlaq itu agama - sebab itu bila ditanya kepada aisyah apakah akhlaq rasuluLLah - kana akhlaquhul Quran. Banyak ayat2 ALlah yang menyingkapi mengenai kepentingan akhlaq begitu juga hadith2 dari rasuluLLah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.211864 saat. Lajunya....