Buat teman2, ini bukan cerpen tetapi kisah hidupku.
Semalam semasa isteriku menyuapkan kumakan. Aku sempat membacakan cerita di blogku. Cerita ‘Serupa tapi tak sama’ sebagai menghargainya menyuap kumakan.
“ok sambil Ain suapkan makan, abang bacakan cerita baru abang.â€
“Tapi Ain jangan menangis!,â€kataku mengusiknya.
Sambil menikmati nasi berlaukkan sambal ikan sardin. Aku membaca perenggan demi perenggan ceritaku itu. Sesekali aku berhenti membaca kerana kepenatan. Melakukan dua kerja dalam satu masa …mengunyah dan membaca.
Setelah habis cerita kubacakan. Aku melihat wajah dan reaksinya. Sama ada dia menangis atau tidak.
Hmmm….isteriku tidak sedih langsung mendengar ceritaku, memang kuat hatinya. Sebaliknya air mataku pula yang berlinang jatuh. Betul bak kata pepatah melayu ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’ Jadi aku ini ‘bahu’lah yaa…huhuhu.
Lupakan kisah mata dan bahu, ikuti nostalgiaku kali ini….
Beberapa hari kebelakangan ini, jari yang kugunakan untuk menekan keyboard se akan lemah. Kejangku (spasm) bertambah kuat. Kejangku ini bukan boleh di bawa berunding, jika tidak berhati-hati kakiku boleh menendang (involuntary movement) sesiapa yang cuba membetulkannya.
Hanya mereka yang mendapat kecederaan saraf tunjang (SCI) saja yang dapat mengambarkan atau merasai siksanya kejang ini. Tidak sakit tetapi menyiksakan.
Beberapa kali isteriku cuba meluruskan kakiku tetapi kaki ini se akan melawan. Makin cuba di lurus makin dia menendang. Kadang-kadang aku rasa kaki ini se olah-olah ‘dengki’ pada isteriku. Jika tidak kuat semangat dan tenaga mahu saja’ naik angin’ bagi mereka yang menjagaku.
“Ain ambilkan parang potong saja kedua-dua kaki ini,â€kataku, geram pada kaki yang sering kejang ini.
“Kalau nak potong, baik potong paras leher, biar tinggal kepala saja, tak payah nak jaga luka di punggung abang lagi,†tambah isteriku. Aku tersenyum mendengar katanya. Aku tahu, dia perliku.
Badanku di ngerengkan untuk memudahkan luka di punggungku di bersihkan. Luka ini perlu di bersihkan setiap hari.
“Abang tak mahu tulis ke cerita abang pakai pampers?â€Tanya isteriku sambil membuka lekatan di pampersku.
“Ishh…. malulah, tulis cerita pasal abang pakai pampers,†kataku.
“Bagaimana keadaan luka abang?â€Tanyaku.
“Luka abang ni dalam, susah nak baik,â€kata isteriku sambil menunjukkan ukuran kedalaman lukaku. Lebih satu inci dalamnya.
“Macamana nak cepat baik Ain?â€Tanyaku lagi.
“Abang kena bangun dan berjalan semula, kalau terbaring macamana nak baik,â€jelas isteriku.
Aku hanya diam. Sesuatu yang di luar dari jangkauan fikiranku. Pun begitu aku tidak pernah berputus asa. Setiap kali mengadapNya, pasti kupohon doa dari yang Maha berkuasa…
Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku
Dosa-dosa besarku, dosa-dosa kecilku
Ya Allah,
Berilah aku peluang untuk hidup seperti manusia biasa
Berilah aku peluang untuk bertaubat dan menebus dosa-dosaku
Berilah aku peluang untuk sujud dan bertaqwa kepadamu
Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menempuh dugaan ini.
Berikan kekuatan kepada kedua-dua belah tanganku ini
Berikan kekuatan kepada pinggang dan tengkukku ini
Berilah aku peluang untuk duduk seperti dahulu
Sembuhkanlah lukaku ini….Amin.
Sambil isteriku membersihkan lukaku. Aku terkenang waktu aku sihat dahulu. Terkenang pada jenama pakaianku dulu. Seluarku berjenama ‘John Master, Padini, Wrangler, Lee Coopers entah apa lagi. Bajuku pula berjenama ‘Padini, Crocodile, Elba… entah banyak lagi. Aku pun sudah lupa, sudah lama pakaianku ini terperuk di dalam almari.
Kini semuanya tinggal kenang-kenangan. Jika dulu seluarku ‘John Master’ jenamanya, sekarang ‘pampers’ menggantikannya. Jika dulu kemeja biru jenama ‘Padini’ bertali leher merah pakaianku, kini sepanjang waktu aku tanpa baju.
Jika dulu sebatang pen tersisip megah di poket bajuku, kini tiub kencing tersisip malu di badanku. Jika dulu pen dakwat hitam melakar detik-detik kejayaanku. Kini warna kuning kencingku menitik melingkari kesuraman hidupku.
“Wah…KS, macam GM (General Manager) pakai agaknya,â€kata Kak M, mengusikku.
Memang di pejabat aku sering memakai agaknya waktu bekerja. Bukan nak melaram tetapi kesejukkan. Kulit aku nipis, alah dengan hawa dingin.
“KS, Azman cakap nii, bawa fail jumpa saya sekejap,â€suara bosku di ganggang telefon.
Bila setiap kali di panggil mengadap bos, pasti agaknya aku tanggalkan. Bukan apa. Aku malu, nanti di katakan pula melawan tokei. Bos pun tak pakai agaknya….hehehe.
Sesungguhnya bosku En. Azman yang kukenali lebih sepuluh tahun memang suka melihat staffnya yang berketrampilan, berkeyakinan dan berpersonaliti.
Sesekali bila mengadap cermin di tandas aku berkata-kata di dalam hatiku “Boleh tahan juga aku ya, berkemeja putih bertali leher merah dan berkot gelap, macam GM!†Aku ke nii!, macam tak percaya…hahaha.
“Abang, Ain nak pusingkan badan abang, nak pakaikan pampers,â€kata isteriku mengejutkan nostalgiaku.
Setiap kali di pakaikan pampers, setiap kali itu juga semangatku hilang. Tiada lagi kemeja lengan panjang bewarna biru di tubuhku. Tiada lagi tali leher merah tergantung di leherku.
Yang ada, hanya sekujur tubuh kaku yang di tutupi sekeping pampers dan sehelai kain pelekat.
-----------------
Aku bukan buta mata juga bukan buta hati tetapi liku-liku kehidupan di hadapanku di selubungi kegelapan dan kegelitaan... HITAM
[ Telah diedit oleh: lagendabuta pada 28-07-07 16:41 ]