Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Khas untuk perempuan-perempuan dan ayah-ayah perempuan seluruh Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Khas untuk perempuan-perempuan dan ayah-ayah perempuan seluruh Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh Khas untuk perempuan-perempuan dan ayah-ayah perempuan seluruh Malaysia

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 22:32


p/s:Benda ni saya copy & paste sahaja...Baca, jangan tak baca...



Khas untuk perempuan-perempuan dan ayah-ayah perempuan seluruh Malaysia

assalamualaikum...
emailkan kepada sedara2 anda atau
kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja
yang anda kenali yang sedang merancang
perkahwinan..saya nukilkan buat wanita
melayu yang tiada pedoman hidup..!!

Ada seorang kawan saya pernah berkenalan dengan seorang wanita yang kemudiannya kawan saya ini ingin melihat wajah wanita itu sebelum meminangnya. Sekalipun kawan saya ini tidak mempedulikan sangat wajah perempuan ini kerana akhlak wanita ini baik namun saya mengarahkan kawan saya melihat dahulu wajahnya.
Malangnya wanita ini mewarisi kebodohan wanita melayu yang kemudiannya memberikan gambar palsu kepada kawan saya ini kononnya mahu menguji apakah kawan saya ini memilih kecantikan atau hati.

Gambar yang diberikan ialah seorang wanita yang berkulit gelap dan berjerawat dan memakai tudung dengan menampakkan rambut dan saya katakan pada kawan saya perempuan ini tidak sesuai untuknya kerana kawan saya itu seorang yang kacak dan biarlah mencari yang sepadan dan lebih sopan pada pemakaian.

Sabda Rasulullah : Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kalian melihat kepadanya menenangkan hati...(hadith sahih riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Hakim).

Akhirnya setelah menolak perempuan itu atas nasihat saya maka selepas itu barulah perempuan kurang bijak ini muncul semula pada kawan saya dan mempamerkan dirinya yang sebenar dengan sengaja memperlihatkan dirinya yang memang cantik manis, memakai jubah dan bertudung labuh dengan berkulit putih pipi kemerah-merahan.

Kawan saya merasa menyesal menolak muslimat ini namun saya katakan pada kawan saya bahawa wanita ini hanyalah wanita kurang bijak+sedikit terpalit kebodohannya yang memiliki wajah dan diri yang cantik tapi jahil dan jauh dari pertunjuk sunnah dan bahkan saya doakan pada kawan saya ini mendapat muslimah yang lebih solehah dan semoga wanita ini mendapat lelaki yang sehodoh mungkin sesuai dengan gambar palsu yang diberikan kepada kami sebagai pengajaran buat dirinya yang tidak mengikut petunjuk sunnah Rasulullah..

Sesungguhnya sunnah yang diajar oleh Rasulullah ialah bolehnya lelaki melihat wanita dan wanita melihat kepada lelaki dan hal ini sudah ijmak ulama fuqaha ummah namun masih wujud wanita kurang bijak berwajah cantik dalam masyarakat Melayu konon hendak menguji lelaki. Sesungguhnya baginda
Rasulullah sendiri menyukai wanita cantik dan menyuruh supaya melihat dahulu wanita yang ingin dinikahi apakah sedap mata memandang dan menarik hati.

Wallahualam.

Mohon maaf sekali lagi kalau terkasar
bahasa. Geram kepada golongan
ini..biarlah orang nak kata apapun
kepada saya, asalkan saya sudah
menyampaikannya..

Mad

Sebelum meneruskan catitan kali ini, lebih dahulu saya memohon maaf jika ada keterlanjuran bahasa. Apa pun, yang mesti diambil pengajaran ialah isi yang ingin saya sampaikan. Saya menulis catitan ini berikutan semakin meriahnya aktiviti persetubuhan haram di kalangan teman-teman seusia dan beberapa laporan akhbar yang sempat saya baca seperti pemalsuan wang hantaran. Antara faktor utama berlaku persetubuhan haram ialah proses perkahwinan yang sulit di negara ini yang sudah pastinya tidak mengikut amalan sunnah. Dalam penetapan wang hantaran contohnya, biarlah setakat yang tidak membebankan, sebagai contoh, kalau kerja kerani tidaklah sampai terpaksa berlapar sampai dua tahun untuk mengumpul wang hantaran. Saya hairan, proses perkahwinan tidak sesulit mana di luar negara, maka ramai remaja Islam bukan Melayu berkahwin, maka tidaklah banyak aktiviti persetubuhan haram di kalangan mereka. Ada pun remaja Melayu yang juga Islam, lebih rela melakukan hubungan haram kerana tidak mampu berkahwin. Tulisan ini agak keras, namun yang saya harapkan ialah manfaat dari tulisan ini. Secara peribadi, saya merasakan masih banyak amalan masyarakat perlu dikembalikan semula kepada petunjuk sunnah kerana ternyata, sesuatu yang lari daripada petunjuk sunnah hanya mengundang kesusahan dan bala. Wallahualam.
Selamat membaca.

____________________________

(Jangan baca kalau tiada akal untuk
memikirkan dan tiada kesabaran untuk
menerima kenyataan)

Daripada Abi Hatim Al-Muzni ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam : Sekiranya datang kepada kamu lelaki yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia sekiranya kamu tidak melakukannya maka akan berlakulah fitnah dan kerosakan di muka bumi (hadith sahih riwayat Tirmidzi no. 1085 dan sepertinya dari Ibn Majah dan Hakim).

Adat Melayu dan Malaysia sudah sampai masanya diganti dan ditukar dengan pengamalan sunnah dan pertunjuk Islam yang sahih. Kedengaran sana sini zina dan bersekedudukan di luar nikah menjadi biasa dan ibu bapa kurang cerdik, pak cik dan ahli keluarga gila bab* masih menetapkan wang hantaran ribuan ringgit bagi anak gadis mereka.


Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapanya yang menjadikan dianya (anak mereka) yahudi atau nasrani atau majusi (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1293 dan Muslim no.2658

Sekiranya wanita dirobek oleh lelaki secara zina maka siapa yang harus dipersalahkan ? Sebelum menuding jari kepada anak lelaki dan anak gadis yang menghulurkan maruahnyanya itu maka saya terlebih dahulu akan menyalahkan ibubapa dari kedua-dua belah pihak.

Sikap degil, jahil, dan mentaliti dunia pihak keluarga yang telah mengakibatkan anak-anak mereka terjebak dalam kemaksiatan dan kedosaan serta perkara yang haram.

Mereka wajib dipersalahkan kerana mereka tidak menikahkan anak lelaki mereka demi mengelakkan dari terjebaknya kepada zina dan juga mereka wajib dihukum oleh hukuman takzir dibawah pemerintahan Islam apabila mereka meletakkan harga yang mahal bagi maskahwin dan duit hantaran untuk anak gadis mereka sehingga menyusahkan pernikahan.

"Ketahuilah sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu ialah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah itulah ganjaran yang besar"(Al-Anfaal : 2.

Perkara yang halal dipersusahkan dan dipersulitkan hanya kerana perihal duniawi dan material konon untuk mengadakan persalinan, hantaran, hiasan dan kad jemputan dan pelbagai lagi.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Baginda rasulullah bernikah dengan mudah, demikian para sahabat dan golongan salaf soleh manakala golongan kurang cerdik serta ibu bapa jahil hari ini yang mempunyai anak gadis yang tidak pun mampu menghafaz Al-Qur’an, wajah yang cantik seperti lembu dan akhlak yang sangat manis dan lembut seperti monyet yang terlepas dari hutan lalu diletakkan mahar dan hantaran ribu-ribuan ringgit (tidak semua begitu, tapi mungkin separuh sudah jadi begitu).

Kebanyakkan wanita Malaysia hari ini yang pakaiannya pun jarang dan ketat, menampakkan bentuk badannya sehingga boleh ditatap oleh mana-mana lelaki, kemahiran memasak yang mencapai tahap cipan, hobi yang mulia dengan menonton
filem Hindustan dan Korea dan membesar dalam persekitaran sosial dan maksiat lalu diletak harga ribuan ringgit apabila dipinang hanya kerana hasil solekan dan kesan khas (side-effect) memang membuatkan ramai lelaki teraniaya apabila terpaksa bersusah payah mendapatkan wanita seperti ini sebagai teman hidup.

Dari riwayat Abu Zar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” lalu baginda ditanya oleh sahabat, wahai rasulullah apakah seseorang yang memenuhi syahwatnya (dengan isteri) itu mendapat pahala ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yang haram itu satu dosa ? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yang halal maka baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim no 1006 dan Abu Daud no 1286)

Sangat sedih dan kasihan kepada lelaki yang ingin bernikah kerana mahu menjaga agamanya dan menyalurkan nafsu dan fitrahnya kepada yang halal, yang inginkan menegakkan sebuah keluarga muslim yang soleh, yang ingin mempunyai anak-anak dan generasi soleh terpaksa menghadapi dilema ini. Bayangkan lelaki seperti ini sekiranya mahu mendapatkan kepuasan sudah lama boleh mendapatkan bohsia di jalanan.

Tidak susah mendapatkan manusia-haiwan yang mempunyai "faraj" yang berkeliaran di jalanan dan lorong-lorong kota raya dengan hanya bayaran berapa puluh dan ratus ringgit sudah boleh untuk menikmati tubuh pelbagai bangsa. Juga sekiranya lelaki-lelaki ini mahu bukankah sangat mudah mengambil peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dengan skirt biru atau gadis genit dari kilang atau wanita cantik dari kolej atau universiti yang tidak tahu menjaga maruah.

Hanya kerana lelaki-lelaki Islam di Malaysia yang masih beriman mahu mencari pasangan yang halal dan mahu menamatkan zaman bujang dengan bernikah bukan dengan berzina maka mereka terpaksa pula berdepan kerenah keluarga pihak wanita yang kurang iman dan akhlak dan gila duitan.

Sudahlah setelah terpaksa bersusah payah mendapatkan seorang wanita yang dibeli melalui bayaran yang mahal dari keluarganya maka pihak lelaki terpaksa pula menyara hidup wanita ini, mencari rezeki dan memberi nafkah dan kemudian
mesti pula melayan keluarga pihak wanita itu baik-baik. Mereka bukan sahaja terpaksa mengajar, mendidik wanita ini faham Islam dan agama, terpaksa pula memastikan wanita ini metaati Allah, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan melarang mereka dari maksiat kepada Allah swt.

Sangat ramai wanita malas solat konon alasan mereka itu cuti dan belum termasuk dengan tidak menutup aurat dan menjaga lisan dan bicara mereka dari fitnah, mengumpat dan mengeji. Bahkan sekiranya wanita ini melakukan dosa dan kemaksiatan maka pihak lelaki pula yang terpaksa menanggung beban
dan menanggung dosa kerana mereka ialah ketua keluarga.



“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).


Kesimpulannya wanita dan keluarga mereka tidak perlulah diberi muka sangat kerana hanya membuang masa dan waktu golongan yang beriman kepada Allah swt dan cukuplah saya mencadangkan golongan lelaki yang beriman di Malaysia mencari alternatif lain misalnya menikahi wanita dari Pattani (selatan Thailand) yang kini
diancam oleh keganasan.

“Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmat-Nya” (An-Nur : 33).


Menyelamatkan wanita Pattani yang muslim dengan menikahi mereka, atau menikahi wanita Indonesia yang dating ke negara Malaysia ini untuk mencari kehidupan dan wanita dari bangsa lain misalnya Cina dan India dengan mendakwahkan mereka kepada Islam lebih utama dan mulia dari menyusahkan diri menikahi wanita Melayu yang tidak usahlah saya dedahkan lagi aibnya.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

wassalam..

~aku yang bengang..!~

kasihan kawan aku..nak kawin tak ada
duit..terpaksa batalkan hasrat..
_________________
In the name of Allah..the Most
Gracious and the Most Merciful..


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 22:39


syukran jazilan ...panduan yang amat penting kepada seluruh muslimah dan ayah2 muslimah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-07-07 22:44


Assalamualaikum...
Hmmm....jangan sedih ek....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 22:45


tapi tak semua wanita yang bergelar muslimah macam tu....yang dalam artikel kata tiada pedoman hidup dan mewarisi kebodohan wanita melayu..
ingatlah permpuan yang baik untuk lelaki yang baik...dan sebaliknya...
kalau benar latar belakang seseorang muslimah dan keluarganya amat menitik beratkn islam as way of life based on quran dan sunnah....semua msalah ni takkan wujud....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

4_AllAh
Warga Rasmi
Menyertai: 26.10.2005
Ahli No: 20107
Posting: 18
Dari: rumah

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 23:30


salam..Kenapa ye..sikit-sikit nak marah perempuan..sebenarnya laki2 di atas belum berjumpa dengan pompuan2 yang baik..tak letak hantaran tinggi semua..,yang suruh pihak lelaki letakkan hantaran sendiri..sekadar yang dia mampu..maknanya depa sendiri tak cukup baik lah,,itu pun salah perempuan ke sebab depa tak cukup baik...lagi satu..laki pun bodoh sebenarnya,nak perempuan cantik2 saja..kesimpulannya,padan lah muka dia,tak pernah dengar agaknya lagu rabbani tajuk apa entah..yang cr2la..pasangan hidup betul-betul oh kawan itu..lagu itu kan buat dr satu kisah..yang ada laki itu makan epal yang hanyut oleh air sungai..selepas itu dia p cari tuan epal itu..selepas itu tuan epal itu suruh kawin dengan anak dia..tapi dia tipu laki yang makan epal itu kata anak dia tidak ada kaki,tangan semua itu untuk menguji laki itu..laki yang tulis artikel itu yang bodoh sebenarnya..tak pernah dengar cita ini..selepas itu dok marah2 perempuan pula..padan muka tak dapat perempuan lawa itu...pueh hati eden.daa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For 4_AllAhProfil   Hantar PM kepada 4_AllAh   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-07-07 23:36


hmm..tak semua muslimat macam tu..tapi mungkin dah payah nak cari sekarang ni..sebab masyrakt dah jadi terlalu materialistik..hmm..bahasa yang dugunakan kasar lah..huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 04-07-07 08:58


Apa yang disampaikan oleh penulis tu memang benar...Itulah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini...Cuma bahasanya agak kasar... :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-07-07 11:55


hai...macam-macam kes dalam dunia..yang penting besederhanalah....


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 01:49


mengapa mesej ini hanya kepada wanita dan ayah2 wanita sahaja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 25-07-07 10:31


cofeus juga ni...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 25-07-07 13:05


erm xseharusny disalahkan pihak perempuan dan parents mereka 100%..tak semua org letak hantaran macam nak jual anak..zaman dah makin berubah kita bukan dok era 80an lagi, semua belumba2 nak majukan diri kalau lelaki tu kerja untuk dari dia pun xlps macam na, nak bagi makan anak org..nak yang elok tapi kalau diri pun tak serupa bikin jangan nak mimpi disiang arila kawan..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitula sebalikny.. tak perlu dpertikaikan lagi..


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

ainul_tapah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2007
Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-07-07 13:12


em...kenapa nak uji pula?...syukran jazeelan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_tapahProfil   Hantar PM kepada ainul_tapah   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 14:59


yang baik hanya untuk yang baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

zinnieyrah5667
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9959
Posting: 37
Dari: AL-MUNAWWARAH

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 17:07


apa yang disampaikan penulis tu memang benar dan sememangnya realiti yang berleku dalam khidupan sekarang...
cuma penyampaian yang digunakan agak keras dan boleh menimbulkan kontroversi bagi orang-orang yang kurang memahami..
jadi, fahamlah dengan betul apa mesej yang hendak diasampaikn..
wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnieyrah5667Profil   Hantar PM kepada zinnieyrah5667   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 17:24


salam..

lebih baik bersikap terbuka dan berlapang dada dalam memahami realiti ini..bukan semua org tak betul dan bukan semua org berada pada jalan yang betul..apa yang terbaik pohonkan petunjuk daripada Allah untuk melakukan segala perkara dan semoga mendapat jalan keluar yang di redhai oleh Nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-07-07 20:27


:-) Assalamualaikum....


    Menguji yang tidak bertempat....itu yang boleh saya katakan...kerana sepatutnya dalam peroses merisik dan meminang tidak patut ada perkara seperti penipuan,walau sekadar untuk menguji.......
Perkara berkenaan wang hantaran...mind masyarakat kita yang agak keterlaluan dan agak materialistik sepatutnya disekat....mungkin pegaruh2 artis seperti mengheboh2kan nilai wang hantaran juga adalah salah satu puncanya....begitu angkuh dan sombong bila wang hantaran mencecah angka berpuluh ribu malahan sampai ke angka beratus ribu.......pihak berkuasa mestilah peka dan sepatutnya ada tindakan untuk menyekat perkara ini....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-07-07 20:32


INFO yang BAGUS..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 28-07-07 13:48


;-) macam-macam ada...
mungkin dia sengaja nak menguji...sekarang ni ramai yang rupalistik..
tapi akhirnya melepas jugak....
Kalau nak menguji pun biarlah bertempat...

: sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa menguji daripada sahabat yang sentiasa memuji..........renungkanlah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099982 saat. Lajunya....