Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 4 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: TREND MAHASISWA MALAYSIA DUDUK SERUMAH???


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» TREND MAHASISWA MALAYSIA DUDUK SERUMAH???

Please Mendaftar To Post


Oleh TREND MAHASISWA MALAYSIA DUDUK SERUMAH???

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 07:49


SIARAN MEDIA 29 JUN 2007/ 13 JAMADIL AKHIR 1428

PKPIM BIMBANG DENGAN TREND MAHASISWA ISLAM DUDUK SERUMAH


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa bimbang kerana sudah wujud trend baru di kalangan mahasiswa IPTA dan IPTS duduk serumah, walaupun bukan semuhrim. Trend baru tetapi songsang ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan mahasiswa IPT sekarang ini.

Kewujudan trend songsang ini sekali gus menunjukkan malapetaka besar kepada umat apabila golongan yang diharapkan untuk menuntut ilmu dan seterusnya berbakti kepada masyarakat terlibat dengan keruntuhan akhlak. Berdasarkan pemerhatian dan kajian daripada PKPIM, trend ini telah lama berlaku, namun sejak akhir- akhir ini sahaja ia semakin menjadi. Berdasarkan maklumat yang diterima PKPIM, trend ini banyak berlaku di kalangan segelintir pelajar di IPTS sekitar Bukit Beruang dan Gombak. Malah mungkin banyak lagi tempat yang berlaku di luar jangkauan kita.

PKPIM berpandangan bahawa trend ini sangat membimbangkan. Apabila seorang lelaki Muslim duduk serumah dengan pelajar Muslim perempuan yang bukan muhrim, tanpa ditemani oleh sesiapa, maka pelbagai andaian buruk yang boleh dijangkakan. Trend songsang ini berlaku di kalangan mahasiswa IPT, melibatkan ramai orang. Ada satu rumah didiami oleh ramai pelajar lelaki, dan pada masa yang sama juga, ada pelajar perempuan yang menyelinap masuk untuk tidur bersama teman lelakinya. Ada juga rumah yang dikongsi bersama pelajar lelaki Muslim dan perempuan Muslim yang bukan muhrim, berlagak sebagai ‘suami isteri’ Malah, ada juga sekelompok pelajar lelaki Muslim berkongsi rumah sewa dengan pelajar Muslim perempuan dalam satu rumah. Ada juga kes yang ekstrem, pelajar perempuan Islam sanggup duduk serumah dengan pelajar bukan Islam lelaki, mungkin atas dasar cinta.

PKPIM berpandangan trend ini melambangkan satu lagi episod keruntuhan akhlak yang sangat genting di kalangan cerdik pandai. Duduk serumah tanpa ditemani muhrim, bahkan merasakan ia ‘dibenarkan’ adalah suatu yang membimbangkan. Apa yang boleh kita harapkan sekiranya kelompok ini yang sepatutnya berada di pusat pengajian tinggi untuk belajar, kemudian memimpin negara, namun terlibat dengan babak keruntuhan akhlak ini? Trend ini boleh berlaku akibat beberapa sebab, antaranya ialah:
1.     Tiada penguatkuasaan dan perhatian daripada pihak universiti. Kewujudan banyak pusat pengajian tinggi, sama ada universiti awam atau swasta, kolej universiti, politeknik dan sebagainya satu perkembangan yang positif. Namun demikian, apabila sudah banyak, maka akan timbul masalah dari segi pemantauan kualiti dan mengakibatkan kepada banyak implikasi susulan, antaranya ialah soal kebajikan pelajar. Gejala duduk serumah antara mahasiswa ini berlaku kerana ketidakcukupan penempatan kolej mahasiswa, mengakibatkan ada yang perlu duduk di luar. Ada sesetengah universiti tidak memantau sepenuhnya kebajikan pelajar mereka, dengan memberi kebebasan sepenuhnya untuk mereka memilih rumah sewa. Lalu mengakibatkan ada yang mengambil peluang ini untuk memuaskan nafsu mereka. Universiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepatutnya mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan pelajar dengan sebaik- baiknya. Trend ini mudah terjadi di kalangan mahasiswa IPTS sendiri, kerana ada sesetengah IPTS tidak mampu menyediakan kolej kediaman kepada para pelajarnya. Seharunya kewujudan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), yang merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan dan pengawal selian, dan kawalan kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta sepatutnya turut mengambil kira soal kebajikan pelajarnya. Ada satu kes dahulu masuk media apabila seorang pelajar perempuan Islam terpaksa duduk serumah dengan tiga orang pelajar lelaki luar negara ketika proses pendaftaran sebuah IPTS. Seharusnya IPTS mahupun semua institusi pengajian tinggi tidak terlalu memikirkan soal keuntungan lalu menepikan soal pembangunan sahsiah pelajarnya.
2.     Trend ini terjadi kerana terpengaruh dengan trend pelajar bukan Islam yang duduk serumah. Memang tidak dinafikan ianya mungkin bukan satu yang ‘dibenarkan’, namun trend duduk serumah antara pelajar bukan Islam lelaki dan perempuan memang satu kebiasaan. Lalu, ianya ‘berjangkit’ kepada pelajar Islam di IPT negara ini.
3.     Apabila seorang pelajar Islam sudah berani duduk serumah antara lelaki dan perempuan tanpa memikirkan halal dan haram, maka ianya petanda kepada kelemahan dan kedangkalan tentang Islam sendiri. Namun tidak dinafikan, ada juga yang sudah maklum tentang halal dan haram, tetapi masih berani melakukan dosa itu, ianya adalah kerana tiada pencegahan dilakukan.
PKPIM berpandangan, trend songsang ini perlu dibanteras dan dihapuskan. Apabila duduk serumah antara pelajar lelaki dan perempuan, sebarang kemungkinan boleh dijangkakan, yang lebih dilaknati ialah perzinaan. Zina merupakan antara dosa besar yang boleh dijatuhkan hukuman berat. Dalam Islam, amaran zina sangat jelas iaitu “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).
Islam menegaskan bukan setakat melakukan zina, akan tetapi terus menjauhi dan mengelakkan perbuatan zina. Seorang pemuda dan pemudi Muslim yang masih bujang, apabila didapati berzina, boleh dikenakan hukuman rejam. Apatah lagi sekiranya sudah berkahwin, boleh direjam sehingga mati. Ibn Qayyim ketika mengulas hukuman bagi penzina berkata, “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga pengkhususan iaitu,:
Pertama, hukuman mati secara hina iaitu direjam bagi penzina kemudiannya diringankan bagi yang belum nikah dengan dua jenis hukuman iaitu hukuman fizikal dengan dirotan sebanyak seratus kali. Manakala yang kedua ialah hukuman mental, dengan diasingkan selama dua tahun.
Keduanya ialah Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina . Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikant umat.
Menurut Ibn Qayyim juga dalam bukunya Jangan Dekati Zina, “Kemudian Allah juga memberitahukan bahawa amalan zina adalah seburuk-buruk jalan; karena merupakan jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia, seksaan dan azab di akhirat nanti.”

PKPIM mencadangkan beberapa pendekatan yang wajib dilakukan, iaitu,:

Pihak universiti secara keseluruhan bertanggungjawab memantau kebajikan kediaman seluruh pelajarnya, walau di mana mereka berada. IPT awam atau swasta yang ditadbir oleh bukan Islam sepatutnya sensitif dan tidak memikirkan keuntungan sahaja dengan membiarkan sebebas- bebasnya pelajarnya terutamanya pelajar Islam untuk memilih kediaman, apatah lagi IPT yang ditadbir oleh orang Islam.
Masyakat secara umunya perlu memainkan peranan amar ma’ruf dan nahi mungkar, apabila melihatkan ada kelompok pelajar universiti yang berkelakuan mencurigakan dalam satu kawasan perumahan. Masyarakat perlu mengikis sikap individualistik yang mencerminkan sikap buruk ‘Mati rasa Jiwa Santai’ melihatkan maksiat yang berlaku.
Didikan agama diperkukuhkan di peringkat sekolah lagi supaya kekuatan dalaman dapat dibina sebelum mengharungi zaman universiti.
Pendekatan pencegahan perlu dilakukan oleh semua pihak, terutamanya pihak yang berwajib.

Sempena dengan kemasukan bakal pelajar baru sesi 2007/ 2008 nanti, PKPIM menasihatkan semua institut pengajian tinggi, masyarakat termasuk ibu bapa mengambil inisiatif untuk mencegah secara total akan trend songsang ini. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amaran Allah Ta’ala iaitu “Maka takutlah kamu sekiranya kamu meninggalkan zuriat yang lemah di belakang kamu”.


Mohd Hilmi Ramli
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820415- 08- 6031

Sekretariat PKPIM Pusat
Anjung Rahmat, buat 6,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

(H/P)019- 3068241
(Tel) 03- 61879520
(Fax) 03- 61842570

. net
www.pkpim.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 08:03


tanda akhir zaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 10:48


tiada rasa dosa buat macam tu....

[ Telah diedit oleh: eyla05 pada 30-06-07 10:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 12:04


bercakap dan menulis sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah

Sudah diketahui akibat dan perkara berlaku, adakah sudah disiasat hingga ke akar umbi punca?

Jika sudah, apa tindakan seterusnya? menyarankan pihak IPT memantau..tapi bagaimana jika orang 'atas' tak mahu pantau juga?

kalau pemimpin di atas berjiwa Islam sejati, setel cerita
[ Telah diedit oleh: swordofdeen pada 30-06-07 12:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 30-06-07 20:47


Itu baru dalam negara.
Belum di luar negara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 21:00


bila cara hidup barat dah menjadi pegangan hidup mereka ni, itulah yang jadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 21:12


bagi mereka islam hanya di atas kertas. tiada makna... :-?


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 23:30


bila dah tak tau hukum...macam tulah jadinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-07-07 00:08


jiwa - jiwa yang seolah-olah terdesak merosakkan maruah sendiri. carilah teman sejantina yang sejat ok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 01:19


kadang-kadang bukan sebab terdesak ke apa. Dah tu penuh kat TV, astro benda-benda yang 'membenarkan' aktiviti2 macam tu. tak tengok filem2 yang PENGARAHNYA MELAYU + ISLAM LAGI...buat acuan 'islam sendiri'..hadhari ke sendiri?

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-07 21:44


nafsu melangkaui batasan fikiran normal.
mereka merasakan mereka telah jauh dari pantauan ibu bapa, tetapi sedar atau tidak mereka sebenarnya tidak bertindak jujur pada diri sendiri.
mahasisiwa bukan calang-calang manusia. mereka cemerlang dari segi akademik, tetapi tidak diseimbangkan dengan akhlak dan sahsiah. Kenapa?
meraka belajar pendidikan Islam hanya secara teori, untuk lulus dalam kertas peperiksaan.
mereka belajar sivik dan moral hanya untuk peperiksaan.
bila tidak ada kefahaman, maka ilmu tidak akan dapat diterjemahkan dalam bentuk penghayatan sekaligus amalan.
ilmu yang banyak untuk menjawab soalan peperiksaan cuma.


hidup, walau berbumbungkan langit mana pun, bila adanya Ihsan dalam diri, manusia akan sentiasa beringat Allah ada di mana-mana.
tidak selamanya hidup seseorang itu akan ditemani ibu bapa, dipantau oleh guru, di awasi oleh pemimpin, tetapi akal yang satu, iman kepadaNya akan menjadi pembimbing untuk terus berada di jalanNya.
berlaku jujur pada diri sendiri.

dan ana percaya, semua agama yang terdapat di seluruh dunia mahukan pengikutnya menjaga batas-batas akhlak dan sentiasa melakukan kebaikan.
inilah titik persamaannya, jika difahami dan dihayati serta diamalkan oleh penganut tidak kira apa jenis agamanya, masalah keruntuhan akhlak dapat diperbetulkan.
wallahu'alam.
[ Telah diedit oleh: houri pada 28-07-07 22:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-07 19:56


Innalillahi wa inna ilaihi rojiun... Malaysia ada virus ini juga ya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-07 20:14


Astagfirullaah... bantulah mereka untuk nikah saja. Di Indonesia banyak mahasiswa sudah menikah, saat wisuda didampingi istri dan anak-anaknya, bukankah begitu lebih baik, lebih istimewa, lebih special. Contohnya jalan hidup mulia Ustad penulis buku KUPINANG ENGKAU DENGAN HAMDALLAH.

Hadis Shoheh dari Rasulullah Muhammad SAW Mengenai wanita "...muda belia perawan lebih baik/istimewa,"

"Siapa yang mampu menjaga diantara kedua pahanya, jaminan surga baginya,"

Wallahu'a'lam bishowab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-07 22:34


nama saja pelajar institut pengajian tinggi.
tapi mentaliti kelas ketiga.
di mana keberkatan ilmu yang dipelajari bila dah bercampur aduk dengan kemaksiatan?
pihak universiti tak buat pemantauan ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-07 22:52


salam...
emm..kalau tak silap macam dah ada saja topik yang mempunyai persamaan dengan topik ini...dan dah dibincangkan dalam forum ini...tapi xingatla....aperpun semkn parah situasi yang berlaku dalam kalangan bakal pemimpin negara masa hadapan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-08-07 07:59


PKPIM? bukan pkpim saja yang risau.. kami pun risau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

zakia_natasya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.07.2007
Ahli No: 30446
Posting: 50
Dari: Balakong

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-08-07 11:14


macam mana pulak kalau terdesak?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zakia_natasyaProfil   Hantar PM kepada zakia_natasya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-08-07 11:32


Pada 03-08-07 07:59 , Ibnu_muaz posting:

!!! QUOTE !!!

PKPIM? bukan pkpim saja yang risau.. kami pun risau..


Assalamualaikum...
Samalah kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119178 saat. Lajunya....