Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: hukum makan ketam batu


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» hukum makan ketam batu

Please Mendaftar To Post


Oleh hukum makan ketam batu

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 12:18


Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?

jawapan:

Salam

Apa yang ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebrg dalil yang khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yang masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yang mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memepragakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kepada yang hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kepada hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yang menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan untuk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kepada segala jenis hidupan laut yang hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (hari Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yang dipakai oleh mereka yang mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yang khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yang paling hampir ialah mengenai katak. tetapi berdasarkan kaedah yang telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kepada semua yang hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendapat haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yang pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yang kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kepada firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

“Katakanlah. Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging bab*; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kepada keharaman bangkai, darah yang megalir, bab* adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kepada apa-apa binatang yang mempunyai illat yang sama dengannya iaitu kotor. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang-kadang uruf dari satu tempat ke satu yang lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, tetapi pada masyarakat China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan dalam nas yang mengatakan ianya haram, itulah haram. yang tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang dianggap pada dirinya jijik dan kotor. tetapi jangan pula kita menjadi pelik jika ada org yang memakannya di negara lain.

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/27/hukum-makan-ketam-batu/


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 12:41


maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 27-06-07 13:36


Pada 27-06-07 12:41 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?



Assalamualaikum...
Ketam yang boleh duduk di udara macam kita ni...boleh jugak duduk dalam air...
Haram hukumnya...memakannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 16:07


KETAM BATU??????
kalau ketam kayu ana kenal...... kalau ketam kayu, tpulang kepada sesiapa yang nak makan.... kalau tak takut patah gigi..makanlaa....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 16:27


/

Ketam batu


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 21:24


Macam ni rupanya ketam batu... :-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-06-07 21:40


dulu U saya ada buat keluarga angkat kawasan dkat pantai ala ada pohon nipah tak silap dengan pemeriksaan kesihatan. kasihan family angkat sebab nak beli susu pun tak cukup duit. memang best makan sotong, udang & ketam saja selalu sebab family nelayan, sebab ingat mak pernah pesan tak boleh makan yang 2 alam jadi saya makan ketam yang warna oren cerah yang 1 alam saja. Masa nak balik keluarga angkat bagi buah tangan ketam batu besar sangat warna hitam siap diikat. bila balik kasihan tengok ketam tu, dalam singki macam ketakutan. parents pun memang cakap tak boleh makan. esoknya pergi balik tmp kawsan keluarga angkat tu, dalam kereta macam tau saja ketam ni dia akan dilepaskan bukan main hapy & bersemangat dia minum air dalam baldi, siap bunyi2 bising dia minum air. Cepat pula kitaran air yang dia minum tu keluar. Siap rakam lagi gambar lepas ketam, hapy dia berjalan masuk dalam air.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 27-06-07 21:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 27-06-07 23:51


Pada 27-06-07 13:36 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 12:41 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?



Assalamualaikum...
Ketam yang boleh duduk di udara macam kita ni...boleh jugak duduk dalam air...
Haram hukumnya...memakannya

tak baca penerangan di atas ke??pandai2 keluarkan hukum halal haram



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1097
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 28-06-07 00:35


Pada 27-06-07 23:51 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 13:36 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 12:41 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?



Assalamualaikum...
Ketam yang boleh duduk di udara macam kita ni...boleh jugak duduk dalam air...
Haram hukumnya...memakannya

tak baca penerangan di atas ke??pandai2 keluarkan hukum halal haram



kalau dah pendapat di kalangan as'syafie, hambali dan hanafi mengatakan haram. Takkan depa memandai keluarkan hukum?


-----------------




    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-07 01:00


Pada 27-06-07 23:51 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 13:36 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 12:41 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?



Assalamualaikum...
Ketam yang boleh duduk di udara macam kita ni...boleh jugak duduk dalam air...
Haram hukumnya...memakannya

tak baca penerangan di atas ke??pandai2 keluarkan hukum halal haram



assalamualaikum wbt

sheikh tak baca ke artikel atas2, kan qaul syaffiiyah kata haram sebab di qias dengan hukum katak.

kalau xsetujupun dengan qaul syaffiiyyah xple, xd paksaan, saya pun setuju dengan qaul kata boleh makan benda 2 alam, tapi xyahle nak kata mereka memandai2, itukan ijtihad ulama2 tersebut.

tak setuju lain cerita, but hormat kepada ulama tetap kena ada


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-06-07 15:08


Assalamualaikum w.b.t

Baberapa minggu yang lepas saya ada mengikuti ceramah yang yang disampaikan oleh ustaz Ismail Kamus mengenai halal dan haram. Beliau ada menyentuh mengenai hukum makan ketam batu. Menurut beliau, ketam batu sebenarnya bukan dikategorikan sebagai haiwan dua alam sebagaimana katak. Ini kerana ketam batu hanya boleh bertahan beberapa hari sahaja di darat ( lebih kurang seminggu). Ketam batu menyimpan air di dalam badannya, dan air itu yang membuatkan dia boleh survive di darat. Apabila air dalam badannya habis, dia akan kembali ke air. Sama juga seperti ketam nipah.

Sekian, terima kasih.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 28-06-07 21:42


Pada 28-06-07 01:00 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 23:51 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 13:36 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-06-07 12:41 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

maaf ye...saya nak tanya..ketam batu tu macam mana?



Assalamualaikum...
Ketam yang boleh duduk di udara macam kita ni...boleh jugak duduk dalam air...
Haram hukumnya...memakannya

tak baca penerangan di atas ke??pandai2 keluarkan hukum halal haram



assalamualaikum wbt

sheikh tak baca ke artikel atas2, kan qaul syaffiiyah kata haram sebab di qias dengan hukum katak.

kalau xsetujupun dengan qaul syaffiiyyah xple, xd paksaan, saya pun setuju dengan qaul kata boleh makan benda 2 alam, tapi xyahle nak kata mereka memandai2, itukan ijtihad ulama2 tersebut.

tak setuju lain cerita, but hormat kepada ulama tetap kena ada


maaf lah ye..pengetahuan saya mengatakan dalam syafi'i pun bermacam-macam. bermakna dalam syafi'iyah pun bukan haram secara muktamad. bila dah dalam syafi'i pun ada khilaf.
nak kata secara melulu haram tak boleh.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 00:11


habis tu memang benda khilaf, macam mana nak muktamad? bukan ada nas qat`i. dalam mazhab pun ada banyak pandangan, so kena tengok yang mana kuat dan menjadi pegangan mazhab.

macam di Malaysia, rata-rata pegang Syafi`i, dan mereka pegang pendapat majoriti yang kata haram, so kalau depa kata haram ikut apa yang dipegang, salah ke?

yang mazhab lain tu lain cerita, peganglah apa yang diyakini, bendanya khilaf kan... habis cerita.

--------------------------

ketam batu ni tak silap saya kat sawah banyak, yang warna coklat tu, masa kecik dulu selalu main-main :roll:

tapi tak suka tengok orang kunci tangan ketam tu, nampak sangat menyeksa binatang.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

IlyaFarhan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.10.2004
Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 00:29


member ana ada juga yang makan ketam batu tapi selepas seminggu dia rasa sengal2 dan sakit seluruh badan.dok sebulan lepas tu Innalillah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IlyaFarhanProfil   Hantar PM kepada IlyaFarhan   Pergi ke IlyaFarhan's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 29-06-07 00:40


Pada 29-06-07 00:29 , IlyaFarhan posting:

!!! QUOTE !!!

member ana ada juga yang makan ketam batu tapi selepas seminggu dia rasa sengal2 dan sakit seluruh badan.dok sebulan lepas tu Innalillah.....

jika jelas makanan itu beracun atau membahayakan/memudaratkan kesihatan...
tak kira lah apa-apa pun. maka ia haram.



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 29-06-07 13:05


Assalamualaikum...
Maaf ye...kalau saya salah...saya mungkin sekadar mengikut saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 13:14


Pada 29-06-07 00:29 , IlyaFarhan posting:

!!! QUOTE !!!

member ana ada juga yang makan ketam batu tapi selepas seminggu dia rasa sengal2 dan sakit seluruh badan.dok sebulan lepas tu Innalillah.....


adakah kawan nte tu dibuktikan mninggal sebab makan ketam batu????
jangan tokok tambah sudah.....!!!


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140043 saat. Lajunya....