Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 236
Ahli: 0
Jumlah: 236




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 42 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak! Salah siapa?!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak! Salah siapa?!

Please Mendaftar To Post


Oleh Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak! Salah siapa?!

pewaris_negeri86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27427
Posting: 116
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 15:41


Memetik dr Harakahdaily dan TKO untuk iktibar bersama:

Anak Melayu Juara pertandingan sediakan arak!
M Khaleel Kas & Ahmad Hazeiq
Fri | Jun 22, 07 | 04:23:45 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia!



Demikian antara yang termampu diucapkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam emel yang dihantar, turut dirakamkan beberapa gambar sang Juara Melayu yang sedang asyik menyediakan arak dalam sebuah pertandingan di ibu kota.

Ikuti pendedahan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini. ______________________________________________

Semalam, seorang sahabat menghantar satu email yang agak menarik.

Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.

Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.

Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

ImageAcara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.

Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.

Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.

ImageIni hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.

Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?

ImageSebab tu di Kuala Lumpur ini, kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....

Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi macam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, ( yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For pewaris_negeri86Profil   Hantar PM kepada pewaris_negeri86   Pergi ke pewaris_negeri86's Website   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 15:45


salam...
dah banyak dah perkara-perkara yang menunjukkan kejatuhan akhlak dan pegangan agama dikalangan umat Islam sendiri......sedih sesangat sekarang ini lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja..bila kita berpakaian menutup aurat dan menjaga batas-batas pergaulan dikatakan berpemikiran kolot..... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 16:29


sedih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 25-06-07 16:47


org kafir pandai saja kan buat pertandingan ni..sebab mereka tau yang ramai akan ikut bertanding adalah org melayu islam....apa nak jadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 17:57


kasihan pada bangsa sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 18:32


perh... tiga2 pun melayu yang menang... tak sedar ke mereka ni?!

sungguh memalukan dan mengecewakan.

The Westin, QBA dengan The Loft tu apa? Are those tempat bar? Ni tempat bar pun ada pekerja melayu apa nak jadi lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 19:13


salam...

manusia....manusia....

dunia...dunia...

"berdoa semoga mereka2 ini diberi hidayah dari ALLAH s.w.t. dan kembali ke pagkal jalan". amiinn.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-07 23:23


masya Allah..siapa yang ambik bnde2 haram ni 40 hari doa tak makbul..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-07 23:33


Pada 25-06-07 18:32 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

perh... tiga2 pun melayu yang menang... tak sedar ke mereka ni?!

sungguh memalukan dan mengecewakan.



bukan tak sedar..mungkin mereka tak faham...
dengan sistem pendidikan sekular yang diamalkan di malaysia ni, tak hairan lah kefahaman dan penghayatan terhadap islam semakin menipis di kalangan warga muda malaysia.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 19:42


Inilah masalahnya kalau asyik pentingkan 'kemajuan' sampai sanggup menggadaikan maruah agama. Kalau benda halal tapi tak untung atau untung sedikit pakat tolak bulat-bulat, tapi kalau benda haram tetapi menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu yang diterima dahulu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 19:50


bagi dia minum arak saja haram.takpun bab* saja haram tapi ada yang still minum arak.bartender tak minum,tu pasal dia kerja juga kat tempat tu.ades...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Nur_DeHearty
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.05.2007
Ahli No: 30099
Posting: 26
Dari: Negeri Adat Perpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 20:48


huhu..betul ke??
erm dalam dunia sekarang ni tak mustahil benda-benda begini akan jadi..
selamatkan lah bangsa2 kita yang semakin teruk keadaannye sekarang ni..hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DeHeartyProfil   Hantar PM kepada Nur_DeHearty   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-06-07 22:43


apa yang boleh kita buat untuk sedarkan juara2 arak ini???

p/s: tuelah kelemahan umat Islam di malaysia.....tak ada kuasa, tak ada kekuatan politik....nak harapkan khir toyo MB selangor selamatkan Islam???....huuh, lagi dia roboh masjid dan surau serta tangkap penceramah adalah.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-06-07 22:44 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

side
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2007
Ahli No: 28639
Posting: 52
Dari: Bumi pimpinan ulama'

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 22:59


kalau zaman dahulu, sebut saja orang melayu dianggap seseorang itu islam...
kalau zaman sekarang ni, melayu bukan lagi islam...
kebanyakan orang zaman sekarang masih lagi berpegang pada falsafah purba yang ternyata menyeleweng...
ini seharusnya diperbetulkan @ 'wash' kembali pandangan seumpama ini...

                             'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'
                 'carilah kebenaran, bukan kemenangan yang dituntut'

Bookmark and Share

    


  Member Information For sideProfil   Hantar PM kepada side   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 13:17


Ustaz akil hayy kena tangkap, yang duduk bergelumang dengan arak ni bebas pulak...

beginilah peraturan dan sistem Islam Hadhari.....yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.359906 saat. Lajunya....