Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 31-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 51
Ahli: 0
Jumlah: 51




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 4 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: susahnya nak buat dosa???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» susahnya nak buat dosa???

Please Mendaftar To Post


Oleh susahnya nak buat dosa???

chibi_maruko
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 16:59


Kalau nak ke disko bukan murah.
Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.
Konon dapat free first drink.
Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-
Eleven cuma RM1 saja...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau pergi masjid tu, free saja.
Dah lah tak ada cover charge,
minum free bukan first drink saja.
Berkoyan-koyan pun Boleh.
Silap-silap dapat makan free lagi...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Kalau nak berzina tu, bukannya semudah
ABC.
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)...
Nak belanja awek tu makan (duit
lagi)...
Silap?silap kena tangkap basah.
Ha... Boleh masuk paper free.
Kalau majikan tau, boleh kena buang
kerja. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak puasa sunat tu, anytime,
anywhere.
Bangun pagi tak ada breakfast, terus
niat puasa.
Dapat dah pahala.
Bukan setakat dapat pahala, siap dapat
jimat duit lagi.
puasa tu kan boleh kekang nafsu.
cuma tak masuk paper saja.
Tapi insyaAllah masuk syurga.
Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...

Mengumpat tu best kan?
Tu lah hobi hampir semua manusia hari
ni.
Tapi, ngumpat punya sedap, kerja tak
jalan.
Yang kerja tu, bos tengok, habis kena
haruk.
Yang suri rumah sepenuh masa pula,
suami balik tengok semua tak siap,
tarik muka.
pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles
pula itu.
Timah Janda pula kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Berzikir mengingati Allah tu cukup
mulia.
Allah akan mengingati hambaNya yang
mengingati Dia.
Orang pun tak marah. Makin saspek ada.
Eh! Respek lah...
Suami balik tengok kerja semua siap,
isteri pula terkumat-kamit berzikir.
Manis saja muka.
Nak keluar rumah pun takut rugi.
Beban kerja pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang
takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor lah harta dunia ni. Makin jauh
dia lari.
Sampaikan ibadah pun terabai, dunia
tak juga dapat?

Senangnya Nak Buat Pahala...

jadi zuhud tu bukan saja mulia, malah
cukup memudahkan.
tak payah nak sibuk?tamak haloba.
Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir
baru, lantak anda lah.
Sebab dia dapat hutang baru,
kita pula dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan.
mana lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...

Orang kata "Nak hidup terpaksa lah
menipu".
Ha'ah! Hidup lah anda kat neraka. Hehe...
Penipu ni bukan setakat Tuhan benci,
manusia pun lebih-lebih lagi.
Kalau tipu duit lagi parah.
Hidup sentiasa dalam ketakutan.
Silap?kantoi, kena ganti.
Tak pun... Saman court dalam... (ikut
gaya Aziz
Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...

Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi
manusia &
malaikat, malah Allah akan
sentiasa memberkati hidupnya.
Mungkin dia jadi mangsa pembelit?kat
dunia ni,
tapi dia takkan jadi mangsa
belitan ular kat neraka.
Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan.
Bahagia saja...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak lawan hukum Allah bukan senang.
Nak study tu, study ini.
Carik peguam itu, carik peguam ini.
Buat kempen itu, buat kempen ini.
Leceh.
Terpaksa pulak buat Istilah baru konon
yang paling benar.(Hadari agaknya)
Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke?
Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit
sendiri. Hehe...
dahlah hidup kena laknat, siap booking
name sendiri
kat Malek.
Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...

Cukup senang kalau pakai hukum Allah.
Ini bukan yang manusia buat tapi hukum
yang
turun dari langit.
tak ada hukum lebih sempurna dari hukum?
Allah.
Inilah hukum2 yang seadil-adilnye.
Tak payah nak fikir?nak rangka rang
undang-
undang baru.
Semuanya dah termaktub dalam Al-
Kitaab.
Selain itu, hidup pun diberkati.
Ridhwan pun sedia nak sambut dengan
manis muka.
Inilah kemuliaan orang yang
memperjuangkan
Agama Allah.
InsyaAllah..
Renung-renungkanlah ...





Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata
keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang Memiliki mu


-----------------
Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....


Bookmark and Share

    


  Member Information For chibi_marukoProfil   Hantar PM kepada chibi_maruko   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 18:40


yang susah tulah banyak dilakukan....yang senang itu pulak kurang diamalkan...manusia...manusia...hurm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-07 22:08


senangnya nak buat pahala.
tapi biasanya amalan tu bertentangan dengan kehendak nafsu.

susahnya nak buat dosa,
tapi semua kesusahan dapat diatasi kerana sealiran dengan kehendak nafsu.

keputusannya.
ramai yang memilih untuk mengikut nafsu kerana lebih senang.
nafsu OK, semua jadi.
dosa pahala belakang kira.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-07-07 22:10


salam
selalunya org suka yang susah bukan yang senang.pelikkan dunia ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110697 saat. Lajunya....