Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Sekolah
Topik: Potret Sekolah


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Potret Sekolah

Please Mendaftar To Post


Oleh Potret Sekolah

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-06-07 21:45


Inilah sebuah bingkisan suci
untukmu tempat yang banyak
menyimpan khazanah ilmu
sebelumku pergi meninggalkanmu
buat yang terakhir kali
sebagai sebuah potret yang indah
untuk kenangan yang tercatat
di kanvas nuraniku.

Di sinilah tempatku
mendalami ilmu
belajar mentafsir kehidupan
yang penuh dengan
fatamorgana bersama
dengan sinar iman
yang terpasak di kalbu.

Aku telah dididik
dengan akhlak dan
peribadi yang menawan
supaya menjadi insan
yang berbudi dan berbakti
kepada seluruh makhluk
di jagatraya ini.

Buatmu guru
tiada kata yang
dapatku kiaskan
melainkan dengan sebuah
kilauan permata
yang terukir perkataan
'Terima Kasih'.

Buatmu sahabat
akanku kenangi
persahabatan ini
dalam hidupku
kerana cinta kepadamu
hanya kerana Ilahi.

Buat semua
akanku tinggalkan
tempat ini dengan
sebuah tekad untuk
terus menyebarkan bakti
melalui penaku ini
hanya keranaNya.

Salam terakhir
dariku untuk semua
selamat tinggal sekolahku
selamat tinggal guruku
selamat tinggal sahabatku
aku rindu padamu semua.

Karya:
Uswah_teladan
(M.A.Uswah),
Sabah,
13 Ogos 2006.

Saya ini merupakan bekas pelajar sekolah SMK Taman Fajar di Sandakan, Sabah. Merupakan juga bekas pelajar SPM 2006. Sekarang ini, tengah menunggu masuk mana-mana institut pengajian.

Karya di atas itu, saya cipta sebelum saya akan meninggalkan sekolah saya sebagai kenang-kenangan dan tanda rindu akan alam persekolahan yang pernah dijejaki.

Saya coretkan di sini kepada pelajar2 yang akan meninggalkan alam persekolahan buat selama-lamanya. Bacalah, renunglah dan hayatilah, apakah hakikat dan makna sebenar kita bersekolah. Bukannya semata-mata untuk menuntut ilmu tetapi yang lebih penting ialah dapat membentuk akhlak dan peribadi kita supaya dapat menjadi insan yang berjasa dan memberikan sesuatu sumbangan kepada agama ini, bangsa ini dan negara ini.

Laman web yang saya sertai:

http://www.etuah.com/etemanv.php?u=4593 - Laman web Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

http://www.hamlau.proboards44.com/index.cgi - Laman web Muzik Nusantara mengenai lagu2, filem2 dan pelakon2 melayu lama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

azree_mh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.04.2007
Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat

Johor  


posticon Posting pada: 22-06-07 22:27


Bagus sajak ini. Tapi Kenapa diletakkan di jejak sekolah? Hehe.

Cuma saya lebih suka membaca sajak ini dalam bentuk prosa. Contohnya saya ambil rangkap pertama.

"Inilah sebuah bingkisan suci untukmu tempat yang banyak menyimpan khazanah ilmu sebelumku pergi meninggalkanmu buat yang terakhir kali sebagai sebuah potret yang indah untuk kenangan yang tercatat di kanvas nuraniku."

Ia lebih sesuai sebagai prosa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azree_mhProfil   Hantar PM kepada azree_mh   Pergi ke azree_mh's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.331321 saat. Lajunya....