Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 73
Ahli: 0
Jumlah: 73




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu


Kelakar
Topik: _CeritA paLIng sEDih_


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kelakar
    »» _CeritA paLIng sEDih_

Please Mendaftar To Post


Oleh _CeritA paLIng sEDih_

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-06-07 15:25


Cerita ini berlaku disekitar tahun 80an. Terdapat tiga orang sahabat, Ali, Ah Chong dan Ramasamy. Ketiga-tiganya telah berbincang dan bersetuju untuk menghadiri satu kursus perniagaan di sebuah bandar besar selama beberapa hari. Maka ketiga-tiganya pun bertolak dari rumah menaiki bas ekspress. Mereka sampai di bandaraya tersebut lebih kurang pukul 6 pagi. Sesampainya mereka disana, mereka pun mula berjalan dan mencari hotel yang bersesuaian dan tidak berapa mahal. Tetapi malang sekali setelah puas mencari tak ada satu pun hotel yang kosong, semuanya penuh. Apa tidaknya, hari tu terserempak dengan satu persidangan antarabangsa. Terpaksalah mereka mencari apa saja hotel yang ada, tak kira murah ke mahal ke, asalkan kosong. Cari punya cari, akhirnya dapatlah mereka sebuah bilik, disebuah hotel yang memang mahal, tapi lagi best bilik tu terletak ditingkat 75. Mak oi, patut lah mahal, mencakar langit rupanya. Baik nasib mereka cukup duit untuk membayar sewanya bagi beberapa hari, tapi kena kongsi-kongsi jugak lah tu.

Bila mereka masuk kedalam bilik tersebut, terkejut dibuatnya, bilik tersebut dipenuhi dengan peralatan yang canggih dan mahal. Katilnya hebat, tv 39 inci flat lagi tu, ada ‘jakuzi’ lagi, memang patut sewanya mahal. Tapi bagi mereka tak mengapalah, asalkan mendapat keselesaan. Sesekalilah katakan pergi ke bandar besar. Setelah mandi, menikmati ‘jakuzi’ dan makan malam, mereka pun tidur, menghilangkan penat disiang hari kerana merayau kesana kemari mencari tempat tinggal. Keesokan harinya maka bermulalah hari pertama mereka menjalani kursus. Pagi-pagi lagi mereka dah tercacak dihadapan lif. Wow, seronok juga naik lif, turun dari tingkat 75, laju semacam turun ke lobby. Tapi bila keluar lif, pening juga kerana terlalu laju, ketiga-tiganya keluar macam orang mabuk. Apabila petang, setelah tamat kursus ditempat berhampiran hotel tersebut, mereka kembali menaiki lif menuju ketingkat 75, bilik mereka. Mereka melalui rutin tersebut selama tiga hari dengan selesanya.

     Pada hari yang keempat sesuatu yang besar dan tragis telah berlaku. Pada petang harinya mereka kembali ke hotel tersebut seperti biasa, dan apabila mereka berjalan menuju ke lif yang canggih tersebut, tiba-tiba mereka melihat terdapat ramai orang berkumpul dibawah, di lobby dan kawasan yang sewaktu dengannya. Ah Chong pun mencari cari pekerja hotel tersebut dan bertanyakan puncanya. Alamak! Jawapan yang diterimanya sangat mengejutkan “Apa! Lif rosak, alamak, matilah kita Ali, Ramasamy, ketiak aku masam, badan aku berpeluh. Aku nak mandi. Aku belum mandi lagi. Aku nak tidur atas katil mahal, duit aku dah habis bayar hotel ni,……..aaaaaaaa†teriak Ah Chong. Ketiga tiganya terduduk, kerusi dan sofa di lobi tu semuanya penuh, orang lain dah duduk. Mereka duduk di lantai sahaja, seperti sebilangan orang lain. Mereka yang lain juga seperti mereka bertiga, sedang mengira-ngira, sama ada nak tidur kat bawah atau nak naik tangga.

Ramasamy: Apa?? Nak naik tangga???Nak mampus, kita tingkat 75 tau tak, tahun depan baru sampai atas tu.
Ah Chong: Habis, engkau nak tidur kat bawah ni ke. Aku tak nak. Aku bayor memahal bilik tu tau, kalau engkau tak nak aku naik tangga seorang-seorang, biar apa nak jadi jadi lah.

Maka perbincangan hangat itu terus berlarutan seketika, bertengkar sama ada nak naik tangga atau nak tidur bawah. Akhirnya Ali memberi cadangan yang agak bernas dan melembutkan hati Ramasamy. Ali mencadangkan, untuk mengelakkan rasa penat semasa menaiki tangga, mereka perlu melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan fokus kepada menaiki tangga, contohnya dari tingkat 1 hingga tingkat 25, Ali membuat cerita cerita lawak. Dari tingkat 26 hingga 50, Ah Chong menyanyi, manakala dari tingkat 51 hingga ke 75, Ramasamy membuat cerita-cerita sedih. Dengan itu mungkin mereka akan lupa dengan kepenatan semasa menaiki tangga tersebut. Setelah ketiga-tiganya setuju dengan cadangan Ali, mereka pun sepakat untuk menuju ke bilik mereka walau apa pun yang terjadi, walau pun terpaksa menaiki tangga setinggi 75 tingkat, mereka akan meredahnya.

     Langkah pertama dimula, tangga tingkat pertama dijejaki, Ali memulakan tugasnya, buat cerita cerita lawak, Ali menjalankan tugas dengan sempurna, ceritanya memang lawak, lawak bodoh, lawak pandai, berdekah-dekah mereka bertingga, bergegar bangunan hotel tersebut disebabkan hilai tawa mereka, gelak punya gelak, Ali beritahu dah sampai tingkat 10, hai, cepatnya, formula mereka menjadi, Ali sambung lagi cerita lawak, mereka mengilai lagi ketawa dan akhirnya mereka sampai ke tingkat 25, penat juga, tapi penat kali ini lebih kepada penat ketawa mendengar cerita Ali tadi. Mereka duduk seketika, melepaskan lelah sambil minum air mineral. Apabila urat kaki kendur sedikit, mereka mula mendaki tangga tingkat ke 26, maka bermula pulalah tungas Ah Chong, menyanyi apa-apa lagu sambil terkinja kinja berjoget. Mereka bertiga pun menyanyi bersama-sama, apa saja lagu Ah Chong mereka akan ikut, tak kira sama ada liriknya betul ke hentam saja ke, tak kira janji melodinya tak lari jauh sangat. Akhirnya selepas bertempayan tempayan peluh keluar, berjaya juga mereka sampai ketingkat 50. Mereka duduk lagi, makan bekalan yang dibawa, minum air untuk menggantikan peluh yang hilang. Ah Chong terus baring seketika membetulkan pinggang, tak kira walau pun baring di lantai tangga, asalkan hilang sakit belakang.

Selepas lebih kurang 15 minit, mereka menyambung lagi pendakian gunung everest. Kali ini tugas Rasamasamy pula, tugasnya buat cerita sedih. Apa-apa cerita asalkan sedih, asalkan hilang tumpuan kepenatan memanjat tangga. Mereka bertiga dengan letih lesu, menyambung kembali perjalanan yang sangat meletihkan. Ramasamy memulakan tugas dengan baik juga, cerita pertama tentang jirannya yang jahat, pernah menendang ibu sendiri, akhirnya dia menjadi gila, cerita tersebut sangat sedih kerana siibu sendiri dengan air mata berlinangan menkebumikan anak yang disayangi tetapi jahat. Ketiga-tiganya menangis mendengar cerita tersebut. Meraung-raung ketiga tiga sahabat tersebut, bergegar satu hotel dengan linangan air mata. Satu demi satu cerita sedih yang diceritakan, mereka bagai histeria menangis, hebat betul cerita Ramasamy. Cerita punya cerita tanpa disedari sudah pun sampai ketingkat 74. Ketiga-tiganya tersedu sedan mendengar cerita sedih tersebut. Bila sampai ketingkat 75, Ramasamy pun berkata “Sebelum sampai ke bilik kita, inilah cerita sedih terakhir ku, cerita yang sangat menyayat hati setiap makhluk bernyawa, sesiapa yang mendengar akan keluarlah air mata darah….†Kawan-kawan, terhenti seketika, takut jugak ingin mendengar cerita sedih yang terakhir ini, apatah lagi dengar amaran Ramasamy tu, sedangkan cerita tagi pun sedih gila, ada ke lagi cerita yang lebih sedih dari itu. Ramasamy menyambung cerita lagi “Cerita sedih ku yang terakhir wahai kawan-kawan ku adalah.. .. .. .. .. .. .. .. .. . . .. .. .. .. .. .. .. .. .. .janganlah kau menangis lagi wahai sahabat ku yang setia .. .. .. .. … ceritanya adalah.. .. .. .. .. .. kunci bilik kita tertinggal didalam kereta kat bawah..wua.. wua..wua..wua. .wua..wua. .wua..â€


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 18:49


alahai...ciannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-07 22:26


iskh..iskh....sabar sajalah ek....wahkaka.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 00:28


memang sedih bngat cerita terakhir 2..huhuhu..mlg sggh nasib mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 00:20


gila lah....mamang sedih dan sadis....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

idahbudakecik
Warga Rasmi
Menyertai: 25.07.2007
Ahli No: 30441
Posting: 14
Dari: Limbang

Sarawak  


posticon Posting pada: 25-07-07 11:23


hahahahahha...lawak juga.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For idahbudakecikProfil   Hantar PM kepada idahbudakecik   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-07-07 13:42


huhu sedihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 21:31


suspen juga nak baca cerita last tu tapi rupa-rupanya...adooiiii...memang kasihan lah mereka bertiga ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

Nurana12
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2007
Ahli No: 30817
Posting: 77
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 28-08-07 17:22


best lawak ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurana12Profil   Hantar PM kepada Nurana12   Pergi ke Nurana12's Website   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-07 18:13


..siannya..
tapi nak tergelak pun ada..hehee..


-----------------
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing
[ Telah diedit oleh: diella pada 28-08-07 18:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-08-07 18:14


kesiannya


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

junaidi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16182
Posting: 111
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-08-07 19:05


tak tahu nak cakap apa.memang kasihan

Bookmark and Share

    


  Member Information For junaidiProfil   Hantar PM kepada junaidi   Quote dan BalasQuote

al-faateh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.11.2005
Ahli No: 20250
Posting: 58
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-08-07 22:42


mgk000k p0n ada.. :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-faatehProfil   Hantar PM kepada al-faateh   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-07 22:50


hahaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 29-08-07 07:49


lawak lah juga.. tapi yang ana musykil..bukan ke mereka datang ke bandar dengan menaiki bas ekspress?bagaimana pulak tiba-tiba mereka ada kereta? musykil...musykil.. :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

Imaniera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.04.2007
Ahli No: 29470
Posting: 57
Dari: miri, sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 07-09-07 13:00


pulak.......... patah kaki tu nak turun balik...
hish, hish.. sapa yang buat cerita ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ImanieraProfil   Hantar PM kepada Imaniera   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102852 saat. Lajunya....