Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 128
Ahli: 0
Jumlah: 128




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rawatan Tradisional
Topik: Meditasi


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Tradisional
    »» Meditasi

Please Mendaftar To Post


Oleh Meditasi

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-07 18:43


SELAIN bermunajat, melakukan solat malam dan berdoa bagi mendapatkan ketenangan jiwa dan emosi, amalan meditasi juga dikatakan dapat memberi manfaat yang sama. Malah, amalan itu didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya di dunia termasuk kanser.

Dengan semudah melakukan senaman ringan, proses meditasi hanya memerlukan sedikit pengorbanan waktu, ruang dan komitmen diri sendiri.

Langkah pertama, anda perlu berada dalam keadaan duduk atau bersila dengan selesa di tempat yang sunyi, pejamkan mata, tegakkan kaki dan sandarkan badan pada kerusi, letakkan tangan pada kedua-dua riba anda, selepas itu anda diminta menarik nafas panjang, cuba menumpukan pemikiran anda pada satu titik bahagian iaitu di bahagian dahi anda dalam jangka masa beberapa minit.

Semua proses tersebut dinamakan meditasi dan anda akan mendapat hasil yang baik setelah melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Ramai pakar meditasi di seluruh dunia menyifatkan amalan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa dan menghilangkan kecelaruan emosi.

Malah, meditasi juga dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit kanser jika ia diamalkan setiap hari.

Buktinya, seorang bekas pesakit kanser payudara, Raja Yogini Dadi Gulzar, berusia lebih 80 tahun dari Rajastan, India berjaya sembuh daripada penyakit itu.

Raja Yogini dikatakan mempraktikkan amalan meditasi sejak berusia lima tahun dan beliau tidak pernah berkahwin, malah wanita tua itu kelihatan lebih muda dari usianya. Raja Yogini menghidap penyakit itu selama setahun iaitu ketika berusia 50 tahun dan sembuh setahun kemudiannya melalui terapi meditasi yang diamalkannya.

Kejayaan yang diperoleh itu sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dan keraguan oleh pakar-pakar perubatan dunia, namun hanya Raja Yogini menemui jawapannya.

Raja Yogini turut mendedahkan petuanya kepada orang ramai pada satu majlis ceramah tokoh meditasi antarabangsa di sini baru-baru ini. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan, dalam prinsip meditasi, jika kita tidak mempedulikan kesakitan yang diterima kepada diri kita, maka kesakitan itu tidak akan wujud, kerana ia tidak diterima oleh minda kita.

‘‘Walau apa pun terjadi kita tidak seharusnya kehilangan kebahagiaan jiwa. Ia adalah hak milik kita yang paling berharga. Jika orang lain cuba menyakitkan hati kita, jangan sekali-kali kita mudah menerima kesakitan tersebut.

‘‘Misalnya, jika seseorang cuba memberi anda hadiah dan anda tidak menerimanya, siapa akan memilikinya? Hadiah itu pasti bukan milik anda, tetapi ia adalah milik mutlak pemberi hadiah tersebut. Begitu juga jika hati kita tidak dilukai, maka kita tidak akan melukakan hati orang lain,’’ kata Raja Yogini yang hanya boleh berbahasa Hindi.

Raja Yogini merupakan Pengerusi Bersama Universiti Antarabangsa Brahma Kumaris yang beribu pejabat di Rajastan, India, iaitu sebuah institut milik badan bebas yang disertai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, pangkat, kaum, agama dan warganegara.

Menurut Raja Yogini lagi, meditasi dapat dilakukan oleh pelbagai bangsa dan agama di seluruh dunia kerana ia bersifat universal dan tidak mempunyai unsur-unsur keagamaan.

Meditasi mengajar kita supaya lebih bertenang, melupakan keperitan yang dialami dan tidak mengambil peduli terhadap perbuatan orang lain yang melukakan hati kita.


:oops:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.200902 saat. Lajunya....