Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 24 hari yang lalu
ronniefinancehome: 36 hari yang lalu
MTMKi: 46 hari yang lalu
usop79: 47 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: cuba hayati betul-betul...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» cuba hayati betul-betul...

Please Mendaftar To Post


Oleh cuba hayati betul-betul...

selendang_jihad
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1313
Posting: 51
Dari: Qla-te

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 17:25


CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERRAKKHIR
Sumbangan miqdad pada Saturday, June 26 @ 15:46:27 MYT
sebagai peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah dan
ibu...hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat.....
sebelum mereka pergi meninggalkan kita... atau kita pergi
meninggalkan mereka... wallahua'lam....

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....
saya terima info ni dari rakan
Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama ini setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....

sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawa mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat...
dah selera makan.

lepas itu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari saja buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. mereka guna digital kamera kat office saja.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nya aku pergi sana bukannya untuk buat kad pengenalan

aku,

sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali...........
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah. Aku mencium dahi....pipi kanan....

pipi kiri.....dan bangun....tiba-tiba hati aku ingin terus mencium lagi...

aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya ..Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria
hijau 1.6.....

abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.
dll.......Abah catat
Kak Se keguguran.....

Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi itu....

Abah sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang
lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru ini cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal
anaknye.
seorang kerja sana seorang kerja sini. Dia bangga ada macam anda".

Tapi jauh di sudut hati aku. Aku masih terkilan sebab aku salu
fikir...
aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah
yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ....

abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak siapa pasti dia dukung...
bawa berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.

YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan untuk diteruskan...tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun ini nak kasi
abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya...
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali ini tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...
lepas itu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek lepas itu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak ada kotor najis pun tak ada"...

perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira lepas itu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya....

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak....

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dengan nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang ini mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat anda yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan....


-----------------
Your own soul is nourished when you are kind; it is destroyed when you are cruel.


Bookmark and Share

    


  Member Information For selendang_jihadProfil   Hantar PM kepada selendang_jihad   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 17:38


assalamualaikum...

ana jadi terharu dan sedih..
ayah ana pun seorang pendiam..
tapi ayah memang sayang anak2nya..
moga Allah panjangkan usia ayah ana..
untuk ana tunaikan impiannya..ameen


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
[ Telah diedit oleh: ika2410 pada 19-06-07 17:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 19-06-07 17:59


wa...sdihnya...dulu masa kecik selalu juga cium pipi ayah..tapi dah besarni takpenah lagi...wa...lpasni nak mula baliklah...SAYANG AYAH!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-07 18:06


aduhh.....jk sebab tentang mak ayah syahdu rasa sebab mak ayah saya dah tua, kasihan tengok. mungkin ni ingatan untuk saya. terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 18:17


oh ayah...
tak pernah ku hitung...
berapa kedutan di dahimu...
yang kupinta, hanyalah kemahuan hatiku...
yang sedaya.. ayah laksanakan...
(samb sendiri ~ sentuhanmu- inteam)

.... akan ku hitung sisa-sisa usia ayah yang masih tinggal... sayang ayah sokmo....


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 19-06-07 18:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-07 18:30


Masa kecik ke, masa besar ke,....pipi ayah tetap dicium walaupun ramai orang dok tengok. Apa nak malu ayah kita kan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 21:00


hmm betul 2.ana cuma sempit cium buat kali terakhir sebelum arwah ayah dikafankan.memang terkilan sebab sebelum 2 ana ada kat universiti.tapi ana redha sebab arwah memang pnyayang sangat-sangat..moga Allah tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang soleh dan syurgaNya..aminn..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-06-07 21:02


redgirl suka cium pipi ayah, pas cium mesti kata tajam..dan ayah mesti senyum..tapi itu dulu..sekarang dah tak dapat dah sebab ayah dah pergi..rindu ayah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 22:56


sedih ana baca artikel ni......emm betul...seorang ayah memang xakn menunjukkan kasih sayng..walupn sebenrnya dia amat sayang pada ank2nya........ana sampai sekarang cium pipi ayah...dan jadi ikutan untuk adik2 ana..ya ALLAH..kau panjangkn umur ayhku...berilah dia kebahgian hidup didunia dan akhirt....terimalah setiap amlnya....jauhlah dari azab kubur..dan tempatknlah di syurga firdausi

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 23:29


Bismillahirrahmanirrahim...


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas
.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.


Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi
dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati
mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran
malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi
s.a.w yang menjelaskan Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama
mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 20.571 minit


Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=26568&forum=21&start=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 23:47


ahchonx wrote:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi
dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Di sini disebutkan nama Izrail. Dulu pernah dibincangkan sekejap yang nama Izrail ini tidak tepat. Jadi apakah hadis ini tidak sahih?



ana jumpa hadis ni dalam kitab hadis2 palsu: تذكرة الموضوعات للفتني: 214

tanpa disebut izrail tapi hanya malakul maut.

dan hadis ini ada disebut oleh: dailami dan ibn najjar dari anas.

Wallahu a3lam

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=78752&sid=03fef08dbfeab11e7b0363dc82740460#78752

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

selendang_jihad
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1313
Posting: 51
Dari: Qla-te

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 00:35


ayah ku....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir........

Bookmark and Share

    


  Member Information For selendang_jihadProfil   Hantar PM kepada selendang_jihad   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 01:51


Pada 19-06-07 17:38 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

ana jadi terharu dan sedih..
ayah ana pun seorang pendiam..
tapi ayah memang sayang anak2nya..
moga Allah panjangkan usia ayah ana..
untuk ana tunaikan impiannya..ameen


hem,ana pun sama.dan ayah ana tak pernah tunjuk kasihnya pada kami anak2nya.tapi ana tahu dia amat menyayangi kami.


-----------------
saya percaya tiada yang sia-sia,semua akan ada hikmahnya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 14:47


salam...

huhu sedihnya...memang untung sesiapa yang masih punya ayah dan berada disisi..ana terlalu rindukan belaian ayah..apatah lagi untuk cium pp ayah..cukup ana nntikan..tapi mungkinkh itu akan dapat ana lkukn??
moga ALLAH memakbulkan doa hambamu ni...

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

aesa_85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31101
Posting: 71
Dari: batu pahat

japan  


posticon Posting pada: 16-11-07 16:29


susah juga.tapi saya sayang ayah walaupun tak dapat cium pipi dia.dapat cium tangan pun jadilah.yang penting dia tahu saya sayang dia.walaupun dia tak pernah tunjuk dia sayang saya,tapi saya tahu,dia sangat sayang saya.dia dah korban terlalu banyak untuk saya.semoga ALLAH mengasihi kedua ibu bapa kita sebagaimana mereka telah mengasihi kita sejak dari kecil..sedih betul lah cerita ni.terharu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aesa_85Profil   Hantar PM kepada aesa_85   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-11-07 09:36


sayang ayah........sedihnya rasa...dah mengalir air mata ini bila baca

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-08 22:30


Jangan berlarut-larut dalam kesedihan, tetaplah tegar kukuh istiqomah doakan selalu orang tua kita.

Ayah saya juga sudah almarhum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-01-08 23:00


Assalamualaikum..
Al-Fatihah bagi mereka yang dah kehilangan orang tersayang..bagi yang masih mempunyai mak ayah, begitu juga saya sama-sama lah kita berdoa moga ALLAH panjangkan usia mereka dan memberi kesempatan pada kita untuk menjaga dan terus berbakti demi mereka....


-----------------
ISLAM itu indah..tiada agama yang boleh menandinginya..
JANGAN biarkan kesucian ISLAM terus dicemari..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

far_hana
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2008
Ahli No: 32654
Posting: 6

malaysia  


posticon Posting pada: 28-02-08 14:36


sedih rasanya bila baca kisah ini..bagi sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah termasuk juga diri saya,marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH moga panjangkn umur mereka dan mengasihi mereka sepertimana mereka mengasihi kita dr kecil lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For far_hanaProfil   Hantar PM kepada far_hana   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 14:46


sedihnya.....jaga lah mak dan ayah baik-baik sementara mereka masih ada ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

hudahaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2008
Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia

south_korea  


posticon Posting pada: 28-02-08 17:24


kan dah menitik air mata niii..rindu pula kat ayah...rasa kalau boleh terbang nak terus balik rumah...SAYA SAYANG AYAH SAYA...my dad my hero :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahaidaProfil   Hantar PM kepada hudahaida   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 18:02


Asalamu'alaikum wbt...
Ana betul-betul hayati... sedih memang sedih... Sayu bila membacenye...
Al-fatihah buat ayah saudara walaupun telah 6 tahun berlalu. :-(


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

izzah84
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2006
Ahli No: 27610
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-03-08 10:14


sedisss nya....alhamdulillah...dulu selalu msm muka dengan ayah...time kecil-kecil lah...
skung da besor....hari-hari talipon....dan tiap kali talipon tu lah mateku berair...sebak saja rasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzah84Profil   Hantar PM kepada izzah84   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-08 15:00


Walaupun hadis menyarankan ibu, ibu, ibu kemudian baru ayah, namun tanpa ayah siapalah kitakan. Wajar untuk menghormati dan menyayangi seorang ayah walau banyak mana kelemahannya kerana sebagai anak-anak wajib mengatasi dan membantu segala kelemahan seorang ayah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dakbek
Warga Rasmi
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32804
Posting: 6
Dari: sumwherearOunddwOrlD

south_korea   avatar


posticon Posting pada: 08-03-08 21:13


semoga abah d tempat orang-orang yang soleh..ameen..aku cinta abi ku..

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakbekProfil   Hantar PM kepada dakbek   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-03-08 21:24



    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

politetiger
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2007
Ahli No: 32070
Posting: 30
Dari: Ipoh - Tg.Malim

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-03-08 10:07


:-( :-( :-( :cry: :cry: :cry:

huhuhuhu...memandangkan saya ni sensitif orangnya...mengalir2 air mata ni....sedih,terharu,terkesan dalam hati...insyaAllah sampai bila-bila saya akan terus cium pipi abah dan mama saya...dr kecik lagi sebelum masuk tidur dah diajar salam dan cium tangan kedua-duanya....syukran abah dan mama :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For politetigerProfil   Hantar PM kepada politetiger   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.469704 saat. Lajunya....