Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 193
Ahli: 0
Jumlah: 193




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: macam mana nak lupakan 'someone yang disayangi...sebab dia dah ada pilihan hati yang lain


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» macam mana nak lupakan 'someone yang disayangi...sebab dia dah ada pilihan hati yang lain

Please Mendaftar To Post


Oleh macam mana nak lupakan 'someone yang disayangi...sebab dia dah ada pilihan hati yang lain

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 10:12


assalamualaikum
boleh ana nak minta pendapat sahabat2 semua.. macam mana lah nak lupakan someone yang kita betul-betul sayang... kerana dia dah ada pilihan hati yang lain? setakat ini tiada calon lain yang setanding dengan dia dari segi agama dan lain-lain...
sayang nak lepas macam tu saja.. tolong lah ana...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 10:13


Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…

Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama

Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama

Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,

Sucikan hatiku ya Allah,

agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,

janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…

janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,

dan usirlah dia dari relung hatiku

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,

dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,

satukan hati kami…

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya

Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,

aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,

untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.

bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-07 11:24


Assalamualaikum wbt…
Pertama saya hanya mampu berkata sabar. Sabar dengan ujian. Manusia bukanlah segalanya. yang utama adalah Allah…Kita dijadikan untuk sembah Allah. Allah jadikan dunia untuk mengunji keimanan kita. Kita diberi ibubapa, keluarga, saudara seagama & orang-orang sekeliling, makhluk yang lain & juga syaitan semua itu untuk uji ketaatan kita & ketaqwaan kita pada Allah. Allah jadikan kita mempunyai keluarga pada ibubapa kita kena taat & pada ibupbapa pula ujian mereka sabar dalam mendidik anak2 yang pekbagai kerenah serta apabila menerima tolakan dr anak yang mereka besarkan dengan kasih sayang selama ini. Begitu juga org yang kita sayangi, Allah bagi kita mengenali hambanya yang lain, Allah campak perasaan sayang & Allah uji kita dengan ambil dia balik sama ada dengan kematian @ perpisahan dunia. Semua ni untuk uji keimanan & ketaqwaan kita.

Pada saudara seagama saya, begitu juga org yang dikenali itu. Dia bukanlah segala, Allah paling utama. Pandanglah ujian Allah dengan pandangan seorang hamba yang taat padaNya. Dia berhak uji kita sebab Dia berkuasa & Dia juga bersifat Mh Pengasih & Penyayang. Buat saudara saya, pandanglah ujian Allah itu sebagai tanda kasihNya pada awak. bukankah dengan ujian ini awak banyak mengingati & mengadu padaNya. Bersyukur pada Allah. Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia, kadang-kadang kita rasa begitu sakit dengan ujian Allah hingga tak tertanggung rasanya…tapi percayalah Allah itu Pengasih..walau kita lupa pada Nya, tapi dia tetap bagi kita rezeki & kemudahan untuk berjalan & sebagainya. Percayalah…ada sesuatu yang Dia nak bagi pada awak. Allah itu pentarbiyyah yang terbaik..tiada yang standing dengannya…kerana itulah mahalnya harga tarbiyyah Dia, bersyukurlah…

dalam hal ini jk awak tak melakukan dosa pada org yang pernah awak kenali, awak tak pelu kesal. Apapun sebaiknya kita minta maaf & jangan berdendam, serahkan segalanya pada Allah. Biar kita sakit sementara. InsyaAllah Allah akan gantikan awak dengan insane yang lebih baik. yang lebih menghargai awak, lebih menyayangi awak & petang dia juga mengingatkan awak kepada Allah. Malah dia juga menghargai kesetiaan awak. Jk kita buka surah An-Nur..lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga jk pengorbanan yang pernah awak buat untuk seseorang ikhlas kerana Allah, suatu hari Allah akan bls dengan org yang baik & tahu menghargainya.

Buat saudara seagama saya…
dengan manusia untuk meluahkan isi hati kita, kita pelu menerangkan segalanya untuk manusia memahami, malah jk tertinggal satu ayat & tak tertinggal pun, manusia tak mampu melihat dengan sebenar apa yang berlaku apalagi memahami isi hati kita. Luahkanlah & mengadulah pada Allah…Dia menanti awak…Dia pilih awak untuk buat temujanji dengannya…mengadulah padaNya..menangislah padaNya…pada Allah awak tak pelu bercerita, jk kita diam pun Dia Maha mengetahui apa berlaku…yang awak rasai & alami. bukan Dia tak tahu semua itu. Malah Dia Mh mengetahui apa jua kebenaran hatta org lain tak tahu…Mengadulah padaNya…Luahkan padaNya…moga awak akan memperolehi kepuasan hati yang sebenar & kekuatan dalam hati… Sabar… usah fakir lagi hal ini, teruskan hidup dengan ceria. Hidup mesti bersemangat! …

Pesan saya terakhir, usah buang masa mengenangkan manusia sebab manusia bukanlah segalanya. mungkin pada kita dia (ujian) adalah terbaik, tapi Allah lebih tahu siapa yang lebih baik untuk kita asal kita tak menyakiti buat dosa pada dia, malah ramai lagi hamba Allah yang lagi baik.. Bersyukurlah pada Allah kerana menyayangi & mengingatkan awak. saya hadiahkan awak surah ini…moga kita semua tambah dekat pada Dia yang Maha Pengasih & Penyayang itu. Nanti bolehlah buat temujanji dengan Allah…mengadap Dia…luahkan isi hati awak… Doakan untuk saya hmbNya yang daif ini dapat jadi hamba yang baik & moga dekat padaNya hingga ke alam akhirat…


Ad-Dhuha
Demi waktu pagi.
Demi malam, apabila telah sunyi ,
Tuhanmu tidak meninggalkan kamu & tidak pula mambencimu.
Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari dunia.
Apabila tuhanmu mengurniakan kamu lalu kamu menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu dilindungiNYa.
Dan apabila kamu didapatiNya kebingungan lalu di beri petunjuk.
Dan apabila kamu didapatinya seorang yang kekurangan, lalu diberinya kecukupan.
Adapun anak yatim, janganlah kamu paksa. Dan pada org yang meminta, jangan pula kamu mengherdiknya.
Adapun nikmat Tuhanmu hendaklah kamu menyebut2nya.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 11:42


terima kasih muslimah_jun atas nasihat awak...
ia amat bguna untuk saya


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 11:54


Pada 19-06-07 10:12 , raihanninie posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum
boleh ana nak minta pendapat sahabat2 semua.. macam mana lah nak lupakan someone yang kita betul-betul sayang... kerana dia dah ada pilihan hati yang lain? setakat ini tiada calon lain yang setanding dengan dia dari segi agama dan lain-lain...
sayang nak lepas macam tu saja.. tolong lah ana...



waalaikumussalam..

relakan dirinya pergi dari diri kita...
dengan itu kita akan redha pemergiannya..
tetapi kita berdoa moga digantikan dengan yang lebih..
baik dari dirinya..

berdoalah pada Allah dan yakin dengan ketentuanNya..
jika benar dia jodoh enti maka Allah akan permudahkan..
tetapi jika dia bukan jodoh enti berdoalah moga dipertemukan dengan..
jodoh kita yang sebenar..

Allah suka hambanya yang bersabar..
perancangan Allah itu lebih baik..
dr perancangan manusia...

semua itu telah ditentukan Allah..
cuma mungkin lambat or cepat saja...
jika doa kita dimakbulkan Allah..
tandanya Allah menyayangi kita..
jika doa kita lambat dimakbulkan Allah..
tandanya Allah ingin menguji kita..
tetapi jika doa kita tidak dimakbulkan Allah..
sebenarnya Allah telah merancang yang lebih baik untuk kita..
kerana itu sabarlah wahai saudaraku..
sabar itu sebahagian dr iman kita..


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 19-06-07 12:38


format saja otak itu semula....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 12:45


terima kasih ika2410.... insyaAllah.. doakan yang terbaik untuk ana k...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 12:46


format semula? kalau lah dapat mudah semudah tu...alhamdulillah..tapi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 13:09


macam senasib saja :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 13:09


macam senasib saja :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 13:10


Pada 19-06-07 12:45 , raihanninie posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih ika2410.... insyaAllah.. doakan yang terbaik untuk ana k...



afwan..moga dirimu mendapat yang terbaik..
saudaraku..
doakan untuk ana jua..


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-07 13:15


Entahlah ,kalau dinasihat berbakol pun belum tentu tuan punya badan dapat lakukan kalau dia sendiri yang tak nak lakukan...tapi betul lah kalau dia lepaskan nya dan mendokan kebahagiaan buat dirinya,insyaallah perasaan sakit hati akan hilang...saya paham sebab saya pun alami juga..cuma kalau nak anggap terus kawan,memang tak dapat...biarlah dulu..masa masayg menentukan sama ada kita patut jadi kawan atau tidak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-06-07 14:27


Assalamualaikum,

Cari saja pengganti yang lain yang lebih baik dari yang dulu. Tu pun kalau dapat lah.

Selamat mencuba.


-----------------
http://prepaid4u.net/?id=are_peace

Sekadar duit tambahan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

al-faateh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.11.2005
Ahli No: 20250
Posting: 58
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 15:54


bargantung pada diri kita..
pengalaman dan kisah hidup kita mengajar segala-galanya..

kalau nak, try petua ni,
bisik perlahan2 di telinga kita..
"lupakan saja, jangan diikutkan nafsu sangat" :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-faatehProfil   Hantar PM kepada al-faateh   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 16:47


terima kasih semua atas pendapat & nasihat. ana amat2 menghargainya... sykran

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 16:52


Pada 19-06-07 13:09 , strawberri posting:

!!! QUOTE !!!

macam senasib saja :-(


senasib? :-( moga-moga kita ditemukan insan yang diidaman2 kan.....
doa dan terus bdoa....semoga kita diberikan kekuatan mengahadapi ujian ini...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 16:57


Pada 19-06-07 13:09 , strawberri posting:

!!! QUOTE !!!

macam senasib saja :-(


senasib? :-( moga-moga kita ditemukan insan yang diidaman2 kan.....
doa dan terus bdoa....semoga kita diberikan kekuatan mengahadapi ujian ini...


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 19-06-07 17:34


Pada 19-06-07 10:12 , raihanninie posting:

!!! QUOTE !!!


...setakat ini tiada calon lain yang setanding dengan dia dari segi agama dan lain-lain...
sayang nak lepas macam tu saja.. tolong lah ana...



Tertarik dengan perkataan "setakat ini".
Hanya "setakat ini".
Betulkan ana jika ana tersilap; menurut apa yang ana faham,pada anda, dia calon terbaik sehingga sekarang.
Atau setakat ini.

Soalan ana:
Adakah dia akan terus jadi yang terbaik pada minggu depan, bulan depan atau tahun depan?

Kerana ana rasa anda masih muda (jika tidak sekalipun, apa salahnya berjiwa muda); masih sangat banyak rahsia alam ini yang anti boleh terokai.
"Setakat ini" anda masih tidak terlalu relevan.

Banyak posting yang mengesyorkan supaya tinggalkan saja dan cari yang lain.
Sukar bagi ana untuk menerima hakikat yang dia adalah yang terbaik pada anda selamanya.
Kerana bumi ALLAH sangat luas.
Kerana kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Ana percaya, anda akan sentiasa berjumpa dengan yang lebih baik pada masa akan datang.
Biarlah masa menentukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 19:31


topik ni dah ada sebelum ni...
** persoalan macam mana nak lupakan??
jangan dok ingat sokmo lah si dia.....
slow-slow lupa... patah tumbuh hilang bergnti.
memang yang bergnti tak akan sama dengan yang hilang...

ada hikmah atas apa yang berlaku...
terima dengan redha..
wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132969 saat. Lajunya....