Oleh |
Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 14-06-07 00:34
PUTRAJAYA 12 Jun ā Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami āMasalah 3Gā iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang. Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang. Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk. āāKalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana. āGejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,ā kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon. Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus. Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi. Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan. āāKegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau āosteoartritisā yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,ā katanya. Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan. Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi. āāKegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,ā katanya. Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 14-06-07 00:38
Ayuh muslimat semua, mari kita bersenam.....
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 14-06-07 09:46
tol cakap mawzah..kita kena jaga pemakanan juga..amalkan diet seimbang.. kurangkan pemgambilan nasi..gula..
|
ummusafiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.03.2006 Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta
|
Posting pada: 14-06-07 13:14
badan yang sihat... otak yang cergas... menjana minda... untuk kekuatan ummah... sama-sama lah kat juga badan kat yang merupakan amanah yang Allah berikan...
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 14-06-07 16:49
gebu....gempal....gemuk......  kurus....kering...tulang.....
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 14-06-07 16:57
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 14-06-07 16:58
nak cubit pipi orang gebu
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 14-06-07 17:00
Pada 14-06-07 09:46 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! tol cakap mawzah..kita kena jaga pemakanan juga..amalkan diet seimbang.. kurangkan pemgambilan nasi..gula.. Juga: Jauhi McD,KFC & Friends, serta Coke, Pepsi & Rakan-rakan. Ana suka untuk berkongsi pengalaman 'orang diet': Kurangkan pengambilan nasi, tapi sangat banyak 'mengunyah' makanan ringan...
|
naulofar
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.05.2007 Ahli No: 30116
Posting: 79
Dari: muar
|
Posting pada: 14-06-07 17:30
dari kecik mak dah sumbat mulut kita dengan nasi tiba-tiba saja nak kena kurangkan, tak sesuailah.... patutnya kementerian kesihatan kena bagi nasihat kat mak2 supaya kawal pemakanan anak2 sejak kecil so........ tak delah masalah 3G kat malaysia masa akan datang
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 14-06-07 17:31
Pada 14-06-07 17:00 , mohdnurhakimin posting:!!! QUOTE !!! Ana suka untuk berkongsi pengalaman 'orang diet': Kurangkan pengambilan nasi, tapi sangat banyak 'mengunyah' makanan ringan...
????....mengunyah makanan ringan???  ....nandeska?? salah itu....mana ada makan makanan ringan, bahkan tak elok makan junk food.... kurangkan makan nasi a.k.a sumber carbohydrate....tapi kena banyakkan makan lauk yang rich of protein, vitamins, fibres...kena makan banyak buah-buahan. makan nasi....tapi tak buat kerja....just duduk atas kerusi kat pejabat, tak bersenam, just memandu kereta, just tengok tv....of course lah lemak akan naik kat badan....tenaga dari carbohydrate itu tak digunakan....so, di mana energy2 ini disimpan???....eventually tenaga2 ini ditukar kepada adipose tissue...which later lead to obesity. so....kepada muslim dan muslimah....jomlah bersenam....dan jaga diet....kurangkan makan nasi lemak and roti canai....dan kurangkan jugak garam (hypertension) dan gula (diabetes mellitus a.k.a kencing manis) dalam makanan. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-06-07 17:38 ]
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 14-06-07 17:51
assalamualaikum.. entah lah..tatau kenapa tak berminat untuk kurus.. wassalam
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 14-06-07 19:46
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-06-07 21:15
jom bersenam..biar sederhana..jangan gemuk..jangan jugak kurus..=) [ Telah diedit oleh: Strawberry_Ungu pada 14-06-07 21:17 ]
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 14-06-07 23:41
Pada 14-06-07 21:15 , Strawberry_Ungu posting:!!! QUOTE !!! jom bersenam..biar sederhana..jangan gemuk..jangan jugak kurus..=) a'aa betul itu naik tangga turun tangga pun boleh...  ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 15-06-07 00:38
yeker?...maknanya lebih kurang kita akan jumpa 1 orang gemuk daripada 5 orang perempuan...lawak jugak ek..apa kena mengenenye dengan gebu ini, orang gemuk tak semestinya gebu...kelakar tol...apapun, kesihatan kita tu penting. jaga pemakanan, jangan asyik makan fast food saja. bersenam jugak, jangan malas-malas noo.hehe,
|
guelderose
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh
|
Posting pada: 15-06-07 00:52
yelah..jom kita bersenam..ayoh!
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 15-06-07 07:02
tapi kan...orang gebu ciut aa...yang gemuk dan gempal tu memang kena diet lah..yang gebu...keep it up...
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 15-06-07 09:06
perempuan badan besarla menarik..tapi bukan gemuk..tapi sedang2 saja...
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 15-06-07 10:26
bakpe lah kurus kering...krukkrakkrukkrak bunyi tulang...udah macam jerangkung lah pulak
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 15-06-07 12:01
wanita Malaysia memang canggih.. banyak dah pakai 3G lelaki ada ke guna 3G?
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-06-07 12:04
petang-petang jogging lah..tapi pandai2 lah juga aurat dan cari tempat yang kurang lelaki..tak pun beli saja threadmill..hehe..kalau banyak duit lah..skipping pun ok
|
nagibphg
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.04.2007 Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah
|
Posting pada: 22-06-07 02:33
assalamualaikum.... kalau nak kurus takut lah pada Allah.... -----------------
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 22-06-07 09:05
itulah...makan tak ingat akhirat....
|
dibaa
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2006 Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak
|
Posting pada: 26-06-07 08:51
kalau setakat tak ambil nasi tapi lauk len tak control tak boleh gark....
|
diella
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star
|
Posting pada: 26-06-07 10:56
Pada 15-06-07 12:01 , sutera_kasih85 posting:!!! QUOTE !!! wanita Malaysia memang canggih.. banyak dah pakai 3G lelaki ada ke guna 3G?
 ..betul tu.. dah cnggih dah sekarang.. 3G.. hehee.. ----------------- Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing
|