Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 18 jam, 48 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Allahyarham Dato


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Allahyarham Dato

Please Mendaftar To Post


Oleh Allahyarham Dato

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 11:48


MUJAHID ULUNG DALAM KENANGAN
13 Mac 1937 - 23 Jun 2002

Latar belakang keluarga....
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Haji Abdul Rahman.Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira 3km dari bandar Alor Setar,Kedah . Belian merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik.

Kedua ibubapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi.Latar belakang keluarga sebelah ibubapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh pada agama ISLAM .Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama yang di segani berasal dari wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.

Pendidikan...
Sejarah awal pendidikan beliau bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949.Kemudian menyambung pelajaran diperingkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat sama hingga tahun 1962.

Tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al- Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan Negari Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan perundangan ISLAM (syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

Banyak tenaga yang di curahkan olehnya untuk menegakkan syiar ISLAM....Beliau menjadi Presiden PAS hingga ke akhir hayatnya.

Pada usia 65 tahun, beliau menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, ALLAH S.W.T....

23 Jun 2002 adalah hari yang sedih buat pendokong Barisan Alternatif serta para pejuang Islam di Malaysia serta Dunia dengan pemergian eorang mijahid Islam menemui Allah s.w.t....

Allahyarham Dato' Haji Fadzil Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah untuk selama-lamanya. Daripada seorang anak desa, Allahyarham telah berjaya menjadi pemimpin ISLAM yang digeruni di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Kini semuanya meninggalkan kenangan pahit dan manis sepanjang hayat beliau. 23Jun ini genaplah 5 tahun pemergiannya...

KRONOLOGI DETIK YANG MEMILUKAN (22-23 JUN 2002)
10.30 mlm: Berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima

1.30 pagi: Keadaan Allahyarham sedang nazak telah di terima.

10.30 pagi: Berita sedih pemergian Allahyarham diterima daripada HUKM.

11.30 pagi: Jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, pada waktu inilah dapat dilihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 petang: Jenazah dibawa ke surau Taman Jaya ( bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil di sepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang: Jenazah dilawati oleh DYMM Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya,.

1.45 petang: Rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau Taman Jaya.

2.30 petang: Jenazah sampai di Subang, dengan sambutan taKbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah libih10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang: Maklumat diterima Dato' Seri Anwar telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang. Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang talah di tangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sg Buluh.

4.40 petang: Memandangkan DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petabg: Jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena,apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menuggu di Pokok Sena.

7.00 petang: Dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat tiba di Darul Ulum. walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20km , kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10km.

7.45 malam: Selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

8.30 malam: Maklumat yang diterimadari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak beloh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak teruk.

9.15 malam: Jenazah Allahyarham telah di usung ala-intifada dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laungan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari jemaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam: Jenazah selamat di kebumikan.

10.00 malam: Upacara bacaan talkin dan tahlil dilaksanakan di tanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

10.30 malam: Rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, sehingga menjelang pagi masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan Yassin di kubur Allahyarham.

23 Jun 2007, genaplah lima tahun pemergiannya...

Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin ........AL-FATIHAH......


-----------------

[ Telah diedit oleh: faried pada 12-06-07 11:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

asmahulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23748
Posting: 106

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 12:12


assalamualaikum..syukran diatas info yang cukup bermakna..semoga beliau di cucuri rahmatNya..amin..terasa kerdilnya diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For asmahulhusnaProfil   Hantar PM kepada asmahulhusna   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 13:01


moga rohnya dicucuri rahmayNya...amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 14:21


masih merasainya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-06-07 14:39


moga rohnya dicucuri rahmat.

AMIN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-06-07 15:10


terasa lagi kehilangannya....jelas terpampang depan mata masing-masing...ribuan yang hadir....maknanya islam dah tersubur dihati rakyat malaysia masing-masing.....kemenangan akan dicapai.....BN tak payahlah main tipu lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 15:13


banyak jasa beliau terhadap islam di tanah melayu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 16:53


moga ruhnya bersama para syuhada'..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 16:22


moga rohnya di cucuri rahmat......amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 16:29


Takbir !!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112917 saat. Lajunya....