Oleh |
Rahsia Celcom |
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-06-07 00:59
"Saya nak tukar Celcom esok."Gadis berkacamata itu memecahkan sunyi setelah kami sama-sama diam tak bercakap apa-apa. "Mengapa?"tanyaku. "Senang.Mak ayah guna Celcom.."jelasnya. "Tiba-tiba sahaja?"Aku bertanya kerana selama ini tak pernah dia gaduh mahu memakai nombor Celcom melainkan nombor Maxis itu jugalah yang dipakainya sejak mengenali aku bahkan sebelum itu lagi. "Saja."Dia menjawab pendek. Dan aku diam.Percaya pada katanya.Ya,mungkin aku juga harus tukar kepada Celcom.Memandangkan pelbagai cerita yang tidak enak tentang Maxis akhir-akhir ini dan kerana dia mahu menukar nombor.Aku pulang ke rumah terus tanpa singgah ke mana-mana.Dan petang itu aku ke padang bola beriadhah bersama teman-teman sekuliah. Agin petang yang menyamankan mengelus-elus pada anak telingaku.Rambutku yang semakin ku biar panjang dan berekor itu melayah dan mesra dibelai angin. Dan persoalan itu datang lagi. Menagapa dia mahu menukar Celcom? Dan Kenapa dia tak mengajak aku? Dulu kami pernah guna Celcom sekali,dan akhirnya tergantung saja nombor itu kerana teman-teman ramai yang menggunakan Maxis.Maka tentulah mahal pula kami mahu menghantar SMS dan membuat panggilan kepada mereka.Dan waktu itu dia juga yang menyarankan.Dia mengajak aku bertuka nombor.kali ini dia tak mengajak aku.Langsung. Mengapa? Peluh yang mengalir pada tubuhku tak mengalir bersama persoalan itu.Ia terus bersarang beranak dalam kepala dan otakku yang tak bijaksana ini.Mengapa ia tak membawa sekali resah dan persoalan remah yang bercambah dalam kepalaku?Dan persoalan ini pula makin merayap sampai ke hatiku. Sebakkah aku? Sedihkah aku? Kerana dia tak mengajak aku menukar nombor sekali. Mengapa? Persoalan ini remeh.Aku tau itu.tapi ia masih mahu menghuni dalam kepalaku.Motorsikal YAMAHA SRX biruku yang meluncur perlahan keluar dari perkarangan kampus menderum-derum dipulas minyaknya.Dan angin petang kian deras dan laju mencanggah dadaku,mengusik ekor rambutku yang terjulur di belakang topi keledar.Apa pun keadaannya,persoalan remeh itu masih mahu menghantui fikiranku. Mengapa? Malam itu sesudah mengulangkaji nota kuliah untuk hari esok,aku terlentang menghadap kipas yang terkapuk pada dinding kamar.Teman-teman sebilikku,Fendi dan Padil belum pulang lagi.Keluar dengan buah hati masing-masing.Aku membelek telefon bimbitku.Aku mencuba dail nombornya. 012317**** Gagal. Dia sudah menukar nombor. Pun aku tidak diberitahu. Mengapa? Selama setahun lebih kami mengikat rasa dan kata cinta,perlakuannya kali ini betul-betul menghairankan. Mengapa? Dan aku terlelap dalam persoalan yang berkubang pada fikiranku.Mujur ia tak membawa ke dalam mimpi kerana persoalan itu betul-betul menghantui masa jagaku.Janganlah pula ia timbul pada masa lenaku.Aku letih. ************************************************** Tengahari itu aku ke perpustakaan.Tadi aku solat Jumaat di masjid tanjung Malim saja.Dan kebetulan sekali aku bertemunya di tingkat dua,sedang membelek majalah-majalah koleksi perpustakaan Za`ba. Aku meluru kepadanya.Mengajak dia duduk bersamaku.Dan persoalan itu,aku terlalu mahu mengetahui alasannya.Ia mendamaikan aku yang sedang celaru. Maka tentulah hasilnya sama. Kerana mak dan ayah guna Celcom. Itu saja. Titik. Tapi aku masih tak faham.Dan aku tak pantas percaya.Minggu sudah dia minta aku keluarkan semua duit simpanannya yang disalurkan ke akaun kami.Sebenarnya akaun itu atas namaku.Aku dan dia sama-sama mengumpukkan duit simpanan ke situ.Akaun bersama.Akaun impian.Akaun untuk masa depan.Aaun perkahwinan. Selepas itu dia dingin padaku.Padahal sebelum duitnya yang kira-kira RM 700 itu ku serahkan,dia giat menelefonku.Dan mendesak mahukan duit itu.Tak cukup belanja katanya.Maka aku dengan percaya mengembalikan wang yang dia satukan ke dalam akaun itu. Mengapa? Dan sekarang dia mahu menukar nombor? Kami turun ke tingkat bawah perpustakaan.Dia ke kaunter peminjaman buku.Bekas pensilnya diletakkan di atas kerusi panjang yang betul-betul bertentang dengan kaunter pinjaman itu. Ini masanya! Dia leka beratur tanpa menoleh padaku. Aku mencapai bekas pensilnya yang aku tahu telefon bimbitnya pasti tersimpan di situ.Dan benarlah ia tersimpan di situ. NOKIA berwarna kelabu itu ku tekan punatnya. MESSAGE INBOX Dan..Nah!! Abang Abang 012 Nama penghantar SMS dalam inboxnya. Abang?Atasnya ada seorang kakak.Dan dia anak kedua.Abang mana pula? Ku baca mesej yang tertulis.. "Nanti salah peluk nanti.." "Abang tak tidur lagi.Teringat pada Imah.." Cukup!Kedua-dua Abang dan Abang(012) adalah orang yang sama. Ku buka yang lain pula. SENT ITEM "Imah tak tidur lagi.Abang buat apa?" "Abang dah makan?Imah dah makan.." Cukup! Aku bangkit dari kerusi menunggu itu.Ku tunjukkan kepadanya telefon bimbit yang tergenggam dalam tanganku.Dia terkaku berdiri dalam barisan peminjam itu.Aku meletakkan kembali telefon bimbit itu ke dalam bekas pensilnya.Aku melangkah terus,panjang-panjang dan tak menoleh lagi.Makcik yang menjadi pengawal pada pintu masuk perpustakaan itu pun tidak ku sapa seperti biasa. Aku tak marah.Tapi aku terkejut.Benar-benar terkejut.Aku percayakan dia.Aku menganggap dia yang terbaik dari segala gadis yang kutemui.Dan sikapnya yang `innocent` itu tak pernah aku terfikir akan tergamak melukakan hati dan jiwaku dengan diam-diam.Orang yang tidak mengenalinya rapat pun tak akan pernah terlintas pada fikiran bahawa gadis itu mampu menjahanamkan sebuah hati yang mencintainya separuh nyawa. Jahanam! Selepas ini akan berlaku perpisahan! Tamat! Dan aku pasti orang akan menyalahkan aku.Kerana dia gadis berwajah dan berkelakuan `innocent`!Kelakuan itu bukanlah dibuat-buat,tetapi dia memang 'innocent' pada wajahnya,cara cakapnya,lakunya.Kerana itu aku sendiri tak menyangka dia mampu menghancurkan hatiku!Menduakan aku!Mengkhianati janji dan sumpahnya untuk setia padaku! Aku mencari-cari pen dalam kocek baju.Dalam kocek sweater.Dalam kocek beg laptop.Tak ada sebatang pun yang aku bawa. Jahanam! Aku mencapai kunci motor yang tersumbat pada tengkuk YAMAHA SRX biruku.Aku menuju pada pondok telefon di tempat parkir motorsikal itu.Penghadang yang memisahkan sebuah telefon dengan telefon lain di sebelahnya itu diperbuat daripada kayu yang disapu cat minyak.Dan aku hanya sempat menghafal satu sahaja dari dua nombor telefon lelaki yang sedang dilanda asmara dengan gadis 'innocent' itu. 0194****** Aku guriskan nombor jahanam itu pada penghadang telefon yang paling tepi sekali dengan hujung kunci motorsikalku. Celcom! Jahanam! Beberapa pasang mata yang memerhatikan perlakuanku ku pandang kosong.Jiwaku sepi.Sayu dan pedih.Tak punya apa-apa rasa.Sebal dan kalau ia diperbuat dari plastik atau besi,sudah tentu ia akan berbunyi kalau diketuk. Bangsat! Aku menghidupkan enjin motorsikalku. Persoalanku terjawab. ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 12-06-07 01:23
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 12-06-07 02:24
Pada 12-06-07 00:59 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! "menjahanamkan sebuah hati yang mencintainya separuh nyawa.
mujurlah dia menyintai perempuan tu separuh saja nyawa, kalau sepenuh nya jadi macam mana ye?...isk.isk... ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-06-07 07:13
Macamana?Kalau sepenuh hati maksudnya dah kawin lah tu..
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 12-06-07 07:24
play girl!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bila dah laki lain yang caring2 dan pandai menggoda...seringkali perempuan tertewas... Last2 menyesal...carik balik pakwa asal... p/s : Laki yang pandai mengayat ni 'biasanya' dalam kategori buaya.
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 12-06-07 07:25
Pada 12-06-07 07:13 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Macamana?Kalau sepenuh hati maksudnya dah kawin lah tu.. Kisah benar ke rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati?? ----------------- "Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...
|
FIENDA
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2006 Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS
|
Posting pada: 12-06-07 08:25
|
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 12-06-07 08:49
So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 12-06-07 09:50
kaitannya dengan celcom..sebab si perempuan tu tukar celcom nak sama no dengan kawan baru dia tu...agaknya lah... en. kojez...tak ada sambungan ke cerpen ini...buatlah sambungannya...mesti best...
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 12-06-07 10:19
Aduh lah...masalah2.... Ni lah bila cinta pada insani... Elergik lah pula ana... ----------------- cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 12-06-07 10:22
hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan... rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 12-06-07 10:22
hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan... rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 12-06-07 12:08
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 12-06-07 12:33
aik guna celcom pun boleh buat cerita?!!!!!! ngatkan celcom guna untuk kontek orang saja... ada lagi tak????
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-06-07 13:42
Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...
rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis.. hish..ada-ada saja ros_itam ni.. wallahua`lam.. ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
nur_ashikin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam
|
Posting pada: 12-06-07 13:43
mm...apa pulak celcom jadi mgse...
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-06-07 13:44
Pada 12-06-07 10:19 , niza_ati posting:!!! QUOTE !!! Aduh lah...masalah2.... Ni lah bila cinta pada insani... Elergik lah pula ana...
jangan cakap..nanti terbikin pula.. ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 12-06-07 14:46
maxis=ananda krishnan (tokey berhala aramugam kat batu caves,terbesar di asia) digi=tokey dia cina(ana xigtla nama dia) celcom=org kita punya
|
mujahidah_solehah04
Warga Rasmi Menyertai: 06.06.2007 Ahli No: 30176
Posting: 10
Dari: bilik rehat....
|
Posting pada: 12-06-07 16:57
...menarik....akan jadi lebih menarik andai ada kesudahannya...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 12-06-07 17:41
best cerpen ni....
|
naulofar
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.05.2007 Ahli No: 30116
Posting: 79
Dari: muar
|
Posting pada: 12-06-07 18:05
tak pasal2 celcom jadi mangse..... ini cerita betulkah rekaan........ pada remaja tak payah lah nak cintan-cinton ini habiskan duit saja kalau dah putuskan nak bcinta cubalah stia kalau tak suka brterus-terang sajalah tkyah lah main kayu 3 ke 4 ke sat lagi org main kayu 10 kat hang baru tau.......... kita hidupkan macam roda skjp kat atas skjp kat bawah pcylah lm2 mesti dapat balasn
|
annafira
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.06.2004 Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan
|
Posting pada: 12-06-07 19:12
rindunye nak guna celcom =)
|
saussan_saffanah
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~
|
Posting pada: 12-06-07 19:32
Pada 12-06-07 17:41 , insyirah_hr posting:!!! QUOTE !!! best cerpen ni.... insyirah ni...suka puji memuji ----------------- hamba sehambanya
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 12-06-07 21:53
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 12-06-07 23:36
tenang kawan-kawan..tenang teman2.. zaman muda yang indah jangan cepat melatah bila diagah sahut cabaran dengan gagah pedulikan cemuhan abaikan kritikan junjung persahabatan atas kepala benamkan cinta jauh dalam hati dan pada segalanya ini akan ada sempadannya nanti..
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 13-06-07 09:41
Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...
rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..
hish..ada-ada saja ros_itam ni.. wallahua`lam..
saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya..
|
Qaisar
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2006 Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 13-06-07 13:38
haha.. celcom.. okey okey okey tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan.. sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah...
|
intan_farisya
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 573
Posting: 26
Dari: perlis
|
Posting pada: 13-06-07 13:50
mmm.. best cerita dia.. macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit.. heheh
|
intan_farisya
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 573
Posting: 26
Dari: perlis
|
Posting pada: 13-06-07 13:50
mmm.. best cerita dia.. macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit.. heheh
|
naabihah
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.06.2007 Ahli No: 30194
Posting: 25
Dari: bangi
|
Posting pada: 13-06-07 15:28
tinggal saja perempuan macam tu..xsetia..
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 13-06-07 15:28
Pada 13-06-07 13:38 , Qaisar posting:!!! QUOTE !!! haha.. celcom.. ok ok ok tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan.. sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah... nak jawab..DIGI!kan??kan??kan??:p ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 13-06-07 15:29
Pada 13-06-07 09:41 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...
rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..
hish..ada-ada saja ros_itam ni.. wallahua`lam..
saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya.. amboi..ada juga org makan cili xpedas tau..:p ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 13-06-07 17:10
Pada 13-06-07 15:28 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-06-07 13:38 , Qaisar posting:!!! QUOTE !!! haha.. celcom.. ok ok ok tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan.. sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah...
nak jawab..DIGI!kan??kan??kan??:p
haaaaaaaaa tepat sekali..bijak..bijak..
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 13-06-07 17:11
Pada 13-06-07 15:29 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-06-07 09:41 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:!!! QUOTE !!! hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...
rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..
hish..ada-ada saja ros_itam ni.. wallahua`lam..
saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya..
amboi..ada juga org makan cili xpedas tau..:p
cili apa? hilang deria rasa agaknya..
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 13-06-07 22:02
hilang deria ye jugak..kira ada lah jugak kan
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 13-06-07 22:09
best juga cerita ni. Rasanya tak ada masalah tajuk dia dengan celcom, sebab apa saya nampak bukan nak burukkan celcom tapi kisah anatara wanita dengan lelaki tersebut yang kebetulan perempuan tu guna no celcom. mM.. macam kisah bnar, tapi wallahua'lam.
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 13-06-07 22:46
mm,cuba celcom tukar kepada maxis...blehkan?
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 13-06-07 23:11
.......
|
Qaisar
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2006 Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 14-06-07 00:34
Pada 13-06-07 13:50 , intan_farisya posting:!!! QUOTE !!! mmm..
best cerita dia.. macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit..
heheh kena batang idung ye? hehe nasib baik tak masuk lobang idung.. hehe gurau2 saja.. ----------------- Assubhubada'
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 14-06-07 09:27
Pada 13-06-07 22:09 , muslimah_jun posting:!!! QUOTE !!! best juga cerita ni. Rasanya tak ada masalah tajuk dia dengan celcom, sebab apa saya nampak bukan nak burukkan celcom tapi kisah anatara wanita dengan lelaki tersebut yang kebetulan perempuan tu guna no celcom. mM.. macam kisah bnar, tapi wallahua'lam. memang kisah benar pun.. kalau xpcaya tanya tuan punya cerita ni.. kalau dia xmengaku..maknanya memang betul lah tu ehehe
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 14-06-07 20:45
ye lah..mengaku2..(ambil hati rose_itam) ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
rose_itam
Warga 5 Bintang Menyertai: 19.05.2007 Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 15-06-07 09:51
huhu apela..bagi lah cerpen lagi kojez
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 15-06-07 15:06
insyaAllah..tukar sikit tema penulisan..destinasi_abadi request cerpen berunsur Islamik pulak lah..ada saja..Riak tajuknya..xbace lah tu.hehe.. ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 15-06-07 15:19
sambungannya..kojez_sensei83... biar ana sambung sikit lagi... sebab ana ada kat situ masa dia menggores penghadang telefon itu... "lantas ana pun mengeluarkan syiling dan mendail no tersebut..." rupa-rupanya perempuan yang bercakap... dia kata "no yang anda dail tidak terdapat dalam perkhidmatan" _adakah dia silap gores?_
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 15-06-07 23:52
awak yang silap dail tu.. ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-06-07 10:12
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 19-06-07 04:41
cerita ni macam ada kena mngene dengan cerita "ajarkan saya jadi lelaki cool" tu sambungan dia ke? ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 20-06-07 11:21
Pada 12-06-07 23:36 , kojez_sensei83 posting:!!! QUOTE !!! tenang kawan-kawan..tenang teman2..
zaman muda yang indah jangan cepat melatah bila diagah sahut cabaran dengan gagah pedulikan cemuhan abaikan kritikan junjung persahabatan atas kepala benamkan cinta jauh dalam hati
dan pada segalanya ini akan ada sempadannya nanti.. mendalam nya... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 20-06-07 20:37
terima kasih lubaina..memahami..
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 20-06-07 22:00
|
affenry
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor
|
Posting pada: 20-06-07 23:01
ya tuhan kami, jauh kan lah kami dr dugaan yang xtmampu kami tanggung.......................
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 29-06-07 12:52
|
qhusairi
Warga Rasmi Menyertai: 01.12.2005 Ahli No: 20603
Posting: 9
Dari: PERAK
|
Posting pada: 01-08-07 12:40
fdfggfhdsadffgfdgfdgfdvfvfdgbbh
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 06-08-07 18:04
teruk tol perempuan begini..tak pandai mengahargai apa yang dia da ada depan mata..
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 06-08-07 18:24
|
mukmin0904
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya
|
Posting pada: 06-08-07 18:24
susah2 tukar sajalah digi.bersama3x...mu
|
abah-we-ma
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan
|
Posting pada: 01-09-07 15:09
ada juga perempuan macam tu.. tak ada sambungan ke??? ni mesti kisah benar ni...hehehe..
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 01-09-07 16:08
iskh3...xpsl2 celcom yang jadi tajuk utama..kenapa tak guna tajuk no misteri ke...no telefon beralih arah ke.....xpn aku,dia dan celcom...hik3....
|
azaha85
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.07.2007 Ahli No: 30484
Posting: 92
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 01-09-07 17:09
name celcom pun boleh buat tajuk,pelikkan.
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 01-09-07 21:32
huh!? ni cerita apa ni eh? huh!? ana sedikit pun tak faham huh!? "_? p/s: tapi ana pakai Maxis heh! sejak dari dulu, kini dan selamanya heh!
|
syahadaiman86
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.03.2007 Ahli No: 29321
Posting: 31
Dari: Johor - Selangor
|
Posting pada: 02-09-07 12:06
apa pula lah celcom yang disalahkan.... confius. tapi cerita ni boleh bagi pengajaran sebab org yang bercinta dengan manusia bila kecewa macam tu lah jadinya. Nauzubillah
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 02-09-07 14:09
Asalamualaikum... Walaubagaimanapun, celcom tetap tak bersalah...
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 25-09-07 10:33
nice story.. ada pengajaran..
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 27-10-07 21:01
nak sambungannnn takkan berakhir denagn perpisahan jee..emmm kalau tak laki plyboy, perempuan pulak. macam22
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 27-10-07 21:05
|
kahfi8
WARGA SETIA Menyertai: 19.09.2007 Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara
|
Posting pada: 01-11-07 16:01
celcom lah coverage baguss... maxis mengayakan ananda,bantu dia 'derma' buat patung lagi...
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 18-12-07 20:48
Pada 02-09-07 12:06 , syahadaiman86 posting:!!! QUOTE !!! apa pula lah celcom yang disalahkan.... confius. tapi cerita ni boleh bagi pengajaran sebab org yang bercinta dengan manusia bila kecewa macam tu lah jadinya. Nauzubillah alahai...mana ada org salahkan celcom..ni baca ke xbace ni..baca laju2 eh??kemampuan menganalisa belum tajam lagi ni..=) ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
adibahazrah
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor
|
Posting pada: 18-12-07 23:00
Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!! So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan. suppose tak ada kena mengena dengan celcom
|
kojez_sensei83
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2005 Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting
|
Posting pada: 20-12-07 21:23
Pada 18-12-07 23:00 , adibahazrah posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!! So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.
suppose tak ada kena mengena dengan celcom kena mengene juga..cuma tak ada salah2..hehe ----------------- "Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 11-12-08 23:05
Ada ke simpan duit datu akaun... apa .a..
|
ewanz
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping
|
Posting pada: 12-12-08 01:52
tahniah kojez_sensei83 bagi ana tak salah letak tajuk rahsia celcom sebab tajuk tu lah ana tertarik untuk baca cerpen ni ingatkan pasal celcom rupanya tak itu yang menarik tu not literal hmm good attempt
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 12-12-08 07:53
ingatkan betul-betul rahsia tentang celcom,apeda -----------------
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 12-12-08 08:44
kebanyakannya macam ni lah bila da ada orang baru....kalau tak tukar nombor, mesti pakai 2 handphone..... tapi kadang-kadang nak tukar nombor bukannya sebab apa tapi ada orang selalu kacau kita.....
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-12-08 11:08
alamak..imni ni lampi lah.. imni tak faham pun ap sudahnya cerita ni..
|
sikinshaharudin
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2008 Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0
|
Posting pada: 12-12-08 13:28
uiksss..... macam ponah jadi ....................... ----------------- senYum s0km0 =)
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 09-10-09 01:15
Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:!!! QUOTE !!! So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan. ahak ahak ahak betol3
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 09-10-09 10:05
macam ada sambungn saja.. tunggu2... tapi jangn lewat2.. karang dah basi tak best.. ----------------- Jom masuk syurga...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 09-10-09 15:59
ada smbungan lagi ke??? tapi janganlah buat org begitu...pedih hati kalau di lukai...minta cara leklok,lepaskan cara leklok...jangan mengelak dan buat perangai dalam diam-diam....erm... ----------------- BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 09-03-10 16:33
sampai sekarang xhabis lagi ke? mana kojez_sensei83? ----------------- BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL
|
sakinah283
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi
|
Posting pada: 09-03-10 19:27
bila terpandang tajuk ni, rasanya dah boleh agak kisah sebaliknya.... em, actually pernah dengar kisah benar seperti ni.... kira lebih kuranglah....huhu sedih bila dikhianati dalam diam kan.... lebih baik berterus terang daripada disakiti macam ni... jujurlah walaupun ianya pahit....huhu.... ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost"
|