Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: makna syahadah..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» makna syahadah..

Please Mendaftar To Post


Oleh makna syahadah..

aleyamaisara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2007
Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor

Sabah  


posticon Posting pada: 10-06-07 11:51


Aku diberi nama Syahadah, ringkas dan mudah bunyinya. Namun maknanya
sangat besar dan suatu yang berharga bagi sesetengah manusia yang
sedar akan kewujudan diri ini. Aku dididik dalam keluarga yang
harmoni ayahku bernama Muslim Bin Hanif. Manakala ibuku bernama
Amanah Binti Taklif. Jadi jelaslah aku ini sebagai seorang islam
kalaupun dalam kad pengenalanku perkataan islam tidak tertera.
Tetapi aku berbangga menghebohkan pada dunia status keislaman aku.
Keluarga kami berasal dari timur tengah datuk dan nenek ku orang
perantau. Mereka selalu merantau dengan membawa bermacam surat dan
berita. Mereka bukanlah posman bukan pula wartawan tetapi mereka
saudagar yang suka bercerita tentang kebenaran. Kadangkala bila aku
menceritakan tentang kaum kerabatku ramai yang seronok mendengar
bahkan ramai juga yang ingin menjadi keluargaku. Namun begitu ada
setengah pihak merasa keluargaku penyekat kemajuan bahkan kalau
boleh ingin sahaja menyisih keluargaku yang harmoni ini dari
masyarakat setempat.
Nama adik adikku juga persis namaku. Solah seorang yang sangat aneh
kadang kadang dia pendiam bersuara dalam berbisik kadang kadang
bersuara lantang. Tetapi dia sangat menyenangi waktu malam katanya
siang itu gaji pokok malam ini bonus. Apa apalah yang aku tahu tanpa
aku dia langsung tiada bermakna kerana aku ini lebih utama dari
segenap sudut.
Zakah, ini adikku juga perihatin orangnya selalu menderma. Dia tidak
seperti Solah dia selalu sahaja berdiam diri kadang kadang ayahku
tidak perasan kewujudannya. Tetapi dia ini memerlukan aku juga.
Kerana tanpa aku dia akan membelanjakan wangnya tanpa faedah untuk
masa depannya. Itulah adikku yang selalu orang salah anggap. Dia
sangat berpengaruh dalam meraih kemaafan entahlah mungkin kerana dia
menyentuh dengan sifat perihatinnya sesama hamba.
Adikku yang seterusnya bernama Siam nama ini sedikit pelik ada juga
orang gelar dia Ramadhan mungkin Siam itu kurang sedap bunyinya
dalam bahasa melayu. Dia sihat malah kadang kadang macam doktor
peranannya pada kami semua. Selalu sahaja dia merawat aku. Tetapi
yang sebenarnya dia juga memerlukan aku. Pentingnya aku pada dia
adalah menjaga tumpuan amalannya supaya tidak tersia sia penatnya.
Kadang kadang orang menzaliminya sehingga tiada apa yang tinggal
padanya untuk digunakan di masa akan datang.
Adikku yang bongsu ini sungguh sedap namanya Mabrur. Tatkala ayahku
mendapatinya seronok sungguh dia seolah baru lahir semula. Ayahku
sungguh beruntung kerana memiliki dia. Walaupun adikku ini menuntut
dari ayhku kesabaran dan harta benda serta banyak pantangnya ayahku
tetap berusaha menunaikannya. Apapun takkan berguna kalau ayahku
tidak memelihara aku yang sulung ini kerana aku sangat bermakna
kepada adikku sekiranya apa yang dijanjikan kepadaku tidak tertunai
dia takkan menerima pemberian si ayah. Merajuknya bukan main main.
Kalau dia pergi maka jangan harap nak berjumpa lagi.
Ayahku seorang ayah yang sangat baik. Sebab itu Tuannya sering
menjanjikan kejayaan baginya. Tuannya sangat penyayang. Tuannya
sentiasa ingatkan ayahku supaya memelihara kami adik beradik. Namun
ada rakan kerja ayahku suka membuang anak anak mereka merata rata.
Tuan ayahku sangat marah tetapi tak pernah bersedih. Mereka tetap
mendapat gaji. Walaupun bukan sahaja tidak pandai menjaga anak
bahkan isteri mereka pun mereka abaikan.
Aku ini bukanlah besar sangat tetapi aku sangat bermakna seolah olah
aku ini pintu masuk untuk ayahku menerima kerja untuk menyara
keluarga kami dengan rezeki yang halal. Ayahku sangat setia
menyayangi ibu dan kami adik beradik.
Ayahku sangat sayangkanku. Katanya anak sulung setiap ayah perlu
dijaga dan dibanggakan kalau tidak tiada guna hidup senang tiada
pula makna harta melimpah ruah bahkan umur yang panjang juga hilang
maknanya. Namun begitu dalam Negara yang aku sayang gejala membuang
anak sulung di tepi tepi jalan sangat berleluasa bahkan ada yang
sanggup membuang di dalam mahakamah. Suka masuk akhbar dengan berita
membuang anak sulung mereka.
Sedangkan ayah sejati seperti ayahku sentiasa berbangga menyayangi
kami adik beradik dan memenuhi tuntutan ibuku. Apalah nak jadi
dengan nasib penduduk Negara aku nanti.
Adikku Solah selalu memanggil namaku dalam dirinya. Bahkan setiap
hari 11 kali dia melaungkan namaku di menara menara menunjukkan rasa
sayangnya kepada ayahku dan diriku.
Adikku Solah inilah yang selalu menjaga diriku. Dia tahu aku sangat
bermakna matinya aku maka habislah dia. Solah selalu menghindarkan
penyakit dari ayahku tetapi kalau ayahku terkena juga apa apa wabak
maka Zakah dan Siamlah yang akan bergilir gilir merawat ayahku. Aku
dan rakan rakanku yang lain seperti Tahmid, Tasbih,Taubat dan juga
Tahlil selalu mengurut ngurut lidah ayahku kalau jantungnya lemah.
Ini rawatan batin yang guru ayahku ajarkan padanya.
Kami semua senang dengan ayahku. Walaupun ayahku mati kami akan
menemaninya. Kami bukan sahaja hartanya di dunia kami juga hartanya
di sana. Aku selalu sedarkan ayahku yang Tuannya hanya satu sahaja.
Aku juga selalu ingatkan ayahku bahawa guru ayahku meninggalkan
amanat amanat dan kitab. Ayahku selalu sahaja mengulangi
penghayatannya dalam menyebut diriku berulang ulang kali. Sungguh
syahdu dia mengungkapkan diriku.
Ayah sangat memerlukanku. Setiap kali berjumpa Tuannya dia pasti
akan menyertakanku di sampingnya. Tuannya selalu mengingatkannya
agar jangan melupaiku dan jangan melanggar janji dalam diriku.
Sungguh bermakna aku ini rupanya.

from:al-irfaan islamic site

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyamaisaraProfil   Hantar PM kepada aleyamaisara   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 18:59


!!! QUOTE !!!

Aku diberi nama Syahadah, ringkas dan mudah bunyinya. Namun maknanya
sangat besar dan suatu yang berharga bagi sesetengah manusia yang
sedar akan kewujudan diri ini


kalimah syahadah...itulah kunci syurga buat semua umat manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 10-06-07 22:06


Subhanallah...Indahnya garapan cerita ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

aleyamaisara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.05.2007
Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor

Sabah  


posticon Posting pada: 17-06-07 10:12


cerita ni memang menarik...lebih mudah nak terangkan maksudnya dalam cara begini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyamaisaraProfil   Hantar PM kepada aleyamaisara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097294 saat. Lajunya....