Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Siapa Kata Wanita Tidak Boleh Meluah Kata Dan Meminang Si Lelaki???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Siapa Kata Wanita Tidak Boleh Meluah Kata Dan Meminang Si Lelaki???

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa Kata Wanita Tidak Boleh Meluah Kata Dan Meminang Si Lelaki???

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 01:36


Soalan:
Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini
Jawapan:
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan:-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah);, juga terdapat satu riwayat bahawa Anas .a berkata di sisi anak perempuannya: “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda); berkatalah wanita itu: “Adakah dikau punyai hajat kepadaku?”; maka anak perempuan Anas menyampuk: “Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya”; maka Anas menjawab: “Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” (Sohih Al-Bukhari, 7/17). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah buat Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya: “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda: “Adakah kamu telah melihatnya?: “Belum jawabnya”; Nabi menjawab: “Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” (Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita: “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, (Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan: “Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH” (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa). Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah (Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. (Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu (semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut:-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat, mesengger)

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

pergi. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Wallahu’alam.


@Nuur Fakhrul as-Shiddiq
YM: [email protected]
MSN: [email protected]
http://groups.yahoo.com/group/PMH-UiTM
http://www.geocities.com/nawie83


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 01:58


nice info, thank....

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 02:59


menarik..
bagaimana pula pendapat sahabat2 kat ukhwah ni..
andai kata..ada perempuan yang ilmu agamanya tak tinggi mana..
tapi mengimpikan lelaki yang soleh..agar boleh membimbingnya kelak..
wujudkan istilah fikrah atau yang tak sefikrah..seperti yang pernah dibincangkan..
beranikah lelaki mengambil risiko ini...

perlukah perempuan tersebut berterus terang..
tak ke nanti dikatakan perigi cari timba...hmm????

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 10:10


Pada 10-06-07 01:36 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!



h. Awas daripada bertukar gambar.





pernah dikatakan berpikiran tertutup (kolot agknya) hanya sebab taknk bagi gambar... susah nak cari yang betul-betul faham..


-----------------
Indahnya perkenalan jika bersulamkan keikhlasan..moleknya persahabatan andai setia yang dipertaruhkan & untungnya berkawan jika berkekalan untuk selamanya......


Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 15:23


assalamualaikum...syukran jazilan 4 the info

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

wedelia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18715
Posting: 84

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 16:00


thankz 4 the info.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wedeliaProfil   Hantar PM kepada wedelia   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-06-07 21:56


selamat menyambut seruan di atas... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 10-06-07 22:12


Good information...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-06-07 22:56


shukran jazilan

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 03:36


Dalam novel ayat2 cinta, banyak dijelaskan.
bacalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

muslim_boy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2006
Ahli No: 23728
Posting: 142
Dari: Kota Bharu Bandaraya Islam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 08:48


thanks 4 d info

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslim_boyProfil   Hantar PM kepada muslim_boy   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 27-06-07 09:26


Assalamualaikum...
Pernah baca dalam fatwa kontemporari jilid 3-4 kalau tak silap...
Karangan Yusuf Qardhawi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ros_nur
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1863
Posting: 56
Dari: Alam maya bumi Allah

malaysia  


posticon Posting pada: 27-06-07 10:06


good article..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ros_nurProfil   Hantar PM kepada ros_nur   Quote dan BalasQuote

putri_syiffa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16476
Posting: 67
Dari: Malaysia

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 10:23


macam pernah baca artikel ini......

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_syiffaProfil   Hantar PM kepada putri_syiffa   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 11:21


Pencarian yang berkesudahan... ;-) Alhamdulillah...Semoga berbahagia buat muslimah tersebut...

Muslimah yang masih 0-0 tu...tunggulah gilirin (termasuk lah ana..hikhikhik.. :lol: )


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 11:39


assalamualaikum...

ana pun ada tau mengenai perkara ini...
syukran sudi berkongsi info...
moga menjadi panduan untuk kita semua..
khusus kaum wanita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

Masyira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.10.2005
Ahli No: 20190
Posting: 66
Dari: IIUM

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-06-07 11:55


Pada 15-06-07 03:36 , farouks posting:

!!! QUOTE !!!

Dalam novel ayat2 cinta, banyak dijelaskan.
bacalah


ha'ah betul itu..buku ini sangat menarik..dan siapa kata wanita tidak boleh meluahkan kata..WANITA YAKIN BOLEH!hehe..:D

dan jangan katakan TIDAK! (Dr.Tuah)
[ Telah diedit oleh: Masyira pada 27-06-07 11:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MasyiraProfil   Hantar PM kepada Masyira   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-06-07 12:01


Bagus betul info ini buat peringatan semua. kadang-kadang kita dah tahu tapi perlu org ingatkan & perteguhkan. Spy yang benar tak terhakis oleh 'hujan asid peredaran zaman kini'. Apapun terima kasih pada saudara masri2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 12:17


pasti ada adabnya....

terima kasih berkongsi ilmu ini.....


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

Uswah_teladan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.06.2007
Ahli No: 30310
Posting: 168
Dari: Sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-07 17:46


Perigi Cari Timba Pun OK!

Cintailah olehmu seseorang itu jika falsafah pandangan hidupnya sesuai dengan kamu.
-------------------------------------------------------------------------
"Syariat lebih utama daripada adat...syariat membebaskan, adat kekadang mengikat."
---------------------------------------------------------------------------

PERIGI CARI TIMBA - selalunya dirujuk bila seorang perempuan 'mencari' lelaki sebagai calon suami. Mencari dalam ertikata melamar dengan baik dan syari'e (bukan tujuan buruk yang lain). Namun, langkah ini adalah sesuatu yang melawan arus. Sepatutnya, timbalah yang mencari perigi. Bukan begitu? Tapi siapa yang menetapkan begitu? Maksudnya, siapakah yang telah menentukan yang timba mesti cari perigi, bukan sebaliknya? Apakah itu adat atau syariat? Jika tidak relevan, apakah hukum itu boleh dirombak? Apakah dan di manakah salahnya jika perigi pula yang mencari timba?

Peranan Maisarah

MAISARAH - sangat diyakini oleh Siti Khadijah, maklumat2 nya tepat. Khadijah yakin tidak ada unsur 'mengada-adakan' cerita atau menyembunyikan fakta. Yakin atas maklumat Maisarah, maka Siti Khadijah pun menghantar wakilnya untuk bertanya secara terhormat tetapi jelas maksudnya...Orang kata, 'loud and clear'. Setelah mendapat respon yang positif dan persetujuan dengan anggota keluarga yang terdekat, pernikahan pun diatur. 'Simple'!

Hambatannya kini ialah di mana dan bagaimana hendak ditemui orang perantara sejujur Maisarah? Yakni, individu yang soleh atau solehah, akrab lagi dipercayai. Sebagai awalan, ingin ditegaskan bahawa masalah umat Islam sebenarnya tidak boleh dilihat apalagi diselesaikan secara terpisah-pisah. Ia mesti dilihat secara menyeluruh dan global.

Insya-Allah, individu perantara yang baik seperti Maisarah akan ada sekiranya rangkaian persaudaraan di kalangan umat Islam terlebih dahulu dapat diwujudkan secara kukuh dan menyeluruh.

Langkah Murni Si Perigi

Baiklah, setelah dikenal pasti dan muktamad orangnya, maka pihak wanita boleh mula 'melamar' dengan merisik terlebih dahulu. Merisik bukanlah dalam pengertian adat yakni menghantar 'cincin tanya' atau sebagainya. Tetapi cukup dengan menghantar wakil untuk tanya. Seelok-eloknya ibu bapanya sendiri sahabat atau wakil keluarga yang dipercayai. Jika diterima, alhamdulillah... boleh dilanjutkan kepada tahap seterusnya, sama ada meminang secara rasmi atau bernikah terus (tidak jadi masalah). Jika ditolak, terimalah... apa nak dimalukan, kita berusaha dengan mengikut syariat. Gagal biasalah. Tidak ada apa yang hendak dimalukan. Malah, usaha yang baik ini walaupun gagal, dikira berpahala di sisi Allah SWT. Sekali lagi, tidak ada sebarang sebab untuk malu!

Orang perempuan seharusnyaa rasa malu jika melakukan sesuatu yang melanggar syariat. Misalnya, berjalan berjalan berdua-duaan, bergaul bebas, mendedahkan aurat dan sebagainya. Itu salah pada adat dan syariat. Tapi anehnya, perkara-perkara mungkar seperti itu tidak pun dimalukan. Sedangkan itulah yang sebenarnya memalukan. Kenapa demikian? Jawabnya, kerana ramai orang yang buat begitu. Ya, itulah jawapannya, sama ada diperkatakan secara langsung atau hanya di simpan di dalam hati. Oleh kerana majoriti sudah melakukannya, maka tidak ada apa yang hendak dimalukan lagi. Sedangkan menurut Islam, perilaku yang sedemikian itulah yang sebenarnya mencemar akhlak dan menjatuhkan maruah.

Ironisnya, bila kita hendak memulakan sesuatu yang sejajar dengan syariat dan akhlak Islamiah maka kita rasa malu, rasa terpinggir dan terpencil. Apa kata orang... nanti diejek dan dicemuh. Sedangkan kita mesti berani memulakan. Walaupun awalnya agak janggal, tapi lama-kelamaan ia akan diterima. Sesuatu yang selaras dengan syariat, sudah semestinya selaras dengan fitrah manusia. Cuma kita belum biasa.

Jadi, 'perigi' mesti mulakan langkah mencari timba. Mulakan dengan hemat dan terhormat. Jejakilah langkah Siti Khadijah. Tanpa rasa malu, walaupun usianya telah empat puluh tahun untuk melamar jejaka (Muhammad) yang baru berumur dua puluh lima tahun. Sebagai 'pioneer' (peneroka) jalan baru ini tentu anda akan menempuh pelbagai rintangan. Tetapi percayalah, anda akan memudahkan langkah generasi kemudian. Bebaskan diri daripada belenggu adat yang tidak bersendikan syariat. Kita bentuk budaya baru - siapa yang memulakan yang baik, kemudian diikuti, maka dia mendapat pahala berterusan hasil jejaknya yang diteladani orang. Begitulah maksud hadis.

(Petikan daripada sebuah buku yang bertajuk Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi, cetakan pertama Januari 2006, terbitan Telaga Biru)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Uswah_teladanProfil   Hantar PM kepada Uswah_teladan   Pergi ke Uswah_teladan's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 02-07-07 13:23


sejauhmana info macam ni mampu mengubah seseorang??
tepuk dada tanya iman..
bisik dalam hati

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

kestari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.12.2006
Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 18:21


syukran atas info tersebut. semoga hari ini lebih baik daripada semalam :-)


-----------------
$eNyumAn Itu PengUbat LukA di HAtI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For kestariProfil   Hantar PM kepada kestari   Pergi ke kestari's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 19:25


salam
best tajuk ni.....
nabi kahwin dengan siti khadijah, siapa yang masuk minang????
siti khadijah kan?????
rasanya perbandingan ni dah cukup untuk kita semua jadikan batu asas dalam isu ini.....
cuma jangan tersalah pilih dah lah, nanti merana tak sudah

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

serimurni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18927
Posting: 106
Dari: e-poh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-07-07 20:47


syukran for this info...
menarik... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For serimurniProfil   Hantar PM kepada serimurni   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 02:26


tak ada pun perempuan meminang saya... :-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 02:31


syukran jazilan for dis info ya...
kalau ada info lain....
bagi lah lagi...
boleh berkongsi dengan semua adik beradik kita dlmportalukhwah ni...

~menyemai kasih memupuk ukhwah~

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

ainul_tapah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2007
Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-07-07 13:16


. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. (sms, phone, chat, mesengger)




em...tapi yang kat atas ni ramai yang buat..mungkin tak rasa benda ni akan membawa kepada perubahan hati...melebihi cinta kepada Rabbul jalil

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_tapahProfil   Hantar PM kepada ainul_tapah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135388 saat. Lajunya....