LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena saja?
ANJING : Aku tengah tension ini. mahu saja aku gigit
manusia tadi.
LEMBU : eh? Kenapa?
ANJING : aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki
dan perempuan yang sedang berkepit.
tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat
dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !
LEMBU : Ya, lah. anda kan haram. Najis tahap berat
bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pun, kalau dia
tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa?
Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yang bukan
mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang anda anjing, malah tak boleh suci sekalipun
disamak.
ANJING : Wah.. ayat anda memang power lah... manusia
kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada
ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan bab* (khinzir) itu adalah lebih
baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang
bukan mahram".
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi
bertujuan syahwat) adalah berdosa
dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing
tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan
mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang
maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi)
"?Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama
orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah
orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)
Kesimpulan: Lebih baik pegang anjing daripada
pegang orang yang bukan
mahram...... sentuh anjing boleh samak tapi sentuh
org bukan mahram...
mandi wajib pun tak boleh nak menyucikan......
-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_