Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 252
Ahli: 0
Jumlah: 252




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Seteguh Mana Cintamu?


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Seteguh Mana Cintamu?

Please Mendaftar To Post


Oleh Seteguh Mana Cintamu?

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 06-06-07 17:53


Melewati waktu senja tadi,Khamsani telah siap-siap di tikar sejadah menanti azan maghrib.Dia memakai baju melayu hitam dan kain pelikat hijau untuk menunaikan solat.kawasan perumahannya agak jauh sedikit dari musolla.Dan Khamsani tahu,ini bukan alasan untuk dia meletakkan keutamaan solat berjemaah di belakang.

Namun hari ni berlainan.Hari ini dia harus lekas.Hari ini hari istimewa.jam lapan malam nanti dia harus berada di Dewan SITC,Universiti Pendidikan sultan Idris.Majlis Alumni akan bermula lebih kurang 8.15 malam nanti.Ini majlis alumni pertama Khamsani.selama ini dia tidak berkesempatan menunjukkan muka pada tiapkali majlis itu diadakan walaupun berkali-kali dia dijemput oleh pihak alumni.

Dan orang-orang yang menjemputnya ke alumni itu sendiri ada yang telah dijemput Ilahi pula.Mereka bukan muda lagi.Dan Khamsani juga bukan muda.Mereka teman-teman Khamsani sewaktu menuntut di situ.Sewaktu tempat itu bukan universiti.tetapi sebuah maktab.Maktab perguruan yang kerjanya sama seperti universiti yangs ekarang juga,melahirkan para guru dan pendidik sejak tahun 1920 an lagi.Ketika zaman British dulu,belum ada universiti lagi.Maka maktab itu yang ketika itu dikenali sebagai Sultan Idris Training Teaching College itulah menajdi medan perdebatan dan gelanggang perkembangan ilmu di tanah Melayu.Melahirkan pejuang agama,pejuan bangsa,pejuang kemerdekaan,sasterawan,ilmuan,cendekiawan, dan pelbagai wan yang penting-penting semuanya kepada pembangunan negara.

Namun Khamsani bukanlah produk sebelum merdeka.Khamsani menuntut di maktab itu ketika tahun 1969,sewaktu usianya lapan belas tahun.Dan waktu itu kemudahan ditempat ini terbatas sekali.Jumlah pelajarnya kecil,silibus pelajarannya pula terhad dan belum berkembang luas.Maka tentulah dengan bilangan yang kecil dan keadaan kawasan maktab yang teramat tidak luas itu memudahkan perkenalan berlaku.Dan hal-hal yang berlaku dalam maktab itu walau kecil-kecil pun akan cepat pula tersebar.Kadang-kadang lepas keluar pula dari pagar maktab menjadi bualan penduduk Tanjung Malim.

Khamsani pelajar jurusan sains bersama Borhan,Jailani,dan Johari.Hanya empat orang sahaja kaum Adam di dalam kelas Khamsani.Dan daripada jumlah keseluruhan 38 orang itu,tentulah 34 orang perempuan semuanya.Kaum lelaki waktu itu bukan banyak ke pusat serenti.Bukan!Tetapi kaum lelaki waktu itu lebih gemar jadi polis,jadi tentera,kerana pada waktu itu komunis masih menjadi-jadi.Dan ketika itu yang separuh lelaki dan separuh perempuan tidak ketara lagi.Empat lima orang saja.Namun mereka tetap cuba menonjolkan mereka itu lelaki.Pujian untuk mereka.

Khamsani tercatuk di maktab ini kerana kebetulan kakaknya yang nombor dua itu mengambil lebih borang permohonan masuk ke maktab,maka Khamsani pun cuba-cubalah memohon kerana desakan ibunya yang tercinta tanpa sekelumit pun harapan untuk berjaya.

Namun rezeki Allah memihaknya.Khamsani berjaya dalam temuduga walaupun sewaktu hadir ke temuduga itu dia betul-betul seperti mahu minta kerja tukang basuh pinggan saja.Dengan rambut menggerbang,side-burn yang hampir bertemu dengan misainya,seluar ketat di peha yang makin membesar bermula lutut ke buku lali sampai menutup kakinya yang hanya berselipar jepun!Kemeja yang berkolar telinga gajah itu pula sengaja dibukakan butangnya lebih sedikit sampai nampak dada.Stail zaman itu.Spek matanya yang gedabak dan tebal bingkai hitamnya itu terletak londeh sedikit mahu jatuh dari pangkal hidung.

"Awak Khamsani bin Saleh?"soal penemuduga pertama yang misainya seperti P.Ramlee itu.

"Awak betul-betul berminat jadi guru?"soalnya lagi sebelum sempat Khamsani mengiyakan soalan pertama tadi.

"Minat juga,encik,"jawab Khamsani malas.

"Minat juga?Maksudnya kurang berminat?"penemuduga kedua yang berkot putih dan kemeja coklat bersuara.

"Tidak,encik.Saya setuju jadi guru,"balas Khamsani.

"Setuju?Siapa kata awak diterima?"Si misai P.Ramlee menyampuk.Dan matanya melekat pada Khamsani yang sedari tadi asyik membetul-betulkan kaca matanya.

"Celaka!Mentang-mentang berdua.Kalau berani satu lawan satu di luar!"Dan pekikan ini hanya Khamsni seorang mendengarnya kerana hanya terpacul di dalam hatinya yang mulai gugup itu.

"Kalau awak jadi guru,apa yang awak mahu ajarkan?"Si misai P.Ramlee menyambung lagi.

"Er..Sains,encik."
Kkamsani tersasul menyebut matapelajaran yang dia tak pernah dapat lebih dari gred C sejak dia bersekola.

"Sains?Awak betul mahu ajar sains?"penemuduga berkot putih mencelah.

"Betul,encik.Saya sanggup."Khamsani sendiri tidak sedar kata-kata itu boleh terbit dari mulutnya.Dia tunduk ke lantai.

"baiklah.Awak boleh pergi."
si misai P.Ramlee tersenyum dibuat-buat dan temannya yang berkot putih itu memain-mainkan penanya pada hujung jari.

"Seterusnya..Sabrina!"
Penemuduga kedua melaungkan nama calon temuduga seterusnya.Ketika itu jemari Khamsani mahu mencapai tombol pintu untuk keluar dari bilik itu.

Dan sebelum sempat dipulasnya,pintu putih besar diperbuat dari kayu tebal itu terkuak.

"Aduh!"
Sisi pintu besar putih itu menjamah dahi Khamsani.
"Celaka!Tak tau sabar agaknya!"Khamsani memaki dalam hati.

"Ops,maafkan saya encik!Saya tak sengaja."Suara halus itu menerjah gegendang telinganya.
Mula-mula hanya kepanya saja yang terjongol dari balik pintu yang terkuak sedikit.Gadis berkacamata fesyen tanduk kerbau yang berwarna merah jambu itu agak menunduk ketika melihat Khamsani.Dan pada bibirnya berlari senyuman berbaur rasa bersalah.

"Bukan aku encik.Sana yang misai P.Ramlee itu,"balas Khamsani tanpa menjawab maaf gadis itu.

"Apa?"si misai P.Ramlee berbunyi dari belakang.

Khamsani buat-buat tuli.Dia menyisih sedikit memberi laluan kepada gadis yang namanya Sabrina itu.Bau Evening in paris semerbak menerjah lubang hidungnya yang tidak berapa mancung itu.Rambut panjang yang berikat ekor kuda milik Sabrina menyapu telinganya sedikit tatkala gadis itu lalu di sebelahnya.Dan tahi lalat itu,yang terletak pada bawah mata kirinya melengkapkan kemanisan pada wajah gadis berkulit kuning langsat itu.Sabrina tersenyum lagi.Dan kali ini Khamsani mencuba mengukir senyum senang sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga itu.

________________________________________________________


Khamsani mencapai kunci Perdana V.6 hitamnya.Dia berbaju melayu hitam bersampin songket.Rumah sederhana besar miliknya itu dikunci betul-betul.Sekarang ini pencuri dan penyamun sudah jadi banyak.Bukan waktu dulu lagi di mana pintu hanya bersendal kayu palang yang boleh patah dengan sekali rempuh.

Khamsani memandu tenang.Masih berbaki 15 minit lagi sebelum pukul lapan.Dan jarak antara Behrang dengan Tanjung Malim bukanlah jauh benar untuk dia tergesa-gesa.Rumahnya di Behrang itu baru sebulan dipakainya.Bermaksud baru sebulan juga dia bermustautuin tetap di bumi tumpah darahnya ini setelah berpuluh tahun menetap di negeri orang putih.Bekerja di sana dan hanya sesekali pulang ke tanahair melawat kaum keluarganya di sini.Dan teman-temannya sudah berpindah randah semuanya.Hilang kesan dan jejak,kalau ada pun yang dapat dijejak,cuma kuburnya saja.Alhamdulillah walaupun Khamsani sudah 56 tahun,namun dia masih sihat dan gagah lagi.Alhamdulillah..

Khamsani membelok masuk melalui pintu utama kampus UPSI itu.Ramai tetamu sudah hadir.Para pengawal keselamatan yang bertugas bertebaran dalam kawasan kampus yang masih kecil itu.Dan Khamsani meletakkan keretanya berhadapan dengan Tadahan Selatan.Sengaja dia meletakkan di di situ.Dia mahu mengitari sebentar bangunan yang suatu ketika dulu jadi gelanggang dia menimba ilmu bersama teman-teman sekuliah.Bersama Borhan,Jailani dan Johari.

Lantainya masih kayu.Masih seperti zaman British dulu.Masih seperti waktu Khamsani belajar dulu.Dan tandasnya,masih kekal begitu.Khamsani terharu sungguh melihat semuanya ini.Dia betul-betul sebak.terbayang Borhan yang berjambut sekati itu selalu benar mengajaknya dan teman-teman lain ke tandas demi membetulkan jambulnya yang tak boleh disapa angin langsung.Kalau angin kuat sedikit,mulalah dia membetul-betulkan jambulnya itu.

"Kau pakai sajalah songkok.Senang Bor.Tak payah nak timbang-timbang jambul kau tu!"Jailani bergurau dengannya.

"Alah..Kau semua jeles tengok jambul aku kan?Mentang mentang rambutku gaya Rock Hudson.."balas Borhan.

"Bukan jeles,Bor.Tapi aku risau kau jalan menunduk saja nanti,"sampuk Johari pula.

"Mengapa pula aku perlu tunduk?"soal Borhan.

"Tak reti bahasa nampaknya kawan kita ni.Tunduk sebab jambul kau tu berat sampai tak terangkat kepala!"balasku.

Dan kami ketawa.Ketawa girang.Ketawa orang muda.

"San!Tu dia..Kau nampak apa aku nampak San?"Jailani memuncungkan mulutnya pada satu arah.Dan kami semua memandang pada arah yang ditunjukkan muncungnya itu.

Seorang gadis berikat ekor kuda dibelakang dan berkacamata tanduk lembu merah jambu sedang menanti sesuatu di tangga Tadahan Selatan itu.Barangkali menanti temannya atau kelasnya.

"Ah,Kenapa?"soalku.

"Manis,ya San?"kata Jailani lagi.

"Betul-betul manis,ya Jai?Wah.."sambut si Borhan yang sudah mula menguis hujung rambut depannya supaya berekor sedikit tergantung pada hujung jambulnya.

"Alah..Sabrina namanya.."Khamsani bersuara.

Dan ketiga-tiga pasang mata itu tertumpu padanya.

"Kau kenal,San?Tak sangka!Dalam diam-diam ya?"Johari menepuk-nepuk bahu Khamsani.

"Amboi,kawan kita ni diam-diam sudah pandai berhubung dengan gadis.Makan seorang ya?Carikanlah untuk aku sekali San.."Borhan memaut bahunya pula.

"Ceh!Kau semua ni mengada saja.Aku kenal masa temuduga hari itu.Aku dengan namanya dipanggil tukang temuduga,Sabrina.Sebab itu aku tau namanya,"jelas Khamsani.

"Oh..kalau begitu ada chance lah.."kata Jailani berseloroh.
Dan kami terus berjalan melewati tempat gadis itu berdiri menuju ke bilik kuliah.Sewaktu sampai pada tempat dia berdiri,Khamsani menoleh sehingga dagunya hampir menyapu bahunya memandang ke arah Sabrina.
Dan waktu itu Sabrina juga memandang ke arahnya.
Sabrina tersenyum.Dan Khamsani tersenyum kembali.

________________________________________________________


Khamsani berjalan terus menuju ke Dewan SITC.Dia berhenti sejenak di hadapan dewan bersejarah itu.Di sini dia mendapat sijil perguruannya.Pintu dewan,rekabentuk dewan masih tak berubah.Masih utuh.Khamsani berhenti sekejap pada suatu tapak yang dia pasti di situ tempatnya kali terakhir dia bertemu dengan Sabrina.

"Cikgu,silakan masuk."Seorang gadis berbaju batik biru mematikan lamunan Khamsani.

"Ya,sebentar nanti saya masuk,"balas Khamsani sambil mengukir senyum pada gadis itu.

"Baik,cikgu."
Gadis itu meninggalkannya setelah melemparkan senyum dan menuju ke arah tetamu-tetamu lain untuk menjemput mereka mengisi ruang dalam dewan itu pula.

Dia pasti.Di sini.Di tempat ini dia berpijak ketika kali terakhir dia bertemu Sabrinah.Dan itulah kali terakhir dia bercakap dengan gadis itu.Sudah menjangkau hampir 36 tahun peristiwa itu berlalu.Ketika itu dia melihat Sabrina keluar diiringi kaum keluarganya.Dan Khamsani sendiri dikerumuni ibu dan ayahnya serta beberapa sanak saudara yang menghadiri majlis pentauliahannya sebagai guru pada hari itu.

Khamsani memandang Sabrina,dan Sabrina memandang Khamsani.Mereka saling memandang.Dan tidak lupa menghadiahkan senyuman.Apabila suasana agak reda,dan kaum keluarganya sudah berjalan jauh sedikit,Khamsani menggamit Sabrina.Dan Sabrina meminta izin keluarganya untuk berjumpa sebentar dengan Khamsani.Mereka bertemu di sini.Di atas tempat yang Khamsani sedang berpijak ini.

"Assalamualaikum."Khamsani menyapa tatkala gadis itu sudah berhenti di hadapannya.

"Waalaikumsalam."Sabrina menjawab salamnya.

"Tahniah ya..cikgu Sabrina,"ucap Khamsani.

"Tahniah juga buat awak,cikgu Khamsani.."balas Sabrina sambil menunduk.

"Er..Sabrina..Bolehkah awak simpankan cincin ini untuk saya?"
Khamsani menghulurkan sebentuk cincin yang selama ini tersarung pada jari manisnya kepada Sabrina.

Sabrina mengangkat kepalanya melihat cincin di tangan Khamsani.Lantas memandang ke arah mata Khamsani.Dia mengukir senyum,dan mengangguk kecil sebelum menunduk kembali.Dia menyuakan tangannya dan membuka telapak tangan luas-luas.Khamsani meletakkan cincin itu cermat di atas telapak tangan Sabrina.

"Nanti saya akan datang tuntut semula hak saya.Boleh?"Khamsani tersenyum melihat Sabrina memasukkan cincinnya itu ke dalam kocek baju kurungnya.

"Datanglah.Tapi janganlah biar saya lama ternanti-nanti."Sabrina bersuara perlahan.Dia tunduk kembali dan bibirnya tak henti-henti mengukir senyum.

Setelah itu Khamsani kembali kepada kelompok keluarganya.Dan begitu juga Sabrina.Itulah kali pertama dia bercakap dengan Sabrina sejak peristiwa di bilik temuduga dulu,dan itu juga kali terakhir dia berbual dengan Sabrina.Khamsani tidak melihat lagi kelibat Sabrina selepas itu kerana Jailani,Borhan dan Johari sibuk mengajaknya bergambar kenang-kenangan.

Selepas itu Khamsani ditugaskan ke Sabah,mengajar di sana.Dia selalu berutus surat dengan Sabrina.Isi-isi surat yang biasa kini telah berbaur dan bertukar menjadi kata-kata cinta dan rindu.Janji manis dimeterai dan dipadu.Tak sampai setahun Khamsani mengajar di sabah dan Sabrina di Johor,datanglah gelombang yang meranapkan impian mereka.Menghancurkan hati Khamsani.Melunyaikan jiwa Sabrina.Ketika itu Khamsani berkira-kira mahu menghantar rombongan meminang ke rumah Sabrina tatkala cuti sekolah hujung tahun nanti.

Pulang dari mengajar,posmen yang biasa menghantar surat di menyerahkan dua pucuk surat kepada Khamsani.Satu bercop Kementerian Pelajaran di atasnya,dan satu lagi memang dikenal tulisannya.Daripada Sabrina.Dia menyiat sampul surat yang dikirimkan ole Sabrina.Sebentuk cincin terkeluar menggelongsor daripada sampul itu.

"Buat kekanda yang tak pernah kunjung padam rindu adinda untukmu,
adinda mohon maaf kerana tak dapat terus menyimpan amanat kekanda yang satu ini.Adinda pohon agar kanda carilah ganti adinda,dan maafkanlah kesalahan dinda ini."

Sekian,
Bukan lagi adindamu.

Khamsani terduduk tatkala membaca isi surat itu.Sebentuk cincin miliknya yang telah diserahkannya betul-betul atas telapak tangan Sabrina itu digenggamnya.Mengapa begini?Di mana silapnya?Apa salahnya?Khamsani bingung.Khamsani bukan lagi Khamsani.Khamsani seperti mayat hidup.Berjalan,mengajar,makan,bernafas tetapi tanpa perasaan.Fikirannya menerawang,tergantung,gentayangan,terapung-apung,dan kosong.Kakaknya yang bertugas sebagai guru di Sarawak khuatir setelah Khamsani tidak menyampaikan sebarang khabar buat ibunya di semenanjung untuk beberapa bulan.

Maka kakaknya Latifah menyusul Khamsani di Sabah.Melawat dan merisik berita adiknya itu.Dan kakaknya benar-benar terkejut tatkala melihat Khamsani yang semakin kurus dan tidak tentu hala hidupnya itu.Kakaknya memohon cuti dari pihak kementerian pelajaran untuk menguruskan menghantar adiknya pulang ke semenanjung.Khamsani diberi cuti sebulan.Dan semasam di rumahnya,ibunya yang tercintalah membelainya,memberinya dorongan dan semangat supaya tidak terlalu mengikut rasa dan jiwanya itu.Ibunya pernah muda,maka dia mengerti bagaimana jiwa seorang muda yang tiang layang cintanya patah tersembam bumi.

Dan suatu hari kakaknya balik bercuti,membawa segala surat-surat yang bertimbun tak dibuka di rumah sewa Khamsani di Sabah.

"Dik,cuba kau baca surat dari kementerian Pelajaran ini,"Latifah menyuakan sepucuk surat yang sudah terbuka kepada Khamsani.

"Tawaran melanjutkan plajaran ke peringkat ijazah,biasiswa kementerian pelajaran..Di London?"Khamsani berbisik sendiri apabila melihat surat itu.

Dia memandang ibunya.Dia menatap kakaknya.Kedua-dua pasang anak mata itu bagaikan mengharapkan Khamsani berfikir sebelum membuat keputusan.

"Saya pergi."Khamsani menjawab pendek.

________________________________________________________


Khamsani tersentak.Seorang lelaki berbaju batik kuning menepuk bahunya.Dia memakai songkok.Jambul sekatinya terlindung.Dan tentu sekali jambul itu telah lama ditarahnya kerana rambutnya sudah memutih benar.jarang sekali mahu ditemui urat-urat rambut yang hitam warnanya atas kepalanya.

"Borhan?"Khamsani antara mahu menangis dan tersenyum.

"San!Wah..aku fikir kau sudah lupa temanmu ini!"Dan mereka berpelukan.Mereka ketawa.namun ketawa mereka tak selantang sewaktu muda dulu.Mendatar sahaja.

"Kenapa baru sekarang balik San?Lama benar kau menghilang.Bagus sangatkat bekerja di negeri orang putih Professor Khamsani?"Borhan mengurut-urut bahunya.

"Ah..Kisah lama,Bor.Biarlah.Kau apa khabar sekarang?Sudah berapa anakmu?"tanya Khamsani.

"Anakku?kau betul-betul ketinggalan,San.Cucuku saja sudah masuk empat orang!"kata Borhan sambil menepuk bahu Khamsani lagi.Dan mereka ketawa lagi.

"Apa halnya dengan Johari dan Jailani?"soal Khamsani lagi.

"Jailani sudah meninggal tiga tahun lepas,San.Barah paru-paru.Johari pula sekarang sudah jadi orang meniaga.Sampai ke Jepun aku dengar,"jawab Borhan agak hambar.

"Oh..Innalillahi wailahi roo ji`un.."Khamsani menunduk.Dia terbayang wajah Jailani yang ceria itu.Rambutnya kemas berminyak di belah tepi dan baju kemeja putihnya kemas digosoknya.Sampai bertengkar pula dia dengan Jailani kerana Jailani terlalu lama menggunakan penggosok baju.Dia sebak.

"Jailani.Ya..sudah berapa anaknya?Kalau senang aku ingin melawat anak-anaknya,"kata Khamsani.

"Dia seperti kau juga,San.Membawa hati luka.Membujang sampai tua.Jadi cikgu sampai akhir hayatnya,"Borhan tersenyum dibuat-buat.

"Kecewa dengan Junaidah?"Khamsani mengangkat sedikit keningnya.

"Siapa lagi buah hatinya kalau bukan Junaidah,San,"balas Borhan.

"Er..kau tau apa-apa tentang Sabrina?"Khamsani teragak-agak menyoal.

"Tahu,San.Tahu..Rumahku sekarang ini satu taman perumahan dengan dia,"Borhan mengangkat songkok dari kepalanya.Digarunya sedikit pada ubun-ubun tempat jambul sekatinya pernah duduk.

"Berapa orangkah anaknya sekarang?"Khamsani menyoal lagi.

"Tak ada,San."

"Tak ada?"

"Ya,dia sekarang duduk bersama anak angkatnya."

"Mengapa?"

"Terpulang pada kau mahu percaya atau tidak.Tapi dia menanti kau,San."

"Menanti aku?Bukankah dia yang meminta putus dariku 37 tahun dulu?"

"Bukan dia,San."

"Bukan dia?Jadi siapa?"

"Emaknya.Emaknya yang menuliskan surat itu untuk kau setelah mengetahui hubunganmu dengan Sabrina.Emaknya sudah berkira-kira mahu menikahkan Sabrina dengan seorang doktor."

"Lalu?"

"Sabrina membangkang.Dia dihalau dari rumah."

Khamsani terasa lulutnya lemah.Dia seperti mahu terduduk.Borhan mengusap-usap belakangnya.Penyeksaan yang disangkanya ditanggung sendiri selama ini rupa-rupanya ditanggung juga oleh Sabrina.Malahan lebih teruk lagi.Mengapa sampai begini jauh dan berbelit perjalanan cintanya?Mengapa tak semudah si Borhan?Tak semudah si Johari?Mengapa cintanya dipermainkan seperti ini?Khamsani mengesat titisan jernih yang mengalir dari matanya yang kian rabun itu.Lebih 30 tahun dia menuntut di London.Daripada ijazah sarjana muda,dia memiliki ijazah sarjana dan seterusnya ijazah kedoktoran.Dan di hadapan namanya ditambah panggilan Profesor Dr. Khamsani bin Saleh.Baru sekarang ini dia mengetahui kebenarannya sedangkan lebih 30 tahun dia menjeruk rasa.


"Di mana dia sekarang,Bor?"

"Di belakangmu,San."

Khamsani berpaling.Dia melihat seorang perempuan yang telah berusia,bertudung dan berkebaya hijau diapit oleh seorang gadis.Perempuan itu memakai kacamata merah jambu,tetapi bukan fesyen tanduk lembu lagi.Garis-garis kedutan usia tampak dibawah matanya.

Perempuan itu tersenyum.
Dan Khamsani membalas kembali.

Gadis bernama Sabrina itu telah berubah menjadi tua.
Namun ada dua perkara yang tidak berubah,

Senyumannya yang tetap manis
dan
cintanya terhadap Sabrina!

Maka bulan dan bintang pun tersenyum kilau kemilau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 11:55


em..best..tapi tak larat nak tanggung perit hati bila baca cerita ni..walau pghujungnye
manis...perit tetap terasa..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:37


a lot to share,a lot to give..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 14:26


Pada 29-06-07 12:37 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

a lot to share,a lot to give..:)



????? penuh dengan makner..bagus..berkarya salah satu cara untuk berkongsi rasa dengan org lain... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 29-06-07 15:53


Assalamualaikum...
Seteguh karang di lautan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-06-07 16:06


huhu cerita yang syahdu...tahniah kojez!

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 16:11


ngeee terseksa baca cerita ini.. :-D


-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~


Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091244 saat. Lajunya....