Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 146
Ahli: 0
Jumlah: 146




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 37 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Siri Nokia E untuk multimedia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Siri Nokia E untuk multimedia

Please Mendaftar To Post


Oleh Siri Nokia E untuk multimedia

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-06-07 15:17


/
TIGA model terbaru Nokia E Series sesuai bagi ahli perniagaan.

Sebut saja Nokia, tentu saja semua orang tahu – tidak kira siapa, sama ada kanak-kanak sehingga warga emas semuanya tahu.

Nokia terkenal kerana telefon mudah alihnya yang mesra pengguna dan banyak pilihan untuk semua peringkat usia.

Kini dapat usaha memikat hati pelanggan, Nokia memperkenalkan gelombang kedua Nokia ESeries bagi kegunaan perniagaan.

Tiga model terbaru Nokia E90 Communicator, Nokia E65 bentuk gelongsor dan Nokia E61i yang nipis.

Setiap telefon Nokia ESeries menunjukkan kombinasi teknologi terkini yang meningkatkan pengalaman bekerja dalam dunia mobiliti.

Ketiga-tiga model berkenaan menyokong penggunaan e-mel dan boleh digunakan semasa berada di mana saja di pelosok dunia menggunakan quadband GSM dan frekuensi rangkaian 3G menyediakan penyambungan data jalur lebar lebih pantas dengan WCDMA 3G dan WLAN.

Selain itu Nokia E90 Communicator dilengkapi dengan serasi High Speed Download Packet Access (HSDPA) dan boleh mencapai kelajuan pemindahan data yang biasanya hanya terdapat di pejabat.

Kelajuan, kuasa pemprosesan dan skrin canggih dengan fleksibel perisian S60 membuka peluang bagi pengalaman mudah alih baru dalam dan di luar pejabat.

Dengan pengenalan peralatan Nokia ESeries baru, Nokia terus meruntuhkan sempadan yang memisahkan antara pelanggan perniagaan dan operator.

Pengurus Besar Nokia Malaysia, Andrew Cheong berkata, kemudahan yang ada pada Nokia E Series amat sesuai bagi pelanggan dan operator bagi mendapat manfaat pada bila-bila masa dan di mana saja mereka berada.

“Kini pengguna perniagaan dan operator boleh mendapatkan piawaian baru bagi peralatan yang menggabungkan estetika dengan kepintaran,” katanya.

Dengan tugas yang tidak menentu masa, tidak lagi masuk pejabat pukul 9 pagi dan balik tepatpukul 5 petang malah ramai yang membawa tugas balik ke rumah.

Justeru Nokia mahu berkongsi membantu membentuk fasa baru mobiliti bagi meningkatkan perhubungan.

Peralatan Nokia ESeries baru dengan Nokia Intellisync Mobile Suite 8.0 dapat meningkatkan potensi perniagaan ke aras produktiviti dan persaingan.

Model E90 Communicator boleh dikatakan pejabat mudah alih yang amat menakjubkan yang dilengkapi dengan teknologi terkini.

Sambungan murah dan cepat menerusi WLAN dan HSDPA bagi 3G meningkatkan penghantaran data.

E90 Communicator dengan antara muka sesuai bagi perniagaan dan santai dilengkapi dengan Internet dan browser Nokia S60 serta 16 juta warna memberikan paparan yang mewah.

Ia juga dilengkapi dengan GPS dan Peta Nokia bersepadu bagi membantu pengguna mencari arah di sesebuah bandar.

Selain itu terdapat radio FM, pemain muzik, pemain video dan dua kamera iaitu 3.2 Mpix auto fokus dengan flash dan kamera kedua bagi persidangan video.

Nokia E65 yang nipis memaparkan keupayaan bisnes mudah alih dalam satu pakej menarik dan direka bagi akses mudah kepada aplikasi kunci One Touch di permukaan depan.

Pengguna boleh membuat panggilan persidangan, akses kepada pangkalan data sendiri dan akses kepada aplikasi pilihan melalui ‘My Own Key’ dengan satu menekan satu butang.

Tambahan pula Nokia menjalinkan kerjasama bersepadu dengan sistem telefoni korporat iaitu Nokia Intellisync Call Connect for Cisco, Nokia Intellisync Call Connect for Alcatel dan Avaya one-tak Mobile Edition bagi penyelesaian Nokia.

Nokia E61i direka khusus bagi pengguna e-mel mudah alih menggunakan lampiran dengan menyunting dokumen.

Reka bentuk papan kekunci dengan Navi dan kunci One Touch menawarkan pengalaman yang amat berharga bagi pengguna.

Nokia E61i menyokong penyelesaian koporat e-mel mudah alih seperti Nokia Intellisync Wireless Email, Good Mobile Messaging, Mail for Exchange, Seven Mobile Mail dan Blackberry Connect dan kebanyakan penyelesaian email pengguna yang popular.

Nokia E65 dan E61i telah berada di pasaran pada harga runcit yang ditawarkan RM1,799 manakala E90 Communicator pula dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Pengguna yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk Nokia boleh melayari laman web www.nokia.com.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.203681 saat. Lajunya....