Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 220
Ahli: 0
Jumlah: 220




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 34 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Mimar Koca Sinan ( Arkitek Terulung Sinan )


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Mimar Koca Sinan ( Arkitek Terulung Sinan )

Please Mendaftar To Post


Oleh Mimar Koca Sinan ( Arkitek Terulung Sinan )

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 13:52


Mimar Koca Sinan ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki. Sepanjang kariernya sebagai arkitek, beliau telah membina beratus-ratus bangunan. Di antaranya: masjid, madrasah, hamam (tempat mandi awam), hospital, istana dan pancur air. Namun masjid merupakan binaannya yang paling masyhur dan berpengaruh.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan. Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

Sumbangan utama tokoh ini adalah dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Pada kurun ke-16, Mimar Sinan, jurutera Uthmaniyah terulung telah membina dinding baru pada Hagia Sophia bertujuan menguatkan strukturnya setelah mengenal pasti kelemahan di beberapa bahagian tertentu. Sejak itu usaha membaik pulih dan pemuliharaan Hagia Sophia diteruskan membuktikan kerajaan Uthmaniyah bukan perosak monumen bersejarah.

Apabila kita menyebut mengenai masjid di Istanbul, pastinya nama Mimar Sinan akan terkait sama. Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang termasyhur pada zaman Uthmaniyyah. Binaan lainnya yang masyhur termasuklah Masjid Sultan Salim (Selimiye Jamii) di Edirne dan Masjid Sultan Sulaiman (Suleymeniye Jamii) di Istanbul.

Malah, reka bentuk beliau telah menjadi salah satu identiti Kerajaan Uthmaniyyah. Hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed) di Istanbul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-07 12:42


ada tak tentang tokoh2 arkitek dan ketamadunan (civilization) yang lain?

boleh jadi perpustakaan jugak www.ukhwah.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 14:14


Ya, ini dia contoh intelektual Islam yang ulung. Para jurutera dan arkitek seharusnya menjadikan beliau idola

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 14:18


JADIKAN SAINTIS YANG BERJAYA SEBAGAI TAULADAN

Sumber: Ikhwan Today

Kerana kita adalah hamba dan khalifah Tuhan, dan sains itu juga hak Tuhan, maka untuk menjadi saintis yang berjaya, manusia mesti mengambil kayu ukur orang-orang yang Tuhan telah pilih menjadi saintis yang berjaya. Saintis terulung selama dunia ini ada tentulah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW, dengan sains rohaniahnya telah `memalaikatkan' manusia tetapi saintis sekarang kebanyakannya telah `menghaiwankan' manusia. Saintis Islam atau ulil albab, mesti mengintegrasikan sains dengan rasa bertuhan.

Dalam Al Quran Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: "(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi..." (Ali Imran: 191)

Dalam ayat ini, Allah menyuruh manusia mengingati Allah dahulu di waktu berdiri, duduk bahkan berbaring. Setelah itu barulah disuruh berfikir dan mengkaji. Dengan kata lain, ahli sains akan selamat dan menyelamatkan jika dia mulakan dengan menanam rasa bertuhan dan rasa kehambaan, baru setelah itu berfikir dan mengkaji. Kalau tidak, hasil kajian itulah yang akan menjadi tuhannya dan ia akan rosak dan merosakkan.

Lihatlah bagaimana Rasul datang memberi contoh kepada manusia, iaitu diawali dengan menajamkan roh para Sahabat, ertinya mendidik para Sahabat hingga memiliki sifat taqwa. Dalam Al Quran Allah berfirman yang maksudnya:
Terjemahannya: "Takutilah Allah, nanti Allah akan ajar kamu." (Al-Baqarah: 282)

Jadi menajamkan roh adalah dengan bertaqwa. Bila roh tajam atau mempunyai sifat taqwa maka ia akan dapat mencerahkan akal. Roh kuat, akal pun kuat. Tapi jika bermula dari akal, maka boleh jadi roh akan bertambah buta. Kalau dari akal semata-mata, mungkin cerdik tapi dia akan tersesat. Jadi mesti bermula dari roh, sebab itu tidak akan sesat. Roh yang akan mengawal.

Buktinya Allah datangkan Rasulullah pada bangsa yang tidak maju dan tidak bertamadun. Kalaulah Rasulullah SAW datang pada bangsa Rom dan Parsi, nanti orang akan mengatakan Rasulullah tidak mampu mencerdaskan manusia sebab dia turun pada kaum yang sudah maju. Orang akan mengatakan Rasulullah hanya mampu memperkenalkan Tuhan tapi tidak mampu membuat pembangunan dan kemajuan.

Rasulullah SAW diturunkan bukan saja pada bangsa yang terkebelakang bahkan tulis baca pun mereka tidak tahu. Tapi dengan datangnya Rasulullah SAW mereka bukan saja menjadi bangsa yang akhlaknya luar biasa, tapi akalnya terbuka, lahir bermacam-macam ilmu.

Itulah hasil menajamkan roh. Di samping manusia berakhlak tinggi, kemajuan pun tinggi. Kalau hanya pandai, tapi roh tidak dibangunkan maka akan seperti haiwan atau syaitan. Kepandaian disalahgunakan, seperti orang jahat dapat senjata.

Nabi Sulaiman ketika melihat ahli sainsnya berjaya memindahkan istana Ratu Balqis dalam sekelip mata, ia bertanya pada dirinya, "Ya Allah adakah aku syukur atau kufur atas nikmat-Mu ini? "

Itu seorang nabi yang tidak ada dosa, begitu cemasnya mendapatkan suatu anugerah dari Tuhan. Apalagi manusia biasa seperti kita, setiap kali mendapatkan sesuatu yang baru dari Tuhan, patutnya lebih cemas lagi dari itu. Contoh saintis lain yang dapat dijadikan teladan adalah Imam Ghazali dan Mimar Sinan.

Mimar Sinan dari Turki itu adalah juga seorang wali. Berbagai bangunan dan masjid yang dibinanya lebih dari 500 tahun yang lalu sangat menunjukkan betapa hebatnya Kuasa Tuhan yang dapat memberikan ilmu-ilmu yang luar biasa pada orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan. Ketika berlaku gempa bumi di Turki pada tahun 2000, puluhan ribu orang mati, ratusan bangunan runtuh, tapi semua bangunan dan masjid yang dibangunkan oleh Mimar Sinan masih tetap teguh berdiri. Dalam pembangunan masjid tersebut Tuhan ilhamkan berbagai aplikasi teknologi seperti aerothermodynamics, civil, acoustic dan chemical engineering, di mana formula dan rumusan matematiknya itu baru ditemui oleh para saintis pada abad ke-20 ini.

Jadi kita sedih bilamana melihat orang Islam memuja saintis Barat padahal mereka hanya menemukan formulanya saja dan walaupun sudah dapat formulanya, belum ada saintis Barat yang dapat membuat bangunan dengan arkitektur seperti yang telah dibuat oleh Mimar Sinan.

Bila manusia tidak faham kedudukan sains, maka ia sering memandang hebat kepada para saintis yang membuat kajian hingga menemukan sesuatu. Sedangkan para saintis itu tidak merasa kehebatan Tuhan. Padahal apalah istimewanya. Para saintis mengkaji dan menemukan sesuatu atau benda yang memang sudah ada dan wujud. Sebab bendanya sudah wujud, seolah-olah dia mencari dan menemukan sebuah barang yang hilang, apalah hebatnya. Adakah para saintis mengadakan makhluk yang tadinya tidak wujud?

Misalnya kita kumpulkan ahli sains sedunia untuk membuat katak, tapi bukan dari benih katak atau bahan-bahan yang sudah ada. Yang tadinya benda itu tidak ada, kemudian mampu diwujudkan, misalnya membuat sebiji pasir. Nyatalah bahawa mereka selama ini mereka hanya menemukan tapi kemudian bangga dengan penemuannya itu dan lupa dengan Tuhan. Mampu membuat robot, tapi kemudian lupa bahan-bahan robot itu berasal dari mana. Kalau dia boleh buat bahan itu, baru boleh dikatakan hebat.

Sepatutnya semakin banyak penemuan-penemuan yang Tuhan berikan, manusia semakin bertambah rasa bertuhan dan rasa kehambaannya. Semakin tersungkur di hadapan Tuhan.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086522 saat. Lajunya....