Oleh |
REMPIT cabul remaja melayu bertudung |
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 26-05-07 02:30
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit. Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain. Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya. Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar. Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’. Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu. “Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki. “Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan. “Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,†katanya. Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa. “Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan. “Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,†katanya. Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan. “Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit. “Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,†katanya. Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan. “Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya. “Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,†katanya. Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian. Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri. Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar. “Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,†katanya. Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu. Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah. ----------------- http://www.zazizukeropok.blogspot.comSeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi
|
NurHidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.07.2004 Ahli No: 9825
Posting: 101
Dari: Di MaNa SaJa KeLuArGaKu BeRaDa...
|
Posting pada: 26-05-07 03:20
YA ALLAH,berilah balasan yang setimpal pada hamba yang tak berhati manusia itu dan juga berilah berkahmu pada hamba yang bernasib malang itu YA ALLAH...
|
qhal
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2004 Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))
|
Posting pada: 26-05-07 05:08
elakkanlah anak2,cucu cicet ku dari kegiatan tak bmoral ni ya Allah!!!
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 26-05-07 07:30
nauzubillah.....Kjaan pusat dan kerajaan negeri kena buat sesuatu mengenai akhlak remaja kita ni. Kebanyakan remaja sekarang terdedah kepada pembentukan budaya yang tidak sepatutnya sebagai seorang islam. Ramai yang dibentuk secara tidak seimbang dengan ditekankan dunia semata-mata tanpa ditik beratkan pembentukan rohani. Yang penting pada peringkat sekarang kita jaga orang yang paling dekat dengan kita, kemudian disusuli dengan yang lain secara termampu.
|
nur_ashikin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam
|
Posting pada: 26-05-07 08:50
|
haizul_one
Warga Rasmi Menyertai: 11.09.2004 Ahli No: 11062
Posting: 12
Dari: marikh
|
Posting pada: 26-05-07 12:01
jenayah di mana-mana kian m'jadi..beringat lah wahai sahabat2 sekalian...
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 26-05-07 12:17
jaga-jaga wahai kaum hawa....jaga lah pengaulan,jagalah aurat..dan tahu lah batas syarak dalam agama
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 26-05-07 12:18
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 26-05-07 12:59
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 26-05-07 14:33
ana pun ada baca berita tu...memang kejam dan jahat mat rempit tu..dahlah memeningkn kepala org ramai dengan tingkahlaku di jalan raya...skn menjathkn maruah seorang wanita pulak..sakit hati betul
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-05-07 15:15
memalukan betul...mana silapnya???? ini berlaku hasil daripada kurang nya nilai-nilai islam dalam diri seseorang tiada penghayatan..kurangnya ilmu agama.. bagaimana nak buat??? adakah ibu bapa yang harus dipersalahkan..?? maybe juga..kalau mak ayah dah hidup dalam kejahilan..anak pun turut sama terlibat..tapi ada juga yang sebaliknya..susah lah nak jumpa yang macam ni.. pihak kerajaan harus mengambil serius mengenai gejala-gejala yang tidak sihat macam ni..sampai bila perempuan harus menjadi mangsa kaum lelaki yang tidak bermoral ni..lebih-lebih lagi perempuan yang dr golongan yang baik-baik contohnya macam yang pakai tudung litup..mereka ni juga tak terlepas dr ancaman-ancaman yang tidak sihat ni...kepada perempuan2 yang sememangnya merelakan diri tu lain cerita lah.. apa yang saya nampak kat sini..pihak kerajaan seharusnya menggubal sistem pendidikan yang ada kepada yang lebih baik..seimbangkan antara ilmu duniawi dan ukhrawi...tambahkan syllbus agama..insyaalah akan nampak hasilnya..syllbus yang ada kat sekolah harian biasa tak cukup untuk melahirkan seorang insan seimbang...lihatlah apa kesannya hari ini...cuba tiru apa yang kerajaan kelantan dah buat..sekolah-sekolah bawah YIK..saya rasa cukup perfect..tak dinafikanlah ada juga acuan dr sekolah ini sedikit tersasar..tapi nisbah dia cukup tinggi berbanding sekolah biasa.. rasa nya itu saja dr say..kalau ada sebarang komen sila2 kan lah...
|
halimahtun
Warga Rasmi Menyertai: 25.05.2007 Ahli No: 30043
Posting: 3
Dari: selayang
|
Posting pada: 26-05-07 16:29
ashtaghfirullahhalazim.............apa nak jadi dengan orang melayu kita dah rosak akhlaknya sekarang...wahai kaum hawa jagalah diri kamu baik2 jangan biarkan kaum adam yang tak bermoral merosakkan dirimu
|
osmanmeria
Warga Rasmi Menyertai: 25.05.2007 Ahli No: 30042
Posting: 5
Dari: ampang
|
Posting pada: 26-05-07 16:38
astaghfirullahhalazim........apa nak jadi dengan remaja melayu kita sekarang ni,cubalah buat kerja yang berfaedah sikit,kepada kaum hawa berpakaianlah kamu menutup aurat dan jagalah kehormatan kamu
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 26-05-07 20:10
jangan ikut mat rempit keluar...... duduk rumah saja... tolong mak...
|
nana_klate
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.10.2004 Ahli No: 12131
Posting: 54
Dari: KeLaTe
|
Posting pada: 26-05-07 23:58
astaghfirullahhalazim........
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 27-05-07 17:16
sapa yang bagi nama mat rempit ni? macam glemer pula nama tu... mereka bangga tau dapat gelaran tu.... kena tuko lah jawabnya... ada nama lain? bagi mereka insaf.... susah nak insaf bila tak kena pada dari sendiri.. lumrah alam.... mat rempit,slgi tak eksiden truk2, tak insaf.. lain pun sama... puan,slgi tak pregnant,tak insaf..
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 27-05-07 20:51
Yang paling teruk pernah berlaku dalam kes jenayah sosial peringkat remaja atau belia.... Memang kena hati-hati...
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 27-05-07 20:58
belia dan remaja paling banyak lakukan masalah paa zaman ni
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 27-05-07 21:07
tak apa lepas ni sirmpit tu akan dapat balasan dr tuhan, kepada kawan-kawan dia yang masih berkesempatan hidup, bertaubatlah ingat dosa apa yang yang pernah buat semasa hayat
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 27-05-07 23:04
ee...takutnya..huhu..jahat betul lah mereka tuu..Allah tu maha adil..satu hari nanti mereka pasti terima balasannya..
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 27-05-07 23:40
bagi wanita-wanita sekalian,juga dirimu... jangan join group tak tentu pasal... Kalau nak kapel,tengok pakwe tu... jangan bagi join group tak elok.. kan tak pasal2 awak juga mgsa pula...
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 27-05-07 23:53
Pada 27-05-07 23:40 , mdfakhri posting:!!! QUOTE !!! bagi wanita-wanita sekalian,juga dirimu... jangan join group tak tentu pasal... Kalau nak kapel,tengok pakwe tu... jangan bagi join group tak elok.. kan tak pasal2 awak juga mgsa pula... NI macam galakkan couple saja ni.
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 28-05-07 01:05
tak ada..... jusr ingtan pada yang dah kapel
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 28-05-07 02:34
kalau pandai jaga diri dan maruah,INSYAALLAH tak akan tjadi kejadian macam ini..... dah Kalau duduk bergaul and join mat2 rempit ini,tak pandai plh kawan,ini lah jadinya... sekarang ini,dah ramai minah2 rempit yang pakai tudung..... nauzubillah.........
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 28-05-07 08:49
social environments are not safe now...
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 28-05-07 09:46
sian..sendiri yang masuk dalam mulut buaya...nak keluar payah lah...nak buat bagaimana,sendirila yang tanggung...salah sendiri juga perempuan tu...sedih juga dengar,
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 28-05-07 10:25
jaga lah diri sendiri........
|
LoOkMaN
Warga Rasmi Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30070
Posting: 5
Dari: bandar baru bangi
|
Posting pada: 28-05-07 13:03
wahai kaum hawa,jauhi lah dr golongan merempit ini..
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 28-05-07 13:37
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 28-05-07 16:21
Ini baru satu masalah daripada seribu masalah kita hari ni.  . Belum lagi masuk dalam bidang ekonomi, riba merata. nauzubillah inilah masalah dia, sistem islam di buang jauh kebelakang sistem kufur diterapkan. jadi maksiat merajalela. cinta akan syariat Islam
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 28-05-07 16:32
Pada 27-05-07 17:16 , mdfakhri posting:!!! QUOTE !!! sapa yang bagi nama mat rempit ni? macam glemer pula nama tu... mereka bangga tau dapat gelaran tu.... kena tuko lah jawabnya... ada nama lain? bagi mereka insaf.... susah nak insaf bila tak kena pada dari sendiri.. lumrah alam.... mat rempit,slgi tak eksiden truk2, tak insaf.. lain pun sama... puan,slgi tak pregnant,tak insaf.. Mungkin HANTU REMPIT sesuai agaknya...  -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 28-05-07 16:35
astaghfirullahhalazim.... memang............kejam. lebih teruk dari binatang.
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 28-05-07 16:47
Pada 28-05-07 16:35 , mohamad posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullahhalazim....
memang............kejam. lebih teruk dari binatang. pada siapa lagi nak digantung harap untuk membela kaum muslimah jika kaum musliminnye sendiri dah rosak...nak harap yang betul-betul jujur hanya segelintir.....  ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 28-05-07 17:47
Pada 28-05-07 16:47 , ctnurbebo posting:!!! QUOTE !!! Pada 28-05-07 16:35 , mohamad posting: pada siapa lagi nak digantung harap untuk membela kaum muslimah jika kaum musliminnye sendiri dah rosak...nak harap yang betul-betul jujur hanya segelintir.....
Dalam kegelapan pasti ada sinar. Sinar itu akan terus bersinar dan akan menerangi kegelapan tersebut. ----------------- http://mykhilafah.com/
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 28-05-07 20:01
jangan bimbang... perempuan baik untuk laki baik... laki baik untuk perempuan baik.....
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 28-05-07 21:02
assalamualaikum... ini petanda yang sangat-sangat berbahaya.... gadis bertudung BELUM TENTU SELAMAT dari gangguan....
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 28-05-07 21:10
tu lah... gadis bertudung still tak selamat.. maknanya tudung tak cukup... so,tambahkanlah dengan perlakuan kita... insyallah cukup..
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 28-05-07 22:03
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 29-05-07 00:49
Pada 26-05-07 23:58 , nana_klate posting:!!! QUOTE !!! astaghfirullahhalazim........ YA ALLAH..semoga DIRIKU dan INSAN D SEKELILINGKU MENDAPAT PERLINDUNGAN DARIMU..AMEEN... ----------------- [email protected]
|
alhakim_mujaddid
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.06.2006 Ahli No: 24935
Posting: 62
Dari: Bandaraya Islam
|
Posting pada: 30-05-07 01:20
Ya Allah.... Selamatkanlah kami dari fitnah dunia... Selamatkan kami dari hidup terhina.... ----------------- MUJADDID
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 30-05-07 01:32
Pada 30-05-07 01:20 , alhakim_mujaddid posting:!!! QUOTE !!! Ya Allah.... Selamatkanlah kami dari fitnah dunia... Selamatkan kami dari hidup terhina....
ni macam lagu kumpulan inteam saja alhakim..hehehe....tajuknya "wajah dunia" kan? Wajah Dunia Album : Damba Kasih Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Kita menatap wajah dunia Semakin musnah dimamah derita Kekejaman kufar pencetus sengsara Umat terseksa menanggung derita Seharusnya kita bersatu bersama Hidup bahagia aman sentosa Di sana sini dah banyak terjadi Perlakuan zalim menghancur memusnah Apakah kita berdiam sahaja Untuk membantu agama yang mulia Kedamaian itu milik kita semua Itulah kunci perpaduan ummah Ibarat hari menanti senja Tika mentari hilang sinarnya Di ufuk timur terbitnya suria Alam yang gelap cerah semula Bersyukur kita pada yang Esa Atas pimpinan yang bijaksana (Selamatkan kami? dari fitnah dunia Selamatkan kami? dari hidup terhina) x2 Ya Allah Ya Allah Selamatkan kami? dari fitnah dunia Ya Allah Ya Allah Selamatkan kami? dari hidup terhina -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia [ Telah diedit oleh: awan_biru85 pada 30-05-07 01:34 ]
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 30-05-07 05:13
Harian Metro muka depan ada keluar gambar rakaman tu tapi dah dicensored .. ni ingatan untuk anak-2 gadis juga .. kalau keluar tu jangan senang-2 ikut lelaki ... banyak kes org perempuan kena cabul dan rogol beramai-2 setelah ikut kawan lelaki atau boyfreind ...
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 30-05-07 09:37
mmmm....maaf ana ingin menyatakan sesuatu... ana dah tengok video tu melalui rakan ana...... sedihhhhhhhhhhhh! pengamatan ana melalui suara memang perempuan itu minta nak balik...tetapi!....ana ada terdengar perempuan itu menyatakan dia tak nak LAYAN ramai-ramai! ini bermakna dia sendiri direlakan untuk diperlakukan sebegitu lagi satu ana jelaskan....mat2 rempit tu kata dalam video tu...ramai ada saksi melihat.... suara perempuan tu pun bukannya macam meronta2,cuma dia tak nak ramai-ramai buat dia begitu...dan satu lagi ialah ana tengok cara pemakaian perempuan memang lah bertudung...tapi, tudung hanya syarat...seluarnya jeans ketat....nauzubillah!!!!!
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 30-05-07 09:58
lagi satu ana terlupa nak bagitahu.....bila perempuan tu merayu nak balik....mat2 rempit tu kata kat dia...."kenapa kau datang sini"....sian....tlgla pada2 yang ada teman lelaki,jangan masuk mulut buaya...sian ana tengok gadis tu,nak nangis pun ada...sedih,macam binatang dikerjakan...apa dia boleh buat,dia lemah....
|
sharulnira
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.02.2006 Ahli No: 22473
Posting: 48
Dari: dunia yang fana
|
Posting pada: 30-05-07 11:21
astaghfirullahalazim.. kembalilah ke ajaran islam sebenar..
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 02-06-07 16:42
.........sedarkah aku.......... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
Nur_DeHearty
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.05.2007 Ahli No: 30099
Posting: 26
Dari: Negeri Adat Perpatih
|
Posting pada: 02-06-07 21:25
masyaAllah.astaghfirullahalazim.. Ya Allah jauhkanlah hamba mu ini dari manusia yang bertopengkan syaitan.. amin..
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 02-06-07 21:27
ini sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja...........moga ahli-ahli ukhwah di hindarkan dari segala kejahatan apa sekalipun... amin
|
saussan_saffanah
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~
|
Posting pada: 02-06-07 22:00
astaghfirullah...kejamnye!!! sampai hati betul buat macam ni saffa tak suka dengar crita2 macam ni tak suka!!! semoga gadis tu terus tabah dik, hati-hati pilih kawan:'(
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 13-03-08 15:56
Bismillahhirrahmanirrahim.. ya Allah..nauzubillah..apa nak jadilah budak-budak muda sekarang ni..
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 13-03-08 17:02
salam..ya rabbi..sakit hati bila baca cerita ni..rasa nak belasah2 saja mat2 rempit tu.. ya Allah, Kau lindungilah hamba2-Mu di atas bumi-Mu ini...
|
imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.08.2006 Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai
|
Posting pada: 13-03-08 19:10
SLAAM ALAIK... nauzubillahimin zalik... ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM... minta DIJAUHKN...berhati-hati LAH WAHAI SAHABIAH2 SEKALIAN... BAROKALLAHUFIKUM...
|
nurizzat64
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26237
Posting: 73
Dari: Kajang
|
Posting pada: 13-03-08 19:17
astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim..astaghfirullahalazim.. nauzubillah..apa nak jadilah budak-budak muda sekarang ni...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 13-03-08 19:41
entah lah zaman sekarang ni, perempuan macam boneka jadinya.. sama ada di eksploitasi, atau sendiri yang meng"expose" kan diri... naudzubillah...
|
mukmin0904
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya
|
Posting pada: 13-03-08 20:31
Pada 26-05-07 02:30 , mdfakhri posting:!!! QUOTE !!! KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.
Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.
Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.
Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.
Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’.
Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.
“Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.
“Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan.
“Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,†katanya.
Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.
“Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.
“Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,†katanya.
Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.
“Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.
“Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,†katanya.
Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.
“Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.
“Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,†katanya.
Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.
Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.
Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.
“Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,†katanya.
Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.
Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.
mat rempit tu......syaitan!!!! ----------------- Tidak akan kamu berasa gundah walaupun sekali jika kamu tahu apa yang kamu cari
|
nurulislamiafiqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14540
Posting: 178
Dari: selangor
|
Posting pada: 13-03-08 20:44
mat rempit cabul remaja melayu bertudung.... macam menarik saja tajuk tu, terasa macam kejam sangat pula mat rempit. tfikir2 pula aku, kenapa mat2 rempit tu xcabul saja gadis2 yang terdedah sana sini tu?? kemudian ternampak pula....rupa-rupanya si bertudung tu pun bertudung kerana fesyen semata-mata....bknla bertudung kerana syariat...kalau betul-betul ikut syariat, xan semudah tu dia diperdaya oleh mn2 lelaki.. wallahualam...
|
anina8
Warga Rasmi Menyertai: 02.03.2007 Ahli No: 28989
Posting: 5
Dari: Tanjung Malim
|
Posting pada: 13-03-08 20:54
Astaghfirullah.. takut dengan macam-macam hal yang trjd di akhir zaman ni...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 13-03-08 21:19
Pada 13-03-08 19:41 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! entah lah zaman sekarang ni, perempuan macam boneka jadinya..
sama ada di eksploitasi, atau sendiri yang meng"expose" kan diri...
naudzubillah...
itulah pasal..sesetengah perempuan ni pun macam bangga jadi tontonan ramai.. padahal dipergunakan.. yang paling menyedihkan yang sengaja dan sendiri mengexposekan diri.. yang paling menyedihkan juga mereka yang suka hati ikut lelaki yang tak dikenali atau baru kenal beberapa jam.. naudzubillah... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
nauz
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.10.2006 Ahli No: 27003
Posting: 61
|
Posting pada: 13-03-08 21:39
itulah pasal..sesetengah perempuan ni pun macam bangga jadi tontonan ramai.. padahal dipergunakan.. yang paling menyedihkan yang sengaja dan sendiri mengexposekan diri.. yang paling menyedihkan juga mereka yang suka hati ikut lelaki yang tak dikenali atau baru kenal beberapa jam.. naudzubillah... ana ada pendapat....kalau nak betulkan segelintir perempuan yang macam tu..rasanya tiap-tiap org lelaki kena dibetulkan dulu... sebab kalau setiap lelaki dalam dunia ni baik-baik dan beriman....dah tentu tak ada siapa nak layan mereka tu.... lelaki sebagai ketua negara, ketua keluarga, anak, abang, kalau mnjalankan amar makruf nahi munkar....hm dengan izin ALLAH S.W.T. pasti boleh selesai masalah ini.... ok ke?.....
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 13-03-08 21:56
sama-sama kita betolkan apa yang salah pada diri masing-masing..setiap manusia tak lari dari buat kesalahan...apa-apapun,berdoalah semoga lepas pilihanraya ini,semua akan berkurangan.. dengan kedah bakal melaksanakan hukum hudud.....insyallah.. kita tengok lah kadar jenayah semakin berkurang ke bertambah.... saya percy,bila dah hukum Allah di utamakan,maka semua akan selesai
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 13-03-08 22:09
orang macam inilah yang khairi jamaludin(menantu perdana menteri) bela...adakah akan berakhir kejadian macam ni???sama-sama kitabtunggu negara yang diperintah oleh kaki mat rempit...
|
jannahnobel
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2007 Ahli No: 31060
Posting: 80
Dari: Bumi Allah_mencari ilmu
|
Posting pada: 14-03-08 00:41
astagfirullahalzim....kenapa lah kejam sngat manusia zman sekarang...benda yang haram jugak dia nak buat...kejamnya manusia tu...mungkin bukan manusia tapi binatang dah agaknya...Allah dah bagi akal fikiran...dia tak nak guna...
|
lading21
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.03.2008 Ahli No: 32849
Posting: 125
|
Posting pada: 14-03-08 10:46
saya mnyeru kepada semua umumnya dan kepada kaum hawa khasnya mari kita mempersiapkan diri kita dengan ilmu2 seni beladiri agar kita mampu menjaga diri kita dan mbela orang-orang yang mmerlukan..mari...mari...wajib menjaga diri kita sendiri,jangan terlalu mgaharapkn org lain..kerana diri kita adalah amanah dr tuhan Rabbulizzati...
|
al-walid-04
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah
|
Posting pada: 25-03-08 17:44
Kenapa perlu salahkan orang lain jika sendiri bertnggungjawab??? perlu diingtkan bahawa setiap perbuatan kita walau sedikit akan dihitung.. saya bukan nak menunding jari pada sesiapa... cuma saya sedikit ragu2 dan pelik.. Kenapa di salahkan hanya mat rempit?kenapa tak rasa sendiri yang bersalah?kenapa harus memilih kawan dengan mat rempit?jika gadis tersebut pandai menilai diri sendiri tentula semua tidak terjadi.. bukan sahaja perempuan tersebut perlu menjaga institusi keluarga juga memainkan peranan teramat penting dalam mengawasi anak2nya dalam pemilihann kawan.....
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 25-03-08 20:16
astaghfirullah... meremang bulu roma bila baca..... macam nak pengsan pun ada.... takut betul zaman sekarang ni...
|
AUS_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL
|
Posting pada: 25-03-08 21:12
kedua-duanya same saja, budak yang kena cabul and yang mencabul. sebab, untuk yang dicabul there's a reason why Islam sebegitu menjaga wanita tapi bila diarang start sesuka hati ikut lelaki pergi mana-mana, pakai ketat2 and sebagainya sambil memakai tudung then buat-buat sedih bila jadi rogol, cabul etc then that is just stupid...... So, for the ladies out there, aurat bukan sekadar rambut saja and memakai tudung semata-mata tak menjadikan anda seorang Islam sejati.... dan untuk yang mencabul, diarang ini patut tangkap and kasi saja sebab sengal sangat....
|