Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: masjid banyak,org sikit


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» masjid banyak,org sikit

Please Mendaftar To Post


Oleh masjid banyak,org sikit

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 01:29


masjid makin banyak dibina....
org yang pergi pulak makin lama makin berkurangan.....
buat apa nak bina masjid besar2,banyak-banyak.......
kalau org pun tak hendak pergi....

sebab buat masjid besar2 nak tunjuk kat org,kita kaya,negara islam,
baik pulihkan ketakwaan jemaah kita dulu.....

semoga Allah bukakan hati saya dan kalian untuk bersama-sama berjemaah di masjid....

penting kan berjemaah di masjid...
Rasulullah pun ancam nak bakar rumah org tak pergi sembahyang berjemaah.....

itu adalah kekuatan kita...
itu menunjukkan kita dalam keadaan berjemaah yang kuat dan berkumpulan dibawah satu ideologi,iaitu islam...
org kafir takut bila kita bersatu...

jadi berjemaah lah kita.....


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 01:38


Masjid dalam diri tu tak terbina lagi.. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 02:18


kita sokong meow........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 08:03


ana pun sokong juga.. sebenarnya masjid kat malaysia ni lawa dan lengkap.. cuma the role of masjid dalam komuniti belum terterap. bukankah masjid yang patut jadi centre of the community.. tapi sekarang macam terpinggir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

umminajihah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18690
Posting: 70

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 10:05


saya setuju tu..masjid yang dibina bukan main indah lagi tapi yang pernah solat berjemaahnya tak sampai pun 3 saf..tak tahu lah masa depan nanti macam mana.sedihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umminajihahProfil   Hantar PM kepada umminajihah   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-07 13:44


Masjid Al Bukhary mercu tanda Islam

KUALA LUMPUR 25 Mei – Masjid Al Bukhary yang terletak di lokasi strategik berhampiran Bukit Bintang merupakan satu mercu tanda orang Islam.

Kedudukan masjid yang dibina oleh Yayasan Albukhary dengan kos RM12.2 juta itu juga memudahkan umat Islam terutama di sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu dan kawasan Bukit Bintang untuk beribadat.

Ia dicat dengan warna putih dan dihiasi pula dengan ukiran kesenian Melayu dan negara Timur Tengah dengan kubah berwarna biru bersulamkan ayat-ayat suci al-Quran.

Kubah utama pula ditutupi seramik kaca yang diimport khas dari Itali dan bahagian dalamnya dihiasi dengan corak-corak yang diadaptasi daripada kesenian negara Timur Tengah.

Yang menarik, dua buah menara pada masjid ini pula diadaptasi daripada ciri-ciri yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah.

Pembinaan masjid ini adalah bagi menggantikan Surau Babul Jannah yang berusia 147 tahun.

Tapak surau itu telah diwakafkan oleh Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1860.

Almarhum kemudiannya telah mengamanahkan kepada Allahyarham Syed Lal Shah Albukhary untuk membangunkan serta menjaga surau tersebut yang diberi nama Babul Jannah.

Bagaimanapun, surau itu semakin uzur dan satu permohonan telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk kelulusan pembinaan surau baru.

Sehubungan itu, Yayasan Albukhary yang terkenal sebagai penyumbang kepada kemajuan Islam di Malaysia telah mengambil inisiatif menawar diri untuk mendirikan sebuah bangunan masjid di atas tapak Surau Babul Jannah.

Pembinaan masjid ini bermula pada September 2004 dan siap sepenuhnya pada September 2006 serta dinamakan Masjid Al Bukhary sempena nama keluarga pengasas Yayasan Albukhary.

Keluasan masjid ini ialah 2,700 meter persegi dan mampu memuatkan 1,600 jemaah pada satu-satu masa.

Pengerusi Masjid Al Bukhary, Syed Omar Syed Abdullah berkata, ini merupakan masjid yang pertama dibina dan diselenggarakan oleh Yayasan Albukhary.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 16 masjid yang diselenggara oleh yayasan tersebut di seluruh negara.

‘‘Kita percaya masjid ini mampu memberi manfaat kepada 5,000 orang Islam di sekitar kawasan ini,’’ jelas beliau.

Masjid ini katanya, merupakan sumbangan amal jariah Yayasan Albukhary kepada umat Islam khususnya masyarakat Islam di persekitaran kariah masjid



horey....bertambah lagi satu masjid....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118243 saat. Lajunya....