Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 23 hari yang lalu
ronniefinancehome: 34 hari yang lalu
MTMKi: 44 hari yang lalu
usop79: 46 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: adakah ini suami impian muslimat?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» adakah ini suami impian muslimat?

Please Mendaftar To Post


Oleh adakah ini suami impian muslimat?

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 03:02


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawa dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai>
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul
'bintang timur kecil' dalam hidup saya


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 31-05-07 19:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 23-05-07 03:37


assalamualaikum...
memang bagus cerita ni
tapi tentang diri siapa saudara mdfakhri ke...
kalau saya kawin nanti memang dah cdg nak buat macam tu...
insyaAllah.... :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D :-D


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 23-05-07 04:40


Ya Allah..baiknya saudara kita ni buat macamtu..walaupon saya laki..saya rasa mesti ramai akhawat yang memang nakkan suami begini..

Moga kita semua jadi yang terbaik dan diberikan yang terbaik oleh Allah SWT..

Doakan saya jadi seorang yang soleh jugak ye.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 23-05-07 04:55


jangan degil2 wahai yang bernama akhawat
:lol: :-P


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
[ Telah diedit oleh: nagibphg pada 23-05-07 04:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 09:05


assalamualaikum...

ni cerita sebenar ke?alhamdulillah dapat suami macam ni...nak tidur bacakan al-quran..Ya Allah moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbingku ke jalan yang benar..hope semua muslimin ambil ikhtibar dr cerita ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 09:17


insyaallah....semoga doa dimakbulkan..amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 09:32


Lelaki idaman mukminat...
ialah lelaki yang sibuk mencari cinta
bukannya cinta manusia
tetapi cinta agung dari Yang Esa.

Lelaki idaman mukninat..
ialah yang sentiasa mengharamkan pandangan matanya
daripada melihat wanita yang tidak halal baginya
dia senantiasa sibuk mencari pandangan rahmat Illahi.

Lelaki idaman mukminat..
sentiasa sibuk mencari bekal menempuh hari perhitungan
sentiasa sibuk mempertingkatkan amalan
sentiasa cuba bertaqarrub kepadaNYA.

Lelaki idaman mukminat..
bila berjalan dia menundukkan pandangan
bila berbicara dia berhikmah
bila bersendiri dia dengan Allah.

Lelaki idaman mukminat..
menikahi saya bukan kerana memenuhi nafsunya
menikahi saya kerana memenuhi tuntutan agama
memelihara saya dengan sebaiknya.

Lelaki idaman mukminat..
yang mampu membimbing saya ke jalanNya
bila saya tersasar dia menyedarkan saya
membantu saya dalam mendidik zuriat yang soleh dan solehah.

Lelaki idaman mukminat..
bukanlah gagah bagai perwira
mempamerkan kuasa untuk dimegahkan tetapi dia
tunduk tawaddu' kepada Allah yang MAHA PERKASA.

Lelaki idaman mukminat..
wujudkah ia?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 09:46


Insyaallah..(^_^)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 09:50


bagus ceirta ni.. inspirasi hehehe
syabas saudara mdfakhri!

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 10:00


moga Allah mengizinkannya untuk diriku,amin Ya Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 12:07


Mencari Suami Tauladan

Aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan.

Justeru, itu, apakah ciri seorang suami yang tauladan, seorang suami mithali. Dan diketahui Rasulullah itulah contoh ikutan suami tauladan kerana sabdanya:
"Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

A. Suami Teladan ialah: - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangiisterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya,berbincan pergi-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhikeperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk membimbing ahli
keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah
C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintahAllah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahanisterinya.
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
pergi. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
dan. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
pergi. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

D. Suami yang penuh sentuhan kasih

Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari
wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi “boss”. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.
Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepadapasangannya, “Adakah engkau cinta padaku? ” Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan
itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suamiberkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua
tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri
Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5. Memperhatikan sesuatu yang romantik

Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita,hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan
perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yangmempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap
remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami
Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk
bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri
Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya,maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat
membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik
Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi
Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan
tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya,menghibur kan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudipekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
pergi. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
- berani dan gagah perkasa
- ingin menolong yang lemah
- ingin berkuasa
- kasar dan tamak
manakala wanita bersifat :
- lemah lembut
- pemalu
- mempunyai perasaan yang halus
- bersopan santun
- penyabar.
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab
masing-masing.
5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran.
Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah
Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia
Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain
Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai
yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.
6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan
tanggungjawabnya antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagain

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 23-05-07 12:15


mahukan suami yang soleh... setiap muslimat perlu lah berusaha juga untuk menjadi solehah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

nurul87_ain
Warga Rasmi
Menyertai: 06.02.2007
Ahli No: 28590
Posting: 11
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 12:40


Alhamdulillah
syukur jika dapat mendengar pengalaman hidup dari mdfakhri......
ana bersetuju dengan Putri_Cahaya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul87_ainProfil   Hantar PM kepada nurul87_ain   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 22:52


salam...
ni artikel saya ambil kat laman web...
saya tak kahwin pun lagi..hehehe
semoga kita dapat jadi macam cerita diatas...insyallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 23:10


mm..ni antara modul keluarga sakinah. lambat lagi lah ana nak praktik tu....calon pun tak ada lagi :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-07 23:19


besnya kalau dapat suami begitu..=)...lelaki yang baik untuk wanita yang baik..ingatlah janji Allah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 24-05-07 00:43


salam...

terharu ana baca.

insyaALLAH...ana pun nak jadi macam tu. amin.

kena usaha dari sekarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 17:23


jom sama-sama kita cuba jadi gitu.....
horey....
heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-05-07 17:31


jawapan soalan..adakah ini lelaki impian muslimat?

ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 27-05-07 18:01


ya..ini suami impian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 18:50


terharu baca cerita ini..
akan ku usaha untuk menjadi suami macam ini......INSYAALLAH....:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-05-07 19:03


ana terharu sangat baca artikel tu...ni lah suami impianku...ana kena jadi seorang muslimah yang solehah..but all thing done must because of HIM..insyallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 02:50


terharunyer.....
masih ada lagi ke lelaki macam ini.........;-)
semoga akan ku temui........;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 11:26


ana pun berazam untuk jadi macam tu lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 28-05-07 12:28


Pada 27-05-07 19:03 , lightarrowss posting:

!!! QUOTE !!!

ana terharu sangat baca artikel tu...ni lah suami impianku...ana kena jadi seorang muslimah yang solehah..but all thing done must because of HIM..insyallah


aha..kena iklas...bukan sebab nak cepat suami baik...tapi hnaya kerana ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 12:37


Ada lah bercita-cita nak jadi macam ni..

Mudah-mudahan semua suami jadi macam ni..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 13:28


dah ada topik ni. lain kali check-check lah dahulu juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

dhiyaul_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16468
Posting: 96
Dari: sini

malaysia  


posticon Posting pada: 28-05-07 13:42


:-)


-----------------
ruhban fillail wa fursan finnahar


Bookmark and Share

    


  Member Information For dhiyaul_islamProfil   Hantar PM kepada dhiyaul_islam   Pergi ke dhiyaul_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-05-07 13:48


dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

salsyafiqah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4174
Posting: 53
Dari: temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 20:09


bhagianya kalau dapat suami macam ni.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsyafiqahProfil   Hantar PM kepada salsyafiqah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-05-07 20:54


Pada 28-05-07 13:48 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
kena praktik ni spy syaitan jangan duduk bisik2.

P/S: bertuah dapat suami macam ni...InsyaAllah mudah-mudahan...AMIN.


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~
[ Telah diedit oleh: muslimah_jun pada 31-05-07 20:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 22:14


Pada 23-05-07 09:05 , ika2410 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

ni cerita sebenar ke?alhamdulillah dapat suami macam ni...nak tidur bacakan al-quran..Ya Allah moga dikurniakan suami yang soleh yang dapat membimbingku ke jalan yang benar..hope semua muslimin ambil ikhtibar dr cerita ini..


amin ya Rabb............


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 01:07


Pada 28-05-07 13:48 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


emmm...kalau nak rumah tangga sentiasa bhagia,bagi lah salam sebelum masuk rumah and tnggu isteri jawab salam dulu...
INSYAALLAH...
terima kasih sebab tolong ingatkan Daeng... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 08:29


Jangan pernah mengimpikan dia seperti kemahuan hatimu, tapi belajarlah terima dirinya sebagai dirinya.. kerana dia menjadi cermin kepada dirimu.. baiknya dia kerana dirimu baik, buruknya dia kerana dirimu juga buruk.. cinta takkan kekal lama kalau dibina atas dasar sangsi.. cinta akan hancur jika dibaja dengan cemburu buta.. cinta tidak meletakkan harga yang tinggi untuk memilikinya, tapi sekali ia pergi.. mahal harganya untuk dimiliki semula.. cintailah dia kerana dirinya, bukan kerana dia menjadi seperti mahumu.. kelak bila dia tidak menjadi seperti mahumu, cintamu akan hancur berkecai... :-)


p/s: Apa pun tak salah mengimpikan untuk jadi suami macam tu..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 08:40


Pada 23-05-07 09:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Lelaki idaman mukminat...
ialah lelaki yang sibuk mencari cinta
bukannya cinta manusia
tetapi cinta agung dari Yang Esa.

Lelaki idaman mukninat..
ialah yang sentiasa mengharamkan pandangan matanya
daripada melihat wanita yang tidak halal baginya
dia senantiasa sibuk mencari pandangan rahmat Illahi.

Lelaki idaman mukminat..
sentiasa sibuk mencari bekal menempuh hari perhitungan
sentiasa sibuk mempertingkatkan amalan
sentiasa cuba bertaqarrub kepadaNYA.

Lelaki idaman mukminat..
bila berjalan dia menundukkan pandangan
bila berbicara dia berhikmah
bila bersendiri dia dengan Allah.

Lelaki idaman mukminat..
menikahi saya bukan kerana memenuhi nafsunya
menikahi saya kerana memenuhi tuntutan agama
memelihara saya dengan sebaiknya.

Lelaki idaman mukminat..
yang mampu membimbing saya ke jalanNya
bila saya tersasar dia menyedarkan saya
membantu saya dalam mendidik zuriat yang soleh dan solehah.

Lelaki idaman mukminat..
bukanlah gagah bagai perwira
mempamerkan kuasa untuk dimegahkan tetapi dia
tunduk tawaddu' kepada Allah yang MAHA PERKASA.

Lelaki idaman mukminat..
wujudkah ia?


insyaAllah...
masih wujud........

bersama2 kita mukminat
sujud mengadap Ilahi
dan memohon agar ditautkan hati kita semua
dan disatukan kita dengan jodoh yang terbaik untuk
kita semua...
semoga hati kita dipelihara dan tidak dibolak-balik olehNya.....


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 05-06-07 09:50


mudah-mudahan..ana percaya masih ada lagi laki begini

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

dekya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.05.2007
Ahli No: 29877
Posting: 122
Dari: putrajaya

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 10:12


mudah-mudahan bakal suami ku begitu........insya Allah........

Bookmark and Share

    


  Member Information For dekyaProfil   Hantar PM kepada dekya   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-06-07 10:17


beruntung sangat dapat suami begini...penyayang & lembut hati, penyabar, punya ketabahan tinggi malah melalui pengalaman tu dia mendidik & mengajar isterinya menjadi lembut juga anak-anak yang bakal nanti. Isteri jk keras, insyaAllah jk suami bgini mampu melembutkan hati isteri, ibarat suami penyejuk hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

edwina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9873
Posting: 72
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 05-06-07 11:34


Pada 23-05-07 09:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Lelaki idaman mukminat...
ialah lelaki yang sibuk mencari cinta
bukannya cinta manusia
tetapi cinta agung dari Yang Esa.

Lelaki idaman mukninat..
ialah yang sentiasa mengharamkan pandangan matanya
daripada melihat wanita yang tidak halal baginya
dia senantiasa sibuk mencari pandangan rahmat Illahi.

Lelaki idaman mukminat..
sentiasa sibuk mencari bekal menempuh hari perhitungan
sentiasa sibuk mempertingkatkan amalan
sentiasa cuba bertaqarrub kepadaNYA.

Lelaki idaman mukminat..
bila berjalan dia menundukkan pandangan
bila berbicara dia berhikmah
bila bersendiri dia dengan Allah.

Lelaki idaman mukminat..
menikahi saya bukan kerana memenuhi nafsunya
menikahi saya kerana memenuhi tuntutan agama
memelihara saya dengan sebaiknya.

Lelaki idaman mukminat..
yang mampu membimbing saya ke jalanNya
bila saya tersasar dia menyedarkan saya
membantu saya dalam mendidik zuriat yang soleh dan solehah.

Lelaki idaman mukminat..
bukanlah gagah bagai perwira
mempamerkan kuasa untuk dimegahkan tetapi dia
tunduk tawaddu' kepada Allah yang MAHA PERKASA.

Lelaki idaman mukminat..
wujudkah ia?



sukar dicari.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For edwinaProfil   Hantar PM kepada edwina   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-07 11:07


Pada 23-05-07 09:32 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Lelaki idaman mukminat...
ialah lelaki yang sibuk mencari cinta
bukannya cinta manusia
tetapi cinta agung dari Yang Esa.

Lelaki idaman mukninat..
ialah yang sentiasa mengharamkan pandangan matanya
daripada melihat wanita yang tidak halal baginya
dia senantiasa sibuk mencari pandangan rahmat Illahi.

Lelaki idaman mukminat..
sentiasa sibuk mencari bekal menempuh hari perhitungan
sentiasa sibuk mempertingkatkan amalan
sentiasa cuba bertaqarrub kepadaNYA.

Lelaki idaman mukminat..
bila berjalan dia menundukkan pandangan
bila berbicara dia berhikmah
bila bersendiri dia dengan Allah.

Lelaki idaman mukminat..
menikahi saya bukan kerana memenuhi nafsunya
menikahi saya kerana memenuhi tuntutan agama
memelihara saya dengan sebaiknya.

Lelaki idaman mukminat..
yang mampu membimbing saya ke jalanNya
bila saya tersasar dia menyedarkan saya
membantu saya dalam mendidik zuriat yang soleh dan solehah.

Lelaki idaman mukminat..
bukanlah gagah bagai perwira
mempamerkan kuasa untuk dimegahkan tetapi dia
tunduk tawaddu' kepada Allah yang MAHA PERKASA.

Lelaki idaman mukminat..
wujudkah ia?




copy ana punya ek :-P


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150935 saat. Lajunya....