Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa kerasukan dan histeria hanya menyerang orang Islam?

Tamari
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28263
Posting: 1
Dari: Taiping

Perak  


posticon Posting pada: 21-05-07 15:39


Hari Jumaat 6 April 07 hari ini merupakan hari terakhir saya bersama kumpulan pelajar 2 SPC.

Kelas ini terdiri dari 25 orang pelajar dan kira-kira 7 orang adalah bukan Islam termasuk India, Cina dan Bidayuh. Kelas terakhir seperti ini selalunya saya gunakan untuk menyemak segala markah kerja kursus serta sesi memberi pedoman semoga kelak mereka dapat menjadi bakal guru yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat. Silabus alhamdulillah telah disempurnakan.

Sebelum saya memulakan kelas, seorang pelajar Cina bukan Islam bernama Jenne bertanyakan satu soalan yang sangat menarik iaitu mengapa kerasukan hanya menyerang orang Islam sahaja . Saya tidak menjangkakan soalan sebegini akan keluar dari seorang pelajar perempuan Cina bukan Islam. Mula-mula saya menjawab secara peribadi secara perlahan khusus untuk Jenne sahaja tetapi selepas itu pelajar Melayu Islam lainnya meminta saya menjawab soalan tersebut kepada semua orang.

Kerasukan adalah isu kebangsaan di Malaysia dan saya membuat keputusan bahawa semua bakal guru ini wajar sekali diberikan serba sedikit penjelasan serta bagaimana menangani kes ini sekiranya berlaku disekolah kelak. Setelah meminta izin kepada pelajar bangsa-bangsa lain serta berlainan agama dan meminta kemaafan sekiranya ada menyentuh agama lain, saya pun memulakan penjelasan mengapa histeria atau kerasukan hanya menyerang Melayu Islam.

Saya memulakan penjelasan dengan menulis sesuatu di papan putih:

Saya menjelaskan perbezaan umum antara agama Islam dengan semua agama bukan Islam. Semua agama ada mempercayai Tuhan, ada sembahyang, puasa dan pelbagai ibadah lain. Beza utama ialah semua agama bukan Islam menggunakan perantaraan seperti berhala, gambar tuhan dan tangkal (talisman) sedangkan agama Islam tidak perlu dan tidak boleh menggunakan segala macam perantaraan.

Tiba-tiba saya ternampak dua pelajar wanita India menggunakan nandek di dahi dan tangkal tali dilengannya. Dua pelajar Cina juga menggunakan tangkal tali yang lebih tebal berwarna kuning merah dan seorang darinya pula memakai tali tangkal dilehernya dengan berloketkan batu jade.
Saya menyuruh pelajar ini berdiri menunjukkan tangkal-tangkal mereka sebagai penjelasan kepada semua pelajar lainnya. Saya menjelaskan bahawa pelajar-pelajar ini berharap kepada tangkal-tangkal ini semoga memberikan mereka perlindungan kearah kebaikan. Tangkal ini ini juga sebenarnya adalah satu berhala. Ia menjadi perantaraan antara mereka dengan Tuhan mereka. Orang Kristian menggunakan tangkal salib dengan harapan memberikan perlindungan dari syaitan.

Apabila orang Islam menggunakan tangkal, ia sudah terkeluar dari Islam dan menjadi sama taraf dengan orang kafir lainnya iaitu menggunakan perantaraan. Sekiranya menyimpan ayat Kursi atau dan surah Yaasin dalam beg tangan dengan niat untuk perlindungan juga sudah menjadikan kafir kerana menggunakan perantaraan.

Saya menjelaskan bahawa mengaku Islam tidak semestinya Islam tulen (atau beriman). Ramai orang Islam di Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka ini sudah terkeluar dari Islam kerana menggunakan perantaraan seperti tangkal dan azimat.

Seterusnya saya berpindah topik kepada rahmat dan perlindungan Allah kepada umat manusia. Apabila Allah dalam konsep Islam memberikan perlindungan dan rahmatnya sebagai contohnya, syaitan tidak berupaya mengganggu manusia kerana Allah telah melindungi manusia ini. Manusia dan syaitan di jadikan oleh Allah dan sangat lemah. Orang yang diganggu syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.

Kerasukan adalah satu bentuk azab dari Allah kepada orang Islam yang sudah rosak akidahnya akibat contohnya menyimpan tangkal dan sebagainya. Orang yang rosak akidahnya ini banyak bersifat dengan sifat negatif seperti takut waktu malam dan lemah semangat dan ini juga adalah merupakan antara pelbagai azab dari Allah. Orang yang dirahmati Allah banyak mempunyai nilai positif seperti kuat semangat, rajin, sabar dan tidak takut hantu dan malam.

Syaitan diizinkan oleh Allah untuk merasuk orang Islam yang rosak akidah sehingga histeria adalah sebagai pengajaran agar mereka bertaubat. Syaitan ini pula menggunakan orang yang dirasuk histeria ini sebagai satu kesempatan untuk menakutkan orang lain dan hanya orang lain yang lemah semangat dan kerosakan akidah akan berjaya dirasuk dan proses inilah yang menyebabkan histeria ini berjangkit dari satu orang ke satu orang lain. Namun orang yang sentiasa dirahmati Allah iaitu orang lebih mantap akidahnya selalunya tidak akan dijangkiti histeria ini.
Syaitan menggunakan kesempatan histeria untuk merosakkan akidah lebih ramai umat manusia melalui kaedah berikut:

1.        Bomoh akan dipanggil merawat mangsa dan bertambah kafirlah manusia "islam" ini.
2.        Bomoh akan diguna untuk menghalau syaitan. Bertepuklah syaitan.
3.        Bomoh akan memagar kawasan supaya tidak diganggu syaitan lagi dengan pelbagai tangkal azaimat. Bertepuklah syaitan.
4.         Pelbagai tangkal dan azimat serta perkara khurafat lain akan diterima daripada bomoh ini sebagai perlindungan.
5.        Orang yang belum kena dan sudah kena histeria selalunya akan berikhtiar dengan cara menemui bomoh dan mengutip tangkal azimat. Bertepuklah syaitan.

Inilah antara motif utama syaitan merasuk umat "islam" agar lebih ramai umat Islam sesat dengan kesyirikan. Persoalan seterusnya ialah mengapa hanya hanya orang Islam yang dirasuk? Jawapannya ialah syaitan hanya ingin merosak umat Islam semoga masuk neraka bersama mereka atas sifat dengki semenjak datok nenek mereka iaitu Iblis kerana Allah memuliakan manusia. Orang kafir tidak perlu dirasuk kerana ia hanya akan membazirkan masa dan tenaga mereka sahaja tambahan pula orang kafir sudah menjadi sahabat mereka. (sila rujuk rajah di atas). Apa gunanya mengganggu sahabat baik.

Untuk merawat mangsa histeria, saya telah jelaskan dalam artikel saya sebelumnya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum dhttp://emjayjb. multiply. com/journal/ item/58 i . Namun sebagaimana diketahui umum bahawa pedoman terpenting sekali bagi perawat ialah perawat tersebut perlu mempunyai akidah yang benar-benar mantap.

Jalan mudah bagi guru di sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam menangani orang yang kerasukan ialah dengan menjauhkan mangsa tadi dengan mengasingkannya ke satu bilik atau bilik stor yang cukup jauh dari pelajar lain dan seterusnya dibiarkan orang kerasukan ini di dalamnya. Syaitan insya-Allah akan give up dari terus merasuk pelajar ini kerana matlamatnya untuk menakutkan dan menjangkitkan histeria kepada pelajar lain dengan memperdengarkan hilaian dan jeritannya sudah gagal. Kalau tidak ada bilik yang terasing jauh dari pelajar lain, mungkin membawa balik dan mencutikan pelajar ini adalah satu pilihan yang wajar. Namun satu perkara yang perlu dingat ialah tenaga orang yang kerasukan walaupun sekadar wanita yang bertubuh kecil adalah menyamai 8 orang lelaki.

Tiba-tiba satu pelajar bernama Anis mencelah "encik, padanlah kat sekolah saya dulu, ada seorang pelajar tu kerap kena histeria. Bila dibawa ke bilik sakit dia akan aman dan pulih sendiri dari kesan gangguan histeria. Bilik sakit ini kebetulan jauh dari pelajar lain.". Gembira hati saya menerima komen sedemikian dari pelajar ini kerana ini menunjukkan beliau jelas faham tentang apa yang saya telah jelaskan.
Merawat pelajar yang histeria sebenarnya tidak begitu penting. Kurung mereka dalam bilik stor yang berjauhan daripada pelajar lain sudah mencukupi untuk merawat atau hanya sekadar menjauhkan pelajar lain dari gangguan gelagat dan hilai jeritannya. Apa yang paling penting ialah memulihkan pelajar bermasalah ini secara total sehingga beliau tidak akan menjadi bahan permainan syaitan pada masa akan datang. Jalan penyelesaiannya tidak ada dua dan hanya satu iaitu bersihkan tangkal dari tubuh, persekitaran dan rumah dari segala tangkal, azimat, gambar binatang dan manusia dan seterusanya mengisi ilmu tauhid sehingga pelajar ini benar-benar mantap. Apabila pelajar ini mula mengenali konsep tauhid, insya-Allah akan dapat dilihat perkembangan pelajar ini berubah tabiaatnya dan tidak lagi menjadi mangsa histeria. Ingatlah bahawa Islam tidak boleh diwarisi dan ianya hanya boleh dipelajari.

Anis menambah lagi "kasihan pelajar yang kerap histeria di sekolah saya tu. Akhirnya dia kena buang dari sekolah. Barulah aman sekolah tu". Begitulah sedihnya mengenangkan seorang wanita Melayu diberhentikan sekolah kerana kerap menggangu pelajar lain dengan gangguan histerianya. Pastinya ibu bapa pelajar ini telah banyak berusaha dan berhabis ribuan RM untuk memulihkan anak perempuannya namun di Malaysia ini, kebanyakan ibu bapa pelajar seperti ini hanya akan menambahkan kesesatan dengan bertemu pelbagai bomoh yang sekadar menambah koleksi tangkal dan azimat serta air jampi. Bagaimana Allah akan memberikan rahmatNya apabila usaha yang dilakukan ibu bapa seperti ini bukan ke arah tauhid Islam yang lurus tetapi semakin sesat bertemu bomoh. Situasi ini semakin amat merbahaya kerana ramai bomoh sesat ini bertopengkan "PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DENGAN PELBAGAI IKLAN DI MAJALAH DAN AKHBAR TABLOID TERTENTU SERTA INTERNET.

Kalau ibu bapa mangsa histeria mengambil wudhu dan terus bersolat hajat secara bersungguh mohon rahmat dari Allah insya-Allah gejala seperti ini dapat dibasmikan.

Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam
(pengalaman seorang hamba allah)

Bookmark and Share

    


  Member Information For TamariProfil   Hantar PM kepada Tamari   Quote dan BalasQuote

alinsyirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.02.2007
Ahli No: 28870
Posting: 72
Dari: depan komputer

Perak  


posticon Posting pada: 25-05-07 10:58


oh begitu rupanya..dulu kat sek ramai budak-budak kena histeria tapi bukan sahaja islam,non muslim pun kena juga,so bagaimana 2???tapi masa non muslim 2 histeria macam-macam lah bomoh dme datang..budak 2 kat bilik rawatan dan yang malangnye dekat dengan kelas ana,huhu..sesak nafas dibuatnya.macam-macam jampi lah..bakar itu bakar ini..itu pengalaman pertama ana tengok non muslim kena histeria.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alinsyirahProfil   Hantar PM kepada alinsyirah   Quote dan BalasQuote

edwina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9873
Posting: 72
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 25-05-07 15:02


bila berlaku histeria.. jin ni suka duduk di atas leher dan diantara 2 tulang bahu kita... lepas itu dia lompat dari seorang ke seorang lagi.. sebab tu ramai yang kena histeria.... jadi ada hikmahnya Rasulullah menganjurkan sunat memnyapu air di leher kita bila berwuduk.. buat yang wajib... yang sunat jangan dilupakan... pesan dari ustaz ana.. ustaz malik

Bookmark and Share

    


  Member Information For edwinaProfil   Hantar PM kepada edwina   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 19:18


Pada 21-05-07 15:39 , Tamari posting:

!!! QUOTE !!!



Orang yang diganggu syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.

Kerasukan adalah satu bentuk azab dari Allah kepada orang Islam yang sudah rosak akidahnya akibat contohnya menyimpan tangkal dan sebagainya. Orang yang rosak akidahnya ini banyak bersifat dengan sifat negatif seperti takut waktu malam dan lemah semangat dan ini juga adalah merupakan antara pelbagai azab dari Allah. Orang yang dirahmati Allah banyak mempunyai nilai positif seperti kuat semangat, rajin, sabar dan tidak takut hantu dan malam.

Syaitan diizinkan oleh Allah untuk merasuk orang Islam yang rosak akidah sehingga histeria adalah sebagai pengajaran agar mereka bertaubat



(pengalaman seorang hamba allah)



salam.....
ana nak tanya soalan?
Apa kaitan antara orang yang kerasukan dengan membetulkan aqidah seseorang?

Syaitan memang sentiasa dengan kita malah mengalir dalam setiap salur-salur darah kita...

Bagaimana antum nak menjustifikasikan kerasukan dengan kehadiran syaitan itu sendiri....

Macamana antum tahu orang yang histeria itu dirasuk oleh Syaitan

anta dapat kat mana ye?
ana tak pernah jumpa lagi hadith yang menjelaskan tentang perkara ini.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 11:22


Kenapa org islam saja kena rasuk..??? sebabnya.......................entah lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ainul_tapah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.04.2007
Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth

PulauPinang  


posticon Posting pada: 05-06-07 09:24


em..yang selalu ustaz pesan..kalau tengah ramai yang kena kat sekolah...

'jangan rasa lemah,takut dan kasihan tengok kawan yang tengah menjerit tu..nanti lagi senang kena kat kamu"....

tak boleh lupa betul..selalu dekat musim peperiksaan..(maybe time tu asik fikir study....tapi lupa Allah pula...)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_tapahProfil   Hantar PM kepada ainul_tapah   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-06-07 10:05


Time ana sek dulu...tak pernah pula yang kena histeria ni wlp kat hostel.. kat sekolah pun tak ada... tapi kat u ada...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-07 02:45


selama ni hairan juga Kenapa non-muslim tak kena histeria... tapi orang beragama Islam saja kena... so dah faham dah sekarang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-06-07 08:42


Ana pernah jumpa non-muslim juga kena rasuk. Kalau tak silap ana biasanya ia disebabkan oleh jin-jin. Biasanya ia menyerang budak perempuan yan lemah semangat terutamanya time datang haid. Ada juga yang disebabkan oleh 'saka'. Dan kalau perempuan tu dah kena sekali, kemungkinan untuk kena selepas tu amat tinggi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-06-07 09:15


no komen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

itsme
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11624
Posting: 69
Dari: bumi tuhan

iraq  


posticon Posting pada: 06-06-07 10:08


syaitan memang akan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsmeProfil   Hantar PM kepada itsme   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-06-07 10:31


Pernah sekali tolong kawan yang kena histeria..
Ada seorang kakak ni suruh kami tekan ibu jari kaki kawan yang sakit dengan lada hitam..kawan ni mjerit marah dan kata sakit.
kasihan tengok dia sebab mata pun tak boleh buka..
kawan yang seorang lagi baca Yassin..semakin kita suruh yang sakit ni mgucap dan ingat Allah semakin kuat dia menjerit..
Lama2 lepas tu..Alhamdulillah..dia dah boleh bukak mata dan sembuh.
Tapi esok tu kat ofis, benda tu datang lagi..tiba-tiba dia mjerit, kami apa lagi..terus pergi cari lada hitam kat cafe ofis.Kami letak kat ibu jari dia dan surh dia pijak lada hitam tu, Alhamdulillah ok..
Itulah pnglamn yang rasanya berderau jugak darah saya sebab walaupun saya ni jenis berani tapi tak pernah tolong org yang kena histeria.
Apa yag penting..siapa yang jenis lemah smgt, jangan sesekali duduk seorang-seorang dan fikir benda-benda yang menserabutkan kepala kerana masa2 tulah syaitan datang menggangu kerana dia tahu kita tak kuat.


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
[ Telah diedit oleh: Iman_Hayati pada 06-06-07 10:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

edwina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9873
Posting: 72
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-06-07 11:42


syaitan memang bermusuh dengan manusia... kalau kita sedar ramai yang terkena hesteria ni budak-budak sekolah agama... Kenapa? sebab syaitan tak suka mereka belajar agama islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For edwinaProfil   Hantar PM kepada edwina   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 09:30


macam mana pula dengan kes orang islam yang dengkikan orang islam yang lain....lalu menghantar jin atau syaitan kepada individu yang tidak bersalah tersebut..dalam kes ni bagi ana bukan disebabkan orang tersebut lemah semangat atau sebagainya, tapi disebabkan kejayaan yang diperolehi nya didengki oleh orang lain yang kejam dan memberikan dia syaitan sehingga dia sakit.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 10:20


persoalan ini juga bermain di fikiran ana..
mengapa berlaku hanya dikalangan orang islam...
yang lain jarang ana dengar..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_aisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2007
Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 10:28


mungkin sebab jiwa kosong, rohani sakit, dan kena lah usaha meletakkan ketakutan pada Pencipta melebihi ketakutan pada yang lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_aisyahProfil   Hantar PM kepada ummi_aisyah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 10:37


jika nak dibandingkan seorang muslim dengan non-muslim..banayak kelebihan kita..tapi yang selalu menjadi mangsa adalah di kalangan umat islam..sedangkan yang non-muslim tidak mengahdapi sebarang masalah..contohnya yang berlaku di kolej ana..
student muslim ni kena histeria..dalam hostel tu ada 2 orang non-muslim..dia pelik tengok kawab dia ni terjerit2..dia tanya nampak apa ..buat apa nak takut..student non-muslim ni selamba saja...

persoalannya..Kenapa yang non-muslim boleh tak takut,boleh selamba sedangkan kita yang muslim ni yang mengakui keesaan dan keagungan ALLAH boleh takut dan terkena histeria?


---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.04.2007
Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 11:00


Apabila orang Islam menggunakan tangkal, ia sudah terkeluar dari Islam dan menjadi sama taraf dengan orang kafir lainnya iaitu menggunakan perantaraan. Sekiranya menyimpan ayat Kursi atau dan surah Yaasin dalam beg tangan dengan niat untuk perlindungan juga sudah menjadikan kafir kerana menggunakan perantaraan.


Ana nak minta penjelasan, tak boleh ke org islam simpan ayat atau doa sebagai perlindungan diri? Ana terkejut bila dikatakan ia juga menjadikan kafir??


-----------------
..seorang hamba Allah yang sedang mencari keredhaanNya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For uswatun_mawaddahProfil   Hantar PM kepada uswatun_mawaddah   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 11:39


kalau simpan ayat kursi atau quran dalam beg ke or etc dengan niat nak dapat perlindungan salah sebab kita seolah-olah dah hilangkan pergantungan yang sepatutnya hanya kepada Allah.

waallahu'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 12:07


bergantunglah hanya pada ALLAH


---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119678 saat. Lajunya....