Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: colour rambut..??


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» colour rambut..??

Please Mendaftar To Post


Oleh colour rambut..??

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 10:16


Assalamualaikum.

nak tanya pendapat shabt semua....

zaman sekarang remaja suka tiru gaya orang barat..yg terkini..colour rambut....
cantik ke rambut cam tu??
bagi ana, rambut asli lagi cantik dan menawan..buat apa ubah ciptaan Allah kan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 12:10


waalaikummussalam

betul tu rambut hitam ni lagi cantik kalau warna pu tambah saham dosa je

nak tahu satu rahsia tak :
orang yang cipta pewarna rambut tu sebenarnya iri hatidengan rambut hitam orang asia ni sebab tu dia suruh orang warnakan rambut warna lain


-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 12:29


Akum.. alhamdulillah... bagus topik ni...

Mngikut apa yang ana belajar.. colour rambut ialah haram kerana disebabkan dua perkara...
1) Meniru orang kafir... kata rasululullah... mafhumnya atau kama qala...

Sesiapa yang meniru sesuatu kaum tu maka dia adalah di kalangan kaum tersebut...

Jadi mafhumnya adalah, sesiapa yang colour rambut maknanya dia tiru orang kafir, jadi adaptasikanlah hadis ini dan faham sendiri... noo

2) sebabnya ialah.. colour rambut menghalang air daripada sampai kepada rambut...

Jadi, adakah sah mandi wajib seseorang yang die rambutnya...

Fikirkanlah sejenak...

Kafa bilmauti wa 'zoh...

-----------------
ORaNGg YaNg TeRBaIk Di KaLaNgaN KaMu IaLaH OraNg YaNg BeLaJaR aL-QuRaN daN MeNgaJaRkaNNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aDiB_SaaTProfil   Hantar PM kepada aDiB_SaaT   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 12:48


sama-samalah kita fikir...

bagi yg colour rambut tu..cepat2lah bertaubat dan serikan kepala dengan tudung ( bg pompuanlah)...
baru cantik dipandang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 14:28


thanks adib_saat 4 the information....

apa laaaa yg lawa sgt kaler rambut tu......
kelako ado laaaa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-09-03 18:25


Yelah sekarang nie ramai sangat remaja yang mempunyai rambut pelbagai warna dah tue remaja islam pulak.ish..ish..ish..nak buat apa warna rambut buat tambah dosa je apa yang dah tuhan beri tue terima jelah..subhanallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 22:29


Assalamualaikum wbt.....
Mewarnakan rambut ni memang haram hukumnya...bukan saja org yang mewarnakan rambut tu yg berdosa,malah yang tukang warnakan dan yang bersangkut paut pon berdosa jugak.....
dalam ayat al-quran pon ada menegaskan tentang perkara ni...dah jelaslah hukumnya haram kan.....kecualilah ada sebab2 yang mengharuskan.....itu kena tanya yang lebih arifla.....
Wallahu'alam bissowab.....

-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 22-09-03 22:36


itulah org kita, yang buruk mudah sangat ikut kalau yang baik susah nak ikut.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1062
Posting: 138
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 23-09-03 23:33


tak elok lah warna rambut.rambut hitam kan dah cantik, asli lagi.tak payah la nak tiru2 org.

-----------------
Keikhlasan dalam perhubungan

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuwainaProfil   Hantar PM kepada Huwaina   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-03 03:23


selalu colour rambut yang menyebabkan rambut cepat rosak tu...bila dah tua tak der rambut...sapa yang susah...diri sendiri jugak..yerlaaa sibuk2 nak cari ubat.....ubat2 pun mahal2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-03 10:28


emm..ana ada seorang kenalan.
arwah ni kira tergolong dalam remaja liar gaklah.ana kenal jauh2 je..arwah ni warna rambut tau!MERAH!!!

mak ayah tak ternasihat dah.arwah ni suka berkawan dengan budak2 liar...ana kesian gak kat arwah.tapi dah terlambat ..!!

akhirnya arwah meninggal dalam satu kemalangan dahsyat!!paling dahsyat!!sebelum dimandikan jasad, kepala terpaksa dibotakkan, sebab rambutnya diwarna merah..!!

ini iktibar sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-03 14:47


just nk menambah apa yg sesejuksalju tu citer...
ana pernah gak dgr dr kisah2 mayat2 yg sebegini...
yg ana tahu ada satu kes tu...bukan kaler rambut...tapi cat kuku...
ni pun satu hal...tp sebab nk sempurnakan jenazah...terpaksa kuku2 tu dicabut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-03 15:32


ishh...
susahlah mcm tue ya...
nak kena cabut kuku lagi....

kalu dipandang,taklah lawa sangat....
mcm tak terurus tengok org yg warna rambut tue...
kononnya,nak ikut fesyen...ikut artis....
dosa pahala....tolak ke tepi...
Islam hanya pada nama...
yg penting,kepuasan....
manusia akhir zaman!!!

-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

raul_gonzalez
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-09-03 16:52


Quote:

On 2003-09-24 10:28, sesejuksalju wrote:

akhirnya arwah meninggal dalam satu kemalangan dahsyat!!paling dahsyat!!sebelum dimandikan jasad, kepala terpaksa dibotakkan, sebab rambutnya diwarna merah..!!

ini iktibar sahaja...


betul ke kena botakkan rambut yang diwarnakan ana dengar orang kata kalau rambut orang mati diwarnakan tayammumkan saja arwah bukannya dipotong rambutnya .
wallahualam.

-----------------
~MEMBANGUN MENURUT ISLAM~

Bookmark and Share

    


  Member Information For raul_gonzalezProfil   Hantar PM kepada raul_gonzalez   Pergi ke raul_gonzalez's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-09-03 00:26


eh betul ke warna rambut haram?bukan kalau rambut putih ke hitam ke haram?habis kalau pakai yg ada sign halal atau inai tu mcm mana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

maestroZ
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3414
Posting: 98
Dari: UIA PJ

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-09-03 01:17


inai n katam sajer yg diharuskan. btol tak?


-----------------
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku, kulari ke pantai kemudian teriakku...Sepi, sepi dan sendiri aku benci.

Bookmark and Share

    


  Member Information For maestroZProfil   Hantar PM kepada maestroZ   Pergi ke maestroZ's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 08:12


ana rasa kalau guna inai takpe kan??
tapi tanyalah pendapat sahabat2 lain juga.

pasal rambut dipotong tu,raul gonzalez...ana tak tengok sendiri.tapi ana hanya dengar dari ahli keluarga arwahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 10:37


Quote:

On 2003-09-25 00:26, JoshuaIsfahan wrote:
habis kalau pakai yg ada sign halal atau inai tu mcm mana?



Tanda halal dari pihak JAKIM itu adalah tanda halal bagi ramuan pewarna rambut. Dalam isu hukum mewarna rambut, terdapat perbahasan dan hukmya adalah berbeza-beza, tetapi apa yang pasti hukum muda-mudi mewarna rambut dengan niat untuk mengikut trend terkini adalah HARAM.
"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

Berkenaan masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas. Para ulama' bersepakat mengatakan bahawa wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat (INGAT! Mewarna rambut bukan darurat). Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. (Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal. 57-5

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

adam
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3618
Posting: 18
Dari: Trinity College of Dublin

ireland   avatar


posticon Posting pada: 25-09-03 14:50


Quote:

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)



asslamualaikum..

ana terpanggil sebab quote hadis nie... salah untuk guna hadis nie dalam kes colour rambut.. sebab.. Islam nie dianuti bukan org melayu.. atau lebih global.. orang yang rambut hitam jerr... kawan ana banyak yang mempunyai rambut blonde ka, ginger ka.. nie asli.. bukan coloured.. so salah laa sket penggunaan hadis nie... bukan hadis nie tak betol..

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For adamProfil   Hantar PM kepada adam   Quote dan BalasQuote

stefaisle
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 220
Posting: 87
Dari: marang, terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-03 23:08


segala kejadian anugerah ALLAH adalah HARAM diubah ...kecuali krn syarat2 tertentu...

bagi insan yang mensyukuri anugerah Ilahi..
mereka takkan sanggup mengubahnya...
segala kejadian pada diri kita...
adalah seindah2 kejadian....

rambut hitam yang asli lebih cantik dr
yang colourful....ntah ape2..



-----------------
BiLa HidaYAh MeNyApa maJUsI
LaUTan BeRgelOra sAnGgUp dIRenAnGI
DeMi mENcaRi cINta YanG suCi
Akan KUtabAhkan dIRi DemiMU YA RABBI!

Bookmark and Share

    


  Member Information For stefaisleProfil   Hantar PM kepada stefaisle   Quote dan BalasQuote

PreTTy_HappY
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 800
Posting: 27
Dari: presint 8,putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-09-03 00:05


warna rambut?tah la..no comment.tapi ade perwarna rambut yang halal...leh caya ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For PreTTy_HappYProfil   Hantar PM kepada PreTTy_HappY   Pergi ke PreTTy_HappY's Website   Quote dan BalasQuote

sidaratul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3621
Posting: 70
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 00:27


bagi ana color rambut tak menyerlahkan langsung kecantikan atau kehenseman. macam babun adalah... buat tambah dosa ajer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sidaratulProfil   Hantar PM kepada sidaratul   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 12:00


Quote:

On 2003-09-25 14:50, adam wrote:
ana terpanggil sebab quote hadis nie... salah untuk guna hadis nie dalam kes colour rambut.. sebab.. Islam nie dianuti bukan org melayu.. atau lebih global.. orang yang rambut hitam jerr... kawan ana banyak yang mempunyai rambut blonde ka, ginger ka.. nie asli.. bukan coloured.. so salah laa sket penggunaan hadis nie... bukan hadis nie tak betol..



Adam, walaupun kalimah yang digunakan di dalam hadith berkenaan adalah 'kaum', kalimah 'kaum' terbabit adalah diselarikan pada 'kaum' yang kita ikuti yakni yang akan dibangkitkan bersama kita...

Fahami hadith ini. Kebanyakan remaja hari ini mewarna rambut adalah kerana mengikut trend dan budaya Barat atau budaya bangsa lain. Itu yang dimaksudkan. Budaya Barat atau budaya bangsa lain itu yang disinonimkan dengan istilah 'kaum'...

Langsung tidak ada kena-mengena samada Islam ini dianuti oleh orang Melayu atau tidak. Islam ini terdiri dari pelbagai lapisan umat, dan sudah tentu ada penganutnya yang berambut hitam asli, perang asli, kuning asli dan sebagainya...

Tetapi konteksnya lain apabila kita merubah warna rambut kita yang asli semata-mata kerana trend. Ini yang dihujahkan berdasarkan hadith ini...

Kesimpulannya, tidak salah menggunakan hadith ini untuk melarang umat Islam dari menurut budaya bangsa lain yang bertentangan dengan syarak...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-27 12:04 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 28-09-03 10:38


kesiannya pada kawan-kawan kita yang warnakan rambut tue.
eei cantik ker. kalau cantik memang dia tue perasan sangat-sangat.
insaflah cepat. kalau tak menyesal tak habis.
Allah dah kasi rambut yang elok tue, terima jer lah nak memandai colourka pulak. nampak sangat tak bersyukur..

TERIMA SEADANYA KURNIAAN ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

kemboja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2003
Ahli No: 3596
Posting: 65
Dari: k trg

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-09-03 11:20


Quote:

On 2003-09-25 00:26, JoshuaIsfahan wrote:
eh betul ke warna rambut haram?bukan kalau rambut putih ke hitam ke haram?habis kalau pakai yg ada sign halal atau inai tu mcm mana?



org lebih amik hukum haram dlm bab nih..krn menghalang wudu'...
sign halal tu ingredientsnya yg halal...bkn pemakainnya...tp ade gak yg ckp xharam, cuma masa nak berwudu' kena la bersih dr segala pewarna tuh, maksudnya masa nak basuh kepala...
tp bg diri saya sendiri, lebih baik xyah nak kaler2 rambut...dan saya pun xsuka org yg buat mcm tuh..
klu silap, tlg betulkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembojaProfil   Hantar PM kepada kemboja   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 30-09-03 11:57


a'kum,
errr .. saye ade banyak bace buku2 serta kitab2 yg -bertauliah penulisnye- menulis ttg riwayat Nabi, care hidup, dan sunnah2 nye, saye ade jugak terbace dlm buku2 tu yg pasal Nabi mengkaler rambut baginde. hijau ade, biru ade, tp kadang2 jelah sbb ade sahabat2 yg nampak.
tapi tak pernah dengar pulak pasal kaler perang2 nih,

satu lagi, saye ade dengar bahan pewarne rambut nih bertindak dlm 2 care.
1. kaler tu menyalut seluruh permukaan rambut, maksudnye air tak sampai.
2. kaler tu meresap ke dalam serat2 dan struktur rambut, mcm inai.

kalu gune kaler yg no 1 tuh. haram le jadiknye.

apepun saye cume menerangkan aje setakat ape yg saye tahu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

kokokranc
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 209
Dari: johor baharu

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-10-03 13:54


alifmimyanun,
boleh terangkan lagi detail tak pasal apa yang alifmimyanun baca tu??

Bookmark and Share

    


  Member Information For kokokrancProfil   Hantar PM kepada kokokranc   Quote dan BalasQuote

sebiru-laut
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.08.2003
Ahli No: 3107
Posting: 61
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 01-10-03 15:31




ubah rambut anda sebelum sampai waktunya....nanti esok lusa plak..korang nyesal tau...apa untung nya korang kaler rambut ha'aa
lawa.... sangat ke!!kan dah cukup tu kaler hitam tu

tak bersyukur lagi ker!!!apa nak jadi skarang ni ha'aa?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sebiru-lautProfil   Hantar PM kepada sebiru-laut   Pergi ke sebiru-laut's Website   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 04-10-03 13:02


Ana lihat ramai remaja muslim memakai pewarna rambut nie...mmg lah kita nie mudah ikut trend org ...benda yg tlh diharamkan maksudnya haramlah...ish tak nak dgr ckp org betoi la bebudak zmn skrang nie..yg halal diharamkan,yg haram di halalkan..masyaallah..apalah nak jd ngan remaja muslim skrang nie

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-10-03 09:55


Dulu zaman saya muda2 ada gak kaler rambut. Kaler silver ngan rambut diikat bertali ala niger. Sekarang dah insaf, dah potong rambut tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

poqya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3840
Posting: 208
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 10:06


tak yah laa kaler rambut tuh...bukannye apa pun..erm..satu lagi kebiasaannya pompuan yg kaler rambut..takyah laa..yg tak pakai tudung sila laaa pakai tudung..botol pun pakai tudung!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For poqyaProfil   Hantar PM kepada poqya   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 10:09


assalamualaikum..
mewarna rambut dapat dikategorikan sebagai salah satu cara untuk mengubah penampilan diri...dengan pelbagai cara dan alasan..

Banyak cara nak warna rambut....dengan Dye(memang sah sah haram),dengan Inai...dan ada jugak sesetengah orang terutamanya kanak2 di tadika yang ingin meniru trend ini..mewarnakan rambut mereka dengan pensel warna LUNA dan sbgnya...kesian..

Banyak pulak reason bagi mereka2 yang mewarna rambut ni...ada yang nak ikut trend,nak cover uban,nampak bersinar2....dll..

Apa sekalipun alasan yang diberikan...
Di sini ana ada sedikit info mengenai mewarnakan rambut...cuba baca...


Hukum mewarnakan rambut
Oleh: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Saya seorang remaja berusia 20-an. Saya mewarnakan rambut, kerana terikut-ikut dengan kawan. Saya merasa keliru tentang hukumnya, kerana terdapat pada pewarna itu tanda logo halal, seperti yang terdapat pada barang-barang keluaran yang dijamin bersih, tetapi sesetengah ustaz pula mengatakan haram.

Soalan saya, apa hukum mewarnakan rambut dengan warna-warna perang dan hitam. Bagaimana dengan mandi hadas bagi mereka yang memakai pewarna rambut. Apa hukum jika tujuan mewarnakan rambut itu untuk menutup uban atau supaya dikata orang usianya masih muda. Jawapan tuan sangat saya hargai. - NOR, Alor Gajah, Melaka.

Jawapan: Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.

Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.

Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.

Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.

Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.

Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.

Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.

Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.

Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.

Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.

Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.

Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.

Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.

Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.

Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.

Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.

Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.

Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.

Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.

Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.

Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.

Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.

Pembaca yang ada kemusykilan

alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin,
Lot 3673, Jalan Aman,
Kampung Sungai Merab Luar,
43000 Bangi, Selangor.




Terjawab ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

dalila2501
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3466
Posting: 193
Dari: sungai buloh

Selangor  


posticon Posting pada: 06-10-03 10:52


Bagi dalila.... mewarnakan rambut ni.. hanya menyembunyikan kecantikan asli diri seseorang dan menyemakkan mata yang memandang.
Dulu, masa dalila tinggal dekat Sarawak, dalila pernah ada kawan (iban). Dia tak pernah warnakan rambutnya... tiba2 dia warnakan rambutnya perang. Dalila apa lagi.... try nasihatkan dia tapi dia tak dengar so... kena pakai cara psykologilah... dalila kata kalau rambutnya hitam lagi cantik dan mesti orang lain terpikat.. tup2 seminggu kemudian rambutnya dah hitam balik...
Sebenarnya remaja sekarang ni suka mencuba dan sekiranya kita nasihatkan mereka dengan cara yang baik, confirm mereka akan berubah... cuma... terpulang kepada cara kita nasihatkan mereka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dalila2501Profil   Hantar PM kepada dalila2501   Quote dan BalasQuote

wardah_keayuan
Warga Rasmi
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3413
Posting: 10
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 06-10-03 12:56


itu ler masalahnya orang kiter skrg nie mudah sangat ikut apa yang orang lain buat! tak de langsung identiti diri.syukur jer lah dengan apa yang ada.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardah_keayuanProfil   Hantar PM kepada wardah_keayuan   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 13:57


syukran kathiran kepada BrotherMon....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Ahmad25
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 703
Posting: 40
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 14:12


Assalamualaikum,

Pada pendapat ana 'colour rambut' ni, takde faedahnya. Kalau setakat nak menunjuk2 baik lupakan saja hasrat tu. Benda ni sebenarnya dosa kalau kita buat sebab kita mengubah kejadian Allah tanpa sebab. Jadi kalau nak buat benda ni fikirkan betul2.


-Fikirkan keburukan dan kebaikan sesuatu benda itu sebelum membuat keputusan-



Bookmark and Share

    


  Member Information For Ahmad25Profil   Hantar PM kepada Ahmad25   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-03 17:11


assalamualaikum
bagi mira trend colour kan rambut ni memang trend para remaja kita..ntah kenapa agaknya suka sangat warnakan rambut......mira rasa rambut warna hitam lagi cantik..rambut kan mahkota wanita..oleh itu serikanlah ia dengan pemakaian tudung yg menutup rambut itu..kalau dilahirkan dengan rambut yg memang dah berwarna tu alhamdulilah lah...dah diciptakan Allah seperti itu

wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

ayuazar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2390
Posting: 171
Dari: kuala lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-03 15:35



klau kita inaikan rambut kita macam mana pulak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayuazarProfil   Hantar PM kepada ayuazar   Quote dan BalasQuote

Sab
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3805
Posting: 30
Dari: TTDI

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 16:34


..
bak kata ana,org yg colour rambut tu..rambut die berkarat!keh..keh..keh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SabProfil   Hantar PM kepada Sab   Quote dan BalasQuote

syodel
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3679
Posting: 49
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-01-04 19:10


kalu ko nak tau joshua,tanda halal tu ko pun boleh letak sendiri...alah bagi die...tanda halal tu dah macam trend untuk kuarkan produk...ade produk...ade tanda halal...tp aku rase mmg x terjaminlah kehalallannye tu...hehe... ,dah mmg betul ke dapat kesasihan dari JAKIM tu?,nape ? ko pun teringin nak color rambut ke?,,,hehe gura je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syodelProfil   Hantar PM kepada syodel   Pergi ke syodel's Website   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-04-04 11:29




Sebenarnye... bila kita tahu menghargai dan bersyukur dengan apa yang Allah da bagi kat kite... Insya-Allah kita tak pikir2 lagi nak color rambut dan sebagainyer... Jadi... belajarla bersyukur... tak yah nak bagi atau tambah alasan kenapa tak leh color rambutla dan sebagainyer... tak gitu?



-----------------
Beramal kerana Allah... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

iman7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang

hong_kong   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 13:53


hah kalerkan rambut...ingat best sangat la tu....rebond-rebond kasik lurus...baru awek pandang...ye ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman7Profil   Hantar PM kepada iman7   Quote dan BalasQuote

BenNor
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10227
Posting: 12
Dari: Desa Pandan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 14:16


Kawe kalu upah pun kawe tak colour rambut...skali tgk mcm lutong pun ada...tul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For BenNorProfil   Hantar PM kepada BenNor   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.447884 saat. Lajunya....