Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 59 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Kepuasan sebenar bertemankan Samsung NV10


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Kepuasan sebenar bertemankan Samsung NV10

Please Mendaftar To Post


Oleh Kepuasan sebenar bertemankan Samsung NV10

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-07 15:06


/
Reka bentuk menawan kamera kompak NV10 ini diserlahkan lagi dengan material hitam yang membalut tubuhnya.

DALAM dunia fotografi, kuasa yang paling memainkan peranan untuk mendapatkan hasil rakaman gambar berkualiti tinggi tidak lain dan tidak bukan ialah resolusi megapiksel.

Lantas apabila Samsung memperkenalkan kamera digital dengan resolusi 10 megapiksel menerusi model NV10, kualiti rakaman gambar yang ditawarkannya tidak perlu dipersoalkan lagi.

Diberi peluang menggunakan salah satu daripada model siri NV terbaru daripada Samsung baru-baru ini, ternyata memberikan kepuasan bermain dengan dunia fotografi yang sebenar kepada penulis.

Ada beberapa perkara yang membuatkan penulis `terpaut’ kepada gajet ini dan faktor paling utama pastinya hakikat bahawa ia merupakan kamera digital terbaik yang menggabungkan kecanggihan teknologi peringkat profesional dalam produk khusus untuk pengguna biasa.

Penulis beranggapan sedemikian kerana percaya NV10 merupakan satu-satunya kamera kompak di pasaran ketika ini yang menawarkan resolusi sehingga 10.1 megapiksel iaitu resolusi tertinggi untuk sebuah kamera biasa.

Tidak hanya gah dengan teknologi itu, NV10 juga berjaya mencuri perhatian penulis dengan reka bentuknya yang nipis dan padat iaitu hanya kira-kira 0.7 inci atau 18.5 milimeter.

Memberikan impak mewah dan eksklusif model ini ialah material aluminium hitam berkilat yang membalut tubuhnya dan ia diserlahkan lagi menerusi warna biru pekat pada bahagian cincin lensa jenis Schneider-KREUZNACH.

Ditambah dengan beratnya yang hanya kira-kira 148.7 gram, NV10 ternyata begitu selesa dalam genggaman malah tidak mengganggu sekali pun diletakkan di dalam poket baju atau seluar.

Bahagian bawah kamera ini yang bersaiz agak besar berbanding bahagian atasnya juga penulis sifatkan sebagai satu kebijaksanaan reka bentuk kerana ia sebenarnya memainkan peranan penting dalam menghasilkan rakaman berkualiti tinggi.

Ini kerana, perbezaan reka bentuk itu memberikan kuasa genggaman yang lebih kuat dan selesa dalam apa jua situasi sekali gus mengelakkan masalah gambar kabur atau tidak sempurna akibat tangan yang bergoyang.

Seperkara lagi yang membuatkan NV10 berada dalam kelasnya yang tersendiri ialah fungsi semi skrin butang sesentuhnya yang tersusun rapi pada bahagian tepi dan bawah skrin CCD bersaiz 1/1.8 inci.

Menggantikan butang-butang manual yang biasa digunakan pada kebanyakan kamera digital lain, butang semi skrin sesentuh ini ternyata amat memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja fotografi.

Dengan hanya satu sentuhan lembut, pengguna boleh beralih kepada mod atau pelbagai fungsi kamera lain untuk disesuaikan kepada situasi rakaman yang ingin dibuat.

Perlu untuk diketahui, fungsi semi skrin sesentuh ini merupakan antara muka pertama seumpamanya yang dilengkapkan kepada sebuah kamera digital kompak seperti NV10.

Menambah keunikan reka cipta yang dibangunkan kepada model unik ini juga ialah lampu flash jenis pop-up yang akan terkeluar secara automatik mengikut situasi rakaman yang sedang dirakam.

Dalam bahasa yang mudah, lampu flash pop-up ini akan muncul sendiri apabila pengguna sedang merakam gambar dalam persekitaran kurang cahaya dan berkesan dalam jarak kira-kira 10 kaki.

Masa tindak balas untuk lampu flash ini berfungsi pula adalah kira-kira empat saat dan pengguna perlu menunggu dalam tempoh tersebut apabila menggunakan mode rakaman dengan lampu flash berkenaan.

Untuk sebuah kamera mini sepertinya juga, kemampuan multimedia NV10 boleh dianggap penuh dengan kejutan apatah lagi ia dapat merakam audio sehingga kira-kira satu jam atau 10 saat klip yang boleh dipadankan dengan imej.

Sumber kuasa dan kebolehan cas semula bateri NV10 juga salah satu faktor mengapa gajet ini boleh dikatakan terbaik apabila ia menggunakan sama ada komponen cas sendiri atau menerusi kabel USB.

Di samping itu, rangkaian mod yang ditawarkan oleh NV10 juga agak pelbagai sekali gus memberikan kelebihan kepada pengguna untuk meneroka kebolehan dan kreativiti mereka dalam fotografi.

Ia termasuk mod Night, Portrait, Children, Landscape, Close-up, Sunset, Dawn, Backlight, Fireworks, Beach & Snow.

Mod Text pula boleh digunakan untuk merakam dokumen bertulis yang kemudiannya dapat ditukarkan kepada dokumen teks menggunakan perisian khusus.

Bagi anda yang tercari-cari sebuah produk yang mampu menyerlahkan bakat dan sensitiviti anda sebagai seorang jurugambar profesional, NV10 tidak akan sedikit pun mencacatkan keinginan itu.

Ia kini sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM1,499.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082135 saat. Lajunya....