Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 15 jam, 20 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Contohilah gadis ini ....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Contohilah gadis ini ....

Please Mendaftar To Post


Oleh Contohilah gadis ini ....

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-05-07 21:18


"Bahagia tidak dapat dikesan oleh orang lain dengan mudah, kerana bahagia itu hanya diketahui oleh pemilik hati masing-masing. Sedangkan gembira hanya pada zahir, mudah dikesan oleh orang lain dan orang lain mudah tertipu dengan kegembiraan itu."

Kata-kata di atas adalah dipetik dari buku Diari Nadiah iaitu pelajar yang baru lulus cemerlang dalam SPM 2006. Beliau mendapat 14A 1 dan 4 A 2 selain satu B. Walau tidak mendapat 19A 1 seperti yang diwar warkan di akhbar sebelum keputusan keluar namun beliau membuktikan bahawa beliau mampu melakukannya dengan baik sekali.




Nadiah Amirah Jamil berasal dari Rengit Johor dilahirkan pada 21 Februari 1989. Kecemerlangan di bidang akademik terserlah bila mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR melayakkannya untuk masuk ke Sekolah Menengah Sains Kluang Johor. Selama beliau di sekolah asrama penuh itu beliau telah menjalani hidup sebagai seorang yang berdisiplin tinggi bila seringkali bangun awal dan seolah-olah berlumba dengan seniornya dengan mengintip lampu dorm mana yang dibuka lebih awal.

Beliau jatuh cinta ketika di tingkatan dua semasa berada dalam surau asrama waktu solat maghrib berjemaah. Dalam keadaan menggeletar dan merasai kesyahduan suasana dirinya merasa dicintai dan mencintai iatu dengan Rabbul Alameen - Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Baru berumur 14 tahun tetapi sudah menikmati petunjuk dan hidayah Illahi.

Semasa di tingkatan tiga Nadiah amat sedih bila diberitahu tidak dibenarkan semua pelajar mengambil kelas Bahasa sama ada Arab atau Mandarin mengambil peperiksaan tambahan menjadikan 9 kertas. Tetapi Nadiah memberanikan diri dan menemui Pengetua untuk mendapat kebenaran. Beliau berjanji di depan Pengetua untuk mendapatkan A bagi kertas Bahasa Arab. Beliau daftarkan namanya dan seorang kawan baiknya untuk mengambil 9 kertas termasuk Bahasa Arab.

Bagi Nadiah bukan dia bermaksud mengejar nama tetapi dia berusaha kerana menganggap Bahasa Arab adalah bahasa di syurga (Al Lughatul Arabiah Al Lughatul Jannah). Allah perkenankan doa dan Nadiah serta rakannya berjaya mendapat 9A dalam PMR.

Nadiah bukan setakat seorang yang 'ulat buku' untuk 'score'. Tetapi beliau aktif dalam kokurikulum sekolahnya. Disini perbezaan ketara antara beliau dengan Nur Amalina yang mencatit rekod mendapat 17A 1 pada SPM 2004. Nur Amalina tidak aktif di luar.

Tetapi Nadiah menyertai 58 kokurikulum semasa di sekolah rendah peringkat daerah, zon dan negeri. Sementara di sekolah menengah beliau menyertai 44 kokurikulum peringkat daerah, zon dan juga negeri. Beliau menjadi Johan Piala Pidato Negeri Johor 2005 dan 2006.

Nadiah juga memegang 15 jawatan semasa di sekolah rendah dan 19 jawatan di sekolah menengah. Beliau berjaya memenangi 23 anugerah cemerlang di mana 16 darinya adalah cemerlang akademik semasa di tingkatan 5.

Begitulah sedikit kisah hidup seorang insan cemerlang yang mempunyai jati diri yang hebat serta ada fokus selain disiplin yang hebat. Tetapi yang mencuit hati umi ialah kesederhanaan dan keikhlasan dirinya bila umi membaca buku Diari Nadiah. Yang penting beliau seorang muslimah - ibadahnya yang hebat sejak kecil. Semoga Nadiah Amirah Jamil terus cemerlang di dunia dan akhirat. Allahumma Ameen!


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 17-05-07 07:03


assalamualaikum...
hebat nya budak ni...
semoga lebih berjaya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:20


Umi harap anak-anak dapat cari dan beli buku Diari Nadiah kerana penulis bukan setakat bijak dalam akademik tetapi dia mendambakan dirinya kepada Illahi sejak awal remaja lagi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:37


Subhanallah...dr Allah kita datang, kepadaNya kita kembali...
semoga segalanya adalah kerana Allah..mengingatkan diri yang mudah alpa...
[ Telah diedit oleh: myway pada 17-05-07 18:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:51


Ameen Ya Rabbal Alameen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-05-07 22:32


ish2...bagusnya....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

icah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 215
Posting: 120
Dari: batu caves

Selangor  


posticon Posting pada: 17-05-07 22:37


admire kat nadia.. heheh.. :-p

Bookmark and Share

    


  Member Information For icahProfil   Hantar PM kepada icah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-05-07 23:05


Assalamualaikum...

Mantapnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

haff
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman

malaysia  


posticon Posting pada: 18-05-07 00:08


jadikan sebagai idola remaja...jadikan kejayaannya sebagai semangat kita untuk berjaya. :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For haffProfil   Hantar PM kepada haff   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 00:41


salam...

macam ni baru hebat.

alhamdulillah....ana boleh ucap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 18-05-07 02:36


:) man jadda wa jad

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-07 05:33


tahniah..........................semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

aiz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 273
Posting: 275
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 10:00


tahniah....teruskan perjuangan nadiah..moga berjaya di dunia dan akhirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   Pergi ke aiz's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-07 20:34


Assalamu alaikum...
ummimq wrote:
Alhamdulillah syukran jazilan atas respons. Antum ni sekedar baca yang tersurat saja .... tak makan nasi ka ...:)

Gadis tersebut ada keistimewaan kerana beliau 'dekat' dengan Allah sejak awal remaja lagi. Sekiranya sesiapa dari sini yang berpeluang mendekati anak ini harap dapatlah didiknya ya .... kerana dia bukan sekedar hebat dalam pelajaran tetapi dari tulisan dalam bukunya dia mementingkan Islam!

Pertama kali mendengar adik Nadiah ini berbicara di dalam IKIM.fm selepas diwar2kan sebagai pelajar cemerlang, membuatkan saya cukup tertarik dengan pendekatannya dalam meniti kehidupan sebagai seorang remaja. Jika beliau tidak cemerlang akademiknya pun, berdasarkan kisahnya pun kita tahu dia sudah cemerlang agama dan akhlaqnya. mudah-mudahan dipertingkatkan lagi, insyaALLAH.

Tatkala, ramai remaja berkonflik dengan dilema identiti, Nadiah telah memilih untuk hidup dan beridentitikan Islami.

Kisah2 seumpama Nadiah ini wajar disensasikan supaya perkara kebaikan diletakkan di aliran perdana. Akibat kekurangan kisah2 sebegini anak2 muda selalu keliru dalam memilih identiti mereka. Kebanyakan anak muda suka memilih trend. Apabila trendnya baik, maka pengaruh baik mudah terserap. Sebaliknya jika trendnya tidak baik, maka pengaruh tidak baik itu sangat mudah meresapi fikiran dan praktis mereka.

Perkara trend ini terpakai umum buat anak2 muda (dan sebahagian yang tidak lagi muda). Adapun buat anak2 muda yang sudah diasuh dengan agama dan ditaufiqkan oleh ALLAH, mereka biasanya terdidik dengan jati diri yang kuat. Tidak mudah dipengaruhi, melainkan hanya oleh yang baik dari agama sahaja.

Masa depan ummah digambari agama anak muda hari ini.
waAllahu ta'ala a'lam.

oleh shahnor77

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=73858&sid=dc99552358565a4e6e0e829efc4ab4be#73858

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-05-07 20:36


Quote:

arifarifin wrote:
Quote:

Walau apapun bila ya pelajar LELAKI nak 'score' pula? Mula-mula Nur Amalina kemudian Nadiah dan juga yang kerajaan iktiraf pun pelajar perempuan yang mendapat 17A 1 tu.




dalam bab da'awah lelaki score.alhamdulillah!hehe~tengok lah dalam al-ahkam ni.


score goal!!!



:). Senyum dulu kerana seronok perhati respons anak-anak di sini. Bab begini pun boleh dikaitkan dengan bola. Sah bola yang bulat boleh memipihkan jiwa insan yang hebat berdakwah!

shahnor77 wrote
Quote:

Kisah2 seumpama Nadiah ini wajar disensasikan supaya perkara kebaikan diletakkan di aliran perdana. Akibat kekurangan kisah2 sebegini anak2 muda selalu keliru dalam memilih identiti mereka. Kebanyakan anak muda suka memilih trend. Apabila trendnya baik, maka pengaruh baik mudah terserap. Sebaliknya jika trendnya tidak baik, maka pengaruh tidak baik itu sangat mudah meresapi fikiran dan praktis mereka.



Betul tu anakanda dan itulah sebenarnya niat umi. Jzkk atas sokongan yang rasanya penalti bagi anakanda arifariffin dan nawawi.

Afwan :).

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kebaikan di dunia terkumpul di dalam rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan melakukan amalan soleh. Kebaikan di akhirat pula adalah terselemat dari kekacauan di padang Mahsar, dapat memasuki syurga dan terselamat dari api neraka. (petikan dari khutbat Jumaat pertama selepas musim Haji baru-baru ini)

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=73858&sid=dc99552358565a4e6e0e829efc4ab4be#73858

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-07 20:43


Assalamualikum...semogo Nadiah berjaya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-07 21:54


Pada 19-05-07 20:34 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu alaikum...
Kisah2 seumpama Nadiah ini wajar disensasikan supaya perkara kebaikan diletakkan di aliran perdana. Akibat kekurangan kisah2 sebegini anak2 muda selalu keliru dalam memilih identiti mereka. Kebanyakan anak muda suka memilih trend. Apabila trendnya baik, maka pengaruh baik mudah terserap. Sebaliknya jika trendnya tidak baik, maka pengaruh tidak baik itu sangat mudah meresapi fikiran dan praktis mereka.


syukran ummi atas maklumat ini..bertuahnya Nadiah kerana mendapat cahaya petunjuk sejak kecil lagi..semoga dipelihara Allah selamanya.
agar dapat dijadikan panduan buat remaja-remiji sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 00:27


oooh,,,begitu bagus pelajr ni ye,,,alhamdulillah mudah-mudahan dia jadi ikon untuk remaja lain,,dia ke pelajar terbaik spm 2006,,bukan siti fatimah dari kelantan tu ke,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 11:53


bahagianya andai memiliki peribadi seperti itu....


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 12:01


Pelajar terbaik yang diiktiraf kerajaan lain. Pelajar terbaik yang diiktiraf Pas ialah Siti Fatimah. Umi Hanya memaparkan apa yang diluahkan oleh Nadiah dalam bukunya Diari Nadiah. Umi dapati dia memilih Islam sebagai cara hidupnya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 20-05-07 13:52


assalamualaikum...

YA ALLAH Ya Tuhanku...
Subhanallah..
Alhamdulillah...

mesti sejuk perut ibu yang mengandungkan Nadiah,,
boleh tak ummi siarkan gambar insan bertuah ini..?
bpe hrga buku 2?

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 14:33


contohi cpat!!!
all muslimz skalian jangan jadi mlas...hihi!!!

-Shafiq-

[ Telah diedit oleh: owl_UM pada 20-05-07 14:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 16:56


salam..
septtnya insan sepeti ini yang dijadikan role model kepada semua pelajar dan kaum melayu..bukannya glgn artis yang telah menjadi trend kepada remaja kita sekarang..moga-moga perjuangan Nadiah tidak terhenti sampai bila-bila...insyallah,dengan adanya lebih ramai lagi muslim dan muslimah yang berjaya seperti ini dapat menjadi pelapis masyarakat yang utuh dan kukuh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

irfanmh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.06.2006
Ahli No: 24748
Posting: 127
Dari: Mersing ---> Kuantan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 17:17


kena rajin solat ni. otomatik amal maaruf pun rajin. skaligus dapat mningkatkan iman. jiwa jadi tenang. otak jadi pikap. lantas menjadikan seseorang itu cemerlang.

ya ALLAH, mudahkanlah perbuatanku semudah percakapanku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For irfanmhProfil   Hantar PM kepada irfanmh   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-05-07 17:59


Boleh ambil iktibar walaupun umur dah lewat tapi badan masih bernyawa. Tidak sehebatnya namun harus mencuba sehebat yang boleh bagi diri sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14695 saat. Lajunya....