Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 135
Ahli: 0
Jumlah: 135




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pandangan peribadi mufti bukan fatwa – Mashitah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pandangan peribadi mufti bukan fatwa – Mashitah

Please Mendaftar To Post


Oleh Pandangan peribadi mufti bukan fatwa – Mashitah

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 13:37


BALING 11 Mei – Pandangan peribadi seseorang mufti terhadap sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat Islam di negara ini tidak boleh dianggap sebagai satu fatwa selagi ia tidak diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, kekeliruan berlaku di kalangan umat Islam apabila beberapa orang mufti membuat kenyataan berhubung sesuatu perkara sehingga ia dianggap sebagai satu fatwa.

Menurutnya, kenyataan seseorang mufti tentang sesuatu isu merupakan pandangan peribadi beliau dan sebarang fatwa yang mahu dikeluarkan seharusnya diputuskan melalui Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

“Ini mungkin pandangan peribadi mufti berkenaan dan tidak patut ia dibincangkan secara terbuka sehingga umat Islam menjadi keliru,†ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung kali ke-22 Koperasi Pekebun Kecil Getah Daerah Baling Berhad di Dewan Tun Razak di sini, semalam.

Menurutnya, bukan orang biasa sahaja yang membincangkan tentang kenyataan mufti tetapi perkara itu juga dibincangkan dalam Parlimen kerana Ahli Dewan Rakyat juga terkeliru dengan isu berkenaan.

Dr. Mashitah menambah, pihaknya menerima banyak reaksi daripada masyarakat Islam yang mahukan kerajaan memberi penjelasan berhubung kenyataan mufti terbabit.

Apabila berlaku kekeliruan berhubung sesuatu perkara katanya, mufti-mufti perlu duduk berbincang sesama mereka dan memberikan satu kenyataan yang jelas termasuk sama ada ia merupakan satu fatwa atau sebaliknya.

Tegas beliau, semua pihak tidak boleh terlalu peribadi dengan mengeluarkan fatwa sendiri tanpa penelitian khusus dan mendalam terhadap soal hukum.

Katanya, mufti mempunyai ruang khusus untuk membincangkan tentang sesuatu dan tidak membincangkannya di khalayak ramai sebelum mengumumkannya kepada khalayak.


lah,Kalau nak tunggu bncng dulu,lambat lah...memang lah pndangn bukan fatwa kan..tapi tu pandangan dr alim ulama...apa yang dia cakap pun pnda betul...dah tu tak kan tak tau ag kan....mengarut lah pandangan dr mashitah ni


-----------------
http://www.zazizukeropok.blogspot.com

SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

ainsyam_shafie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.11.2004
Ahli No: 12633
Posting: 52
Dari: johor bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 14:00


masyitah itu dah tak boleh dipercayai sangat. lidah dia itu lidah ulama' as-sul! takkan tak boleh baca agaknya??
ulama' macam dia nielah kita kena berhati-hati. amat merbahaya kepada Islam. kadang-kadang...kata-kata dia kita boleh terima pasal betul-betul ikut line Islam acuan Rasulullah...kadang-kadang jugak...kata-kata dia itu boleh jadi racun yang boleh humban kita ke dalam lubuk fitnah yang amat dahsyat!!
dia ini jenis ustazah yang materialistik dan mengarut!!!

Secara peribadi..saya jelik dan mual dengan sikap talam dua mukanya. ada suami pun..tak mampu nak tegur bini!! kasihan lelaki yang memiliki masyitah ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainsyam_shafieProfil   Hantar PM kepada ainsyam_shafie   Quote dan BalasQuote

hAnTuBuG
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.04.2007
Ahli No: 29687
Posting: 30

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 14:06


hmm.. tak tahu nak cakap apa..
tapi pendapat beliau pasal pelacuran tu yang paling tak dapat diterima...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hAnTuBuGProfil   Hantar PM kepada hAnTuBuG   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-05-07 14:20


Pada 12-05-07 14:00 , ainsyam_shafie posting:

!!! QUOTE !!!

masyitah itu dah tak boleh dipercayai sangat. lidah dia itu lidah ulama' as-sul! takkan tak boleh baca agaknya??
ulama' macam dia nielah kita kena berhati-hati. amat merbahaya kepada Islam. .................dia ini jenis ustazah yang materialistik dan mengarut!!!......................

Secara peribadi..saya jelik dan mual dengan sikap talam dua mukanya. ada suami pun..tak mampu nak tegur bini!! kasihan lelaki yang memiliki masyitah ini....


setuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

hAnTuBuG
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.04.2007
Ahli No: 29687
Posting: 30

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 15:16


hmm.. dah namanya mufti.. kalau pendapat peribadi pun rasanya kita kena ambil berat jugak..
kalau bukan kita yang nak dengar pendapat mufti.. siapa lagi yang nak dengar?

mufti kita sekarang ini macam di perlekeh2kan oleh pihak2 tertentu..
sesuatu yang telah dikatakan haram(walaupun pendapat peribadi) mereka tetap buat jugak secara besar2an...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hAnTuBuGProfil   Hantar PM kepada hAnTuBuG   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 15:33


entah lah...Kalau lah ustazah,biasanya jangan lah pakai pakaian yang warna terang kan...dia ni pakai bju warna semua terang-terang...mentang2 lah maen politik..nak glemer

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-05-07 06:22


si mashitah ini sebenarnya kenen/kutuk mufti perak dalam kes haram sure heboh.....tak payah nak berselindung...cakap terus terang saja habis cerita.

hamid othman....pirdaus....mashitah....mereka ini semua datang dari satu kaum yang sama.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-05-07 06:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 14-05-07 15:14


Pada 14-05-07 06:22 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

si mashitah ini sebenarnya kenen/kutuk mufti perak dalam kes haram sure heboh.....tak payah nak berselindung...cakap terus terang saja habis cerita.

hamid othman....pirdaus....mashitah....mereka ini semua datang dari satu kaum yang sama.

tepat sekali, hehe. masuk politik terus hancus.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

qayyum_hacks
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17720
Posting: 5
Dari: Malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 14-05-07 15:47


apa bidang kuasa mufti sebenarnya? pandangan peribadi mufti bukan fatwa, habis apa faedah mufti tu kasi pandangan dia? patut perkara yang dibangkitkan oleh mufti terutama mufti perak berkaitan pengharaman sureheboh patut dibincangkan dengan meluas dan mendalam lagi. lebih2 lagi kalau menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Malaysia. bukan main tutup begitu saja.
sekurang-kurangnya pengharaman sureheboh oleh mufti perak lebih rasional berbanding peng'halal'an pelacuran oleh dr mashitah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qayyum_hacksProfil   Hantar PM kepada qayyum_hacks   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-07 16:28


tu lah...sokong sangat apa qayyum_hacks cakap....pandangan mufti diabaikan kerena duit depan mata...sure heboh,akademi fantasia...semua untung tu,so halal,haram no 2 lah.....eh,datin daries pun mufti perak kata haram kan?kenapa dengan cerita tu?saya tak pernah tengok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 14-05-07 17:29


perbezaan pendapat antara ulama kan benda biasa...khilaf.cuma umat sekrang saja yang tak tahu.benda-benda bukan nak mengelirukan umat sehingga membawa perpecahan. tapi..suatu yang mempermudahkan.wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-05-07 17:43


Mufti ertinya pemberi fatwa, kalau ana tidak silap.
Mufti dilantik kerana kebolehannya memberi fatwa: lisan atau bertulis.
Perbezaan antara fatwa dan pandangan adalah seperti kereta dan car, kereta dalam bahasa Melayu dan car dalam bahasa orang putih.

Kalaulah setiap pandangan mufti harus dijelaskan oleh kerajaan, dunia menjadi sangat pelik.
Kerana kerajaan kita, berdasarkan definisi, terdiri daripada Samy Vellu, Zam, Masyitah, Najib Razak, Hishammuddin, dll.

Rasanya ana pilih pandangan peribadi mufti daripada kerajaan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 14-05-07 17:43


Mufti ertinya pemberi fatwa, kalau ana tidak silap.
Mufti dilantik kerana kebolehannya memberi fatwa: lisan atau bertulis.
Perbezaan antara fatwa dan pandangan adalah seperti kereta dan car, kereta dalam bahasa Melayu dan car dalam bahasa orang putih.

Kalaulah setiap pandangan mufti harus dijelaskan oleh kerajaan, dunia menjadi sangat pelik.
Kerana kerajaan kita, berdasarkan definisi, terdiri daripada Samy Vellu, Zam, Masyitah, Najib Razak, Hishammuddin, dll.

Rasanya ana pilih pandangan peribadi mufti daripada kerajaan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-05-07 18:57


glemer dan duit punya pasal

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-07 20:04


pasal datin daries tu bagaimana?kenapa haram?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

azree_mh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.04.2007
Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat

Johor  


posticon Posting pada: 14-05-07 20:56


kejap-kejap.

Masyitah sedang keluarkan pendapat peribadi dia. Jadi pendapat peribadi dia bukanlah fatwa seperti yang dikatakannya. Jangan terima. Haha.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azree_mhProfil   Hantar PM kepada azree_mh   Pergi ke azree_mh's Website   Quote dan BalasQuote

daei_fi_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 14-05-07 22:35


apabila ulama' kerajaan bersuara..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For daei_fi_islamProfil   Hantar PM kepada daei_fi_islam   Pergi ke daei_fi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 14-05-07 22:57


Pada 14-05-07 20:56 , azree_mh posting:

!!! QUOTE !!!

kejap-kejap.

Masyitah sedang keluarkan pendapat peribadi dia. Jadi pendapat peribadi dia bukanlah fatwa seperti yang dikatakannya. Jangan terima. Haha.


Hmmm.... :roll: :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-05-07 23:02


bila peraturan sekular nak diapply dalam Islam macam ni lah jadinya.

dah nama pun mufti, pemberi fatwa, kalau dia dah nyatakan hukum tentang soal agama yang memang menjadi bidang yang dikuasainya, Kenapa tak jadi fatwa pula?

maybe itu bukan fatwa para ulama' / mufti Malaysia kalau tiada kesepakatan, tapi tetap adalah fatwa mufti tersebut.

entah dari kitab ulama' mana dia belajar semua ni...

kerajaan sekarang memang lah, mufti sepakat pun bukan depa nak dengar, sepakat tak sepakat pun sama saja bagi mereka,


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

qayyum_hacks
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17720
Posting: 5
Dari: Malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 17-05-07 16:45


Pada 14-05-07 20:04 , mdfakhri posting:

!!! QUOTE !!!

pasal datin daries tu bagaimana?Kenapa haram?


cerita datin daries tu cerita apa? tak pernah pulak ana tengok..

erm..macam mana pula org berpelajaran tinggi macam mashitah tu boleh terserong dengan tugas seorang mufti.. tah tah tugas kadi pun dia tak tau agaknya..
kadi ni sebenarnya.. tugas dia macam hakim..
ustaz ana pernah ajar dulu..
:oops:
[ Telah diedit oleh: qayyum_hacks pada 17-05-07 16:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For qayyum_hacksProfil   Hantar PM kepada qayyum_hacks   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:22


tak tau lah...bukan dia kelulusan al azhar jugak?jauh sangat tersasar lepas masuyk politik ni...apa lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:25


Pada 17-05-07 16:45 , qayyum_hacks posting:

!!! QUOTE !!!



erm..macam mana pula org berpelajaran tinggi macam mashitah tu boleh terserong dengan tugas seorang mufti.. tah tah tugas kadi pun dia tak tau agaknya..
kadi ni sebenarnya.. tugas dia macam hakim..
ustaz ana pernah ajar dulu..
:oops:


Dari segi bahasanya memang Qadhi tu tugasnya hakim.. tapi di negara kita istilah Qadhi tu digunakan sebagai ahli agama yang mewakili mufti di daerah-daerah (kalau tak silap saya lah.. dulu Qadhi Kota Setar yang cakap..) manakala hakim pulak terbahagi kepada dua di Malaysia.. hakim sivil dan hakim syar'ie.. Wallahua'lam..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-05-07 17:40


dah nama ulama' su'....nak buat macam mana...pirdaus and hamid othman pun satu geng dengan mashitah ini.

kemewahan dunia menggelapkan hati dan membutakan mata mereka.

kita kena ambik iktibar....kisah ulama' yang sukakan dunia ini sentiasa cycle, berpusing...setiap zaman pasti wujud ulama' macam ini.....jangan kita tergolong atau menjadi penyokong kepada geng ulama' macam ini.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 17-05-07 17:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:51


Pada 12-05-07 14:20 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-05-07 14:00 , ainsyam_shafie posting:

!!! QUOTE !!!

masyitah itu dah tak boleh dipercayai sangat. lidah dia itu lidah ulama' as-sul! takkan tak boleh baca agaknya??
ulama' macam dia nielah kita kena berhati-hati. amat merbahaya kepada Islam. .................dia ini jenis ustazah yang materialistik dan mengarut!!!......................

Secara peribadi..saya jelik dan mual dengan sikap talam dua mukanya. ada suami pun..tak mampu nak tegur bini!! kasihan lelaki yang memiliki masyitah ini....


setuju...


amat2 setuju

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:54


Ana dah black list nama mashitah ni dr sumber ilmu..... baca boleh..tapi nak ikut.....fikir dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 17:59


Maafkan ana, dr segi satu sudut ada betulnya kata-kata mashitah ni... memang betul pun ada satu mufti tu asyik buat kekeliruan saja tentang hukum dalam islam....masalahnya SS mufti ni bhukum haram atas pkr2 furu' contoh mgenai salam...sehingga memberi reaspon kepada para ulama' lain...jadi yang mana kita nak ikut????
...............................................................................................

Respon terhadap Tulisan
Sohibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin.

ENGGAN JAWAB SALAM GURIS WAJAH ISLAM


Oleh : Syed Noor Muhammad Syed Jamal

Trengganu


Saya merujuk kepada tulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yangdisiarkan di Berita Harian pada 24 Mac 2007 di bawah tajuk ‘Enggan JawabSalam Guris Wajah Islam’.


Saya seperti terpanggil untuk memberi respons terhadap isu yang dibangkitkan. Terdapat beberapa kekeliruan yang timbul dari tulisan beliau walaupun dikatakan ia dipenuhi fakta dan hujah untuk membuktikan bahawa hukum memberi salam kepada bukan Islam adalah harus bahkan wajib.


Yang agak menyedihkan ialah tulisan beliau telah dimulai dengan sindiran sinis terhadap golongan yang tidak sependapat dengan beliau dan dilabel sebagai golongan agama konservatif yang jumud.


Kita hairan dengan tuduhan seperti ini kerana dalam tulisannya, Dr Mohd Asri sendiri tidak menafikan perbezaan pendapat para ulama’ mengenai masalah ini. Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, saya membawa sebuah hadis Nabi(sallallahu ‘alaihi wasallam) yang maksudnya;


“Dari Wabisat bin Ma’bad(radiallahua’ anh) katanya. Aku datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia bertanya; Kamu datang bertanya dari hal kebaikan. Aku menjawab: Ya! Ia berkata: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu ialah apa yang mententeramkan dirimu kepadanya dan mententeramkan hati. Dan dosa itu ialah apa bergetar dalam hati dan ragu dalam dada, sekalipun manusia yang berfatwa telah memberi fatwa kepadamu.â€


(Hadis Ahmad dan ad-Darimi dengan sanad ‘hasan’)


Dalam membuktikan keharusan atau kewajipan menjawab salam bukan Islam, Dr Mohd Asri telah memetik pandangan al-Imam Ibn Qayyim (rahimahullah) dan membahaskan hadis-hadis Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan beberapa ayat suci al-Qur’an.


Saya nyatakan semula hadis-hadis tersebut bagi tujuan rujukan dan perbahasan. HADIS Pertama: Riwayat Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah Kata al-Auza’i,


“Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka golongan soleh yanglainâ€.


(Zad al-Maad, 2/425-426).


Kedua: “Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) lalu dalam satu majlis yang bercampur antara Muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua.†(Ibid)


Ketiga: Kata-kata Ibn Abbas “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya dari surah an-Nisa’ ayat 86) “Dan apabila diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.â€


(Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad dengan sanad ‘hasan’, Bab Menjawab Salam Kafir Zimmi)


Keempat: Abu Musa al-Asya’ri menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir? Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka aku pun menjawabnyaâ€.


(Ibid, Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya).


AL-QUR’AN Pertama: Surah al-Nisa’ ayat 86 (maksudnya) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan (huyyitum) dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia(dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.â€


Kedua: Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberi sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.â€


Dalam menghuraikan ayat surah al-Mumtahanah ini Sheikh Al-Albani(rahimahul lah) menyebutnya dalam bentuk qiyas; “Tidak syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salamu’alaikum, lalu kita menjawabnya sekadar wa’alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita menyamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-saamu ‘alaikum (kemusnahan keatas kamu). Inilah kezaliman yang nyataâ€.


Daripada fakta-fakta di atas, Dr Mohd Asri membuat kesimpulan, “... Maka menjawab salam bukan Islam di zaman ini adalah satu kewajipan dari segi nas dan tanggungjawab dakwah.â€


ULASAN DAN PERBAHASAN


1. Dalam membahaskan dalil-dalil di atas, kita hendaklah mengikut kaedah dan usul al-Qur’an dan hadis yang betul.


Dari segi matan (teks) al-Qur’an dan hadis yang dijadikan dalil tidak ada satu pun bukti bagaimana bentuk penghormatan atau salam diterangkan. Maka, di sinilah punca perselisihan dikalangan para ulama’.


Di dalam tulisan Dr Mohd Asri sendiri tidak menyatakan bagaimanakah ucapan yang diharuskan untuk memberi dan menjawab salam bukan Islam. Kita ingin bertanya bagaimanakah bentuk dan caranya berdasarkan nas al-Qur’an dan hadis itu?


Adakah ianya hanya ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat sejahtera’ dan adakah boleh kita memberi salam dengan kalimah assalamu ’alaikum, assalamu ‘alaikum warahmatullah atau assalamu‘alaikum warahmatullahhi wabarakatuh’?


2. Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan larangan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam seperti berikut:


Pertama:


Dari Abu Hurairah (radiallahua’ anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihiwasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempitâ€.


(Hadis Muslim)


Kedua:


Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’ anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikumâ€.


(Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)


Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh memulakan salam kepada Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Ucapan salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, tetapi berkasih sayang di antara orang kafir adalah dilarang sama sekali.


Al-Qur’an menyebutkan bahawa, “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...â€


(al-Mujaadilah, ayat 22).


Sebagai gantinya, ucapan yang menjadi kebiasaan boleh digunakan. Para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika†atau “wa’alaikum†dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja.


(Tafsir al-Mazhari,2/ 175)


Ketiga :


Tidak dinafikan daripada hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh Dr Mohd Asri seakan-akan ada bukti keharusan memberi dan menjawab salam kepada bukan Islam tetapi malangnya ia terlalu umum dan menimbulkan pelbagai tafsiran.


Setiap yang umum memerlukan bukti yang jelas bagi menjadikan ianya khusus. Apabila tiada bukti yang jelas, maka kita perlu melihat kepada hadis lain yang menerangkan maksud tersebut.


Ini adalah petunjuk yang benar bagi mengelakkan fatwa yang mengelirukan.


Keempat :


Hadis yang menunjukkan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) memberi salam kepada satu majlis yang bercampur di antara Muslim dan orang kafir sebenarnya salam itu ditujukan kepada orang Islam yang ada di majlis tersebut.


Kefahaman ini sejajar dengan maksud hadis Nabi (sallallahu‘alaihi wasallam) yang melarang kita memulakan salam kepada bukan Islam seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di atas.


Berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas (radiallahua’ anh) yang menyuruh orang Islam menjawab salam orang kafir dari kalangan Yahudi, Kristian dan Majusi, pertamanya riwayat ini tidak menerangkan bagaimanakah caranya. Jika benar sekalipun riwayat ini boleh dijadikan hujah, kita hendaklah menilainya berdasarkan satu kaedah bahawa apabila amalan sahabat (radiallahua’ anh)bertentangan dengan sabdaan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang berbentuk perintah, maka hadis perintah hendaklah didahulukan dan diutamakan.


Kelima :


Ayat 86 surah an-Nisa’ yang menjadi dalil boleh menjawab salam dengan cara yang lebih baik atau cara yang sama hendaklah difahami bahawa ia merujuk kepada ucapan salam sesama Islam.


Mengikut usul al-Qur’an,ayat- ayat seperti ini perlu ditafsir seperti berikut:-


Pertama:


Apakah kewujudan hukum memberi salam kepada bukan Islam di dalam ayat tersebut bersifat ibāratun nash (hitam putih nas) atau dalālatun nash (petunjuk nas) atau isyāratun nash (isyarat nas)?


Dan kalau ia wujud, adakah ia mutabaqah atau tadammuni atau al-iltizam sahaja?


Kedua:


Perkataan penghormatan yang digunakan dalam ayat 86 surah al- Nisa’ adalah ‘tahiyyah’ (waizaa huyyitum bitahiyyatin) .


Perkataan ini berasal dari ucapan atau doa orang-orang Arab di antara sesama mereka sebelum datangnya Islam seperti ucapan ‘hayyakallah’ (moga panjang umur) atau seumpamanya.


Apabila Islam datang, ucapan seperti ini telah dilarang dan diganti dengan ucapan salam yang hanya diucapkan sesama Islam.


(Tafsiral-Mazhari, 2/175 )


Seterusnya, saya ingin bertanya apakah perkataan “tum†(kamu) dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada ‘nau’iyyah’, ‘jinsiyyah’ atau ‘istighraqiyyah’ ?


Ayat ini sebenarnya merujuk kepada ‘nau’ iyyah’ kerana perbuatan Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang tidak memberi salam kepada bukan Islam.


Dalil-dalil yang yang ada tidak mencukupi bagi ianya merujuk kepada ‘jinsiyyah’ atau pun ‘istighraqiyyah’ .


Keenam :


Tafsiran Syeikh Al-Albani (rahimahullah) terhadap ayat 8-9 surah al-Mumtahanah juga kurang tepat dan agak mengelirukan. Sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab tafsir, ayat ini sebenarnya mempunyai asbābun nuzul (sebab Kenapa ayat itu diturunkan) yang tersendiri dan tiada langsung berkaitan dengan hukum memberi dan menjawab salam kepada orang bukan Islam.


Kaedah qiyas yang dilakukan oleh al-Albani berhubung menjawab salam bukan Islam juga menyimpang dan tersasar. Pandangan Syeikh al-Albani atau sesiapapun tidak semesti menjadi hujah yang benar melainkan pandangan mereka menepati kaedah dan disiplin ilmu yang diterima dan disepakati oleh ahli-ahli ilmu yang berautoriti dan berkelayakan.


Ketujuh :


Memberi salam bermakna kita mendoakan seseorang. Memberi dan menjawab salam ada hubung kaitnya dengan urusan pahala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (radiallahua’ anh) yang bermaksud: “Seorang lelaki melintasi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sewaktu baginda duduk bersama beberapa orang yang lain dan berkata “Salaamu‘alaikum (salam sejahtera ke atas kamu). Rasulullah bersabda: Dia mendapat sepuluh kebaikan (ganjaran). Lelaki lain melintas dan berkata: Salaamu‘alaikum warahmatullah (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) dua puluh kebaikan. Lelaki lain melintas dan berkata “Salaamu ‘alikum warahmatullahi wabarakatuh†(salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah dan berkat daripada Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) tiga puluh kebaikan.â€


(Hadis Bukhari, al-Nasaai dan Ibn Hibban)


Persoalannya, adakah doa orang bukan Islam diterima di sisi Allah (subhanahu wata’ala)? Dan bagaimana pula kedudukan doa kita kepada orang bukan Islam tersebut?


Bagaimana pula maksud hadis yang diriwayatkan olehAbu Hurairah (radiallahua’ anh) di atas dapat disesuaikan bagi menentukan peringkat-peringkat pembahagian pahala dalam hal seperti ini?


Semuanya itu memerlukan penjelasan. Dalam al-Qur’an, Allah (subhanahu wata’ala) berfirman yang maksudnya:


“..Dan tiadalah ibadah dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatanâ€


(Surah ar-ra’d ayat 14)


Kelapan :


As-Salaam adalah di antara nama-nama Allah yang Mulia. Malahan, salah satu daripada nama syurga juga merujuk kepada kalimah as-Salam iaitu Darulas-Salam (rumah yang sejahtera).


Ucapan salam ini adalah ucapan penghormatan dari Allah (subhanahu wata’ala) kepada hamba-hambanya yang berjaya di dalam syurga nanti. Ucapan ini juga diucapkan oleh para malaikat, para rasul, para penghuni syurga dan di kalangan orang-orang yang beriman di muka bumi ini.


Ucapan yang semulia itu tidak sepatutnya diguna secara sewenang-wenangnya kerana dibimbangi boleh dipermain-mainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.


Kata guru saya, jika bukan Islam memberi salam, jawablah ‘hadakallah’ (moga Allah beri petunjuk kepada kamu (masukIslam) ).


Pengalaman saya apabila disebut perkataan ini, mereka tidak berani menyebutnya lagi kerana sebenarnya mereka tidak berminat pun kepada Islam.


Allamah Ibn Abidin (rahimahullah) menyatakan bahawa boleh dijawab salam bukan Islam dengan ucapan ‘assalamu ala man ittaba’a al-huda’ (sejahtera keatas mereka yang telah diberi petunjuk)


(Radd Mukhtar ala al-Durral-Mukhtar, 6/412)


Kesembilan :


Berhubung dengan keharusan menjawab salam orang bukan Islam yang tergolong dalam kafir zimmi, kita ingin bertanyakan kepada Dr Mohd Asri apakah tafsiran beliau terhadap kafir zimmi dan kafir harbi serta apakah ciri-ciri mereka yang sebenarnya?


Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat8-9 di atas dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-


(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,


(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan


(c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam Mereka dikenali dengan kafir zimmi kerana bersetuju membayar jizyah kepada negara Islam yang memelihara dan melindungi kehidupan, kehormatan dan harta benda mereka.


Persoalannya, apakah orang bukan Islam di negara ini menepati ciri-ciri tersebut? Kita sedia maklum, mereka terlibat secara langsung dalam urusan pemerintahan dan mempunyai hak yang sama seperti orang Islam dalam merebut kuasa politik.


Berdasarkan perlembagaan, mereka juga boleh memerintah dan boleh menjadi ketua negara. Mungkin ada yang beralasan mereka tidak semua seperti itu, tetapi saya katakan mereka semuanya sama dari sudut perundangan dan di dalam menuntut hak.


Janganlah kerana satu atau dua peristiwa apabila kita menjawab salam bukan Islam menyebabkan orang bukan Islam itu menganut Islam maka kita terus meninggalkan nas-nas yang jelas wujudnya larangan tersebut semata-mata diatas alasan mahu melihat imej Islam lebih cantik.


Sebenarnya masih banyak lagi cara lain yang boleh kita berikan penghormatan kepada mereka sebagai ganti ucapan salam itu.


Bukankah bahasa ini luas?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:02


kenapa lah jadi gitu lepas masuk politik...baik jadi pendakwah bebas....ish3...kasihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:16


sekarang ni mufti pun dah banyak di politikan... tapi kita tak boleh nafikan..sebab politik sbahagian dari agama...
yang masalah sekarang agama jadi sbahagian dari politik... contoh islam hadhari...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mdfakhri
WARGA SETIA
Menyertai: 25.03.2006
Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:21


memang lah...politik berkaitan cabang agama..tapi tgk2 lah politik mana tu..tak kan tak boleh beza

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdfakhriProfil   Hantar PM kepada mdfakhri   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 18:39


Apabila seseorang dilantik menjadi Mufti maka setiap kenyataannya adalah fatwa selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (AQ 6:112)

Nabi SAW bersabda :

"Barangsiapa yang mencari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia, maka Allah akan bersamanya, Manakala barangsiap yang mencari redha manusia (walaupun) dengan kemurkaan Allah, maka Allah menyerahkannya urusanya kepada manusia (Allah tidak peduli lagi hal individu ini di akhirat- tiada syafaat dan bantuan tentunya)"

Nabi juga menyebut :

"Tiada ketaatan kepada Mahkluk dalam hal mengajak kepada melakukan maksiat"

Abu Umamah ra menuturkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda ertinya: Ada tiga manusia, tidak ada yang meremehkan mereka kecuali orang munafik. Mereka adalah ORANG TUA, ulama dan pemimpin yang adil (hari At Thabrani)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129897 saat. Lajunya....