Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak terang. (siapa nak dekat kalau asyik nak marah saja..bawak2lah
senyum..tentu org tak takut nak dekat punya..
2. Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit
jantung. (ini kes dendam kesumat lahh ini..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana
ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki ini..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan
harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa
berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah
elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq
tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana
walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain
kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis
jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan
harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.
Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki
kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit
tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-
hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau kerja
bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin. (yang ini no komen)..pasal semua org ada egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang.Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -
Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...
9. Cinta dunia
-tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan
doa anak yang soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia"
kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan
supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi
ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
BAHAGIA.
sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya
tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah
dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kita sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan
dunia ...buruklahh padahnya.