Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: JIN - Hakikat & Pengubatan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» JIN - Hakikat & Pengubatan

Please Mendaftar To Post


Oleh JIN - Hakikat & Pengubatan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-05-07 13:14


KEBELAKANGAN ini banyak diperkatakan tentang jin, hantu, jenglot, toyol dan yang seumpamanya. Malah telah diadakan pameran di muzium dan di universiti meskipun pertunjukan tersebut menimbulkan pertikaian pelbagai pihak.

Yang pastinya, kepercayaan masyarakat Melayu terhadap kewujudan jin samalah dengan kepercayaan mereka terhadap makhluk alam ghaib seperti hantu, jembalang, bunian, toyol, pontianak dan sebagainya.

Ia begitu sebati dengan pemikiran orang Melayu sebagai makhluk yang digeruni dan ditakuti lantaran ‘kuasanya’ yang boleh membawa mudarat, kesengsaraan dan kebinasaan.

Kepercayaan ini diperkuatkan lagi dengan wujudnya sistem perubatan tradisional yang dikendalikan oleh pawang ataupun bomoh.

Setiap penyakit yang dirujuk kepada mereka dikatakan berpunca daripada perbuatan makhluk-makhluk itu. Meneliti kepada kenyataan dan kaedah pengubatan mereka, ia jelas merbahaya dari sudut akidah umat Islam.

Walaupun kebanyakan orang Melayu mempercayai kewujudan jin tetapi jarang ada yang tahu secara mendalam tentang hakikat sebenar makhluk yang disebutkan Allah s.w.t. dalam surah al-Hijr ayat 27: Dan jin itu Kami ciptakan sebelum manusia daripada api yang sangat panas.

Dengki khianat

Lantaran itu, pendedahan tentang jin ini amat perlu untuk memberi maklumat kepada umat Islam tentang kegiatan mereka. Setiap hari manusia sentiasa terdedah dengan perbuatan jahat mereka. Apa lagi ia dipergunakan oleh manusia yang sakit hati atau dengki khianat antara satu sama lain.

Hakikatnya kita tidak boleh bersandarkan harapan kepada pawang atau bomoh 100 peratus kerana kegiatan mereka juga ada hubung kait dengan jin. Sebagai alternatifnya, kita perlu mencari satu kaedah lain untuk menangani kegiatan jin ini. Caranya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa.

Pun begitu harus diingat bahawa tidak semua ayat al-Quran boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Terdapat ayat tertentu dan kaedah tertentu yang cukup berkesan apabila berhadapan dengan kerenah jin. Oleh itu, dihujung buku ini penulis, Datuk Ismail Kamus memaparkan himpunan ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan dalam pengubatan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan jin.

Buku berjudul, JIN – Hakikat & Pengubatan karya Datuk Ismail Kamus dengan anda-editor Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir mendedahkan segala persoalan di atas dari perspektif yang betul menurut al-Quran dan hadis. Buku berkulit keras setebal 200 muka surat ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Ia dicetak dengan gambar ilustrasi dan foto warna warni sepenuhnya.

Turut dimuatkan di dalam buku ini ialah petua dan bacaan pendinding diri untuk menghalau dan menghindarkan diri dari gangguan jin, syaitan dan sihir. Buku yang bolehlah dianggap sebagai panduan penuh menangani persoalan jin, syaitan dan sekutunya ini dijual dengan harga RM34.90.

Untuk maklumat lanjut sila lawati www.telagabiru.net.my atau hubungi 03-26914070.

* Nama Buku: JIN - Hakikat & Pengubatan

* Pengarang: Datuk Ismail Kamus

* anda-editor: Mohammad Nidzam Abdul Kadir

* Managing Editor & Fotografi: Muhammad Zakaria

* Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd.

* Harga: RM 34.90

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100394 saat. Lajunya....