Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 8 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
eme86: 19 hari yang lalu
sunan-faqih: 24 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: PETUA MEMILIH GADIS JELITA


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» PETUA MEMILIH GADIS JELITA

Please Mendaftar To Post


Oleh PETUA MEMILIH GADIS JELITA

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 07:20




Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana
Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan
membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari
Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang,
gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan
hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum
bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga
digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang
wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin
digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum
bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua
itu adalah gelaran yang diberikan secara
berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi
seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu
akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa
inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita
hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang,
banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh
tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis
yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi
tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah
gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang
tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi
jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan
mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya
tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah
yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi
perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang
cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya
dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja
dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi
seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari
dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan
kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna
menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai
lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,
terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh
berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu
teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata
yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa
yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati
juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis
yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang
dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah
petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita
menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis,
kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai
oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik,
sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna
sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula
mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk
memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan
bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan
'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka
elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda
dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah
kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan
rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si
gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui
bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari
jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka
menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si
gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka
pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika
dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar
kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik
pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau
dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si
gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih
baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke
mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis
itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan
mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala
yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak
unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah,
bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah
sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar
hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif
yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan
perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya
memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan
ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan
dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa
sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan
pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa
untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah
amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam
jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur
amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan
kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus
rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati
orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua,
bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau
betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu
dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud
sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan
gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran.
Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu
lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan
jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa
segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan
sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak
mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan
menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak
menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti
jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan
lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden,
pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula
menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah
asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input
tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya
tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan
Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor
sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup
gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis
satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya
adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari
identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika
terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik
besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna
kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh
teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. - Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang
gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana
keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan
membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya
ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia
pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah
yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh
tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang
baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama.
Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang
ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke
sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati
lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si
gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa
bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah
dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan
akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. -
Bidalan tali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai
orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk
dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih
muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan
dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai
gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri
atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya
untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan
bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak
berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.
Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini
gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila
jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya
akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan
bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta
bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa
lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik
jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang
mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu.
Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak
untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri
anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya
serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak
memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda
berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta
bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya
atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada
wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka
dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh
jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan
lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai
pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun
dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan
lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan
kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang
baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan
ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta
menghormati pula ibubapa si gadis.

khaulah_kauthar03



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

kamal_82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3201
Posting: 462
Dari: KUALA LUMPUR

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 11:41


oit panjangnyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamal_82Profil   Hantar PM kepada kamal_82   Pergi ke kamal_82's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 13:05


ana baca sajer...
tak terlintas nak bercouple semua nie...
belajar dulu....
biar terjamin hala tuju hidup kita....
baru fikir semua nie...


-----------------
Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 13:18


assalamualaikum...

kejelitaan wanita muslimah terletak pada kesolehannya...

wasalam

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-09-03 14:58


Gadis yang paling jelita adalah gadis dan seorang hamba yang taat pada Allah barulah di katakan cantik dan jelita......

kejernihan wajahmu
sempurna pada pandanganku


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-09-03 15:20


panjangnya ...nanti ana save dan baca dulu baru boleh bagi komen

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

halbani
Warga Rasmi
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3639
Posting: 1
Dari: kb

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-09-03 23:03


"persahabatan lebih berharga dari cinta" Prof Dr. Hamka

Bookmark and Share

    


  Member Information For halbaniProfil   Hantar PM kepada halbani   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 09:57


kejelitaan itu biarlah diikuti dengan sifat keperibadian yang murni...akhlak terpuji...ketaatan kepada Allah dan RasulNya..baru cantik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-09-03 12:47


kecantikan dan kejelitaan wanita bukan terletak pada wajahnya... tetapi pada hati yang sentiasa takut pada Allah dan menjaga tatasusilanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

adam
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3618
Posting: 18
Dari: Trinity College of Dublin

ireland   avatar


posticon Posting pada: 23-09-03 13:40


assalamualaikum,

sedar tak sedar kejelitaan memang memainkan peranan dalam kehidupan lelaki.. lelaki memang nak yang lawa dan cantik.. kalu nak beli kereta, mesti cari yang body lawa, nampak sporty..sesuai dengan gaya yang cuba ditonjolkan.. kalu nak beli rumah, nak yang nampak kemas.. solid.. kukuh untuk membina kehidupan... sama juga macam nak pilih isteri.. satu isu yang memang tak boleh lari walaupun di hati keimanan itu yang menjadi pilihan

Bookmark and Share

    


  Member Information For adamProfil   Hantar PM kepada adam   Quote dan BalasQuote

khairun
Warga Rasmi
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3329
Posting: 14

Pahang  


posticon Posting pada: 23-09-03 21:54


panjangnya....


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairunProfil   Hantar PM kepada khairun   Quote dan BalasQuote

Prince_Muslim90
WARGA SETIA
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1018
Posting: 438
Dari: Munich

germany  


posticon Posting pada: 25-09-03 09:23


panjangnya saya baru baca setengah jer

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prince_Muslim90Profil   Hantar PM kepada Prince_Muslim90   Pergi ke Prince_Muslim90's Website   Quote dan BalasQuote

odySsey
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3678
Posting: 35
Dari: Pahang, Terengganu

Pahang  


posticon Posting pada: 26-09-03 11:54


panjangnya...kejelitaan ada pada hati yang suci......

-----------------
The beauty of life, doesn't depend on,
how happy u are, but on how,
others can be, because of u

Bookmark and Share

    


  Member Information For odySseyProfil   Hantar PM kepada odySsey   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-03 23:58


assalamualaikum
kecantikan sebenar terletak pada budi pekerti dan akhlak bukan pada paras rupa
wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 02-10-03 00:10


hiasan dalaman perlu cantik..
hiasan dalam sudah cantik..luaran sudah tentu cantik..
alangkah bahagia dan harmoninya kalau keduanya indah dan cantik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 02-10-03 00:33


wanita hiasan dunia, hiasan dunia adalah wanita solehah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

poqya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3840
Posting: 208
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 01:17


alhamdulillah..gadis yang aku temui come lote..dan sopan santun..berjaya menambat hati aku..alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For poqyaProfil   Hantar PM kepada poqya   Quote dan BalasQuote

poqya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3840
Posting: 208
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-10-03 01:20


alhamdulillah..gadis yang aku temui come lote..dan sopan santun..berjaya menambat hati aku..alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For poqyaProfil   Hantar PM kepada poqya   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-10-03 09:49


Gadis Jelita? Saya ada ramai perempuan jelita tp apsal saya tak tertarik ngan dorang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

honey_de_pooh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3343
Posting: 23
Dari: kota tinggi

Johor  


posticon Posting pada: 15-10-03 11:00


wahai muslimah idaman...
biarlah pekerti jadi sebutan
jangan rupa jadi rebutan...
kalaulah rupa boleh mendatangkan fitnah, lebih baik memakai purdah...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For honey_de_poohProfil   Hantar PM kepada honey_de_pooh   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-10-03 10:17


memang panjang... tapi ana dah savekan.. dan dah baca.. nanti ana photostatkan dan edarkan ek.. memang bagus laaaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

irsyadussolehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4745
Posting: 36
Dari: machang,Qlate

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-10-03 10:00


panjanh betul..tapi sempatlah jugak baca sikit2
para muslimin kita tu dont worry..perempuan yg baik hanyalah utk lelaki yg baikkkan..
dan jgn sekali2 broken their heart...
krn perempuan xdicipta dari tapak kaki utk dijadikan alas,x dari kepala utk disanjung,tetapi dari rusuk kiri dekat dengan tangan utk dilindungi,
dekat dengan hati utk disayangi......

HOPETHELOVEOFALLAH..

-----------------
someone is loving u,caring u,
thats always watching u,protecting 4 u
.......who???...ALLAH,who never faith
:) HOPETHELOVEOFALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irsyadussolehahProfil   Hantar PM kepada irsyadussolehah   Pergi ke irsyadussolehah's Website   Quote dan BalasQuote

sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN

jordan  


posticon Posting pada: 29-10-03 10:53


assalamualaikum,

alhamdulillah.masih ada yang sudi berkongsi rahsia...apa2pun.syukran kpd penulis sbb sanggup taip even teks tu panjang ..ALLAH saja yg dapat membalasnya............ana akan cuba sebaiknya ilmu ni............

-----------------
CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak

Bookmark and Share

    


  Member Information For sheikhLUTHFIProfil   Hantar PM kepada sheikhLUTHFI   Quote dan BalasQuote

ummuluqman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-11-03 22:40


Assalamualaikum..

Hmm..bagus la artikel tu..tapi lebih bagus lagi kalau semua gadis dapat membacanya.Insyaallah saya akan save dan hadiahkan pada kawan2 saya yg dah lama berangan nak jadi isteri orang.

Jugak buat pedoman kita semua utk menilai diri seorang muslimah yg bakal memenuhi ruang hidup kita.Wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuluqmanProfil   Hantar PM kepada ummuluqman   Quote dan BalasQuote

cool_gurlz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2003
Ahli No: 5126
Posting: 61
Dari: jay bee

Johor  


posticon Posting pada: 15-11-03 10:02


em..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For cool_gurlzProfil   Hantar PM kepada cool_gurlz   Pergi ke cool_gurlz's Website   Quote dan BalasQuote

AdAwiAh_1210
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 649
Posting: 120
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-11-03 10:50


assalamualaikum...

mmm bestnya artikel ni...boleh buat koleksi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AdAwiAh_1210Profil   Hantar PM kepada AdAwiAh_1210   Quote dan BalasQuote

samakun03
Warga Rasmi
Menyertai: 03.10.2003
Ahli No: 3964
Posting: 16
Dari: lautan...

Pahang  


posticon Posting pada: 15-11-03 15:36


kecantikan dalam wajib ada...kalau luar tu sedap mata memandang dahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For samakun03Profil   Hantar PM kepada samakun03   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 18-11-03 00:49


assalamualaikum....

wanita jelita itu adalah wanita solehah yang layak untuk membimbing dan sebagai penyeri rumah tangga...
betul tak.....?


-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

aza
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-03 13:56


panjang nye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaProfil   Hantar PM kepada aza   Quote dan BalasQuote

raabiatul_adawiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2003
Ahli No: 5360
Posting: 4
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-11-03 22:43


a'kum...
panjangnya. naik lenguh mata baca. tapi pada pendapat saya, kecantikan tu adalah sesuatu yang abstrak. bergantung pada pandangan seseorang. ada yang memandang wajah sebagai cantik. tapi apa guna wajah je cantik. tapi perangai ayyooo... masya allah. nanti tak pasal... kesian. terpulanglah kepada perawan di luar sana mahu menilai apakah kecantikan sebenar seorang wanita. fikirkanlah, nilaikanlah. tepuk dada tanya selera.

Bookmark and Share

    


  Member Information For raabiatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada raabiatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-03 13:54



huih.......lenguh dah mata ana nie...pjg nya.......tak larat dah nie...nanti sambung lagi.....apapun....ana boleh laa...ambik input2 yg berguna....arigato

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

mawarkasih
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 41
Posting: 519
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-03 00:44


belum layak digelar wanita sejati.............impian nak jadi seorang wanita solehah..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarkasihProfil   Hantar PM kepada mawarkasih   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-12-03 15:31



hushh...panjangnya..tapi apa yg ditulis tu betul belaka...
"nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupa..
akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmunya...
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.."


*****************************
...jangan pandang zahirnya lihatlah dengan mata hati, renung dengan akal, fikir dengan iman, pasti ada jawapan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-12-03 12:51


Ingat org je jelita..bas pun jelita jugak..tu Jelita Express..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 15-12-03 22:48


eh majalah pun jelita jugakla..majalah jelita tu...apapun panjangnya sampai tak terbaca..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Shahidatul
Warga Rasmi
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5832
Posting: 4
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 19-12-03 22:35


hanya yang benar-benar beriman dan ikhlas beribadat serta pandai menjaga kehormatan diri boleh dianggap sbg gadis jelita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShahidatulProfil   Hantar PM kepada Shahidatul   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-03 21:43


segalanya bermula dari hati...

-----------------
[IMG]http://www.circles99.com/elements/album/circles/00031327/00050484/signukhwah3.jpg[/IMG][IMG]http://www.geocities.com/sutajio_76/motoku.txt[/IMG]

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

SuFiE
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2307
Posting: 55
Dari: taman ilmu dan budi

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-03 21:57




memang panjang sungguh artikel ni, tapi cam kakAdawiah kata ,memang best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SuFiEProfil   Hantar PM kepada SuFiE   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 29-12-03 18:58




Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

nabsyaz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6070
Posting: 98
Dari: Bandar baru bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-01-04 19:21


Sbnryer kalo dah cantik x yah nak x-pose pd org lain...x yah ler takut x der lelaki yg x nmpk k'cntknnyer plak...coz masih ader lelaki yg x bute mati hatinyer

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabsyazProfil   Hantar PM kepada nabsyaz   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-01-04 11:23


..

memang panjang...ana pun fikir gak sebelum taip tu....ada ke orang yang nak baca ni....tapi rugi kalau sapa2 tak baca.....tul tak? kalau tak caya...tanya sapa2 yang dah amalkan petua ni...mesti ok punyalaaahhh...

Wassalam...

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-04 22:18



Bidalan cina pernah berkata"wanita jelita ibarat pedang tajam"berbahaya....
lagi satu kecantikan seorg wanita bkn terletak pada paras rupanya ttp pada sifat malunya.Kecantikkan suatu yg subjektif,kemuliaan akhlak boleh menutup kekurangan itu.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

sye
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1728
Posting: 27
Dari: pj

Kedah  


posticon Posting pada: 10-02-04 22:50


emm,,dah tak dak idea la nak komen..tapi best la posting tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeProfil   Hantar PM kepada sye   Quote dan BalasQuote

norhayati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6086
Posting: 34
Dari: rantau panjang

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-02-04 13:43


.......
semua kejadian ALLAH S.W.T adalah cantik.....tapi yang lebih cantik disisi ALLAH S.W.T ialah manusia yang mempunyai akhlak yang baik.....kecantikan dalaman yang lebih diutamakan.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhayatiProfil   Hantar PM kepada norhayati   Quote dan BalasQuote

norhanan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-02-04 08:52



entah terserah pada individu...kecantikkan itu simbolik dan abstark...tepuk dada tanya iman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhananProfil   Hantar PM kepada norhanan   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 20-02-04 12:19


perempuan kalau cantik tapi hati budi tak ada buat apa.
bagi lelaki yang nak pilih isteri tue, pilih la betul2.
perempuan sekarang nie bukan boleh percaya sangat.
luar lain dalam lain.



Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

niswan88
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2004
Ahli No: 11448
Posting: 4
Dari: negeri sembilan

Johor  


posticon Posting pada: 02-10-04 11:12


assalamualaikum...
"Seindah hiasan adalah wanita solehah".
wassalam...


Bookmark and Share

    


  Member Information For niswan88Profil   Hantar PM kepada niswan88   Quote dan BalasQuote

z_tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2309
Posting: 155
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-04 12:58


pnjng btul....tp ana smpt bace smpi abis...
thanx ....mmg brgunerr



Bookmark and Share

    


  Member Information For z_tornadoProfil   Hantar PM kepada z_tornado   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 13:24


menarik....
mmg betul ap yg dikatakan itu....
berapa ramai sgt yg dapat buat mcm tu.....???

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1641 saat. Lajunya....