Oleh |
Secangkir kasih |
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 04-05-07 05:43
Malam semakin meminggir Membuka laluan kepada pagi untuk mencelah Dingin malam berganti Kepada ketarnya sang embun pagi Secangkir ingatan kuhirup Dapat kurasa manisnya cinta Dapat kuhidu aroma rindu Betapa cangkir ini isinya kasih Gerangan siapakah yang membancuhnya? Indah sekali cangkir itu Ampuh tangkai imannya Takkan terlepas cangkir itu kerana isinya Halus juga corak akhlaknya Berseni dalam menghias kata Beradab dalam mengatur bicara Pandanglah warna hikmahnya Adunan warna yang mempesona Lembut alunannya Tapi jelas hala tujunya Adakah di dalamnya kasih kita ditempat? Hiruplah kasih itu sepuasnya Pandanglah cangkir itu semoleknya Cangkir itulah pagar cinta kita Iman pemegangnya Akhlak mencoraknya Dan hikmahlah yang mewarnainya Kalau tangkai itu goyang Teguhkanlah ia dalam hatimu Kalau coraknya janggal Carilah di mana seninya Dan kalau warnanya sundal Warnalah kembali cangkirmu itu Selagi ada nyawa yang menghirupnya Selagi itulah kasih itu abadi Kekal harum aromanya Sentiasa manis rasanya Buat insan yang tahu harganya [ Telah diedit oleh: themartyr pada 05-05-07 03:43 ]
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-05-07 08:55
assalamualaikum.. erm sedap sajak ni...syukran buat bacaan ana dan semua ahli ukhwah
|
azree_mh
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.04.2007 Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat
|
Posting pada: 06-05-07 22:12
Hurm. Saya rasa macam rangkap pertama itu seakan tidak memberikan apa-apa maksud. Macam sekadar ditempel-tempel sahaja. Tapi keseluruhan sajak ini saya faham.
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 10-05-07 02:00
Well, thanks for the comments... It's called "marji'iyyah" in Arabic poems, but I don't know the real word in English or Malay. Sorry for that. Kinda give it a meaning for the whole thing. Anyway, thanks a lot.
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 10-05-07 09:22
salam... sedap sangat puisi ini...alhamdulillah...saya rasa maksudnya sampai kat saya...nak save boleh tak?
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 10-05-07 10:03
themartyr, few times dah saya baca tapi tak faham juga makna tersirat
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 10-05-07 10:15
minta maaf cakir tu cawan ke apa???
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 11-05-07 15:02
kalau tak silap cangkir tu 'bekas air'...
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 14-05-07 05:36
Pernah dengar secangkir kopi? Mungkin ada maksud lain yang saya tak tahu, tapi saya maksudkan cawan. Kepada yang tak berapa faham, saya minta maaf. Boleh minta pendapat sahabat-sahabat lain. Perbincangan terbuka. P/s: Baru belajar sajak Guantanamo dalam kelas Tatbiqat Lughawiyyah tadi, indah sangat. Oleh penyair Jordan.
|
azree_mh
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.04.2007 Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat
|
Posting pada: 14-05-07 09:24
Hurm. Cangkir itu maksudnya cawan yang diperbuat daripada tembikar. Bagus kalau saudara mengkaji sajak-sajak dari Timur Tengah sebab sastera mereka lebih jauh ke depan berbanding Malaysia. Begitu juga Indonesia, sajak-sajak mereka lebih mendahului penyair Malaysia. Bayangkan sahaja dari tadika lagi sudah diajar KOMSAS di Indonesia. Saya pernah jumpa satu buku Indonesia, "Asas mereka sajak untuk Tadika". Lebih kurang macam ini lah tajuknya. Saya pun tak ingat. Secara keseluruhan, sajak ini baik bagi saya kerana simbol-simbolnya tidak bersimpang-siur. Maksudnya imej-imej dalam sajak ini ada kesatuan - tentang cangkir, tangkai, corak, aroma dan sebagainya. Cuma seperti yang saya katakan tadi saya agak terganggu dengan rangkap pertama. Tapi selepas kita menulis sajak, cuba soal balik diri kita Kenapa kita menggunakan imej-imej tersebut. "Kenapa hanya secangkir kasih? kedekutnya hanya secawan kasih sahaja?" Lebih kurang beginilah soalannya. Cuba amalkan dan insyaAllah saudara boleh menjadi penyair hebat. Saya suka menekankan kesatuan imej. Sebab kita menulis sajak masih dalam jalur realisme. Kalau dah advanced, bolehlah try tulis sajak surrealis, mistik dan sufi yang saya sendiri pun tak reti-reti!
|
themartyr
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.12.2004 Ahli No: 13027
Posting: 179
Dari: Dataran Syam
|
Posting pada: 17-05-07 16:51
Seronok rasanya ada pengkritik profesional kat sini, banyak dapat ilmu. Insya-Allah, ada masa dikit lagi, saya cuba majukan lagi karya saya. Setakat ni hanya menulis untuk suka-suka, tidak berhasrat untuk menjadi penulis atau penyair yang prolifik. Suka juga membaca ulasan Rahman Shaari, tapi tak berapa berminat untuk mendalami sedalam-dalamnya. Masih banyak lagi tugas yang lain dalam rencana.
|
azree_mh
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.04.2007 Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat
|
Posting pada: 17-05-07 20:15
Maaf. Saya pun sama macam sdr themartyr. Masih menulis untuk suka-suka. Cuma selalu hantar sajak kepada penyair mapan yang lain. Jadi masa awal-awal dulu selalu kena komen. Tu yang sampai saya nak buat sajak, fikir berpuluh kali sebelum hantar. Asyik terfikir Kenapa saya menggunakan word tu bukannya word yang ni. Huhu. Kalau ada Fahd Razy di sini tentu lebih meriah. Rahman Shaari jenis yang tegas dalam berkarya. Pernah ada seorang penyair hantar sajak kepada dia. Lalu, dia kata ,"Ini ke sajak?"
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 21-05-07 22:13
sedap sajak ni...enak di makan begitu sahaja...  maksud yang mendalam ini....
|
aymannur
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed
|
Posting pada: 10-07-08 04:05
minta permission copy sajak ni. Terlalu minat~
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 12-07-08 16:09
secangkir kopi, seputar jarum jam. lama dah tak bersajak, hehe...
|