Oleh |
Negeri perlu tangani hantaran kahwin tinggi |
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 03-05-07 11:42
Negeri perlu tangani hantaran kahwin tinggi Oleh Azman Zakaria (Berita Harian, 3 Mei 2007) KUALA LUMPUR: Semua Jabatan Agama Islam negeri disarankan mengeluarkan garis panduan berhubung jumlah hantaran perkahwinan bagi mengelak ia terlalu tinggi hingga menim- bulkan masalah kepada pasangan yang ingin bernikah. Langkah itu juga bertujuan mengelak perkara berkaitan wang hantaran – yang sebenarnya cuma hadiah pengantin lelaki untuk perempuan - mencetuskan unsur riak, takbur atau perasaan cuba untuk menunjuk-nunjuk. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata Jabatan Kahwin dan Cerai di Jabatan Agama Islam negeri perlu mewujudkan panduan mengenai jumlah hantaran sama ada mengikut keadaan setempat atau keluarga pasangan yang hendak berkahwin. “Hantaran perlu berada dalam lingkungan persekitaran masyarakat setempat atau kebiasaan bagi masyarakat itu serta bersesuaian dengan kemampuan kewangan keluarga pasangan bakal pengantin,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau yang juga Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, berkata pihaknya khuatir wujud kecenderungan pihak yang memberikan hantaran tinggi untuk menghebahkan jumlah itu melalui media sehingga ia menggambarkan seolah-olah tidak wujud keikhlasan. “Kita bimbang wujud perasaan menunjuk-nunjuk, riak dan takbur. Kalau nak beri hadiah atau wang kepada isteri, ia boleh diberi kemudian,” katanya. Pendapat sama disokong Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Mufti Johor, Datuk Noh Gadot. Kelmarin, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu amalan menggunakan angka menarik seperti RM8,888, RM7,878.78 atau RM9,999 sebagai wang hantaran, dihentikan kerana ia boleh mencemar institusi perkahwinan. Katanya, kecenderungan memberikan hantaran tinggi boleh menyebabkan berlakunya masalah lain seperti pengantin lelaki terpaksa meminjam wang atau terdesak hingga sanggup berhutang atau melalui cara yang salah. Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata garis panduan mengenai wang hantaran harus diwujudkan tetapi perlu sekadar bersifat panduan dan tidak dijadikan undang-undang.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 03-05-07 11:48
 .. Antara tanda-tanda keberkahan wanita ialah cepat nikahnya, rendah hantarannya dan melahirkan ramai keturunan...
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 03-05-07 11:52
alhamdulillah mufti-mufti sudah bersuara, mungkin sepatutnya lebih awal disuarakan....
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 03-05-07 11:58
saya pun tumpang gembira...sebagai lelaki,kadang-kadang bila fikir balik,manala nak mampu tanggung hantaran shingga 10,000...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 03-05-07 13:58
sokong2....Tok guru nik aziz cakap anak dia bagi rm1000 pun cukup.... Orang awam ni lelebih pula...jual anak ke apa...ni semua sebab MENTALITI agaknya...biasanya parent yang berkira...anak dia ok saja agaknya...hehe p/s : yang dah kaya no hal...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 03-05-07 14:22
tanggungjawab membuat, mengadakan, support, belanja, kenduri kahwin pihak perempuan bukan tanggungjawab dan tugas bakal suami dan family bakal suami..... ini adalah tanggungjawab bapak atau wali pihak perempuan.....zaman sekarang family perempuan asyik ambik mudah, ambik ringan, jalan pintas, short cut dengan meletakkan hantaran yang tinggi (hantaran hanya wujud di malaysia) supaya nanti boleh digunakan untuk mengadakan kenduri kahwin di pihak mereka. sudahlah pihak lelaki jugak perlu mengadakan kenduri kahwin di sebelah lelaki.....pihak perempuan pulak secara tidak langsung menekan pihak lelaki supaya support kenduri di pihak perempuan......apa ingat....lelaki ini kilang duit ke??? Mufti2 dan majlis2 agama Islam perlu menyedarkan family, bapak dan wali si perempuan akan benda ini...perlu menyedarkan mereka akan tangungjawab mereka. p/s: berdosa inaya org lain...tambah lagi inaya org yang ingin mendirikan masjid.....so org perempuan....beringatlah tentang hal ini...sila bagi nasihat kat bapak dan mak masing-masing.....takut nanti kalau family lelaki tak redha (dalam diam-diam)....bila bapak mak mati, akan ada masalah di depan Allah SWT.....muhasabahlah. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 03-05-07 14:24 ]
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-05-07 14:29
Pada 03-05-07 11:48 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! .. Antara tanda-tanda keberkahan wanita ialah cepat nikahnya, rendah hantarannya dan melahirkan ramai keturunan... 
assalamualaikum.. akukah wanita itu?? ehehehe.. wassalam
|
Qibas
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2006 Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang
|
Posting pada: 03-05-07 14:59
Pada 03-05-07 13:58 , izzul_islam posting:!!! QUOTE !!! sokong2....Tok guru nik aziz cakap anak dia bagi rm1000 pun cukup.... Orang awam ni lelebih pula...jual anak ke apa...ni semua sebab MENTALITI agaknya...biasanya parent yang berkira...anak dia ok saja agaknya...hehe
p/s : yang dah kaya no hal... tu lah pasal, memang mak bapak yang berkuasa dalam menentukan jumlah hantaran. kita pun maklumler jugak, kenduri sekarang ni bukan sikit-sikit modal mahu guna.kurang2 10k kena ada ooo.... tapi Kalau dah mencecah 10k untuk hantaran saja dah melampo pulok rasanya. -----------------
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 03-05-07 16:12
!!! QUOTE !!! Kelmarin, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu amalan menggunakan angka menarik seperti RM8,888, RM7,878.78 atau RM9,999 sebagai wang hantaran, dihentikan kerana ia boleh mencemar institusi perkahwinan. dr. 'fitnah akhir zaman' ni tak boleh samakan keadaan dia masa berkahwin dulu dengan sekarang ini...dia bolehlah masa tu student..kawin pun mungkin bukan di Malaysia...memang kalau boleh mas kawin pun baca al-Quran(kerana nak ikut Sunnah kononnya) ana bersetuju dengan Ustaz Zainul Rijal bahawa perlu ada panduan dan bukan undang2 berkenaan hantaran.
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 04-05-07 08:35
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 04-05-07 08:38
"Aku terima nikahnye ................. binti ................. dengan mas kawin sebanyak .................., tunai." Hantaran pun tak tinggi, Alhamdulillah. -----------------  [ Telah diedit oleh: Daeng_Jati pada 04-05-07 08:39 ]
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 04-05-07 08:52
owh...susahnye kalau dapat parents yang meletakkan hantaran yang tinggi
|
danial_muhd
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23070
Posting: 212
Dari: Bukit Mertajam -> gambang
|
Posting pada: 04-05-07 09:03
Adakah hantaran perlu tinggi untuk menunjuk2? Kasihanilah pada lelaki dan bayangkan sekiranya wanita yang lambat kahwinnya di sebabkan hal ini? Dalam kita menjaga institusi kekeluargaan dan Islam, eloklah kiranya hantaran berpatutan mengikut kemampuan lelaki itu.. Takkanlah seorang lelaki yang berpendapatan rm600 mampu untuk memberi hantaran RM10000? Ke manakah wang itu kemudiannya pergi? Bukankah ianya membazir? Mampukah pemuda berpendapatan rm400 mampu untuk memberi hantaran RM10000 walaupun ianya amat tinggi pengetahuannya dalam menjaga Islam dan mampu untuk memberikan sepenuh tannggungjawabnya untuk keluarga dan Islam? Andai hantaran yang tinggi mampu membuatkan ramai lelaki yang tidak kahwin dah maksiat mudah berleluasa.. Bukankah dengan hantaran yang berpatutan mampu mengikatkan kasih sayang dengan lebih lagi kerana wang2 dapat digunakan selepas perkahwinan itu lebih penting daripada hantaran kerana ianya gunaan jangka waktu yang lebih panjang.. Ye.. memanglah kenduri sekali seumur hidup tapi ianya bukan alasan untuk selindungkan pembaziran yang melampau.. Perlukah pelamin? Kenduri yang bermewah hanya untuk menunjukkan yang kita ini seorang yang kaya? entahlah... Ana bercerita atas pengalaman kawan ana.. Kasihan kat dia... Duit tak cukup nak kahwin disebabkan hantaran yang tinggi dan keluarga perempuan itu seperti mewajibkan hantaran berkenaan.. Entahlah... Anak perempuan dah dijadikan seberti barang jualan yang tiada diskaunnya... Wallahua'lam... Ana pun tak tahu kenapa ana taip ini... Ish2... Kasihan kawan ana... tiap-tiap hari sebut nama perempuan itu... Wallahua'lam...
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 04-05-07 11:58
Pada 03-05-07 11:48 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! .. Antara tanda-tanda keberkahan wanita ialah cepat nikahnya, rendah hantarannya dan melahirkan ramai keturunan... 
silap sikit ni..rendah mas kahwin,itu yang wajib bila nak kahwin. p/s:berkat ke wanita tu kalau mas kahwin RM50 tapi hantaran RM15000?? tornado: hantaran adalah punca zina. ramai pasangan berzina sebab tak mampu kahwin.Kenapa tak mampu? HANTARAN adalah punca yang meningkatkan kos kahwin berlipat kali ganda.. ----------------- Biar selekeh asalkan bijak, daripada macho gila tapi bangang!!
|
nur_ashikin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam
|
Posting pada: 04-05-07 12:03
''sudahlah pihak lelaki jugak perlu mengadakan kenduri kahwin di sebelah lelaki.....pihak perempuan pulak secara tidak langsung menekan pihak lelaki supaya support kenduri di pihak perempuan......apa ingat....lelaki ini kilang duit ke???'' garangnye... ----------------- nur_ashikin [ Telah diedit oleh: nur_ashikin pada 04-05-07 12:05 ]
|
Qayum
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.04.2005 Ahli No: 15906
Posting: 84
Dari: Pulo Pine
|
Posting pada: 04-05-07 14:35
Baitulmal perlu memberi pinjaman tanpa faedah untuk bakal pengantin yang menghadapi masalah kewangan. Bukannya menghabiskan duit rakyat untuk benda yang tak berfaedah...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 04-05-07 14:42
Pada 04-05-07 14:35 , Qayum posting:!!! QUOTE !!! ....Baitulmal perlu memberi pinjaman tanpa faedah untuk bakal pengantin yang menghadapi masalah kewangan...... masalah takkan selesai jika ada pihak asyik mengiyakan amalan hantaran yang tinggi-tinggi ini. sikap dan mentaliti ibu bapa pihak perempuan yang tak bertanggungjawab, yang selalu ambik short cut, ambik jalan mudah (supaya tak payah kuarkan duit dari poket sendiri untuk buat kenduri atau duit daripada hantaran menantu lelaki akan cover balik belanja kahwin).... PERLU DIUBAH!!![ Telah diedit oleh: naruto-san pada 04-05-07 14:48 ]
|
fiza_fizi
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta
|
Posting pada: 05-05-07 04:37
nanti kalau hantaran inggi hilang pula nikmat perkahwinan....ye lah...kan terpaksa pula tanggung hutang bagi yang berhutang...tapi...kalau yang banyak duit...tak boleh nak kata lah.....yang penting beringat lah....sikit pun kena kata....banyak pun kena kata...serba tak kena....kalau selaraskan saja....baru org tak bunyi mulut....
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-05-07 04:42
 .... Patutnya perkara ni dah lama ditangani...sememangnya perlu pemantauan dari pihak yang berkenaan...supaya perkara ini tidak membebankan..... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 05-05-07 09:24
hantar kertas cadangan kepada mufti negeri masing-masing...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 05-05-07 13:05
 ... Pada 03-05-07 14:29 , lamyanunalif_mursyidah posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-05-07 11:48 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! .. Antara tanda-tanda keberkahan wanita ialah cepat nikahnya, rendah hantarannya dan melahirkan ramai keturunan... 
assalamualaikum.. akukah wanita itu?? ehehehe.. wassalam
Andalah orang yang menetapkannya sendiri...
|
sahabat2hidayah
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.07.2005 Ahli No: 17043
Posting: 40
Dari: Dunia sementara
|
Posting pada: 05-05-07 15:11
 wrbt.. Kenapa wanita selalu dikaitkan dengan nilai hantaran yang tinggi..
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 05-05-07 16:48
Kenapa lelaki selalu menjadi mangsa hantaran yang tinggi....
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 05-05-07 16:52
ana rasa sebagai orang yang terbabit secara langsung dengan urusan perkahwinan, ana kena bersuara jugak dalam hal ini... ana rasa perbincangan kedua2 pihak penting, bermula dari bakal suami isteri...kalau kedua-duanya dah bincang dan capai kata sepakat, selalunya mak ayah menjalankan saja... cuma ada sesetengah ibu bapa yang pandai2 sendiri menetapkan kadar hantaran tanpa berbincang dengan anak2..ini yang jadi masalah...jadi anak ni mesti mengadu kepada tuan imam atau tuan pegawai agama atau paling2 tak pun pada bapa saudara kadim tentang masalah ni kerana mereka shjlah yang boleh selesaikan masalah ni...lagipun hantaran ni sekali seumur hidup(lainlah agaknya ada niat yang kawin lebih dari 1)...
|
tornado
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.01.2006 Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn
|
Posting pada: 07-05-07 08:43
Pada 04-05-07 14:35 , Qayum posting:!!! QUOTE !!! Baitulmal perlu memberi pinjaman tanpa faedah untuk bakal pengantin yang menghadapi masalah kewangan. Bukannya menghabiskan duit rakyat untuk benda yang tak berfaedah... kalau tak silap, sumber pendapatan baitulmal adalah dari bayaran zakat. boleh ke duit zakat digunakan untuk majlis perkahwinan? layak kah bakal pengantin tu terima duit zakat untuk berkahwin sedangkan dia tak termasuk dalam golongan yang layak terima zakat? walaupun hantaran mungkin seumur hidup sekali, tapi disebabkan mentaliti itulah hantaran menjadi terlalu tinggi sehingga menjadi punca kepada zina!! tornado:baguslah kalau mufti dah mula bersuara, mungkin ada perkembangan yang lebih baik lepas ni.. ----------------- Biar selekeh asalkan bijak, daripada macho gila tapi bangang!!
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 08-05-07 12:23
Terpaksa membujang wang belanja tinggi BALING 7 Mei – Wang belanja dan hantaran yang terlalu tinggi bagi melangsungkan perkahwinan menyebabkan sesetengah lelaki lewat mendirikan rumah tangga dan terpaksa membujang sementara menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin. Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Baling (Badar), Datuk Abdul Wahab Din berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada golongan lelaki yang telah mempunyai teman wanita tetapi terpaksa menangguh hajat untuk berkahwin kerana masalah kewangan. ‘‘Mereka memberi alasan hantaran terlalu tinggi dan kos belanja majlis perkahwinan yang juga besar telah menyekat hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, sikap pihak tertentu yang meletakkan hantaran perkahwinan terlalu tinggi menyebabkan timbulnya perasan berbelah bahagi di kalangan lelaki untuk berkahwin. Mengulas surat pembaca dalam Utusan Malaysia hari ini berhubung isu hantaran perkahwinan yang tinggi dan boleh menyukarkan pasangan pengantin, beliau berkata, tindakan itu boleh mengundang pandangan negatif terhadap perkahwinan dalam Islam. Beliau mengakui wang hantaran dan belanja perkahwinan pasangan pengantin sekarang telah meningkat sehingga RM12,000 berbanding antara RM3,000 dan RM5,000 sebelum ini.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 08-05-07 12:53
isteri yang harganya (nilai hantaran) lebih daripada RM 10000 tidak dibenarkan lagi pulang ke kampungnya selepas kahwin....sebab suami "dah beli" isteri daripada family mertua. kalau balik jugak tanpa kebenaran/tanpa pengetahuan suami...maka durhaka hukumnya. dan kalau suami menceraikan isteri tadi disebabkan durhakanya si isteri....maka si isteri dan family isteri kena bayar balik nilai hantaran kepada bekas suami. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 08-05-07 12:57 ]
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 08-05-07 13:47
Pada 08-05-07 12:23 , muslimah_jun posting:!!! QUOTE !!! Terpaksa membujang wang belanja tinggi BALING 7 Mei – Wang belanja dan hantaran yang terlalu tinggi bagi melangsungkan perkahwinan menyebabkan sesetengah lelaki lewat mendirikan rumah tangga dan terpaksa membujang sementara menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin.
Pengerusi Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Baling (Badar), Datuk Abdul Wahab Din berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada golongan lelaki yang telah mempunyai teman wanita tetapi terpaksa menangguh hajat untuk berkahwin kerana masalah kewangan.
â€â€Mereka memberi alasan hantaran terlalu tinggi dan kos belanja majlis perkahwinan yang juga besar telah menyekat hasrat mereka untuk menamatkan zaman bujang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, sikap pihak tertentu yang meletakkan hantaran perkahwinan terlalu tinggi menyebabkan timbulnya perasan berbelah bahagi di kalangan lelaki untuk berkahwin.
Mengulas surat pembaca dalam Utusan Malaysia hari ini berhubung isu hantaran perkahwinan yang tinggi dan boleh menyukarkan pasangan pengantin, beliau berkata, tindakan itu boleh mengundang pandangan negatif terhadap perkahwinan dalam Islam.
Beliau mengakui wang hantaran dan belanja perkahwinan pasangan pengantin sekarang telah meningkat sehingga RM12,000 berbanding antara RM3,000 dan RM5,000 sebelum ini. kasihan lelaki... perkahwinan dah jadi macam perniagaan pula.. berlumba-lumba nak naikkan harga.. sapa dapat letak hantaran paling tinggi dalam kampung kira champion lah gamaknya tu.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-05-07 14:02
tu lah, wanite sekarang dah mahei2 dah... teman kena kumpui duit bebetui kalau nak kawin... dengo kata orang kedah mahei?  orang mana yang murah?
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 08-05-07 14:09
Pada 08-05-07 14:02 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! dengo kata orang kedah mahei?  orang mana yang murah? Mana-mana lelaki pun pikior begitu juga Daeng.. Mahei belake.. tapi depend pada family wanita sebenarnya.. Kedah pun depend pada family.. kalau family btolak ansur tak ada hal.. Bukan apa.. at last si lelaki tu jugak yang nak bbelanja lebih besar dari harga hantaran tu nanti.. Lagi pun apa hal nak 'dera' lelaki yang berjanji nak jaga anak perempuan mereka.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 08-05-07 16:50
Ni lah akibatnya jika duit di jadikan matlamat hidup bukannya alat dalam kehidupan...Semakin lama semakin ramai anak luar nikah yang di lahirkan...Mana tak nya...Couple dah lama...nak kahwin tak ada duit...kena lah kumpul duit dulu baru boleh kahwin...Bila dah tak dapat nak kawal nafsu berlaku lah penzinaan...Nak buat dengan cara yang halal tak mampu lagi... Hantaran tu di buat seolah-olah termasuk dalam rukun nikah.... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 08-05-07 17:06
mentaliti ibu bapa si perempuan yang malas dan sengaja malas untuk menjalankan tanggungjawab mereka mengadakan kenduri kahwin untuk anak mereka perlu diubah....just harapkan duit hantaran bakal menantu support majlis kenduri.....betul-betul tak bertanggungjawab. p/s: hantaran sengaja diwujudkan untuk kepentingan family belah perempuan....hantaran perlu dimansuhkan!!!.....yang perlu ada hanya mas kahwin. [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 09-05-07 01:54 ]
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 09-05-07 02:08
tak pun sbab da majoriti pemahaman cmtue....nak buat bagaimana... kena ubah lah pikiran ini...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 09-05-07 02:12
Pada 08-05-07 17:06 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! hantaran perlu dimansuhkan!!!.....yang perlu ada hanya mas kahwin. hehe...susah nak ubah benda ni sebab orang Melayu ni kuat sangat berpegang pada adat...Saya pernah kata kat emak saya tak payah ada hantaran kalau ada orang masuk meminang adik saya...Tapi mak saya tak bersetuju...Dia kata orang Melayu ni ada adat... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 09-05-07 02:43
Pada 09-05-07 02:12 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! hehe...susah nak ubah benda ni sebab orang Melayu ni kuat sangat berpegang pada adat...Saya pernah kata kat emak saya tak payah ada hantaran kalau ada orang masuk meminang adik saya...Tapi mak saya tak bersetuju...Dia kata orang Melayu ni ada adat... huuu....kalaulah naruto-san sekarang ini sebagai ayah si lelaki....nahaslah....." sorry, i think u are messing with wrong people"....perkahwinan itu takkan terjadi.... "abang ngah, rasanya abang ngah kena cari bakal isteri yang lain" - actually ini hanya strategi untuk mengertak family perempuan....plus berdakwah secara berhikmah dengan mereka.....tapi kalau mereka tak mahu terima dakwah itu....nak buat bagaimana....anak lelaki naruto-san kenalah cari yang lain....bunga yang solehah yang datang dari benih family yang soleh bukan sekuntum....hehehe. p/s: naruto-san percaya dan yakin.... TEGAS itu jugak salah satu cabang dakwah berhikmah.[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 09-05-07 02:47 ]
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 09-05-07 15:15
senang-senang tak payah ada hantaran.... yang wajib adalah mahar bukan hantaran...
|
lobam_shibin
WARGA SETIA Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah
|
Posting pada: 10-05-07 12:23
!!! QUOTE !!! naruto-san p/s: hantaran sengaja diwujudkan untuk kepentingan family belah perempuan....hantaran perlu dimansuhkan!!!.....yang perlu ada hanya mas kahwin !!! QUOTE !!! aye senang-senang tak payah ada hantaran kalau tak ada hantaran kasihan pula kepada keluarga belah perempuan yang tak berkemampuan. cuba kalau jadi pada anak kita nanti. kena pula time depa nak kawin kita tengah kering. takkan nak buat muka minta tangguh. pengantin perempuan pulak yang minta tangguh. hahaha. perlu diadakan tapi biarlah berpada-pada. -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-05-07 14:47
Pada 10-05-07 12:23 , lobam_shibin posting:!!! QUOTE !!! kalau tak ada hantaran kasihan pula kepada keluarga belah perempuan yang tak berkemampuan. cuba kalau jadi pada anak kita nanti. kena pula time depa nak kawin kita tengah kering. takkan nak buat muka minta tangguh. pengantin perempuan pulak yang minta tangguh. hahaha. perlu diadakan tapi biarlah berpada-pada. hahaha....cuba kalau tukar sikit ayat yang dibold kat atas.... kasihan pula kepada keluarga belah lelaki yang tak berkemampuanjangan ingat semua family lelaki berkemampuan....sudahlah family lelaki tak bekemampuan, mereka pun kena buatt kenduri belah mereka juga....disuruh,dipaksa secara halus untuk support pulak kenduri belah perempuan....apa kejadahnya system nikah kahwin di malaysia ini?? kalau nak tolong family perempuan buat kenduri....dah lama dah hantaran ini jadi wajib dalam Islam.....tapi Kenapa sejak zaman Rasulullah SAW hanya ada mas kahwin (mahar).....hantaran tak ada...hantaran ini hanya budaya melayu saja...diwujudkan semata-mata bagi kepentingan pihak perempuan yang pemalas nak kuarkan duit buat kenduri....cis, sungguh tak bertanggungjawab.... tanggungjawab adakan kenduri belah perempuan adalah tanggungjawab ayah si perempuan, bukan tugas bakal suami atau family bakal suami!!!kalau tak mampu....buat kenduri kecil2 sudahlah....objective kenduri adalah untuk memberitahu kat org ramai yang si perempuan berkenaan telah berkahwin....ini tak....ramai yang buat kenduri untuk menunjuk2, bersombong2,berbazir, bermegah2, dengan org kampung. jom berkempen....adat hantaran perlu dimansuhkan!!!! [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 10-05-07 14:48 ]
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-05-07 14:56
kalau pihak perempuan nak sangat bermegah2, tayang2, eksyen dengan hantaran yang tinggi dan kenduri yang besar2....pergilah berbesankan donald trump...anak dia donald junior still single....ataupun berbesankan ananda krishnan ke, yusuf haslam ke, berbesankan atau bermenantukan paklah ke ...kan paklah dah duda, dia perlukan isteri.....bermenantukan khairy jamaluddin ke...si khairy oxford itu masih ada 3 lagi kuota kosong....haaa....mintaklah hantaran yang tinggi puas2...suruhlah diorg2 ini support kenduri kahwin anda.
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 10-05-07 15:02
mita maaf sb menyibuk. Kenapa naruto_san...pernah ada sejarah terselindung disebalik kata ke? macam bersemangat sangat-sangat-sangat saja....????
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 10-05-07 15:02
mita maaf sb menyibuk. Kenapa naruto_san...pernah ada sejarah terselindung disebalik kata ke? macam bersemangat sangat-sangat-sangat saja....????
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-05-07 15:09
banyak sangat...pengalaman sepupu2 dan pengalaman abang naruto-san sendiri....tengok depan mata betapa sedih, sebak nya mak ayah, makcik dan pakcik naruto-san kerut dahi lepas majlis peminangan....cari duit tolong anak lelaki masing-masing untuk bayar hantaran. anda pihak perempuan ingat lelaki dan family lelaki ini apa.....KILANG COP DUIT ke!!!!!!.....sudahlah pemalas, tak bertanggungjawab, tak jalan tugas sebagai ayah pihak perempuan....dipaksa pulak pihak lelaki support kenduri dengan cara halus iaitu bayar hantaran yang tinggi......kalau dah kemaruk sangat nak menunjuk2, eksyen dengan org kampung....pergi lah berbesankan donald trump. jom sokong and berkempen....adat hantaran yang mengarut ini perlu dimansuhkan!!!! [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 10-05-07 15:11 ]
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 10-05-07 15:11
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 10-05-07 15:26
oo..begitu ke..faham...seperti kisah adam_muslimin hantar. Bagus juga cerita tu. http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=31395&forum=68f413629mula-mula bincang dulu dengan wanita tersebut. Lepas tu biar anak gadis tu taya dulu dengan mak ayh agak nak letak berapa spy tak adalah terkejut anak gadisnya juga. Pas jk macam nak bagi mahal ke gadis tersebut bgla cerita adm_muslimin jk parents yang minat membaca. Print elok-elok. Jk tak, bisik2la dekat parents jk boleh ringkasan cerita yang petang firman Allah sebab rasanya menyentuh keadaan semasa. Nampaknya pihak lelaki kenala banyak solat & doa dulu minta Allah permudahkan & lembutkan hati hmb2Nya yang menjadi ibubapa pada gadis tersebut sebelum tiba hari & sebelum melangkah lagi sekali ke rumah ibubapa gadis berkenaan. banyak baca surah Thoha. Hati makhluk Allah pegan jk banyak doa insyaAllah lembut, kecuali kita nak diuji @ pun memang bukan jdoh. Wallahua'lam.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 10-05-07 15:32
ini salah satu adat dalam melayu yang mengarut dan menyusahkan. hantaran perlu dimansuhkan....jom sama-sama berkempen!!!
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 16-05-07 18:41
Kalau keadaan sekarang ni berterusan tak dapat nak bayangkan nilai hantaran 15 tahun akan datang...Agak-agaknya berapa ek??? RM20,000??? RM30,000???... Kalau kita perhatikan nilai hantaran ni berkadar terus dengan masa...Semakin lama masa semakin tinggi nilai hantaran...Tak percaya cuba buat sebuah graf...Yang pastinya kita akan dapat graf yang sama macam graf demand... Takut satu hari nanti perkahwinan ni hanya untuk orang yang kaya saja...Maka bertambah teruk lah gejala sosial... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-07 18:44
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 16-05-07 18:45
Pada 16-05-07 18:41 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Kalau keadaan sekarang ni berterusan tak dapat nak bayangkan nilai hantaran 15 tahun akan datang...Agak-agaknya berapa ek??? RM20,000??? RM30,000???...
Apa susahnya.. generasi kita lah yang perlu ubah budaya ni.. bila jadi mak ayah nanti.. letakkan hantaran murah saja.. biar jadi budaya semula.. tapi, jangan melawan sapa yang paling murah pulak.. gerenti menang yang letak hantaran free...  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
aniq_1703
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2007 Ahli No: 29220
Posting: 28
Dari: PULAU PINANG
|
Posting pada: 18-05-07 11:17
salam semua.... betul tu kan?? kalau letak tggi2 bagaimana lah laki nak kahwin??? jadi perempuan pula yang nak kahwin mesti cari laki yang kerja hebat2 lah kan?? sebab tu sekarang ni banyak berlaku maksiat dan zina di merata2 tempat kan?? sebab ni lah stu puncanye... nak kahwin tak ada duit,jadi ambik cra tu lah kan?? sma2lah kita pikir2kn ye???? mak bapak pun kena lah bertimbgrasa sama erk.....
|
saffaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah
|
Posting pada: 18-05-07 11:46
bila Islam terpisah dripada adab dan adat kehidupan... macam-macam lah perkara yang xdiingini terjadi.. doaknlah spy Islam kembali bertapak ke dalam jiwa setiap Muslim...psni dah xdla masalah hntaran tgi ni...
|