Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 277
Ahli: 0
Jumlah: 277




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Peralatan
Topik: M.Mobile merintis persaingan gajet popular


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» M.Mobile merintis persaingan gajet popular

Please Mendaftar To Post


Oleh M.Mobile merintis persaingan gajet popular

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 15:13


/
Duta M.Mobile, penyanyi terkenal Mawi, bersama rakan artis Bienda menunjukkan model terbaru telefon bimbit jenama itu pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BUKAN lagi ‘Aura Komunikasi Kita’ tetapi ‘Let‘s Keep In Touch’.

Biar apa pun taglinenya, syarikat pengeluar telefon bimbit pertama negara, M dot Mobile Sdn. Bhd. (M. Mobile) ini seharusnya membuatkan kita berasa bangga.

Masakan tidak, dalam usia yang boleh dikatakan setahun jagung, syarikat ini sudah mampu mengeluarkan lima model telefon bimbit yang dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran dalam negara.

Lebih membanggakan, model telefon bimbit itu bukan sahaja mampu bersaing dengan barisan jenama gajet itu yang lebih popular, malah turut mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran antarabangsa.

Bermula dengan model pengenalan iaitu M10 yang dilancarkan tahun lalu, diikuti dengan model MB310 dan MB110 Februari lalu, M.Mobile meneruskan kecemerlangan mereka apabila memperkenalkan pula model terbaru iaitu MB320 dan MS310.

Hadir dalam reka bentuk nipis dan menawan, kedua- dua model itu yang diberi julukan Executive Series didatangkan lebih eksklusif dalam warna hitam sekali gus menampilkan ciri-ciri mewah dan bergaya.

Menurut Presiden M.Mobile, Norhamzah Nordin, model terbaru yang diberi julukan Ultra Slim MB320 dan Super Chic MS310 itu dilancarkan sebagai isyarat bahawa syarikat berkenaan bersedia untuk bersaing dengan lebih berani di pasaran telefon bimbit dengan memperkenalkan gajet kelas pertengahan pada harga mampu milik.

Ia jelas ditunjukkan menerusi teknologi terkini yang dilengkapkan kepada kedua-dua model itu antaranya kamera terbina dalam serta kelebihan multimedia seperti muzik dan video selain kapasiti memori yang besar.

‘‘Kelebihan ini memberikan keyakinan kepada kami untuk lebih menerokai pasaran antarabangsa dan usaha itu diperkukuhkan lagi dengan tagline baru kami yang lebih bersifat universal,†katanya ketika melancarkan model terbaru telefon bimbit M.Mobile itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II, Datuk Mohamad Norza Zakaria, Pengerusi Kosmo Technology Industrial Berhad, Datuk Dr. Nik Abd. Rashid dan duta M.Mobile, penyanyi terkenal, Mawi.

Disasarkan kepada kumpulan remaja dan warga profesional berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun, MB320 dan MS310 hadir dalam tawaran harga menarik iaitu masing-masing RM849 dan RM888.

Binaannya yang nipis dan ringan diperkemaskan lagi dalam reka bentuk terkini yang sememangnya menjadi pilihan pengguna ketika ini iaitu jenis geluncur dan candy bar yang mudah dan selesa digayakan sepanjang masa.

Antarabangsa

Reka bentuk itu juga memungkinkan kedua-dua model terbaru M.Mobile itu dengan mudah menembusi pasaran antarabangsa dan sebagai bukti, ia berjaya menarik perhatian sebuah syarikat dari Afrika Selatan untuk memasarkannya ke negara berkenaan.

Syarikat itu iaitu Indian Ocean Research Associates (Pty) Ltd. (IORA) dalam majlis yang sama telah menandatangani perjanjian sebagai pengedar tunggal telefon bimbit M.Mobile di negara berkenaan.

Perjanjian itu membolehkan sekurang-kurang 100,000 unit telefon bimbit M.Mobile dipasarkan di sana sekali gus memperluaskan jaringan pasaran antarabangsa syarikat berkenaan selepas berjaya menembusi pasaran Arab Saudi dan Zambia.

‘‘Kami juga telah mengenal pasti rakan-rakan strategik di lokasi-lokasi penting di dunia yang bersedia memberikan laluan bagi menembusi pasaran yang memerlukan telefon bimbit berkualiti pada pada harga berpatutan dalam masa sama hadir dengan fungsi yang melengkapkan gaya hidup Muslim,†ujar Norhamzah.

Dengan pelancaran MB320 dan MS310 ini, M.Mobile masih mempunyai sekurang-kurang 10 lagi model telefon bimbit terkini yang akan dilancarkan sepanjang tahun ini melengkapkan 14 model keseluruhannya.

Model-model terkini itu pastinya tampil lebih menawan dan canggih antaranya berfungsi pada jaringan teknologi 3G serta menyokong aplikasi Internet yang lebih luas.

Sama-samalah kita nantikan dan memberikan sokongan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.080336 saat. Lajunya....