Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
It is possible to fail in many ways...while to succeed is possible only in one way.
-- Aristotle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Mengenang setahun pemergian Tun Ghafar Baba


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Mengenang setahun pemergian Tun Ghafar Baba

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengenang setahun pemergian Tun Ghafar Baba

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 15:05


PADA pukul 7.35 pagi, 23 April 2006, setahun yang lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Tun Ghafar Baba setelah dirawat 90 hari di beberapa buah hospital. Pada pagi Ahad yang suram itu seorang negarawan pergi untuk selama-lamanya, perjuangan seorang nasionalis tulen yang bermula dari bawah sebagai aktivis guru Melayu yang berakhir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara.

Tun Ghafar menyertai politik sejak remaja, ketika berumur 15 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939. Selepas perang, beliau menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Pengkalan Balak, Melaka dan menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Kegiatan politik ini diteruskan di SITC (1946 - 49) di mana bakat dan potensi kepimpinan digilap di Tanjong Malim sebagai ketua pelajar. Sebagai ketua pelajar beliau mempelopori politik pelajar, membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman. Kejayaan tuntutan ini membuktikan kebolehan Ghafar sebagai pemimpin pelajar.

Ghafar lulus SITC pada Julai 1949 dan kembali mengajar di Melaka. Pengharaman PKMM pada tahun 1948 memudahkan minat Ghafar dalam bidang politik. Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka.

Pada 25 Mac 1951 Onn mengundur diri daripada UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra dipilih menjadi Yang Dipertua. Dalam persidangan ini juga Pemuda UMNO mencadangkan Fasal 34 cogan kata ‘‘Hidup Melayu’’ digantikan dengan ‘‘Merdeka’’. Apabila kepimpinan UMNO beralih kepada Tunku dan memakai slogan ‘‘Merdeka’’ Ghafar mencatat dalam memoir Penitianku, ‘‘ramai bekas ahli PKMM menyertai UMNO termasuk saya dan Tan Sri Aishah Ghani’’. Menurut catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana pada masa itu ramai pemimpin kanan UMNO keluar UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Oleh kerana aktif dalam kesatuan guru dan politik, beliau dipindah sekolah sebanyak empat kali oleh Mr. Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.

Ghafar terpilih menjadi Setiausaha UMNO Negeri Melaka (1951). Pentadbiran UMNO Negeri agak lemah ketika itu. Menurut catatan Ghafar, ‘‘Pejabat UMNO Melaka ketika itu menumpang pejabat Encik Tamby bin Abdullah, seorang juruukur. Setiap hari saya bekerja di situ di sebelah petang. Di sebelah pagi saya mengajar di sekolah. Pejabat itu terlalu buruk. Setiap hari saya terpaksa mengelap lantai kayu kerana habuk jatuh dari bumbung yang telah pecah-pecah. Saya sendiri yang menaip dan mengepos surat. UMNO tidak mampu mengadakan kerani dan office-boy kerana tiada wang. Biasanya sebelah malam kami menjelajah ke kampung-kampung memberi penerangan dan menubuhkan cawangan. UMNO Melaka hanya mempunyai 49 ahli berdaftar pada 1952 dan meningkat kepada 40,000 dalam masa 20 tahun.’’

Kenyataan ini membuktikan komitmen dan kegigihan Ghafar dalam UMNO, satu tabiat yang dibawa dari pengalaman berjuang dalam KMM dan PKMM.

Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka, satu usul diterima menuntut British supaya diadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan Perundangan Persekutuan (Legco). Tuntutan ini tidak dilayan oleh Sir Oliver Lyttleton, Setiausaha Kerajaan British dan sebagai tindakan susulan, Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA. Mesyuarat mengambil keputusan menghantar rombongan ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana.

Menderma

Oleh kerana pada masa itu UMNO tiada dana, pengerusi persidangan merayu ahli- ahli UMNO menderma dan rayuan ini disambut dengan wang derma turun mencurah dari tingkat atas dewan sementara Pergerakan Kaum Ibu menderma barang- barang kemas. Selepas persidangan itu, akhbar-akhbar Melayu menyiarkan rayuan derma ini dan orang-orang kampung pula menderma padi dan beras. Tiga hari selepas itu, dengan bantuan derma orang ramai membolehkan Tunku, tahu Tan dan Tun Razak bertolak ke London. Menurut Tunku, ‘‘The Malacca Meeting made a great imapct on the minds of the people of the country, and we must thank Abdul Ghafar for organizing it. From tht moment on, the Alliance was a party to be reckoned with. The Rulers and the British began to sit up and take notice of the new political awakening in the country.’’

Jasa dan kepimpinan Ghafar dibalas Tunku dengan melantik beliau sebagai Ketua Bahagian Melaka (1955) dan pada 15 Jun 1955, Ghafar meletak jawatan sebagai guru yang bergaji tetap, bertanding dalam Pilihanraya Persekutuan. Beliau menang di kawasan Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar 23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri tetapi menolak.

Menurut diari peribadi Ghafar yang dalam simpanan anaknya, Tamrin, pada 1 Januari 1956, beliau berada di Singapura untuk menghantar rombongan kemerdekaan yang akan bertolak dengan kapal Asia dari pelabuhan Singapura ke Karachi. Sejak keberangkatan itu tidak henti-henti sana sini cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara mengadakan sembahyang hajat dan majlis baca Yasin. Rombongan itu tiba di London pada 14 Januari 1956 dan pada 18 Januari bermula rundingan kemerdekaan. Pada 7 Februari 1956, Tunku menghantar kawat telegram yang cukup ringkas tetapi amat mahal nilainya daripada aspek perjuangan orang Melayu selama 446 tahun – ‘‘perundingan successful’’. Esoknya pada tanggal 8 Februari 1956, Perjanjian Kemerdekaan dimeterai di Lancaster House. Selepas itu Tunku melawat Kolej Perguruan Kirkby di Liverpool dan di hadapan 300 pelajar Malaya beliau mengumumkan kejayaan perundingan kemerdekaan itu.

Jika pada 1954 Ghafar menjadi penganjur ‘‘The Malacca Meeting that made a great impact on the minds of the people of the country’’ pada 20 Februari 1956, sekali lagi Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar-besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi di Lapangan Terbang Batu Berendam dan bawa ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000 rakyat pelbagai kaum dan keturunan telah berkumpul. Ghafar sebagai penganjur majlis, yang amat faham sensitiviti pelbagai bangsa di Tanah Melayu, mengatur wakil-wakil pelbagai kaum bercakap; pertama Tan Cheng Lock, kedua Sambanthan, ketiga Datuk Panglima Bukit Gantang mewakili Raja-Raja Melayu.

Akhirnya beliau memberi satu ucapan yang penuh bersemangat ‘‘....kita telah berjaya menebus maruah yang telah hilang.... langkah mayat kita semua lebih dahulu, patriot negara, jika ada sesiapa yang cuba merampas kemerdekaan dan kedaulatan kita....’’ Selaku Pengerusi Majlis kemudian beliau menjemput Tunku berucap dan di mana Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Ghafar diberi penghormatan oleh Tunku membaca Watikah Kemerdekaan Melaka dalam Persekutuan Tanah Melayu dan beliau juga mereka bentuk logo dan bendera Negeri Melaka .

Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi dan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Ghafar menerima dugaan yang cukup besar apabila guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Isu pelajaran dipolitikkan oleh kesatuan guru dan mereka mengecam UMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini dan mengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958.

Peranan Ghafar dalam menangani kemarahan kaum guru Melayu ini terdapat dalam buku terbitan Pustaka Antara ‘‘Sejarah Perjuangan UMNO’’ di mana dicatatkan dalam bulan Februari 1958 itu telah menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen memberi penerangan tentang isu sekolah menengah aliran Melayu yang menimbulkan pertikaian itu. Menurut Ghafar, UMNO dan Kerajaan Perikatan tidak akan khianat kepada perjuangan bangsa Melayu cuma dari segi pelaksanaan sahaja yang menghadapi masalah kerana negara kita masih lagi kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran. Kempen Ghafar ini mendapat sokongan padu bekas-bekas pemimpin guru KPGMS dalam UMNO seperti Hajah Ibu Zain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan dan ramai lagi guru Melayu yang setia kepada UMNO. Setelah reda ribut dalam cawan, didapati secara rasmi hanya 40 orang guru yang keluar UMNO, menunjukkan keberkesanan kempen-kempen penerangan Ghafar.

Pada pilihan raya Ogos 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjong Kling, menang dengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua Menteri selama dua penggal 1959- 1967 Ghafar melaksanakan pelbagai program pembangunan. Ghafar juga mempromosi Melaka sebagai destinasi pelancongan.

Tunku melihat potensi kepimpinan yang cukup besar dalam diri Ghafar dan perlu diketengahkan. Maka pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi Mara dan Fama. Oleh kerana terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan di Pusat, Ghafar meletak jawatan kami Melaka. Dan di Mara, banyak yang dilakukan oleh Ghafar.

Dilantik

Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabila transit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara, menang dengan majoriti 6,811 undi dan pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam Kabinet Tun Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siri Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dan sebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahir YPEIM.

Setelah Razak meninggal dunia 14 Januari 1976 di London, Hussein Onn dilantik Perdana Menteri. Ramai yang tidak tahu bahawasa Hussein meminta Ghafar terus kekal dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap dengan pendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi.

Walaupun Ghafar tidak lagi dalam Kabinet, tetapi sumbangannya diminta dalam membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja dilanjutkan kepada 60 hari.

Pada tahun 1992 sekali lagi UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju untuk Perlembagaan dipinda di mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.

Ghafar juga memainkan peranan dalam mendamaikan krisis Gerakan dan MCA.

Sebagai Setiausaha Agung BN, jasa Ghafar yang besar ialah menjadi pendamai untuk menyelesaikan krisis dalaman MCA di antara Neo Yee Pan dan Tan Koon Swan pada 1983.

Ghafar adalah pejuang tulen, tidak mengejar jawatan, pangkat dan darjat dalam politik. Ini dibuktikan apabila dua kali beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan 1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara pasukan Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sanusi Junid yang tidak berklik. Ghafar berundur untuk memberi laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden. Pada 15 Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Beliau melihat dari luar dengan penuh sayu apabila UMNO menghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO. Dalam usianya yang lanjut Ghafar tetap memberi sumbangan kepada UMNO, tidak kira waktu senang mahupun waktu susah.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006, Abdullah, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO memberi penghormatan kepada Allahyarham Ghafar. Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-57 di PWTC pada 15 November 2006, Abdullah membaca belasungkawa dan mengumumkan:

“Pada pagi 23 April 2006, negara dilindungi mendung sebaik mendapat berita kembalinya ke rahmatullah Tun Abdul Ghafar Baba. Telah padamlah satu kandil negara, yang sepanjang hayatnya telah menyalakan cahaya untuk negara bangsanya. Seorang tokoh UMNO yang kesetiaannya kepada parti tidak pernah tergoncang di masa susah, tidak tergoyang di masa senang. Beliau adalah tokoh ternama dan ulung. Jasa beliau kepada parti, negara dan bangsa amatlah besar. Sebagai penghormatan kepada jasa bakti tersebut, kerajaan memutuskan untuk mewujudkan kursi pengajian yang diabadikan atas nama Tun Abdul Ghafar Baba dan ditempatkan di ‘alma mater’ Allahyarham, di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sebuah yayasan akan ditubuhkan atas nama beliau.’’

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082962 saat. Lajunya....