Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 255
Ahli: 0
Jumlah: 255

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: Cakno Agama!!!!

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Cakno Agama!!!!

Please Mendaftar To Post

Oleh Cakno Agama!!!!

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 15:01

Salam...
Anda seorang yang prihatin terhadap agama???mari sama-sama kita buka gelanggang cakno agama untuk membincang sebarang isu yang berkaitan dengan agama supaya minda kita terbuka dengan keadaan umat Islam sekarang...sejauh mana sensitiviti kita terhadap Islam apabila dicabar oleh agama lain...ketika Rasulullah dihina...apa komen anda semua?????

-----------------
Jika dikatakan embun pagi itu suci...suci lagi pengorbanan & keikhlasan...jika dirasakan permata nilam itu indah...indah lagi ukhwah yang terjalin antara k

Bookmark and Share

  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

sabrina_asu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26284
Posting: 39
Dari: kedah

Kedah  

posticon Posting pada: 29-04-07 15:16

waalaikum salam...saya setuju ...awak dah lakukan langkah terbaik dalam meningkatkan kesedaran mengenai situasi sebenar umat Islam kini...tahniah...semoga ramai yang menyokong gelanggang cakno.....insyaALLAH

Bookmark and Share

  Member Information For sabrina_asuProfil   Hantar PM kepada sabrina_asu   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 29-04-07 15:22

Sebelum pergi lebih lanjut, orang2 yang tak tahu makna 'cakno' kena paham dulu perkataan ini....

Cakno - ambil kisah, ambil peduli, care

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  

posticon Posting pada: 29-04-07 15:25

siapa yang tak kisah kalau agama yang menjadi pangangannya dihina
lebih2 lagi pesuruh Allah ,Nabi s.a.w

Bookmark and Share

  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 18:11

Pada 29-04-07 15:22 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Sebelum pergi lebih lanjut, orang2 yang tak tahu makna 'cakno' kena paham dulu perkataan ini....

Cakno - ambil kisah, ambil peduli, care

baru nak tanya tadi.. hehe sib baik dah bagitahu.. cakno ni bahasa kelate ke?

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 18:23

then...apa soalannya?
dah bincang pasal bahasa pula dah

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 20:28

soalan pertama

semua agama diajar untuk menyuruh pengikutnya melakukan perkara baik.mengapa hanya perlu mengikut Islam?bolehkah kalau tak ikut agama langsung?

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 29-04-07 20:36

Pada 29-04-07 18:11 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-04-07 15:22 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Sebelum pergi lebih lanjut, orang2 yang tak tahu makna 'cakno' kena paham dulu perkataan ini....

Cakno - ambil kisah, ambil peduli, care

baru nak tanya tadi.. hehe sib baik dah bagitahu.. cakno ni bahasa kelate ke?

cakno tu bahasa klate

Pada 29-04-07 18:23 , trouver_99 posting:

!!! QUOTE !!!

then...apa soalannya?
dah bincang pasal bahasa pula dah

solannya? umum agaknya...sebelum apa-apa semua kena paham dulu tajuk..so tak timbul bincang pasal pemahaman tajuk tu macam introduction lah..apa da...

-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 20:55

tahukah anda agama islam semakin d hina... pernahkah anda menonton cerita 300 d pawagam... itu antaranya... selain itu... lihat nagara kita sendiri... pelbagai surat berantai,sms berantai telah tersebah.. dengan ini menunjukkan agama kita ini sangat kejam...

--------------------------------------------------------

hidup ini harus d teruskan....

Bookmark and Share

  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 29-04-07 22:02

oooo lah...tak bincang lagi ke....
tajuk umum...kasi lah cepat satu tajuk..contohnya macam mana?
cerita 300 tu bukan ke kerajaan parsi dengan rom...rasanya time tu Islam masih belum berkembang...memang lah kebiasaan orang arab untuk menutup muka berserban semua tu..

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar

posticon Posting pada: 30-04-07 07:58

niii lah Islam Hadhari di Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 06-05-07 22:29

cakna bukan bahasa kelate saja, ada pun dalam kamus dewan:

cakna Tr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yang ~ makan minum ayah kau.

tapi tak ditolak kemungkinan asalnya dari pantai timur (kelantan & terengganu) sama macam perkataan "sohor" (masyhur).

!!! QUOTE !!!

cerita 300 tu bukan ke kerajaan parsi dengan rom...rasanya time tu Islam masih belum berkembang...memang lah kebiasaan orang arab untuk menutup muka berserban semua tu..

saya tak tengok lagi cerita ni, tapi kawan-kawan kata cerita ni based on serangan tentera salahuddin al-ayyubi ketika merampas kembali masjidil-aqsa, yang 300 tu adalah puak kristian yang terperangkap di palestin.

so, yang mana satu betul? wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 07-05-07 01:08

aduhai...
memang ada dalam sejarah pun tentang peperangan antara sparta dengan persia.sebelum buat sesuatu keputusan adalah lebih baik rujuk dahulu sejarah agar tidak menimbulkan sebarang keraguan.

try lah selak selak tentang sejarah Rom atau yang berkenaan.memang ada peperangan tersebut.tak ada kaitan langsung dengan Islam time tu.

cuba sesiapa search tentang buku War Like No Other: How the Athenians and Spartans Fought the Peloponnesian War ataupun apa apa berkenaan tentang Rome atau sparta.

wallahu'alam...

-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =

Bookmark and Share

  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  

posticon Posting pada: 07-05-07 07:23

memang tak ada kaitan dengan islam...tapi dia kaitan parsi (Iran sekarang) dengan Rom...Kira macam propaganda terhadap Iran lah..selaku negara islam...

p/s : ana tarik balik penyataan Cakna - bahasa kelate...Bahasa Melayu rupanya....agaknya agaknya mula-mula dalam bahasa kelatan (Cakno), then ditaruk dalam bahasa Melayu baku jadi (Cakna)...

Bookmark and Share

  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar

posticon Posting pada: 07-05-07 18:16

Rasanya filem 300 ni alat nak memburukan Iran sebab filem ni keluarkan semasa konflik nuklear Iran dan barat...Sikit sebanyak Islam akan kena tempiasnya...

-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...

Bookmark and Share

  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  

posticon Posting pada: 07-05-07 21:54

Alamak...ana tak tengok lagi lah cerita ni..
Bagi ana, bukan saja cerita 300 yang menjadi propaganda orang kafir untuk menyampaikan dakyah, tapi banyak lagi yang lain..

Bookmark and Share

  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-05-07 11:40

saya cukup risau dengan keadaan kita sekarang...dimanakan sensitiviti kita sebagai oprang Islam...maka tidak hairanlah ada pihak yang cuba memporakperandakan kita dengan pelbagai cara melalui hiburan, sukan, sek dan banyak lagi tanpa kita ketahui sehingga mereka berani menghina Nabi...apakah tindakan kita???sama-sama kita fikirkan masa hadapan agama Islam yang kita cintai...

Bookmark and Share

  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 15-05-07 11:43

dah tak sensitip lagi dah...

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-05-07 11:48

Umat islam sekarang rata-rata sudah bjiwa liberal dan sekuler.....
Sensitiviti mereka kepada maruah agama tgelam....
"islam itu tinggi...dan tiada lebih tinggi dari islam"

Takbir !!!!

Bookmark and Share

  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar

posticon Posting pada: 16-05-07 23:26

semua agama diajar untuk menyuruh pengikutnya melakukan perkara baik.mengapa hanya perlu mengikut Islam?bolehkah kalau tak ikut agama langsung?

assalammualaikum

Allah ada berfirman dalam surah al imran bahawa hanya islam satu-satunya agama ytang diredhai Allah dan Allah tidak redha agama selain itu..

fitrah manusia perlukan agama. itu fitrah dan memang dah tercatat dalam al quran.

perlu yakin agama islam. Kalau benar muknin rak boleh persoalkan..

waallahua'alam..

-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-05-07 15:06

Umat Islam sudah jauh terpesong berada di dalam keadaan parah sekali...semoga kita terus berada di jalanNya yang lurus...Amin!!!

Bookmark and Share

  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 22-05-07 18:11

Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah satu topik yang menarik. Anak-anak baca tak dalam Metro Ahad terbaru tentang gadis melayu yang murtad. Bila ditanya Kenapa dia ikut ke tempat ibadat (tak sebut direct - gereja) dia kata SUKA-SUKA.

Umi sayu sungguh ketika membaca artikel tersebut. Adakah begitu rapuh remaja hari ini yang mudah sangat untuk 'suka-suka' dan 'cuba-cuba'. Apalah didikan agama yang mereka lalui ya?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kita tidak akan sampai ke syurga jika tidak berjalan menuju ke arahnya walaupun kita mat arif manalah jalan yang akan membawa kita ke situ. Kita juga tidak akan dapat menyelamatkan diri kita dari api neraka kalau kita masih berjalan menujunya dengan bangga, walaupun kita tahu itu adalah jalan yang salah dan neraka itu ertinya azab dan kesengsaraan yang tiada tolok bandingnya dan tidak akan berakhir.

Bookmark and Share

  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

icah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 215
Posting: 120
Dari: batu caves

Selangor  

posticon Posting pada: 22-05-07 22:07

assalamualaikum...
sekadar berkongsi...
di harap, topik ini dapat mengusik sensetiviti warga ukhwah... :-)

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI
Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah Kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak.Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Dia senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama. Marah itulah tanda kecintaan kita"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali,
tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan
punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah, tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi
kalau marah saja, belum tentu ada cinta"

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya"

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Bookmark and Share

  Member Information For icahProfil   Hantar PM kepada icah   Quote dan BalasQuote

alinsyirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.02.2007
Ahli No: 28870
Posting: 72
Dari: depan komputer

Perak  

posticon Posting pada: 25-05-07 10:13

Pada 22-05-07 22:07 , icah posting:

:-)

salam..setuju sangat!

Bookmark and Share

  Member Information For alinsyirahProfil   Hantar PM kepada alinsyirah   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 15-08-07 14:51

Moga kita terus istiqamah di atas jalanNya...

Bookmark and Share

  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.130225 saat. Lajunya....