Oleh |
KEMANDULAN |
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 27-04-07 03:46
Kemandulan adalah suatu fenomena yang biasa berlaku dikalangan yang baru berkahwin. FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI Salur fallopio tersumbat. Tidak subur. Telur tidak baik. Peredaran haid tidak teratur. Haid terhenti atau tidak ada langsung. Haid terlampau lama. Sakit setiap kali kedatangan haid. Keputihan yang serius. Pendarahan di utrin. Radang pada dinding rahim. Fibroid. Tidak ada nafsu seks. Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita. Namun begitu 40 peratus dari masalah kemandulan di negara ini berpunca daripada pihak lelaki atau suami. Kajian telah membuktikan bahawa puncanya adalah dari masalah air mani. Kemungkinan untuk isteri hamil adalah kurang jika air mani dari pihak suami kurang dan berkemungkinan juga tidak berkualiti. Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah. Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil. Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera. FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat. RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL Pakar atau doktor akan memeriksa buah zakar untuk memastikan saiz, perbezaan dan sebarang perubahan serta memeriksa kedudukan zakar sama ada normal atau tidak. Kemudian pemeriksaan terhadap air mani pula akan dijalankan. KAEDAH RAWATAN Memberhentikan punca-punca di atas iaitu berhenti merokok, tidak mengambil alkohol atau arak, kurangkan kerja berat, kurangkan berat badan, jangan memakai seluar dalam atau seluar ketat dan elakkan dari mandi menggunakan air panas. Anda juga digalakkan mengambil antibiotik dan suntikan hormon. Air mani lelaki yang sedikit walau bagaimanapun masih mempunyai sperma, doktor akan mengambil contoh air maninya dan akan dirangsangkan ke dalam ovari isteri waktu suburnya. Menjalankan kaedah IVF. Doktor akan mengambil sperma suami yang kurang aktif dan disenyawakan dengan telur isteri di dalam makmal untuk membentuk embrio sebelum dimasukkan ke rahim isteri. Kaedah ICSI. Doktor akan mengambil benih isteri dan disenyawakan dengan sperma kemudian disuntik semula ke dalam rahim isteri. -----------------
|
hol_mes224
Warga Rasmi Menyertai: 21.05.2006 Ahli No: 24471
Posting: 17
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 08-05-07 02:28
"Kemandulan adalah suatu fenomena yang biasa berlaku dikalangan yang baru berkahwin" mungkin doktor_kampung salah tulis. mereka sedar bila da kahwin, tapi menjadi mandulnya tak ada lah biasa berlaku masa baru kahwin. sebelum tu, atau mungkin da lama berlaku. macam yang anda baca diatas dalam... "FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat. " ...........kalau anda perasan banyak ada sebut mengenai haba. memang benar, antara sebab mengapa testis org laki berada diluar adalah kerana ia memerlukan suhu yang lebih rendah dari suhu badan untuk berfungsi dengan normal. Biasanya spermatogenesis berlaku pada suhu kurang 3-4 darjah celcius dari suhu badan, 37. peningkatan suhu akan perencat proses penghasilan sperma ini dan mengakibatkan kemandulan. Sama juga seperti memakai seluar ketat atau spender ketat. Bila ketat, skrotum (yang mengandungi testis) akan menyentuh permukaan bawah badan (perineum), dan mengakibatkan kenaikan suhu. begitu juga dengan duduk berjam-jam. Haba akan berkumpul di celah kangkang. Namun, hal ini sebenarnya adalah reversible. Jika da tak pakai seluar ketat atau pakai kain pelekat tak pakai spender atau2 duduk bawah aircond atau apa-apa saja lah yang boleh menyebabkan skrotum bebas dr bersentuhan dengan badan atau menjadi sejuk semula, proses spermatogenesis boleh berlaku semula seperti biasa. so agak2 nak menghasilkan zuriat, kurang2 kan lah pakai yang ketat2, atau tak pakai spender saja. Just nak make sure penghasilan sperma adalah maximum. =]
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 26-11-07 23:08
rasanya sekarang ni dah tak guna istilah mand*l tu kan...sekarang ni guna masalah kesuburan kan... kalau tak silap anis lah... pernah diberitahu seseorang...
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 27-11-07 21:55
Pada 26-11-07 23:08 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! rasanya sekarang ni dah tak guna istilah mand*l tu kan...sekarang ni guna masalah kesuburan kan... kalau tak silap anis lah... pernah diberitahu seseorang...
tadi baru dengar kat berita pasal kemandulan bahasa melayu??pun guna istilah tu
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 30-11-07 11:26
saya nak buat pembetulan...benih bukannya datang dari zakar...tapi dari testis...sebab tu saya suka pakai ken pelekat tanpa underwear..elok 4 kesuburan..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 30-11-07 13:09
salah satu penyebab juga adalah... berat badan yang berlebihan... bila ini berlaku.. ketidak seimbangan hormon dalam badan.. mana adakala terlebih hormon.. seperti hormon lelaki di dalam badan wanita.. apabila ini berlaku, maka telur yang di bentuk di dalam ovary tidak akan membesar dan ditetaskan. ia akan berkumpul membentuk cyst di dalam ovary. kelebihan hormon lelaki ini boleh dilihat dr misai yang tumbuh di muka, pelebatan bulu badan dan keguguran rambut yang banyak. untuk kepastian, sebelum membuat pemeriksaan dr, digalkkan untuk mebiarkan rambut di badan tumbuh dalam 3-4 hari sebelum temujanji dr. dan orang-orang yang mengalami masalah ini juga selalunya akan mengalami masalah ketidak hadiran period dalam j/k masa yang agak lama (3-6 bulan sekali) satu cara untuk menyeimbangkan hormon adalah dengan menurunkan sekurang2nya 10% dari berat badan asal. pengambilan metformin dalam j/k masa 6 bulan juga dapat membantu di samping pengfambilan clomid dalam 3 cycle period..dan tidaks sepatutnya lebih dari tu ( dengan pemerhatian dr) jika tidak, langkah kedua juga boleh diambil dengan melakukan sedikit tebukan pada ovary, proses IUI dan IVF(langkah terakhir.)
|
nafisah
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban
|
Posting pada: 30-11-07 14:16
ada tak sesiapa kat sini dah lama berkawen tapi tak dapat zuriat? atau pun lambat dapat zuriat? ada tips tak? mungkin boleh share dengan kawan-kawan yang lain. pergi berurut ke, makan apa-apa ke... just nak tau lah
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 30-11-07 15:40
kakak saya tahun pertama kahwin dah mengandung anak pertama..tapi sekarang anak dia dah 9 tahun belum dapat lagi yang seterusnya.. nak sangat lagi anak kakak saya cakap dia makan ubat subur dan pergi berurut.. tahun lalu dia mengandung kembar..tapi keguguran.. kemudian dia rajin buat pemeriksaan kesuburan..doktor kata dia tiada masalah kesuburan.. agaknya tiada rezeki atau pun sebab suami dia kuat merokok ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 02-12-07 21:30
Pada 30-11-07 14:16 , nafisah posting:!!! QUOTE !!! ada tak sesiapa kat sini dah lama berkawen tapi tak dapat zuriat? atau pun lambat dapat zuriat? ada tips tak? mungkin boleh share dengan kawan-kawan yang lain. pergi berurut ke, makan apa-apa ke... just nak tau lah kalau ikut dr.... selepas 6 bulan berkahwin.. still tak ada apa-apa.. disarankan untuk buat pemeriksaan.. suami & isteri. untuk kaji sebarang masalah yang wujud...(silap cara.. ada penyakit.. dll) urut, makan jamu.. boleh.. tapi tak digalakkan.. sebab takut2 akan lebih memudaratkan... sebab sekranag terlalu ramai yang mengurut.. namun tak semua mengamalkan kaedah mengurut yang betul.. dan hal mengurut ni.. ada yang kata sekian masa, ada yang kata sebaik masa.. jadi kita kadang jadi haru biru, entah yang mana patut dipercaya. tentang pemakanan herba tradisional.. sebaiknya ambil dr yang bertauliah.. ada sekadar menjual.. tapi tak tahu pengaturan makan / pengunaan yang betull- sama sahaja prescription pada yang teruk masalah / kurang masalah. ok juga kalau nak mencuba perubatan homeopati... (dr nik omar - antara yang di cadang) apapun.. segalanya ini bergantung kepada kemampuan kewangan.....yang bukan sikit-sikit -----------------
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 03-12-07 07:06
tajuk yang agak sensitive. erm malas lah nak komen...segan
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 04-12-07 11:47
terima kasih untuk fakta di atas... -----------------
|
jiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK
|
Posting pada: 04-12-07 13:41
kadag2 kita ada masalah keturunan.....ambik saja anak angkat. ramai juga bila dah ambik anak angkat 2 allah beri rezeki....jangan putus asa teruskan usaha untuk dapatkan anak sdiri...rezeki Allah yang bagi
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-12-07 15:24
jiran anis bagi petua, kalau lambat dikurniakan rezeki cuba amalkan (mesti diamalkan suami isteri selama 40 hari berurut2 lepas setiap solat fardhu) # selawat 3 kali # baca ROBBI HABLI MIN LADUN KA ZURRIYYATAN TOYYIBAH, INNAKA SAMI'UDDU'A' 7 KALI #kendian tutup dengan selawat 7 kali, sebab dulu anak dia lambat dapat zuriat, alhamdulillah, lepas amalkan tu. ALLAH kurniakan rezeki buat dia..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 04-12-07 15:51
teman doakan supaya teman dapat anak buah yang comey dari Cikgu Anis...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-12-07 18:46
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 04-12-07 18:56
kebanyakkannya ialah sebab asalnya faktor pemakanan sekarang ni makanan dah campur macam-macam...yang kita pulak makan apa sahaja...tak berzat...belum masuk tabiat merokok lagi... lagi satu faktor gaya hidup....sekarang ni semuanya sibuk, mental dan fizikal tak boleh nak hadapi...letih..macam mana nak "jadi"
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 04-12-07 19:04
cuba bela anak yatim, berikan depa kasih sayang. Sepupu den dulu dia tak dapat anak, kendian bela juga anak yatim, lah ini dah 2 orang anaknya. Mungkin barokah dari membla anak yatim. Tapi bela lah kerana ALlah.
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 04-12-07 22:53
yang susah nak 'sangkut'.. & yang bakal mendirikan rumah tangga... digalakkan untuk mengehntikan pemakanan luar rumah.. kena sedia maklum.. ayam keyepsi kat rumah rasa tak sedap sebab tak ada bahan & perisa tiruan yang banyak... begitu juga sate goreng sdiri tak guna minyak yang diguna berkali2 macam sate goreng luar... sesama lah kita ubah cara hidup kita.. ** eden juga..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 06-12-07 14:31
akak terjumpa dalam satu forum yang akak sertai...nukilan hati seorang sahabat .. very touching.. BUKTI CINTA KITA Menanti indahnyer damai kehadiran bersamamu Meskipun kehadiranmu belum tertulis oleh-Nya Untuk menjadi panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Antara doa & harapan rezeki dari-Nya jua...... Inilah Takdirku Dalam sendu aku redha... Hati menangis hanya Tuhan yang tahu. Sabarlah menanti duhai jiwa.. Namun hati sentiasa memujuk Dan di hadapan ku terlukis raut wajahmu Kuharap tubuh mungelmu hari esok Sambil Tersenyum untuk seribu tahun lagi Menyinari jiwaku yang kesunyian Yang pasti aku setia menanti,menanti & terus menanti Anugerah berharga dari-Mu Tuhan Rabull Izzati Saat- saat yang seringkali aku impikan bersamamu Akan aku pahat disanubari sebagai peguat semangatku untuk terus menanti Kehadiranmu CAHAYA MATAKU........ Kugarapkan puisi buatmu cahaya mataku Sebagai pengubat jiwaku tatkala hati dirundung sedih. "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami." "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." "Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 06-12-07 15:15
Pada 04-12-07 19:04 , Anak_Pejuang posting:!!! QUOTE !!! cuba bela anak yatim, berikan depa kasih sayang. Sepupu den dulu dia tak dapat anak, kendian bela juga anak yatim, lah ini dah 2 orang anaknya. Mungkin barokah dari membla anak yatim. Tapi bela lah kerana ALlah. ha'a..betul tu....makin murah rezeki bila ambil anak yatim... alhamdulillah..semuanya datang dr Allah... -----------------
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-07-08 18:55
Pada 04-12-07 15:51 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! teman doakan supaya teman dapat anak buah yang comey dari Cikgu Anis... anak buah daeng otw.. doakan ekkk
|