Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
ronniefinancehome: 30 hari yang lalu
MTMKi: 41 hari yang lalu
usop79: 42 hari yang lalu


Cerpen
Topik: usaikanlah rindu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» usaikanlah rindu

Please Mendaftar To Post


Oleh usaikanlah rindu

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 15:21


atas permintaan seorang teman yang amat saya sayangi...

BAB 1

Al-AMIN
Karya : A. Samad Said

Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu, alam mempunyai ceritanya sendiri,
dan gurun masih penuh rahsia.
Nabi meminta bejana air,
Diseluk ke air dan diusap wajahnya,
berkata tenang datangnya ajal dan rela.
Di pangkuan isteri kepalanya,
berkata ia sukar diterka,
dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 hijrah
Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.
Hari panas ketika itu,
mentari mempunyai kisahnya sendiri,
dan langit masih penuh rahsia.
Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada.

    Saffa masih lagi menangis dalam sujudnya. Entah berapa lama dia begitu, dia tidak pasti. Perasaannya sering terusik setiap kali dia duduk berdoa selepas solat. Sungguh, tiada rasa yang paling halus selain duduk di tikar sembahyang, memuji kebesaranNya, mengadu segala-galanya tanpa secalit pun rasa sangsi. Dia tahu Allah mendengar segala kata-katanya. Dia sedar itu. Cuma mungkin, saat ini dia sedang diuji. Semuanya telah jauh berubah dan setiap ruang jiwanya sering terasa kekosongan, hanya cinta ar-Rabb saja yang dapat membantunya untuk terus merasai nikmat kehidupan. Cinta itu dekat. Cinta itu utuh.
    Dia duduk kembali. Air matanya turun tanpa dapat ditahan-tahan. Saffa lantas berjalan perlahan ke meja tulisnya. Dia membuka kotak kecil yang menceritakan kisah-kisah gembiranya satu masa dulu. Kisah yang entah bila akan kembali lagi. Gambar mereka sekeluarga di kota Madinah, kota yang bercahaya. Berada di kota Madinah bersama papa, umi, dan abang Nuar adalah kemanisan yang sukar digambarkan. Tak pernah dia menjangkakan keadaaan keluarganya akan segelodak begini. Kehadiran mereka sekeluarga ke bandar kecil di Australia ini telah meragut kebahagiaan di setiap ceruk hatinya.
    Sajak hasil nukilan karyawan negara, A. Samad Said benar-benar menggetarkan kalbunya. Sajak pemberian umi sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari Madinah. Cerita pemergian insan yang gemilang. Kisah perginya seorang pengasih. Juga kata umi, sajak ini kisah perjuangan insan yang Kamil di akhir hayatnya. Ingat lagikah umi? Umi Saffa dulu seorang ibu dan isteri yang amanah, sedar diri dan penyayang. Umi yang sering menjadi pembakar semangat. Tapi, itu dulu. Saffa menahan sebak di dada.
    “ Saffa, abang dah balik ni. Penatlah dekat office tadi, mari sini tolong picitkan abang. Mana semua orang pergi? Umi dekat mana, dik?”
Bertalu-talu soalan yang diajukan. Nuar melangkah masuk ke bilik Saffa. Saffa pantas menyeka air matanya, bimbang abang kesayangannya itu berasa gusar.Bukan dia tidak tahu sikap abangnya yang sangat mengambil berat tentang keadaannya.
“ Kenapa ni Saffa? Do you want to share something with me,huh?” Nuar mendekati adiknya.
Saffa menggeleng-gelengkan kepala, tiada apa-apa yang hendak dikongsikan dengan Nuar. Nuar memerhati setiap perilaku adik tunggalnya itu. Dia duduk di set sofa berwarna pastel di penjuru bilik adiknya, bersebelahan meja tulis berona merah hati. Nuar menarik nafas panjang. Nuar faham apa yang mengusik emosi adiknya. Bukan sekali dua dia melihat Saffa begitu. Sudah acapkali.
“ Abang nak jumpa umi ke? Umi ada dekat bilik bacaan. Pergilah. I have nothing to share with you,everything is ok. Still under control,”kata Saffa sambil membuka telekungnya. Dia tersenyum tawar.
“ Come here, Saffa. You have nothing to say, right? But I have a lot of things to ask. Come, sit here,”kata Nuar sambil menepuk-nepuk sofa. Dia mahu Saffa duduk bersebelahannya.
“ Papa mana?”
Saffa menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak tahu ke mana papanya pergi. Waktu-waktu begini selalunya papa sudah pulang dari universiti. Maklumlah papa seorang pensyarah. Kehadiran mereka sekeluarga di sini pun kerana papa memohon untuk berbakti di sini. Berbakti di University of Adelaide.
“ Apa yang abang Nuar nak tanya Saffa ni? Abang nak minta tolong Saffa buat apa? Kalau nak picit, Saffa malaslah.
Saffa pun baru balik kerja ni. I’m so tired.Abang ingat Saffa ni tukang urut ke? Kahwin cepatlah abang, ada juga orang yang boleh tolong-tolong urut abang nanti, ” kata Saffa mengusik. Lesung pipit dipipinya jelas kelihatan apabila dia tertawa.
Nuar menyandarkan kepala di sofa sambil tersenyum. Teringin juga hatinya untuk berumah tangga, umurnya yang sebegini memang patut dia mencari suri dalam hidupnya. Namun, masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Terlalu banyak. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan bersama adiknya. Malam tadi dia telah berfikir seadanya. Keputusan telah dibuat. Cuma menunggu keputusan dari Saffa saja. Tak mungkin dia akan pergi berseorangan saja.
“ Eh, Kenapa abang diam ni? Ada masalah ke, bang? Kan kita selalu kongsi problem. Cuba cerita kat Saffa. Saffa tak kisahlah,”ujar Saffa lagi.
“ Saffa, Saffa rasa Saffa seronok ke duduk sini? Dah hampir sembilan tahun kita menetap di sini, apa yang Saffa rasa?”
“Kalau nak tanya apa yang Saffa rasa, memang Saffa rasa biasa saja. Malaysia dan Australia tak banyak beza. Cuma bagi Saffa, Saffa rasa kurang sesuatu. Saffa rindukan kasih sayang nenek. Sejak kita berpindah ke sini, papa dengan umi langsung tak jenguk-jenguk nenek,kan?
Hm, another one, papa dan umi pun dah banyak sangat berubah. Saffa rasa kita berdua ni dengan mereka dah macam orang asing saja duduk dalam rumah ni. Abang rasa tak?”
“ Abang pun rasa macam tu Saffa. Kita sekeluarga ni jarang betul dapat bersembang bersama.
Umi tu asyik dengan kelab dia. Papa pulak selalu buat-buat sibuk,kan? Cuba Saffa fikir, kita nak baca yassin sekeluarga pada malam Jumaat pun susah,”
Saffa mengangguk-angguk kecil. Sudah lama dia merindui saat-saat sebegitu. Selalunya papa akan mengetuai bacaan yassin. Suara papa lunak dan merdu, selalu menusuk kalbu. Kadang-kadang kalau papa kurang sihat, abang Nuar yang akan menggantikannya. Tapi kini, aktiviti itu sudah lama luput dalam kehidupan mereka sekeluarga.
“ Abang nak kita berdua pulang ke Malaysia. Di sana hidup kita lebih selesa dik. Abang dah tak sanggup duduk di sini. Bersubahat dengan umi. Bertegang urat dengan papa yang tak pernah mempercayai abang.
Abang rasa tak guna abang jadi anak lelaki kalau perkara mungkar macam tu pun abang tak boleh halang,”kata Nuar sebak.
Saffa tersentak! Rupa-rupanya abang Nuar juga mengetahui hal itu. Cerita umi. Kisah papa.
“ Abang tahu?”
“ Abang tahu lebih daripada apa saja yang Saffa tahu. Anyway, abang bukan nak bincangkan masalah orang tua kita sekarang. Kita pulang Malaysia ye, dik. Abang janji akan jaga adik abang baik-baik. Lagipun, kita berduakan dah habis belajar.
Pintu rezeki Allah tu kan luas. Kita tinggalkan saja kerjaya kita kat sini. Di sana pun, kita mesti ada rezeki. Percayalah,”pujuk Nuar.
Dia mengelus-elus rambut Saffa. Adik yang selalu memahami hatinya.
“ Abang, bukan itulah yang Saffa fikirkan. Saffa tak kisah semua tu. Saffa percaya dengan yakin akan rezekiNya. Tapi, takkan kita nak tinggalkan umi dan papa macam tu saja. kasihan umi dan papa nanti,”
“ Mereka perlu ditinggalkan supaya mereka tahu menghargai apa yang mereka ada. Lagipun, kita bukan nak pergi selama-lamanya. Kita akan kembali juga ke sini. Lagipun~,” kata-kata Nuar terhenti di situ.
Ada kedukaaan yang terpancar di wajahnya. Nuar rindukan saat-saat mereka hidup bahagia, saat mereka berkongsi bahagia bersama-sama. Nuar rasa sebak.
“ Kenapa ni abang? Janganlah sedih-sedih. Setiap kesedihan mesti disusuli kebahagiaan,kan? Abang selalu ingatkan Saffa macamtu,”
Nuar tersenyum. Dia rasa bahagia.
“ Em,susah-susah nanti abang kahwin lah nanti dekat Malaysia. Betul juga cadangan Saffa tadi, kan? Free free saja nanti abang dapat mak dengan ayah. Nanti Saffa pun boleh menumpang kasih,”usik Nuar.
“ Eleh,kalau macam tu, Saffa pun boleh kahwin jugalah. tak ada masanya nak menumpang kasih orang lain. Anyway, abang, ada ke orang yang nak kahwin dengan abang ni? Dari dulu lagi, seorang pun perempuan tak pernah lekat dengan abang. Kenapa ni abang, tunggu siapa?”
Nuar tersenyum simpul. Memang hatinya disimpan buat seseorang. Bilakah kasih akan bersambut? Air mata Nuar ingin jatuh, tapi ditahannya. Sampai bila-bila pun Nuar akan terus memburu keluarga bahagianya. Cintanya. Cinta yang pernah ditinggalkan. Cinta yang tidak terluah.


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 15:53


:)
i will support you....
teruskan usaha!!!!!!
chayok!!!!!
nice story.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 15:53


:)
i will support you....
teruskan usaha!!!!!!
chayok!!!!!
nice story.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 15:53


:)
i will support you....
teruskan usaha!!!!!!
chayok!!!!!
nice story.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 24-04-07 17:49


best laaaaaaaa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 18:06


:-):-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-04-07 18:38


best...
teruskan usaha...
sambung lagih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 20:19


saffa.....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

harlique
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26495
Posting: 258
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-07 20:47


chayok2....

Bookmark and Share

    


  Member Information For harliqueProfil   Hantar PM kepada harlique   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 24-04-07 21:03


teruskan usaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 01-05-07 21:55


best lah..cepat lah sambung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-07 22:18


amboi..kalau pasai cinta..ramai saja suka=)..saya pun suka!

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 01-05-07 22:22


salam....

hhmm...dah ramai penulis cerita ni...

akhi meow rehat sementara, ramai pula yang gantinya...

:-) :-) :-)


hebat ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-07 19:31


Pada 01-05-07 22:22 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!

salam....

hhmm...dah ramai penulis cerita ni...

akhi meow rehat sementara, ramai pula yang gantinya...

:-) :-) :-)


hebat ni...


salam..
mohamad, ana rasa mereka ni bukan pengganti..
sebab meow bukan bersara.. hehehe...

tapi mereka bakat2 baru yang sedang mengcungkilkan diri dalam arena persuratan... ceewaahhhh...

p/s: selamat berkarya.. boleh ana baca nenanti.. jazakallah in advance. :-D


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-05-07 20:42


saffa bila nak sambg lagi ni???????
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-07 22:33


saya pun menunggu... meow bulan jun baru aktif semula. heh heh. sekarang ni kita jadi pembaca penulis2 lain pula.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 18:44


huhu~
saffa dah siap juga beberapa helai masa
tapi...ngk dulu k?
thanks for read mine:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 18:47


Pada 02-05-07 19:31 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-05-07 22:22 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!

salam....

hhmm...dah ramai penulis cerita ni...

akhi meow rehat sementara, ramai pula yang gantinya...

:-) :-) :-)


hebat ni...


salam..
mohamad, ana rasa mereka ni bukan pengganti..
sebab meow bukan bersara.. hehehe...

tapi mereka bakat2 baru yang sedang mengcungkilkan diri dalam arena persuratan... ceewaahhhh...

p/s: selamat berkarya.. boleh ana baca nenanti.. jazakallah in advance. :-D



thanks to anyone who read mine
do lend some of your time to read usaikanlah rindu ok:P


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 01:24


sambungan....
NUAR menggaru-garu pipinya, sesekali dia memuncungkan bibir. Teman-teman yang selalu muncul dalam Yahoo Messanger entah ke mana. Seorang pun tidak kelihatan. Nuar hendak berborak, tapi tiada siapa yang hendak melayannya. rasa menyesal pula kerana pulang awal ke rumah. Kalau dia tahu, pasti akan dia duduk lama-lama di pejabat. Bersembang-sembang bersama Melicca, pembancuh air di pejabatnya yang bermata biru cerah dan sering ketawa tanpa henti. Tak pun, mungkin dia boleh mengganggu Johny yang kuat melatah dan berperut buncit itu. Johny berkulit putih kemerah-merahan dan giginya yang berkarat dan kekuning-kuningan nampak tidak tersusun. Johny bekerja sebagai cleaner di pejabatnya. Pun begitu, Johny seorang yang ringan tulang dan gemar membantu dia dan teman-teman. Aduh...nak buat apa seorang-seorang begini?
Nuar meninggalkan komputer peribadinya, dia melangkahkan kaki untuk turun ke dapur. Sesekali dia menjenguk ke bilik Saffa. Belum pulang lagi adiknya itu. Mungkin masih di office atau keluar membeli-belah bersama teman-teman. Rumahnya selalu sunyi waktu-waktu begini. Papa selalu pulang lewat petang. Umi mungkin masih di biliknya, mentelaah kitab-kita tafsir al-Quran atau membaca hadis-hadis di bilik bacaan. Biasalah tu, umi kerap diundang untuk memberi ceramah di masjid yang berhampiran. Sesekali umi menyertai program usrah yang diatur oleh pelajar-pelajar Islam di University of Adelaide. Kadang-kadang terbit juga rasa bangga mempunyai umi yang sebegitu. Bijak menguruskan rumah tangga, taat pada suami dan agama serta petah berbicara untuk meyampaikan dakwahnya. Ingin juga Nuar mencuri ilmu-ilmu yang umi ada. Tapi, dia belum berkesempatan untuk berbuat begitu. Nantilah, kalau ada masa, akan dia korek cukup-cukup semua ilmu dan skills yang ada pada umi. Manalah tahu, satu hari nanti dia diundang untuk berceramah pula. Sekurang-kurangnya tidaklah dia terkial-kial nanti.
Masih segar dalam ingatannya, sewaktu di Malaysia, umilah orang yang bertanggungjawab memimpin kelas-kelas berzanji. Seni berzanji ini umi ajarkan kepada anak-anak muda di kampung nenek. Sambutannya, alhamdulillah, sangat menggalakkan. Berzanji itu, secara jelasnya menceritakan kisah-kisah Rasulullah. Sering nenek bercerita kepadanya, tentang kisah-kisah Rasulullah sendiri, tentang keaddan alam menjelang kelahirannya, datuk-datuknya dan ibu-bapanya. Ah, nenek masih sihatkah di tanah air?
Sedang Nuar menuruni anak tangga dia terdengar umi tertawa-tawa kecil dari dalam bilik bacaan. Pasti umi sedang melayan teman berbual di telefon agaknya. Biasalah, umi ramai kenalan di sini. Semua orang menyenangi sikap umi yang berbudi pekerti itu. Namun, darahnya berderau apabila tawa umi disambut oleh suara garau seorang lelaki. Suara yang jarang-jarang Nuar dengari. Bukan papa. Nuar yakin bukan papa orangnya. Seketika pintu bacaan terbuka.
“ James?”
“ Young man? What are you doing here?”
;-) ;-) ;-)


-----------------
hamba sehambanya
[ Telah diedit oleh: saussan_saffanah pada 11-05-07 01:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 01:29


nanti2lah baca..hihi..sekarang ni tak boleh nak menghayati..hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 01:38


tak apa samirah..saffa xkesah punya!!
teruskan mmbca if u hv xtra time ea:P

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 01:40


ok..hehe..saffa dah bagi semangat..takkan taknak baca!hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-05-07 15:01


wa....mnariknye!tak sabar sangat nak tau ending dia...siapa laki2?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 18:58


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 21:49


hhohoho..
nampaknya saudari sudah mula menonjolkan bakatnya
insyaAllah..teruskan usaha cik saffa
nanti saya tolong promote kat kawan-kawan kita
chaiyok!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 22:13


menarik..ada nilai komersial..buat bagus-bagus deh..

p/s : macam berdasarkan pengalaman sendiri saja..hihi. kisah benar anda?

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 23:55


saffa ni memang berbakat dalam penulisan.....
saya tolong promote ye saffa...
hehehehe :p

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 01:41


Pada 11-05-07 21:49 , teratai_putih posting:

!!! QUOTE !!!

hhohoho..
nampaknya saudari sudah mula menonjolkan bakatnya
insyaAllah..teruskan usaha cik saffa
nanti saya tolong promote kat kawan-kawan kita
chaiyok!!


eceh....faizah
ni novel saffa yang dulu lah
tapi saffa update sikit:P

untuk samirah...ni berdasarkan pengalaman dan cita-cita yang xsampai

uhuhu...untuk insyirah...andalah yang selalu mmberi smgt untuk terus mnulis...allalala~


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 01:50


..saya dah pergi ke laman web saffa; seni kehidupan. rupa-rupanya saffa orang seni jugak..ramai warga ukhwah ni berjiwa seni, semoga aura seni kome dapat kat saya sikit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 01:57


Pada 12-05-07 01:41 , saussan_saffanah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-05-07 21:49 , teratai_putih posting:

!!! QUOTE !!!

hhohoho..
nampaknya saudari sudah mula menonjolkan bakatnya
insyaAllah..teruskan usaha cik saffa
nanti saya tolong promote kat kawan-kawan kita
chaiyok!!


eceh....faizah
ni novel saffa yang dulu lah
tapi saffa update sikit:P

untuk samirah...ni berdasarkan pengalaman dan cita-cita yang xsampai

uhuhu...untuk insyirah...andalah yang selalu mmberi smgt untuk terus mnulis...allalala~



hehehe....:)
sebab saya suka membaca.....


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 02:16


Pada 12-05-07 01:50 , samirah posting:

!!! QUOTE !!!

..saya dah pergi ke laman web saffa; seni kehidupan. rupa-rupanya saffa orang seni jugak..ramai warga ukhwah ni berjiwa seni, semoga aura seni kome dapat kat saya sikit..


salam...ni bukan website saffa
saffa link kan saja
insyaAllah, tak lama lagi saffa bagi link website sendiri ye samirah:)


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-05-07 23:20


Tak pernah baca pula sajak yang ini..sajak ni dalam koleksi yang tajuk besarnya apa?maksud saya bukunya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-07 00:11


alamak...saffa tak ingatlah
novel ni saffa dah buat lama lah sensei

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-05-07 21:19


alamak~sambungan ceruta ada kat laptop saffa lah
sekarang ni tengah online pakai komp
nanti ada masa saffa update ea...
salam

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 28-05-07 09:48


hm..lamenye xsmbg...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-07 16:28


salam...ni sambungan nya untuk bab 1

Uncle James menginjak beberapa langkah ke belakang. Dirapatkan tubuhnya ke badan umi yang sedang menyikat rambutnya yang panjang berjurai. Lelaki bertubuh sasa dan berambut perang itu melihat Nuar dengan padangan mata yang tajam. Dia menyeka peluh-peluh dingin yang mula memercik di dahinya. Umi mengurut-ngurut dadanya. Umi mungkin terkejut dengan kehadiran Nuar pada awal-awal petang sebegini di rumah ini. Sesekali umi menepis tangan uncle James yang cuba memegang tangannya.. Nafas Nuar terasa turun naik. Lidahnya terasa kelu untuk berkata apa-apa. Segala-galanya sudah jelas dan nyata. Hatinya hancur luluh. Jiwanya merintih sayu. Nafasnya tersekat-sekat.
“ Nuar, apa Nuar buat kat rumah ni? Cepatnya balik. Umi tak perasan pun Nuar dah balik,” kata umi lembut, mungkin cuba untuk memujuk hatinya.
“ Memang patut pun umi . Macamanalah agaknya umi nak perasan kalau umi sibuk melayan orang lain,kan? Dah berapa lama umi buat benda-benda macam ni?”
“Nuar jangan salah faham nak, biar umi terangkan semuanya. Kita berbincang dulu,”kata umi tersekat-sekat.
Umi menghampiri Nuar. Cuba memaut lengannya.
“ Tak perlu umi. Semuanya dah jelas di mata Nuar. Umi betul-betul dah hilangkan kepercayaan Nuar pada umi. Selama ni Nuar cukup mengkagumi umi. Umi uruskan keluarga baik-baik, umi jaga makan minum kami, umi ke sana ke mari berdakwah dan macam-macam lagi yang umi lakukan.
Tapi, kepercayaan Nuar nampaknya dah hancur. Sanggup umi buat macam ni,”jelas Nuar sebak.
Air matanya mengalir laju. Biarlah tumpah air matanya di hadapan umi. Biar wAnita yang pernah disanjunginya itu mengerti hatinya.
“ Tapi....”
“ Cukuplah umi, cukup !”jerit Nuar lalu meninggalkan pasangan yang masih tercengang-cengang itu. Batinnya remuk redam. Nuar berlari menuruni tangga.
“ Nuar, jangan pergi nak. Nuar!!”
Nuar meninggalkan umi yang meraung-raung. Hatinya bertambah terseksa apabila melihat Uncle James memeluk umi. Lelaki itu menenangkan umi. Lelaki itu mengusap wajah dan menyapu air mata umi. Lelaki itu mengucup lembut dahi umi dan umi membenarkannya! Umi, mengapa sekelip mata semua ini terjadi? Umi......
Ingatannya pada kejadian itu utuh. Takkan mungkin dilupakan sepanjang hayatnya. Kala ini, umi telah mati di hatinya..
“ Abang...oh abang. Apa abang buat gelap-gelap kat sini? Bukan ada apa-apa kat jalan raya ni. Sejuklah..
Jangan duduk kat sini lagilah. Dah maghrib ni. Jom masuk rumah,” kata Saffa mengajak Nuar lembut.
Nuar pantas menyeka air mata di pipinya. Air mata seorang anak yang terlalu pasrah dan rela.
________________________________________________________________

“ Penyibuk betullah adik abang ni. Orang tengah sedap-sedap berangan-angan ni, dia pergi kacau pulak. Cut lah dia ni,”usik Nuar.
“ Ish..buruk betul perangai. Tepi jalan pun boleh berangan lagi,memang keturunan cucu cicit Mak Jenin ni. Nanti kalau terlepas maghrib, Saffa tak tau,” katanya lalu meninggalkan Nuar.
“ Alalaala.....cakap sesedap mulut saja ye? Kalau macam tu, Saffa pun keturunan Mat Jenin juga lah kan? Dah, jom masuk rumah sama-sama. Siapa lambat anak.....kambing,” jerit Nuar lalu memecut laju meninggalkan Saffa.
“ Bolayanla!” kata Saffa sebaik saja melihat Nuar tersengih-sengih di muka pintu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-07 16:29


salam...ni sambungan nya untuk bab 1

Uncle James menginjak beberapa langkah ke belakang. Dirapatkan tubuhnya ke badan umi yang sedang menyikat rambutnya yang panjang berjurai. Lelaki bertubuh sasa dan berambut perang itu melihat Nuar dengan padangan mata yang tajam. Dia menyeka peluh-peluh dingin yang mula memercik di dahinya. Umi mengurut-ngurut dadanya. Umi mungkin terkejut dengan kehadiran Nuar pada awal-awal petang sebegini di rumah ini. Sesekali umi menepis tangan uncle James yang cuba memegang tangannya.. Nafas Nuar terasa turun naik. Lidahnya terasa kelu untuk berkata apa-apa. Segala-galanya sudah jelas dan nyata. Hatinya hancur luluh. Jiwanya merintih sayu. Nafasnya tersekat-sekat.
“ Nuar, apa Nuar buat kat rumah ni? Cepatnya balik. Umi tak perasan pun Nuar dah balik,” kata umi lembut, mungkin cuba untuk memujuk hatinya.
“ Memang patut pun umi . Macamanalah agaknya umi nak perasan kalau umi sibuk melayan orang lain,kan? Dah berapa lama umi buat benda-benda macam ni?”
“Nuar jangan salah faham nak, biar umi terangkan semuanya. Kita berbincang dulu,”kata umi tersekat-sekat.
Umi menghampiri Nuar. Cuba memaut lengannya.
“ Tak perlu umi. Semuanya dah jelas di mata Nuar. Umi betul-betul dah hilangkan kepercayaan Nuar pada umi. Selama ni Nuar cukup mengkagumi umi. Umi uruskan keluarga baik-baik, umi jaga makan minum kami, umi ke sana ke mari berdakwah dan macam-macam lagi yang umi lakukan.
Tapi, kepercayaan Nuar nampaknya dah hancur. Sanggup umi buat macam ni,”jelas Nuar sebak.
Air matanya mengalir laju. Biarlah tumpah air matanya di hadapan umi. Biar wAnita yang pernah disanjunginya itu mengerti hatinya.
“ Tapi....”
“ Cukuplah umi, cukup !”jerit Nuar lalu meninggalkan pasangan yang masih tercengang-cengang itu. Batinnya remuk redam. Nuar berlari menuruni tangga.
“ Nuar, jangan pergi nak. Nuar!!”
Nuar meninggalkan umi yang meraung-raung. Hatinya bertambah terseksa apabila melihat Uncle James memeluk umi. Lelaki itu menenangkan umi. Lelaki itu mengusap wajah dan menyapu air mata umi. Lelaki itu mengucup lembut dahi umi dan umi membenarkannya! Umi, mengapa sekelip mata semua ini terjadi? Umi......
Ingatannya pada kejadian itu utuh. Takkan mungkin dilupakan sepanjang hayatnya. Kala ini, umi telah mati di hatinya..
“ Abang...oh abang. Apa abang buat gelap-gelap kat sini? Bukan ada apa-apa kat jalan raya ni. Sejuklah..
Jangan duduk kat sini lagilah. Dah maghrib ni. Jom masuk rumah,” kata Saffa mengajak Nuar lembut.
Nuar pantas menyeka air mata di pipinya. Air mata seorang anak yang terlalu pasrah dan rela.
________________________________________________________________

“ Penyibuk betullah adik abang ni. Orang tengah sedap-sedap berangan-angan ni, dia pergi kacau pulak. Cut lah dia ni,”usik Nuar.
“ Ish..buruk betul perangai. Tepi jalan pun boleh berangan lagi,memang keturunan cucu cicit Mak Jenin ni. Nanti kalau terlepas maghrib, Saffa tak tau,” katanya lalu meninggalkan Nuar.
“ Alalaala.....cakap sesedap mulut saja ye? Kalau macam tu, Saffa pun keturunan Mat Jenin juga lah kan? Dah, jom masuk rumah sama-sama. Siapa lambat anak.....kambing,” jerit Nuar lalu memecut laju meninggalkan Saffa.
“ Bolayanla!” kata Saffa sebaik saja melihat Nuar tersengih-sengih di muka pintu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 18-06-07 11:00


wa..mnariknya...apa jadi lepas itu???cpat sambung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 20:47


hehe~muslimah jun rasa apa yang jadi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-06-07 23:05


Pada 18-06-07 20:47 , saussan_saffanah posting:

!!! QUOTE !!!

hehe~muslimah jun rasa apa yang jadi?


muslimah_87 lah dik...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-06-07 01:35


oh..setelah sekian lama menanti sambungannya...lama jugak sausan saffanah carik idea.

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 14:01


hehe~saffa dah siap novel penuhnye..alhamdulillah
bukan tak nak update, tapi..hari tu pakai comp dekat rumah
soft copy ada kat laptop peribadi..xbawa laptop
so tak dapat update

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

arsyie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 16:12


Sussan tulis ke ?wala.......chiayok!

Bookmark and Share

    


  Member Information For arsyieProfil   Hantar PM kepada arsyie   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 19:28


bab 2

BAB 2


    Senja. Tuhan mengatur putaran alam dengan cukup sempurna. Lalu dia merasai senja ini adalah senja yang paling suram dalam hidupnya. Bukan kerana burung-burung undan yang sepi berterbangan, juga bukan kerana cahaya yang kesamaran di kaki langit Kota Galway. Dia kepasrahan untuk meninggalkan kota ini, kota yang mencipta memori suka dukanya sebagai seorang remaja yang masih mentah tentang erti hidup. Galway. Kota keempat terbesar di Ireland. Penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Akan dia tinggalkan Lough Atalia, sebuah tasik air masin yang indah dan tenang, Quay Street, yang kaya dengan keindahan muzik yang telah didendangkan berabad lamanya, juga The Marine Museum di Salthill yang indah dengan hidupan lautnya. Bangunan tua yang berusia ratusan tahun ini aku amati lama-lama, National University of Ireland sebenarnya adalah tinggalan sejarah yang dijadikan pusat penSaffakan yang ulung.
Satu masa dahulu universiti ini adalah sebuah istana lama milik kerajaan Ireland. Gerbangnya yang menjadi mercu tanda cukup indah untuk menarik perhatian sesiapa saja yang melintasi universiti ini. Kehijauan memenuhi segenap sudut. Indah. Kota Ireland sering dilimpahi hujan yang membuatkan suasana begitu damai. Hijau segar bugar. Selalunya, selepas waktu hujan di kota Ireland, dia akan berbasikal riang menikmati suasananya. Ketenangan mampu dimiliki. Pada waktu itu nanti, sesekali air matanya berlinangan mengingati tanah air yang dirindui. Hendak pulang, masa tidak mengizinkan. Lagi pula, harga tiket untuk pulang ke tanah air saja sudah mencecah ribuan ringgit. Bukan abah tidak mahu membantu, namun dia ingin berdikari, merasai rasa susah senangnya menjadi pendatang di perantauan seperti teman-teman yang lain. Kadang-kadang, dia akan sibuk bekerja di mana-mana saja tempat yang menawarkan kekosongan. Dia belajar bersyukur dengan hidupnya dan pengalaman yang dikecapi terlalu bernilai baginya. Dia pernah menjadi tukang cuci di kedai makan, menampal poster-poster dan iklan-iklan perniagaan, malah pernah juga berdiri seharian di kaki lima mencari pelanggan. Apa yang pasti, menjadi pelajar di negara asing cabarannya lebih besar. Manakan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, makanan, cuaca dan kadang-kadang kerinduan menebal mengusik hati datang tiba-tiba.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-07 19:30


Pada 25-06-07 16:12 , arsyie posting:

!!! QUOTE !!!

Sussan tulis ke ?wala.......chiayok!


eceh~alhamdulillah kanda arsyie...
kanda, lama betul tak dengar cerita...rindula!!


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 20:57


saffa berkarya pandai..berpantun pun lemah gemalai..memang seni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 08:28


Pada 29-06-07 20:57 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

saffa berkarya pandai..berpantun pun lemah gemalai..memang seni..


thanks rose...
saffa xlah berbakat sangat pun...
sikit-sikit adalah..
saffa bukan budak sastera, saffa budak science..
ilmu tak cukup


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-07 08:30


Hari ini ialah hari terakhir Dijah menghirup udara di National University of Ireland di New Castle, Galway. Dia berjaya akhirnya mendapatkan ijazah dalam bidang perubatan ini. Sesuatu yang tidak pernah dia impikan. Abah dan emak yang dari tadi tersenyum mengenangkan puterinya yang akan berbakti di tanah air masih sibuk berbual dengan keluarga angkatku, Uncle Sam dan Auntie Mary. Dijah tidak sangka pertemuannya dengan mereka pada hari pertama di bumi Ireland mampu menjalinkan ikatan yang tulus. Ibarat sebuah keluarga meskipun banyak bezanya antara Dijah dan mereka.
Dijah rasa bertuah kerana dapat tinggal bersama mereka sepanjang pengajiannya di sini. Sekurang-kurangnya telahannya tentang sikap orang-orang Barat tidaklah seburuk yang disangka. Kadangkala sikap mereka jauh lebih mulia. Seingat Dijah , sepanjang enam tahun dia menyambut Ramadhan di sini, merekalah insan yang begitu mengambil berat tentang waktu sahur dan berbuka puasa. Kadang-kadang mereka sanggup bergilir untuk berjaga kerana bimbang waktu sahurnya terlepas. Maklumlah, waktu-waktu peperiksaannya sering juga bertembung dengan Ramadhan. Selepas ini aku pasti akan merindui mereka meskipun aku akan pulang jauh beribu batu, ke tanah airku.
“Sis, why you should go back to Malaysia?”
Amanda! Anak bongsu Auntie Mary. Bila pula dia berada di sisinya? Dijah segera mendakapnya. Lantas Dijah letakannya di ribaannya. Rambut Amanda yang keperangan nampak bercahaya disirami cahaya mentari. Kanak-kanak berumur enam tahun itu memeluknys dengan erat. Kejap.
“Amanda, you should go to piano lesson now, right?”tanya Dijah kepadanya. Bukan dis tidak tahu jadual hariannya, kerana dia juga yang sering menawarkan diri untuk menghantar Amanda ke kelas jika ada kelapangan masa.
Amanda mengangguk lemah. Pelukannya kepada Dijah dilepaskan. Seakan meraju.
“Yes, but I just want to meet you for the last time. You can’t go. You can’t go, sis!!”
Amanda tiba-tiba menangis,disorokkan sedikit wajahnya. Sebak pula Dijah rasakan melihat air matanya yang bergenang. Dijah kehilangan kata-kata. Bagaimanalah perlu dia gambarkan perasaannya saat ini, Amanda? Kalau Amanda rasa yang dia akan kehilangan seorang kakak, Dijah rasakan lebih lagi. Dia akan kehilangan teman ketawa, teman bergaduh malah teman menghilangkan rasa sunyi. Tak pernah Dijah bermimpi ngeri untuk kehilangan celoteh-celoteh Amanda dalam hidupnya untuk masa-masa akan datang. Dijah merenung wajahnya.
“Who will help me to chase the squirrels? Who want to cycle with me every evening after my class?”dia bertanya lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-09-07 12:04


aik, mana sambungannya? best juga cerita ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

emarn_boy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.08.2007
Ahli No: 30618
Posting: 53
Dari: egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 12:14


Assalamualaikum saffa.

minta izin nak copy. tunggu dah habis baru nak baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emarn_boyProfil   Hantar PM kepada emarn_boy   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-09-07 12:30


Assalamualaikum...
saussan_saffanah...bila ye boleh sambung, nak tunggu habis dulu baru baca...senang sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

limau_nipis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2007
Ahli No: 31306
Posting: 44
Dari: putrajaya...bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 11:07


2lah..nampaknya ada 2 kisah kehidupan dalam cerita ini...
sambunglah cepat..tak sabar nak baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For limau_nipisProfil   Hantar PM kepada limau_nipis   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 02:50


lah...limau nipis ni, kak aida ke?
ni saffa lah kak..haha
k...kejap lagi saffa update...tunggu!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 02:56


lah...baity jannati tu kak baiti ke?
what a coincidence?
confirmkan ni?
lallalal~

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 02:58


BAB 3

Dijah menarik nafas panjang. Memang benar, selama Amanda membesar dialah insan yang paling rapat dengannya. Hampir setiap petang mereka pasti mengejar tupai-tupai yang sering mencuri biskut coklat auntie Mary dan sering juga mereka berbasikal untuk mengambil angin petang yang selalu mendamaikan. Terlalu banyak masa yang Dijah luangkan bersama-samanya.
    “I should go back to Malaysia. A lot of things to do there and it take a long period. Yet, I promise u that I will come again one day. And I will come with your new friend,”Dijah memujuknya.
    “Is that true? My new friend?”
Matanya kembali bercahaya. Dijah mengangguk. Ah, budak kecil,terlalu mudah memujuknya. Senyuman Amanda mendamaikan hatinya. Amanda lantas berlari mendapatkan Auntie Mary dan Uncle Sam yang masih berbual dengan emak dan abah.
Dijah merenung kaki langit yang kemerah-merahan. Dia akan berbakti sebagai doktor di tanah air? Sungguh… Dijah masih mengaharapkan agar ada satu keajaiban berlaku untuk abah menukar fikirannya, membenarkan Dijah membantunya di syarikat. Payahnya menggantung harapan pada abah yang tidak pernah sudi untuk membantunya. Bussinesswoman. Cita –cita itu telah lama Dijah tanamkan jauh di sudut hati. Tapi, entah mengapa abah tidak pernah menyokongnya apatah lagi membenarkan dia menjejakinya. Kata abah, Dijah tidak cukup cekal untuk menjadi bussinesswoman kerana dunia perniagaan bukanlah dunia yang mudah ditafsir. Emak pun macam tu juga, katanya cukuplah abang Long saja mewarisi abah.
Lalu, kerana menurut kata mereka yang dia rasa banyak kebenarannya, akhirnya dia di sini. Pergi dengan dada yang kosong dan pulang dengan segenggam ijazah berharga. Namun hatinya tidak pantas mencintai tugas ini. Saban hari fikiran Dijah memikirkan yang tidak-tidak tentang tugas ini. Bergelumang dengan darah, segala yang kotor-kotor belaka, berhadapan dengan pesakit yang sudah pasti banyak ragamnya dan yang amat mencemaskan ialah berhadapan dengan detik-detik yang tidak terduga. Tuhanku! Fitrah seorang hamba yang sememangnya tidak pernah mensyukuri apa yang telah disuratkan untuknya. Saat ini, tiada apa lagi yang perlu dikesalkan. Bukankah seawal pertama kali dia menjejakkan kaki di bumi ini, dia seharusnya sudah menerima tugas ini dengan sepenuh hati? Tanah airku. Aku akan pulang. Aku berjanji akan cuba untuk mencintai tugas ini dengan sepenuh hati. Dijah patut berazam sebegitu! Dan saat ini aku teringatkan kata-kata seorang naqibah dalam majlis usrah di kampus dulu yang mampu mendidik hatiku agar menerima segala-galanya dengan penuh rasa redha.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah: 216)

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 02:58


BAB 4

“ DAH siap ke belum ni, kak?” tanya abah yang dari tadi nampak sibuk bertanyakan itu dan ini.
“ Astaghfirullah..Apa nak jadi ni? Masih makan lagi?”
“ Alah, abah. Sabarlah. Dijah tengah pekena sambal belacan ni. Sedaplah abah. Tak terkata. Kalaulah dapat makan sambal ni hari-hari, bestnya,” sengaja dijilat-jilat jari jemarinya untuk menambah panas di hati abah. Ah, orang tuaku, sering saja cemas sebegini.
“ Pagi-pagi sarapan sambal belacan? Tak pernah dibuat orang. Nanti sakit perut tu, awak jugak yang susah. Dah…dah pergi cepat bersiap. Yang awak tu, emaknya. Adake patut awak hidangkan sambal belacan untuk sarapan? Eh, nak kata dah tua, saya lagi tua dari awak. Nyanyuknya bukan main,”abah menggeleng-gelengkan kepala. Sesekali matanya sibuk memandang jam di dinding.
“ Abah ni, apelah. Dijah yang ambil dalam peti sejuk tulah. Pandailah Dijah nanti, ye bah,” katanya sambil melihat emak yang menggeleng-gelengkan kepala melihat lagak suami tercinta yang tidak pernah berubah. On time.
    Aduh…dah nak kena pergi ke? Dalam surat menyatakan waktu melapor diri pada pukul 9.30 pagi. Sekarang baru pukul 8.15 pagi. Apa kena lah abah ni? Dijah memandang wajah emaknya. Dia pun sengih saja melihat perangai suaminya. Emak memang sudah masak sangat dengan perangai abah yang sangat menepati masa. Kerjaya abah sebagai ahli perniagaan menuntutnya bersikap begitu. Pun begitu, kadangkala sakit hati juga dibuatnya. Lagi-lagi kalau nak pergi shopping bersama-sama. Kalau dikata sejam, maka sejam sajalah dia diberi waktu untuk membeli belah. Entah apa yang dikejarkan sangat, dia tidak tahu.
    “ Abang ni pun, anak kita baru saja hendak sarapan. Bagilah dia sarapan dulu. Takkan sakitlah perut dia. Anak Malaysia tu bang, bukannya Ireland. Macamlah tak biasa makan pedas-pedas pagi-pagi buta,” tenang kata emak. Berdenting bunyi sudu yang dicuci emaknya di dapur. Abah menggeleng-gelengkan kepala. Dijah tersengih-sengih melihat kedua-dua orang tuanya. Bukannya dia tak mahu pergi, dia pasti akan pergi juga. Tapi, sekarang masih terlalu awal. Dijah tidak mahu tercanguk-canguk di sana nanti. Lagipun, dia tak perlu risau kerana minggu lepas sudah dua tiga kali dia meninjau-ninjau keadaan di hospital. Semuanya telah beres. Dari ke toilet sampailah ke kafeteria, semuanya telah dia pantau. Tempat yang hendak dituju pun sudah dia ketahui.
“ Dahlah akak , pergilah cepat, nanti jalan jam pulak. Awak tu orang baru, nanti orang pandang tak berdisiplin baru tahu. Kita kena cari kepercayaan orang awal-awal lagi. Barulah orang boleh respect pada kita. Walau apapun, kita perlu tunjukkan sikap yang positif , mereka mesti percaya dengan kelebihan kita,” jelas abah panjang lebar.
Gaya abah tak ubah seperti seorang penceramah bebas.Betul juga sebenarnya setiap butir bicara yang keluar dari bibir abahnya. Johor Bahru ni, bukannya boleh dijangka kelancaran jalan rayanya, silap-silap tengah hari pun dia tak sampai lagi. Dijah lantas membasuh tangan. Dihirup air teh panas sebelum berlalu pergi.
“ Ok, abah, mak, mak mah, Dijah pergi dulu. . . ya!”
“ Eh, macam tu saja? Tak mahu touch-up muka tu ke? Macam gangster saja abah nengok,”
“ Tak payahlah bah. Nanti Dijah make-up sendirilah dalam kereta tu. Bukannya susah sangat. Lagipun, Dijah nak pergi kerja, bukan nak mengurat orang,” Pantas mulutnya menjawab.
Dijah menyalam tangan mereka. Itulah yang abah dan emak cuba tekankan sejak anak-anaknya kecil lagi. Menghormati orang tua adalah segala-galanya. Dia memandu Honda jazz berwarna hitam, hadiah ulangtahunnya yang lalu. Entah bagaimana agaknya suasana baru di hospital hari ini. Dia pasti, cabarannya sangat besar. Lebih-lebih lagi dia masih lagi baru dalam tugas ini.
Seingatnya, para pensyarah sering bergurau tentang penyeksaan menjadi seorang houseman. Pada saat inilah doktor-doktor yang lebih tua akan memerah sepenuh tenaga doktor-doktor baru sepertinya. Berguraukah mereka? Dijah tiba-tiba terasa gerun pula. Mungkin penyeksaan itu ada, tetapi tidaklah seteruk yang dia bayangkan agaknya. Dijah membuang jauh-jauh perasaannya itu.
Namun, ada persoalan yang bersarang di hatinya. Setahunya, Hospital Sultanah Aminah bukanlah dalam senarai teaching hospital yang sedia menerima houseman. Itupun, maklumat yang dia dapat daripada seniornya beberapa tahun lepas. Mungkin polisi telah berubah. Itu semua urusan Kementerian Kesihatan dan dia sekadar menerima arahan daripada mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

zaneera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 31755
Posting: 49

sudan   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 09:20


teruskan lagi
best dan menarik cerita nya..lagi-lagi tentang nuar sekeluarga........

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaneeraProfil   Hantar PM kepada zaneera   Quote dan BalasQuote

Imaniera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.04.2007
Ahli No: 29470
Posting: 57
Dari: miri, sarawak

Sarawak  


posticon Posting pada: 28-11-07 09:34


aik.... mana sambungannya? tengah syok2 baca ni.... huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ImanieraProfil   Hantar PM kepada Imaniera   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 10:28


BAB 5
    HOSPITAL Sultanah Aminah kini berada di depan mata . Berdebar- debar rasanya, degupan jantung terasa tidak stabil. Jenuh juga dia mencari tempat parking kereta, semuanya telah dipenuhi dengan kenderaan. Dijah meletakkan keretanya benar-benar di hadapan kafeteria yang dipenuhi orang ramai.Riuh. Dijah mematikan telefon bimbitnya. Sememangnya dia mengerti batasan penggunaan telefon bimbit di sini. Dijah melirik jam tangan, baru pukul 9.10 pagi. Pagi nampak tenang, tapi hatinya sungguh tidak keruan. Apalah yang nak ditakutkan? Bukannya ada harimau ke, binatang buaske dekat dalam hospital tu? Dia memujuk hatinya sendiri. Tak pernah-pernah dia berperasaan begini. Macam budak kecil saja. Tak berkeyakinan langsung. Mana pergi keyakinan Cik Khadijah yang lantang berhujah keras di hadapan orang ramai seperti di kampus dulu? Mana hilangnya keazaman Cik Khadijah yang dikritik hebat kerana hasil-hasil tulisannya begitu menghunus dada segelintir pihak yang terkena? Ah...sungguh, perasaan tidak keruan ini adalah perasaan normal bagi semua houseman yang baru saja hendak memulakan tugas. Dia memujuk hati kecilnya.
     Dijah menyusuri Bangunan Pesakit Luar sebelum melangkah ke bangunan pentadbiran. Suasana di Jabatan Pesakit Luar sangat sibuk. Semalam, sewaktu dia sampai pun, pagi masih terlalu muda. Itupun, keadaan hospital sudah begitu sibuk dan sesak. Hampir di setiap penjuru hospital dipenuhi dengan orang awam. Suara kanak-kanak menangis kedengaran di sana sini.
.Perkarangan bangunan pentadbiran juga sudah dipenuhi dengan orang awam. Lebih-lebih lagi di kawasan sebelah kiri. Mana tidaknya, bahagian saringan bersalin terletak di situ. Kasihan juga melihatkan wajah-wajah keresahan mereka. Tapi, kadangkala yang kelihatan lebih resah selalunya adalah kaum lelaki. Maklumlah, yang hendak bersalin itukan isteri mereka,maka wajar rasanya mereka dihujani rasa bimbang yang tidak bertepi.
Dijah segera melangkahkan kaki ke bahagian pentadbiran. Sewaktu tiba di tempat yang dinyatakan, keadaan agak lengang. Perasaan kurang selesa menyelinap di hatinhya. Salah tempatkah? Salah tarikhkah? Rasanya inilah tempat yang dia pergi hari tu. Takkan tersalah pulak? Lagipun, kalau betullah ini tempat melapor diri, pastinya ramai doktor-doktor baru sepertinya. Dijah kembali menyelak dokumen-dokumennya. Dia mula rasa resah. Menyesal kerana tidak mengajak abah datang bersama-sama.
     “ Doktor Khadijah?”
Aku mengangguk kecil.
“ Hanya doktor seorang saja yang diminta untuk melapor diri hari ini. Yang lain-lain tu, mungkin minggu depan,,”kata seorang wanita muda sambil menyelukkan tangan di dalam saku seluarnya.
“ Kenapa pula saya perlu mendaftar awal?”tanya Dijah. Bingung.
“ Pihak kami tak dapat bagi jawapannya cik. Semua ni Kementerian Kesihatan yang uruskan. Kami hanya menerima houseman.Mungkin ada sedikit kesilapan teknikal. Biasalah, banyak yang perlu diuruskan,”jawabnya sambil tersenyum.
    “ Cik masuklah, saya rasa Doktor Hakim dah ada di dalam tu,” katanya lagi sambil memegang beberapa helai kertas putih.
    “ Terima kasih,”
Dijah memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik. Itupun, dia dibenarkan masuk setelah beberapa kali mengetuk pintu. Di saat Dijah memulas daun pintu, keharuman Lavendar menusuk hidungnya. Segarnya bau! Senang rasa hati Dijah. Pasti Doktor Hakim orang yang berperwatakan tenang, lembut tutur bicaranya, memahami dan baik hati. Jarang sekali kaum lelaki berminat pada haruman yang sebegini, melainkan orang yang berjiwa romantis.
Amboi, pandai-pandai saja aku ni.betulkah fakta yang aku pakai ni? Begitu mudah menilai orang yang belum dikenali. Lantas Dijah tersedar yang dia patut melangkah masuk sekarang. Sewaktu Dijah memijak karpet yang berwarna merah hati itu, Doktor Hakim sedang membelakanginya. Doktor Hakim duduk di kerusinya dan membelek-belek sebuah fail. Dijah mengambil peluang mencuri-curi pandang keadaan bilik itu. Sungguh kemas dan sedap mata memandang. rasa-rasanya bilik aku pun tidak sekemas ini. Bagaikan bilik wanita. . . terurus. Ah, hatinya berkata-kata lagi.
“ Ada apa-apa yang tak kena dengan bilik saya ni, Doktor Khadijah ? Apa yang menarik perhatian awak tu? Saya rasa saya tak beri awak sebarang arahan,”
Dijah ditegur tatkala sibuk menilik-nilik bilik Dr Hakim. Tersentap tangkai hatinya. Dijah terasa bagai ingin menarik muka saja. Namun, dia patut mengawal diri. Dijah perlu bersikap profesional. Telahan dia rupa-rupanya tidak benar sama sekali. Terpesong jauh. Garang Dr Hakim tampak tidak bertempat.
    “ Duduk! Saya tak suka orang cuba menilai diri saya. I know myself!” jerkah Dr Hakim.
    “ Kenapa tak nak duduk lagi ni? Ok, fine! Awak berdiri saja sepanjang sesi ni, ok?” katanya sambil menghempas kuat fail yang berada di tangannya.
Dijah terkedu. Apa kena dia ni? Nak kata datang bulan, kedengaran aneh pula. Dijah yang datang bulan pun tak pernah marah orang tak tentu pasal. Garang semacam! Pagi itu segalanya dimulakan dengan penerangan Doktor Hakim tentang tugasku , etika seorang doktor dan macam-macam lagi. Dijah turut diminta menandatangani beberapa buah dokumen penting. Berjam-jam aku berdiri tanpa rasa belas kasihan. Inikah permulaan hari seorang houseman?! Mencabarnya!!
    “ Untuk tugas pertama, doktor ditugaskan di Jabatan Pembedahan. Specialist Registrar ialah Doktor Rosnah. Saya harap doktor gembira dan dapat menjalankan tugas dengan berwibawa,” kata Doktor Hakim.
    “ Ingat pesan saya, menjadi seorang doktor itu tugasnya menstabilkan dan menenangkan perasaan pesakit. Justeru, perasaan kita perlulah selalu tenang dan tidak dipengaruhi keadaaan. Semuanya terletak pada tangan kita, dan Allah juga yang menggagalkan atau menjadikan sesuatu itu berjaya.
Jangan cepat rasa gembira dan rasa kecewa dengan sesuatu. Setiap hari kita akan mendepani sesuatu yang baru dan sememangnya di luar dugaaan. Jadi, doktor perlu bersedia dari segala segi. Bukannya mudah menjadi seorang doktor sebenarnya. Ikhlaskan diri dalam membuat segala sesuatu,”katanya lagi.
Dijah mengangguk laju. Terasa berat amanah yang terpikul di bahunya. Jabatan Pembedahan? Gembirakah Dijah dengan tugas baruku ini? Jabatan yang paling dia tak mahu, itulah yang dia kena terima. Jabatan pembedahan tiada langsung dalam senarai pilihan sewaktu Dijah mengisi borang untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan.
Jabatan Pembedahan adalah jabatan yang paling banyak bergelumang dengan kes-kes yang berat. Sudah ditakdirkan Dijah bertugas di sana. Akhirnya, setelah hampir tiga jam, Dijah keluar dari bilik itu. Peluh yang membasahi dahi Dijah kesat dengan hujung lengan baju kurung.
    “Jangan risau cik. Dia saja saja, buat-buat garang . Dia mahukan houseman hormatkan dia. Biasalah, houseman selalu tunjuk pandai. Mereka fikir ilmu di dada mampu mengalahkan orang-orang berpengalaman.,” jelas wanita yang membantunya tadi tiba-tiba.
Benar juga kata-katanya. Ilmu di dada takkan termampu dibandingkan dengan pengalaman yang banyak. Lagipun, kata-kata doktor Hakim tadi benar-benar mengganggu hatinya. Tak pernah Dijah fikirkan kerjaya ini begitu berat amanahnya. Dia bukan saja memegang satu harapan, malah lebih daripada itu untuk seorang pesakit yang akan dia rawat nanti. Ada satu perasaan yang menyelinap masuk saat-saat doktor Hakim memberi nasihatnya. Menyesalkah? Bahagiakah?
Entahlah, Dijah tidak pasti. Dijah mengucapkan terima kasih pada wanita itu sebelum berlalu. Entah apa pula yang melanda dirinya selepas ini. Dijah berdoa agar tidak berlaku apa-apa saja yang buruk. Dijah berjalan cepat menuju ke Jabatan Pembedahan. Nampaknya aku perlu ke tandas dahulu, untuk mententeramkan diri dan memperbetul penampilan. Sewaktu Dijah sedang dalam perjalanan ke tandas, entah bagaimana, Dijah tergelincir dan terjelapuk jatuh. Cuainya!! Kalau ada abah, pasti dia dibebel lagi. Dijah bingkas bangun, segan pula kalau ada sesiapa yang terlihat kejadian tadi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 10:30


BAB 6
Fazlan mendengus kasar. Sesekali dia tersenyum. Puas hatinya. Pergi juga akhirnya doktor wanita ini. Kelakar betul, boleh tahan sehari saja? Nampak sangat lemah. Benda-benda kecil macam ni pun nak menangis. Siap mengadu kat abang aku pulak tu. Entah apa-apalah perangai. Muka saja cantik, tapi perangai hodoh betul. Rasanya mungkin sampai seminggu jugaklah doktor tu menangis.
Tapi. Aku bukannya buat benda-benda jahat sangat pun. Setakat buat-buat tidur semasa dirawat, buang ubat atas katil, tumpahkan pencuci luka, meludah, buat-buat muka garang, menengking tak tentu pasal biasalah tu. Siapa lagi agaknya mangsa selepas ini? Doktor-doktor perempuan di sini memang hanya untuk dipermainkan saja. Penyabar konon! Baru dua minggu dia ditempatkan di sini, hampir enam orang doktor wanita telah menjaganya. Itupun, paling lama bertahan selama empat hari. Perempuan semuanya sama saja. Buat apa bertolak ansur dengan mereka?
Ah, pengalaman cinta sememangnya membuatkan dia jadi begini. Kenapa mereka tidak pernah setia? Fazlan percaya hanya statusnya sebagai ahli perniagaan yang dikejar oleh semua wanita. Tiada yang pernah menyayanginya sepenuh hati. Baginya wanita yang mencari cinta suci telah lama pupus dan takkan wujud lagi di dunia ini. Dan Fazlan akan terus selama-lamanya menjadi seorang lelaki yang hanya tahu memainkan perasaan wanita, menyusahkan wanita dan membuatkan wanita serik dengannya. Menjadi lelaki yang tidak akan percaya tentang wujudnya cinta suci. Tidak akan…..

______________________________________________________________________


“ TUGASAN doktor untuk minggu ni ialah merawat seorang mangsa kemalangan yang patah riuk dan pecah tempurungnya. Dia baru saja selesai dibedah. Cuma saya nak awak ingat, dia tu anak someone, faham.
Awak cuma perlu jaga dia dalam tempoh sementara saja sebelum dia dipindahkan ke wad lain. Itu saja. Saya harap awak dapat buat tugas ni sebaik mungkin. Menjaga pesakit saja, bukannya membedah pun. Tak susahkan?” ringkas saja tugasan yang diberikan oleh Doktor Rosnah kepadaku sebelum dia berlalu pergi tanpa sedikit pun senyuman.
“ Em, sebelum saya terlupa, manis-maniskanlah muka dengan Medical Officer di jabatan ni. Jangan takut, mereka semua doktor macam kita, cuma mereka dah berkhidmat dua atau tiga tahun lebih lama dari awak,”
Aku mengangguk-angguk kecil. Tugasku telah bermula. Entah apalah nasibku mendapat ketua Jabatan yang tidak mesra. Paling-paling pun bertanyalah sikit pasal diri aku, takpun kenalkanlah diri. Bukannya mengambil masa berjam-jam pun untuk semua itu. Tawar hatiku kerana senyumanku kepadanya tidak berbalas tadi. Kenapa semuanya berperangai begini. Aku meminta bantuan jururawat bertugas untuk mengambilkan dokumen pesakit tersebut untukku.

Bilik nombor 104? Patah riuk? Gerun jugak aku dengar, kemalangan sampai pecah tempurung? Tempurung apa. Aku pun satu, kenapalah tadi aku tak menilik sepenuhnya fail peribadi pesakitku yang seorang ini. Kalau pecah tempurung kepala, memang kronik sangatlah tu.Aku membuka pintu bernombor 104 itu, terdengar esak tangis dari dalam bilik.
    “ Hei, doktor! Kenapa lewat sangat buat pemeriksaan ni? Anak saya ni kena dijaga rapi. Kalau apa-apa berlaku, awak tahulah apa padahnya!”
Seorang wanita mejerit-jerit ke arahku. Aku beristighfar di dalam hati. Masuk-masuk saja ke bilik, diherdik pula. Debaran di hati kian kencang. Ya Allah, apa pula dugaan untukku ini. Belum sempat aku bertindak, tiba-tiba pintu terkuak. Doktor Hakim datang dengan peluh-peluh yang memercik di dahi.
    “ Bonda, Kenapa bising-bising ni? Kan hospital ni, tempat awam. Baik bonda balik dulu. Tahulah kakitangan hospital ni menjaga Fazlan,” kata Doktor Hakim .
    “ Puan, Tuan sedang menunggu di luar. Tuan ada temujanji sebentar lagi. Puan nak balik dengan tuan atau dengan driver?”seorang jururawat menyampaikan pesanan.
    “ Saya balik dengan Tuan!”
Aku masih kaku berdiri. rasa kekok. rasa aneh. Bukannya aku tidak pernah menjalani latihan praktikal sewaktu belajar dahulu. Namun, perasaan ini terasa begitu asing di hatiku. Aku memandang wanita itu dan doktor Hakim bersilih ganti. Wajah Fazlan juga aku amati. Wajah-wajah yang amat baru dalam hidupku. Wajah yang pasti mencalit ribuan warna dalam kerjayaku. Pasti.
    “ Doktor Khadijah, jalankan tugas awak dengan baik,” kata Doktor Hakim sebelum berlalu pergi bersama wanita itu.
Aku ketepikan semua yang berlaku. Bekerja sebagai doktor tidak boleh bermain dengan perasaan dan emosi. Melanggar etika. Abah, Dijah tak mahu jadi doktor. Dijah tak suka apabila orang lain memperkecil-kecilkan Dijah. Aku memandang kiri dan kanan. Berseorangan lagi di bilik. Hanya bersama Fazlan yang lena di katil. Ingin dititiskan air mata. Dijah ! Kuatkan semangat, belajarlah untuk mencintai tugas yang mulia ini. Cabaran pasti datang untuk orang yang ingin berjaya, macam kata Doktor Hakim.
Sebenarnya,aku risau juga kalau pesakitku ini bangun dari lenanya. Pasti orangnya berlagak dan garang. Aku menyelak butir peribadi pesakitku, namanya Tengku Fazlan bin Tengku Azlan. Aku perhatikan pesakitku, hampir seluruh badannya berbungkus. Rupa-rupanya yang pecah itu tempurung lututnya. Aku tergelak dalam hati. Ah, saat hiba begini, mungkin ini cara yang paling baik untuk menghiburkan hatiku. Kalau setakat tempurung lutut, bukanlah teruk sangat.
Sewaktu aku sedang menilik pesakitku, Fazlan terbangun dari lenanya. Aku menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Aku masih teringat skill yang pernah aku pelajari di universiti dulu tentang menggembirakan pesakit dengan menghadiahkan senyuman agar manis dipandang dan menyejukkan hati. Senyumanku dibalas jelingan tajam. Dia menjeling padaku? Sabar sajalah wahai hati. Wahai encik Fazlan, encik ingat saya senyum untuk encik ni dengan penuh rasa ikhlaskah? Kalau diikutkan hati, melihat muka encik yang macam hantu bungkus pun saya tak ingin. Huh~ kata itu tak dapat aku zahirkan. Tertanam di hati.
Aku bersyukur kerana kepalanya berbungkus dan bibirnya dijahit, kalau tidak entah macamana pula penyeksaan yang akan diberikan padaku. Mulutnya pasti lancang. Tapi, bukankah semua orang yang sakit mempunyai emosi yang kurang tenteram? Tak mengapa, akan aku kutip banyak pengalaman untuk mendepani pesakit-pesakit seperti dia. Aku menjalankan pemeriksaan seadanya, tapi hatiku cukup tidak tenteram. Manakan tidak, pandangan matanya bagaikan menyimpan satu dendam yang sukar dimengertikan. Buat apa nak berdendam pula? Bukannya aku ada membuat salah kepadanya. Kenal pun tidak lagi. Ah, perasaan saja mungkin. Aku memujuk hati sendiri.


welcome to my blog: http://hazwanimohddah.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 00:34


salam..asif:) novel ni saffa dah rombak keseluruhannya, maka setakat ini sajalah~doakan saffa dapat menulis karya yang dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca.nak kena belajar dari kang abik ni:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143746 saat. Lajunya....