Oleh |
Mufti minta stesen tv hentikan program reality hiburan |
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 24-04-07 08:21
KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan. Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing. “Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara. “Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak. Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral. Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai. “Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak. “Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan. “Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya. “Malangnya, kebanyakan program realiti diketengahkan stesen televisyen tempatan hari ini tidak sihat kerana lebih membawa kepada maksiat, kelalaian terhadap Tuhan, agama dan diri sendiri,” katanya.
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 24-04-07 09:16
assalamualaikum.. ana setuju sangat..langsung tidak membawa kepada kebaikan tapi keburukan yang lebih..maka jika keburukan yang lebih berbanding kebaikan maka lebih baik hentikan sahaja..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-04-07 09:17
Ibarat menuang ayo ke daun keladi...
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 24-04-07 09:44
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 24-04-07 09:57
Terutama rancangan GangStarz yagn bodoh itu... Bann saja...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 24-04-07 09:59
Pada 24-04-07 09:57 , izzul_islam posting:!!! QUOTE !!! Terutama rancangan GangStarz yagn bodoh itu... Bann saja... banyak rancangan yang ba, wau, dal, wau, ha..... dah tak tau lagi dah, kerajaan tak sedar2 ke ni lah antara punca banyak berlaku jenayah...
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 24-04-07 10:26
Pada 24-04-07 09:57 , izzul_islam posting:!!! QUOTE !!! Terutama rancangan GangStarz yagn bodoh itu... Bann saja... bukan gang starz saja.. "do you think you can dance" pun ban juga, apa lagi.. ana tak setuju betul cerita-cerita yang menayangkan kecantikan dan tubuh wanita. Malaysia's Most Beautiful dll (kalau ada lagi) ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME [ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 24-04-07 10:28 ]
|
mzaidi
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.12.2005 Ahli No: 21549
Posting: 28
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-04-07 10:45
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 24-04-07 10:59
Dah berlambak-lambak program realiti kat tv.. dan berlambak-lambak jugaklah muda-mudi yang lupa,leka & alpa tentang tanggungjawab masing-masing...
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 24-04-07 11:00
itulah tanda-tanda hampirnya hari kehancuran...kemungkaran berleluasa....
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 24-04-07 11:04
salam program realiti ni medatangkan pulangan wang yang cukup banyak kepada penganjurnya, selagi boleh masuk duit, selagi tu mereka akan buat tanpa mempedulikan kesan dan pengaruhnya terhadap masyarakat dan negara.. rasa kalau pejabat mereka kena bom pun mereka still buat lagi.... inilah jarum2 halus fundamentalis barat untuk menghancurkan umat Islam.. takbir Allahuakbar 3X
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 24-04-07 12:09
assalamualaikum... !!! QUOTE !!! Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing.
“Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara.
“Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya. bagi ana dr. 'fitnah akhir zaman' ni tak layak bercakap soal ni kerana gambar dia duduk sekali dengan KJ di Machap sudah jelas mengambarkan pendirian dia dalam soal ni.... dia nak 4.9 juta rakyat yang tak daftar sebagai pengundi ni daftar dan mengundi untuk 'Dacing Karat'... :-|
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 24-04-07 13:30
salam... saya setuju sangat-sangat... tapi mungkinkah akan berlaku??? erm...pkr...pkr... tapi harap sangat lah semua rancangan begitu diberhentikan...
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 24-04-07 14:13
ana sOKONg 100%... hapuskan semua program realiti yang entah apa lah... kecuali AKADEMI AL QURAN.. hehe..
banyakkan program berbentuk keagamaan...  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 24-04-07 14:14 ]
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 24-04-07 14:24
pengaruh yahudi (dimurkai Allah) dan nasora (sesat). habis mana prinsip pertama IslaM hADHARI kEIMANAN DAN KETAQWAAN, ATAU iSLAM hADHARI WUJUD SEBAB NAK PILIHANRAYA saja, GUNA MESEJ iSLAM. Perlaksanaan prinsip pertama tu yang perlu dibanyakkan aktiviti di media massa, baru nampak kesungguhan nak buat/jalankan prinsip pertama KEIMANAN dan KETAQWAAN Iman tu ialah keyakinan kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitabullah/AlQuran, hari akhirat, Qada' dan Qadar. Taqwa-sifat yang ada dalam Taqwa ialah ,amanah, rajin, bertanggungjawab, malu,berani,sabar,kuat usaha, senang cerita sifat mahmudah, itulah takqwa atau makna lain bagi taqwa, buat apa yang Allah perintah tinggal apa yang Allah larang. habis selama ni berapa peratus aktiviti telah dilakukan untuk mencapai prinsip pertama Islam hadhari? dan berapa peratus telah dilakukan untuk tidak tercapainya prinsip Islam hadhari. program reality tv seperti akedemi fantasia tu nampak jelas melanggar syariat ,pergaulan bebas lelaki perempuan termasuk juga yang bertudung tetapi still menggalakkan remaja bergaul bebas. muga Allah ampun kan dosa kita yang lalu.
|
izad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu
|
Posting pada: 24-04-07 14:51
ingin menyatakan sokongan.... kebanyakkan yang menyatakan sokongan adalah dari kalangan yang sememangnya tak tengok dan tak menyukai program itu..... apa pula pendapat individu2 yang tak pernah "miss" dengan program seumpama itu..... inilah cabaran kita.... kerajaan boleh untuk mengharamkan program seumpama itu, tapi agak sukar untuk meredakan keinginan kelompok yang selalu menonton rancangan seperti itu...... usaha kita.... teruskan dakwah...... disamping wujudkan undang2.... berjalan seiring....an
|
arezy
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching
|
Posting pada: 24-04-07 15:24
sokong sangat-sangat lah akademi realiti hiburan ni dihentikan...
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 24-04-07 15:35
bagi ana dr. 'fitnah akhir zaman' ni tak layak bercakap soal ni kerana gambar dia duduk sekali dengan KJ di Machap sudah jelas mengambarkan pendirian dia dalam soal ni.... dia nak 4.9 juta rakyat yang tak daftar sebagai pengundi ni daftar dan mengundi untuk 'Dacing Karat'... :-| ish3.....bang imam...bang imam...tak habis2 dia ni....jangan abang imam sendiri yang menfitnah org lain sudah petikan daripada http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com MUFTI PERLIS KEMPEN BN ? Ustaz ! Mufti Perlis berkempen untuk BN di Machap Melaka ! ... begitulah ayat yang agak memeranjatkan saya dari seorang yang saya pun tidak begitu mengenalinya . Spontan saya menjawab : " Saya tak percaya ! " . Beliau lantas menunjukkan saya satu gambar bagaimana Dr. Asri bersama beberapa pimpinan UMNO seperti Najib dan Khairy dalam satu majlis. Setelah saya mengamati gambar yang mungkin diambil dari keratan akhbar , memanglah saya dapati itu gambar Dr. Asri. Tetapi tidak bermakna gambar itu memberi maksud Dr. Asri turun berkempen untuk BN. Saya tidak mengetahui bagaimana Dr. Asri boleh berada dalam majlis tersebut dan apa tujuannya. Kemungkinan saya boleh menghubunginya selepas ini. Tetapi hati kecil saya tidak boleh menerima tanggapan sedemikian. Sekurang - kurangnya beliau adalah seorang yang berilmu dan beliau tahu apa yang beliau lakukan . Secara umumnya , gambar tersebut memanglah meninggalkan seribu satu persoalan . Tanpa sebarang urusan , tak mungkin Dr. Asri boleh berada dalam satu majlis dengan Najib dan Khairy . Namun begitu , saya cukup yakin bahawa kehadhiran Dr. Asri bukanlah untuk berkempen bagi pihak BN. Saya juga berharap agar sahabat - sahabat tidak cepat melatah dan membuat tanggapan yang melulu . Barangkali kedudukan beliau sebagai Mufti yang membawa beliau sampai ke majlis tersebut dan tidak pula menunjukkan beliau membaca doa selamat untuk BN atau sebagainya. Maka tidak adil membuat sebarang spekulasi mengenai Dr. Asri hanya dari gambar seperti itu. Saya percaya , Dr. Asri akan terus berperanan sebagai seorang yang tidak berpihak kepada mana - mana parti politik dalam keadaan beliau sebagai Mufti Kerajaan Negeri. Berada dalam majlis UMNO tidak bermakna beliau sudah masuk UMNO atau berkempen bagi pihak UMNO. Saya berharap agar Dr. Asri lebih berhati - hati dalam meniti hidup sebagai seorang Mufti agar tidak diperalat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan dan agenda yang tidak baik terhadap agama . Ilmu yang dimiliki oleh beliau insyaallah akan memandu gerak langkahnya dan sebagai seorang sahabat , saya senantiasa berdoa agar beliau terus dipelihara oleh Allah swt. dan kita semua terus dikurniakan kekuatan untuk membina ummah agar menjadi ummah yang berdaulat dan bermaruah bersama kalimah Allah swt. Buat sahabat semua , renungilah satu firman daripada Allah swt. agar ia dapat memandu cara kita bertindak : يا يها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهدآء بالقسط و لا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون Wahai orang - orang yang beriman ! Hendaklah kamu tegak kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Janganlah kamu terpengaruh kerana kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. Surah al - Maaidah : 8 posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 1:01:00 AM ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 24-04-07 16:44
kulidakwah...majlis tu majlis apa?... kalau majlis kerajaan....tak ada masalah...ana pun faham sebab ana pun kerja di jabatan agama... tapi ini majlis kempen UMNO/BN di machap....dr. 'fitnah akhir zaman' ni datang atas kapasiti apa?...jawablah sheikh...jawablah... p/s : nanti ana sambung...ana nak jadi imam asar ini...
|
Sumayyah_tercinta
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26800
Posting: 19
Dari: Kelate and Sabah
|
Posting pada: 24-04-07 16:48
 .... fuh!! memang dasyat tu!! ana setuju 100%... kita minta sangat-sangat pihak2 tertentu mainkan peranan... Macam DR asri cakap,tak salah nak berhibur tapi biarlah kearah kebaikan dan tak melalaikan... Tolonglah hentikan rancangan2 yang melalaikan tu... Kita tak nak bila dan kena baru nak insaf!!
|
aishgurlz
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2007 Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai
|
Posting pada: 24-04-07 16:53
sangatlah bagus sekiranya program realiti dihentikan serta-merta..banyak kesan ngtif daripada progrm ni terutamanya kepada golongan remaja...
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 24-04-07 16:58
bukan remaja saja...semua golongan...dari yang baru branak sampai ke tuo...
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 24-04-07 17:13
Cayuk.... ana sokong sangat-sangat... (Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan.) bagus mufti2..... kalau boleh kita paksa dalam masa 24 jam stop.... termasuk astro sekali...  takbir !!!!
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 24-04-07 17:20
Pada 24-04-07 08:21 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat sehingga lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan. Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara ini sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab masing-masing.
“Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara.
“Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.
Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral.
Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen bukan budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita di khalayak ramai.
“Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai pencapaian lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan lepak.
“Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai murni dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan hiburan berlebihan.
“Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya.
“Malangnya, kebanyakan program realiti diketengahkan stesen televisyen tempatan hari ini tidak sihat kerana lebih membawa kepada maksiat, kelalaian terhadap Tuhan, agama dan diri sendiri,” katanya. Adakah kata-kata najib ini sebagai satu 'pancing' untuk pangkah dacing??? bini dia anjur 'program maksiat' dia tak halang???  setahu ana gesaan ini sejak dari mufti dato ishak bahrom lagi... Kenapa baru sekarang baru nak bsuara bapak kdua umno???? ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
hanis_syuhada
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-04-07 17:23
setuju..ana sangat setuju
|
hanis_syuhada
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-04-07 17:28
dah lama dah...baru nak sedar tapi tak buat-buat juga.erm..apa nak kata..
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 24-04-07 18:47
tentang ustaz nasruddin tantowi...ana rasa musykil sangat, atas dasar apa dia sokong dr. 'fitnah akhir zaman' ni?...dia tu tak tau ke yang serban yang dia lilit pun jadi bahan fitnah dr. 'fitnah akhir zaman' ni?... tapi ana sokong sangat-sangat pendapat dato' Mufti Perak kerana dr. 'murabbi akhir zaman' ni adalah mufti Tuanku Sultan dan mufti rakyat. MB pun tak berjaya jatuhkan beliau hingga terpaksalah pulak MB merapati beliau dan ini terbukti ketika Konvensyen Komuniti Hadhari pgkt nasional akhir tahun lepas. Dato' Hj, Tamyes?...maaf cakap pada orang2 Selangor, dia ni rubber stamp saja...selagi tak bercanggah dengan kata-kata Wak Joyo, kira oklah... bukti?...beliau tak terdaya menghalang JAIS 'melanggar' masjid-masjid dan surau-surau. zaman mantan Mufti Dato' Ishak Baharom dulu, tak berani JAIS buat macam tu malah Dato' Nahrawi(mantan pengarah JAIS) selalu berbincang dengan Dato' Mufti dalam hal ehwal pentadbiran Islam. yang baik dari Allah yang kurang dari ana. wa Allahu A'lam Bis Sawab.  [ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 26-04-07 00:25 ]
|
dan_ia
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2006 Ahli No: 27630
Posting: 35
Dari: merantau mencari ilmu
|
Posting pada: 24-04-07 21:06
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-04-07 22:01
sejak Islam hadhari diperkenalkan, majlis fatwa masih ada kuasa ke? pengharaman sureheboh, diikuti dengan jomheboh, kongsi raya, bukan ke semua mufti sepakat? tapi apa kata Pak Lah al-Hadhari lepas tu?...??? "Itu bukan fatwa, hanya pendapat mufti saja..." nampak gayanya dalam kes ni pun sama juga agaknya, sebab program realiti ni dah jadi darah daging rakyat Malaysia, dia takkan berani sekat punya, nanti kalau rakyat marah, susah nak menang... ini hanya penilaian saya, tiada kaitan dengan sesiapa atau mana-mana parti politik wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 24-04-07 22:08
salam...... setuju sangat hentikan saja rancangan realiti ini...dah lah remaja sekarang banyak terdedah dengan masalah sosial,tambah lagi dengan rancangan-rancangan yang melalaikan ini...hmmm..apa nak jdla dengan masyarakat kita sekarang... =(
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 25-04-07 01:09
sebab tu lah sekarang ni mals nak buka tv..citer2nyer tak apa-apa entah
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 25-04-07 01:24
ya betul...apa yang mustahilnya?kalau kat bersunguh2 tak sokong dan seditkit perhatian dr phak berkuasa...ana yakn keaadaan bisa berubah....tengoklah semua rancngn ni siapa yang sokong? melayu lah jugak...sapa melayu?kitala kan????
|
syabab_mujahid
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt
|
Posting pada: 25-04-07 01:35
Pada 24-04-07 08:21 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! KUALA
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.
Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral.M kalau kerajaan memandang serius Kenapa tak diharamkan program ni..haramkan saja.. ----------------- " sesungguhnya ALLAH m'berikn dunia kepada org yang mencintai dan tidak m'cintai. tetapi ALLAH tidak memberikan iman kecuali kepada org yang menyukai"
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 25-04-07 01:43
Boleh tengoklah.. ada perubahan ke tak.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
graduanislam22
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.01.2007 Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang
|
Posting pada: 25-04-07 06:18
nice
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 25-04-07 09:57
mm,benda ni dah lama diperkatakan..tapi tak ada kesan pun..mm,entahlah..
|
cucu
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.07.2004 Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah
|
Posting pada: 25-04-07 11:59
memang kena berhenti terus dan jangan siarkan lagi benda-benda mengarut ni. langsung tak ada faedah,
|
Qibas
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2006 Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang
|
Posting pada: 25-04-07 12:17
Pada 25-04-07 01:35 , syabab_mujahid posting:!!! QUOTE !!! Pada 24-04-07 08:21 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! KUALA
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.
Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika atau moral.M
kalau kerajaan memandang serius Kenapa tak diharamkan program ni..haramkan saja..
alamak.... apa sangatle nilai pandangan mufti di kacamata kerajaan kita ni. yang penting income masyuk. -----------------
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 25-04-07 14:07
Umi sokong kenyataan SS Mufti itu. Lagipun penat saja Kementerian Pendidikan memberi pelajaran tetapi Kementerian Penerangan menggalakan yang sebaliknya. Kesiankan kan kan .... alahai .... Malaysia oh tanah airku! Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 00:22
assalamualaikum... !!! QUOTE !!! Umi sokong kenyataan SS Mufti itu. Lagipun penat saja Kementerian Pendidikan memberi pelajaran tetapi Kementerian Penerangan menggalakan yang sebaliknya. Kesiankan kan kan .... alahai ....
Malaysia oh tanah airku!
Wallahuta'ala a'lam bissawab
SS mufti yang mana satu ummi?....dr. 'fitnah akhir zaman' ke atau dr. 'murabbi akhir zaman'?....
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 26-04-07 12:29
Pada 24-04-07 18:47 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! tentang ustaz nasruddin tantowi...ana rasa musykil sangat, atas dasar apa dia sokong dr. 'fitnah akhir zaman' ni?
yang baik dari Allah yang kurang dari ana. wa Allahu A'lam Bis Sawab.  aii...dengan Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat pun enta sangsi ke???  tok guru haji hadi pun tak bising, abang imam pula melebih..patutnya kena contohi pimpinan...ustaz nasaruddin bukan budak hingusan,dia memang ada ilmu...  ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 12:33
ana sangsi kerana dr. 'fitnah akhir zaman' ni kutuk serban yang dia lilit tu, kata bukan sunnah Nabi... baik enta dengar kuliyah Sheikh al-Jufri tentang Rasulullah s.a.w..
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 26-04-07 13:08
Pada 26-04-07 12:33 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! ana sangsi kerana dr. 'fitnah akhir zaman' ni kutuk serban yang dia lilit tu, kata bukan sunnah Nabi...
baik enta dengar kuliyah Sheikh al-Jufri tentang Rasulullah s.a.w..  alhamdulillah ni komen ana...Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di dalam isu serban tiga pelajar: "Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah.Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam,maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki" Berlaku perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam dewasa ini dalam menentukan status serban. Adakah ia merupakan sunnah tasyri`iyyah atau sunnah jibiliyyah. Sunnah Tasyri`yyah bermaksud pemakaian serban nabi adalah suatu yang dituntut dari sudut syara`. Sunnah Jibiliyyah bermaksud pemakaian serban nabi itu adalah kerana adat pemakaian orang Arab. Pandangan kedua ini nampaknya dipersetujui oleh Dr. Asri Tapi hakikatnya, ia merupakan perkara yang masih lagi menjadi khilaf(perbezaan pendapan dikalangan ulama’). Kaedah Fekah menyatakan “jangan diingkari perkara yang menjadi khilaf(perbezaan pendapat), tetapi diingkari perkara yang telah disepakati”. Sesungguhnya hendaklah difahami bahawa setiap apa yang dilakukan oleh nabi s.a.w jauh sekali dilakukannya dengan dorongan hawa nafsunya. Semua tindakan yang dilakukan oleh baginda s.a.w adalah dijaga oleh Allah s.w.t daripada sebarang kesilapan. Justeru, sama ada ianya merupakan sunnah Jibilliyah atau sunnah mutaba’ah, ia tetap juga merupakan sunnah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang berniat untuk mengikuti sunnah nabi s.a.w walaupun dalam cara berpakaian, berjalan, berumah tangga dan bergaul bersama isterinya. Tidak hairanlah, kerana kasih dan sayangnya Ibn Umar .a kepada nabi s.a.w, beliau seboleh-bolehnya akan mengikut setiap sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w hatta dalam sekecil-kecil perkara sekalipun. Hendaklah diperhatikan bahawa secara amnya sunnah nabi s.a.w terbahagi kepada dua seperti mana yang dita’rifkan oleh Al-Allamah Shaami sebagai (i) Sunnanul Huda dan (ii) Sunnanuz- Zawaid. Sunnanul Huda: Secara ringkasnya, sunnanul huda ialah sunnah-sunnah yang menyempurnakan ibadat-ibadat agama yang tetap diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan selepasnya para khulafa ar-Rasyidin tanpa ditinggalkan. Sunnah seperti ini mendekati wajib dan seorang yang mengabaikannya secara amnya telah dianggap sebagai menyimpang. Meninggalkannya dianggap makruh dan berdosa misalnya seperti azan, iqamat, dan solat berjamaah. Sunnanuz- Zawaid: Sunnanuz Zawaid ialah sunnah-sunnah yang mana nabi s.a.w begitu memperhatikannya dan jarang-jarang sekali nabi s.a.w meninggalkannya. Perbezaan sunnah ini dengan sunnah az-Zawaid ialah sunnah ini tidak merupakan suatu penyempurnaan ibadat dan upacara agama dan bukanlah merupakan syiar agama. Justeru perbezaan yang sedikit ini maka meninggalkannya tidaklah dianggap makruh dan berdosa. Contoh-contoh Sunnanuz- Zawaid ialah seperti cara berpakaian Nabi s.a.w, panjangnya Qiam baginda di dalam solat, begitu juga qiraatnya di dalam solat dan lamanya ruku’ serta sujudnya. Dalam hal ini, Syeikhul Hadis Maulana Fazlur Rahman Azmi menyatakan bahawa meniru walaupun cara berpakaian Rasulullah s.a.w adalah sunnah dan menjadi punca kebaikan dan rahmat. Sebaliknya meninggalkannya tidaklah dianggap makruh dan menyeleweng. Beliau juga menuqilkan pendapat Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya Kandahlawi yang menulis di dalam Syamaail Tirmizi dengan mengatakan bahawa: “Memakai serban adalah sunnah mustamirrah (sentiasa dilakukan oleh rasulullah s.a.w)”. (Serban, Kopiah Gamis Menurut Cahaya Sunnah dan Amalan para Sahabat dan Tabiin oleh Syeikhul Hadis Maulana Fazlur Rahman Azmi) Hukum memakai serban menurut hadis nabi s.a.w: Terlalu banyak hadis shahih dan dhaif yang menunjukkan bahawa nabi s.a.w memakai serban dan jarang-jarang sekali meninggalkannya. Ana akan menyenaraikan beberapa hadis sahaja berkaitan dengan perkara ini. Hadis-hadis itu adalah seperti berikut: عن أبي سلمة عن جعفر بن عمرو عن أبيه قال رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يمسح على عمامته “Aku telah melihat nabi s.a.w menyapu ke atas serbannya” (Hadis riwayat Bukhori, no. 202) ثنا يحيى بن عبد الحميد ثنا عبد الله بن المبارك عن سعيد الجريري عن أبي نضرة عن أبي سعيد قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استجد ثوبا سماه باسمه قميص أو عمامة أو رداء يقول اللهم لك الحمد أنت كسوتنيه أسألك من خيره وخير ما صنع له وأعوذ بك من شره وشر ما صنع له Sayyidina Abu Said al-Khudri .a meriwayatkan: “Menjadi amalan nabi s.a.w. bahawa bilamana sahaja baginda memakai pakaian baru, pertamanya baginda akan memberi nama kepadanya gamis atau serban atau jubah. Kemudian baginda akan berdoa: Ya Allah. Aku bersyukur kepadaMu di atas pakaian ini yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang mana ia dibuatkan. Aku berlindung daripadaMu daripada yang haram daripadanya dan kejahatan yang diciptakan daripadaNya” (Diriwayatkan di dalam Tirmizi, m.s 306 dan beliau mengatakan hadis ini sebagai Hasan. Di dalam Mustadrak, m.s 192, Hakim menshahihkannya mengikut syarat Muslim serta disokong oleh az-Zahabi) أن رسول الله صلى الله عليه وسلم دخل يوم الفتح وعليه عمامة سوداء “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memasuki hari pembukaan(Mekkah) dengan memakai serban hitam” (Daripada Jabir yang diriwayatkan oleh An-Nasai di dalam Sunan An-Nasaai al-Kubra, no. 9757) أن رسول الله صلى الله عليه وسلم دخل يوم فتح مكة وعليه عمامة سوداء بغير إحرام “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memasuki hari pembukaan Mekkah dengan memakai serban hitam tanpa berihram” (Daripada Jabir .a di dalam Sunan An-Nasaai al-Kubra, no. 9755) حدثنا الحميدي قال ثنا سفيان قال ثنا مساور الوراق قال أخبرني جعفر بن عمرو بن حريث المخزومي عن أبيه قال: رأيت على رأس رسول الله صلى الله عليه وسلم عمامة سوداء يوم فتح مكة “Aku melihat di atas kepada Rasulullah s.a.w serban hitam pada hari pembukaan kota Mekkah” (Musnad Humaidi, no. 566) Sunnah ini dapat disokong dengan amalan-amalan para sahabat .anhum mengenai pemakaian serban: 1. Di dalam Fathul Bari, Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa para sahabat .a akan melakukan sujud dengan cara di mana tangan-tangannya di antara pakaian mereka. Sesetengahnya akan bersujud di atas kopiah dan serbannya. Di dalam 8 jilid Musannaf Ibn Abi Syaibah disebut dengan banyaknya mengenai Sahabat .a dan Tabi’in .alaihim dengan serban. Justeru, ana menyebutkan beberapa sahaja dan untuk pengetahuan lanjut, boleh lihat sendiri di dalam kitab tersebut: 2. Periwayat berkata bahawa beliau melihat Sayyidina Ali .a memakai serban hitam, yang ekornya berjuntai ke belakang. (Ibn Abi Syaibah, Jilid 8, m.s 234) 3. Di dalam suatu riwayat disebutkan bahawa pada hari kesyahidan Sayyidina Uthman .a, Sayyidina Ali .a memakai serban hitam. (Jilid 8, m.s 234) 4. Sayyidina Abdul Rahman berserban hitam (Jilid 8, m.s 236 dan 237) 5. Sayyidina Abu Darda’ .a berserban hitam (ibid) 6. Sayyidina Zaid bin Thasib dilihat memakai kain sarung, cadar (pakaian membalut badan) dan serban (jilid 8, m.s 241) Hukum memakai serban menurut kaca mata Usul Fiqh: Secara ringkasnya bolehlah dijawab, bahawa keseluruhan af’al (perbuatan) nabi s.a.w terbahagi kepada 7 kategori. Sebagaimana yang dibahaskan dalam Ilmu Usul Fiqh . 1) Perbuatan yang merupakan Haajisus Nafsi dan gerakan kemaknusian, seperti gerak kerja anggota, gerakan tubuh (misalnya degupan jantung Rasulullah saw). Bahagian ini tidaklah termasuk dalam perkara "perintah mengikut" dan tidak termasuk dalam perkara larangan "menyalahinya"(tidak ikut) dan tiada dalam kategori ini uswah(contoh ikutan), tapi perkara-perkara yang ada dalam kategori ini memahamkan dan memberi faedah "Keharusan". 2)Perbuatan yang tidak bergantung dengan Ibadat dan nyata padanya adalah perkara Jibilliyyah atau tabiat, seperti berdiri, duduk makan, minum dan seumpamanya. Maka tiadalah pada perkara ini contoh dan tiada juga padanya ikutan . Tetapi disisi Jumhur ulamak perkara sebegini adalah menunjukkan "Keharusan". 3) Perbuatan yang diihtimalkan keluar dari kategori Jibilliyyah masuk kedalam ta'rifan "Tasyri'" (pensyari'atan) dengan sebab Muwazabah (berkekalan) nya nabi s.a.w terhadap sesuatu perbuatan yang dalam kategori kedua tadi, atas wajah yang maklum, atau satu-satu cara yang khusus misalnya makan, minum, pakaian ,tidur. Maka kategori ini adalah darjatnya rendah daripada kategori Al-Qurbah (iaitu semata-mata diri sesuatu perbuatan tersebut adalah dikatakan Ibadat misalnya perbuatan baca al-Quran dan Solat dan lain-lain) dan lebih tinggi dari kategori perkara–perkara perbuatan yang nyata terbitnya daripada "Al-Jiblliyyah" semata-mata sebagaimana yang berada dalam tahap kedua. Pada kategori ini Terdapat dua Qaul yang dinaqalkan daripada Imam Syafie .a dan mereka yang sependapat dengan beliau tanpa tarjih. Pertama: Kembali (dimasukkan) kedalam kategori asalnya yaitu "Ghairu Tasyri'" . Kedua: Dirujukkan kepada kategori yang zohir yaitu "Tasyri'". As-Syaukani berkata: "yang Rajih (muktamad) adalah qaul yang kedua". Al Ustaz Abu Ishak (seorang pakar usul fiqh) telah menghikayatkan daripada kebanyakan Muhaddisin adalah perbuatan tersebut hukumnya "Mandub" iaitu sunat (jika diikuti/dibuat). Sudah tentulah pentarjihan ini didasarkan salah satunya kerana terdapat perbezaan diantara kategori perbuatan yang kedua dan ketiga. Yang mana perbezaan yang jelas dengan adanya "Muwazabah" nabi s.a.w. Oleh yang demikian, perhatikankan perkara ini dengan sebaik-baik pemerhatian. Adakah "Perbuatan" nabi s.a.w memakai serban dan menutup kepala termasuk dalam kategori pertama , kedua atau ketiga? Kalau dikatakan termasuk dalam jumlah yang pertama, maka jelaslah tak munasabahnya. Sebab pakai serban bukannya tabiat gerakan badan. Kerana tabiat manusia ini semuanya sama sama ada dari orang Cina, Hindu, Arab dan Melayu. Kalau dikatakan yang kedua, maka barangkali juga ada munasabah disatu sudut iaitu "Asal perbuatan" sebagaimana qaul yang pertama Imam Syafie. Tapi mesti diingat kedua-dua qaul tersebut hanyalah dinaqalkan sahaja dari Imam Syafie tanpa Tarjih. Setelah ditarjih nyatalah Ianya termasuk dalam Kategori ketiga iaitu: "Sesuatu perbuatan atau Sunnah yang di tasyri'kan". Dari itu, bilamana kita memahami keadaan ini, Serban merupakan suatu pemakaian yang menjadi "Muwazabah" pada nabi s.a.w, yang sabit dalam hadis-hadis yang Sahih dan Hasan seperti di atas yang mengisahkan nabi s.a.w telah memakainya secara Muwazabah (berkekalan), sama ada ketika Musafir atau hadir di Madinah yang mana boleh kita jumpai dalam mana-mana Kitab Hadis Muktabar termasuk Bukhari. Sekalipun misalnya mungkin dikatakan oleh mereka yang menolak pensyaria'tan Serban sebagai "Sunat" hanya semata-mata kerana ketiadaan hadis yang sahih yang menunjuk oleh madlul hadis tersebut kepada suatu tuntutan Sunat atau Wajib, atau hanya kerana ianya adalah suatu kebetulan adat arab, atau adat kemanusiaan. Maka berdasarkan Tarjih yang muktamad yang telah dibincangkan dalam Ilmu Usul Fikah : "SERBAN adalah "SUNAT"dan Sunnah yang Masyru'. Bukan mengada-ngadakan hukum dan bid'ah atau Harus". Lantaran itu boleh dijumpai di dalam mana-mana kitab Usul Fiqah satu Qaedah yang berbunyi: "Mudawamatu Nabiyyi Saw, tufiidu Afdholiyah". “Berkekalan Nabi saw mengerjakan sesuatu perkara itu memahamkan keafdhalanNya” (yang sudah tentu dimaksudkan dengannya Sunat/ mandub/ dan sebagainya daripada istilah yang semakna sunat. ) Sebagai catitan, Muwazabah dan mudawamah mempunyai satu makna iaitu Mengekalli sesuatu amalan dengan sekali-sekala ditinggalkan. Justeru, daripada pandangan ilmu usul fiqh, ia tidak bercanggah dengan pandangan para ulama hadis yang telah ana nyatakan di atas tadi bahawa ia merupakan sunnanuz- Zawaid yang mustamirrah. Ia dapat dikuatkan lagi dengan pendapat daripada al-Munaawi yang menyatakan bahawa nabi s.a.w kadangkala memakai kopiah tanpa serban jelas menunjukkan kepada amalan baginda yang biasa semasa di rumah. Beliau tidak berani keluar rumah tanpa serban. (Faidhul Qadir Jilid 5, m.s 247) Justeru, pada pendapat ana dalam hal ini Dr. Asri perlu adil dalam memberikan pendapat kerana ana bimbang pandangan beliau akan membawa masyarakat berpandangan serong terhadap bapa Meor AtiqulRahman dan juga peguamnya, Hanipa Maidin kerana membawa perkara ini ke Mahkamah. Kita harus melihat perkara ini dari dua sudut, pertama dari sudut kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 11, dan yang kedua dari kacamata Islam. Mereka tidak silap dari kacamata undang-undang kerana artikel 11 apa. Persekutuan telah memberikan kebebasan beragama kepada semua pihak. Dalam hal ini, yang dipertikaikan adalah ketidakadilan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada umat Islam. Mengapa pelajar signk tidak dibuang sekolah kerana memakai serbannya, tetapi umat Islam dilarang dan dibuang. Kalau dulu, pembaca berita wanita juga tidak dibenarkan memakai tudung, tetapi mengapa pembaca berita dunia signk TV1 itu dibenarkan memakai serban padahal itu juga menunjukkan identiti agama mereka? Begitu juga dengan polis. Tetapi ana bersetuju dengan Dr. Asri, mereka mungkin tersilap dari kacamata Islam. Memakainya atas landasan sunnah memang suatu amalan yang terpuji tetapi mereka harus mengimbanginya menurut pertimbangan Fiqhul Aulawiyyat. Kerana hukum Islam ini indah. Ia tidak memberatkan umatnya. Ia boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan suasana. Syeikhul Islam Ibn Taymiyyah berkata di dalam Majmu’ Fatawanya: “Sesuatu perbuatan, kadang kala disunnahkan untuk dilakukan dan kadang kala digalakkan untuk ditinggalkan mengikut kepada maslahah masing-masing berpandukan kepada dalil-dalil syara’. Seseorang digalakkan melakukan perbuatan sunnah kerana apabila ianya dilakukan juga, maka kerosakkan yang ditimbulkan akan lebih besar daripada kemaslahatan yang diperolehi…” (Fiqhul Aulawiyyat oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi) Tak perlulah rasa nak diperpanjangkan sehingga habis ketujuh kategori Af 'al nabi s.a.w untuk kita terangkan, sebab yang selebihnya memang dah maklum. Dan tak masuk dalam bahas kita yang dah berjela-sajalah ini. Sesiapa yang ingin mendalami pengetahuan berkenaan perkara ini, bolehlah merujuk: (1)Irsyadul Fuhul .. AS Syaukani, masa 35, (2)Syarah Kabir ala Waraqat masa 221, Tahkik Said Abd Aziz. atau lain-lain .. akhir sekali ana suka memetik sepotong ayat quran yang di nurkilkan dari USTAZ NASARUDDIN TANTAW Iيا يها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهدآء بالقسط و لا يجرمنكم شنئان قوم على ألا تعدلوا اعدلوا هو أقرب للتقوى و اتقوا الله إن الله خبير بما تعملون Wahai orang - orang yang beriman ! Hendaklah kamu tegak kerana Allah swt. , menjadi saksi dengan adil . Janganlah kamu terpengaruh kerana kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil . Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa dan takutlah kepada Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. ana meraikan pendapat,yang salah ana tetapi cakap salah,yang betul ana tetapi sokong,tapi tidak sampai menghina pendapat org lain,walaupun ana pernah berbeza pendapat dengan Dr. usthman al-muhammadi yang jelas pendapatnya ada yang batil,tapi ana tetapi hormat dia  ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 13:11
itu pandangan enta... maknanya enta menyokong pihak2 yang nak memperlekehkan Islam?... inilah kulidakwah....bukan pada Islam tapi pada Sisters In Islam dan yang sewaktunya dengannya....
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 13:13
lagi sekali ana tanya enta kulidakwah....dah dengar belum kuliyah sheikh al-Jufri tu?... enta ni kulidakwah 'fitnah akhir zaman'....maaf cakap...
|
aisha_maria
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.03.2007 Ahli No: 29327
Posting: 29
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh
|
Posting pada: 26-04-07 13:17
Pada 26-04-07 13:13 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! lagi sekali ana tanya enta kulidakwah....dah dengar belum kuliyah sheikh al-Jufri tu?...
enta ni kulidakwah 'fitnah akhir zaman'....maaf cakap... abang imam ni da baca belum tulisan kulidakwah tu sampai habis?? cakap main sedap mulut saja....sapo syeikh jufri tu??dari yaman ke? ----------------- ahlu sunnah wal jamaah
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 13:26
dengar dulu kuliyah sheikh al-jufri tu... ana dah baca habis dan ianya sangat-sangat bias...dan memang sokong Sisters In Islam... sahlah asri ni dr. 'fitnah akhir zaman'...
|
aisha_maria
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.03.2007 Ahli No: 29327
Posting: 29
Dari: MaDiNaH MuNaWwArAh
|
Posting pada: 26-04-07 13:30
Pada 26-04-07 13:26 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! dengar dulu kuliyah sheikh al-jufri tu...
ana dah baca habis dan ianya sangat-sangat bias...dan memang sokong Sisters In Islam...
sahlah asri ni dr. 'fitnah akhir zaman'... yang mana pula ayat dia yang sangat bias2 dengan SIS??? ----------------- ahlu sunnah wal jamaah
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 26-04-07 13:40
enti baca balik statement asri tu... mafhum dia memang bias pada SIS... atau enta memang bias pada SIS sahlah Wahabi=SIS patutlah umat Islam meluat tengok Saudi Arabia...memang tak layak Saudi Arabia jaga Haramain... PULANGKAN HARAMAIN PADA UMAT ISLAM!!!
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 26-04-07 13:55
kalau program realiti cari menantu..
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 26-04-07 13:56
Hentikan program yang tidak membawa manfaat dan melalaikan... Kalau program mencari menantu saya sokong ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 26-04-07 16:39
 ... Itulah program realiti...realiti kehidupan manusia di Malaysia pada hari ni...
|
nagibphg
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.04.2007 Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah
|
Posting pada: 26-04-07 16:44
memang kena henti kan benda macam tu...
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 26-04-07 20:23
ana setujut sangat-sangat...rimas tengok rancangan realiti sekarang ni...terlalu banyak...sedih ana tengok peserta2 ni kebanyakannya nampat tidak bermoral..tanpa segan silu menari dengan aksi2 yang ganas....cukuplah hentikanlah semua ni...tak sanggup tengok generasi yang begini lagi... ----------------- TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....
|
Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA Menyertai: 15.03.2006 Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester
|
Posting pada: 26-04-07 21:04
Pada 26-04-07 00:22 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
!!! QUOTE !!! Umi sokong kenyataan SS Mufti itu. Lagipun penat saja Kementerian Pendidikan memberi pelajaran tetapi Kementerian Penerangan menggalakan yang sebaliknya. Kesiankan kan kan .... alahai ....
Malaysia oh tanah airku!
Wallahuta'ala a'lam bissawab
SS mufti yang mana satu ummi?....dr. 'fitnah akhir zaman' ke atau dr. 'murabbi akhir zaman'?....  SS Mufti Perak ada doktor falsafah ke?  ----------------- عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف
|
Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA Menyertai: 15.03.2006 Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester
|
Posting pada: 26-04-07 21:32
Pada 24-04-07 18:47 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! tentang ustaz nasruddin tantowi...ana rasa musykil sangat, atas dasar apa dia sokong dr. 'fitnah akhir zaman' ni?...dia tu tak tau ke yang serban yang dia lilit pun jadi bahan fitnah dr. 'fitnah akhir zaman' ni?...
tapi ana sokong sangat-sangat pendapat dato' Mufti Perak kerana dr. 'murabbi akhir zaman' ni adalah mufti Tuanku Sultan dan mufti rakyat. MB pun tak berjaya jatuhkan beliau hingga terpaksalah pulak MB merapati beliau dan ini terbukti ketika Konvensyen Komuniti Hadhari pgkt nasional akhir tahun lepas.
Dato' Hj, Tamyes?...maaf cakap pada orang2 Selangor, dia ni rubber stamp saja...selagi tak bercanggah dengan kata-kata Wak Joyo, kira oklah...
Kalau macam tu, macamana dengan Mufti Negeri Sembilan ye? i really want to know his produce as the muslim's representative in Malaysian media. ----------------- عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-04-07 21:40
Pada 26-04-07 21:04 , Abu_Ruqayyah posting:!!! QUOTE !!! SS Mufti Perak ada doktor falsafah ke? 
ilmu seseorang mufti itu dinilai berdasarkan doktor falsafah ke? kalau macam tu, Dr. Mashitah jauh lebih hebat dari Dr. Asri lagi, pencapaian akademik dia lebih tinggi dari Dr. Asri kan? bila mufti kesayangan diperlekeh, "kita" perlekehkan pula mufti lain ye? hebatnya "kita" ni... wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA Menyertai: 15.03.2006 Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester
|
Posting pada: 26-04-07 22:01
Pada 26-04-07 21:40 , ibnu_musa posting:memang benar tahap keilmuan seseorang mufti itu tidak boleh dinilai dengan tinggi rendah kelulusannya dan tak ada kaitan dengan kenyataan saya...cuma nak cakap saja yang fakta adalah fakta, yang ada doktor bolehlah letak gelaran tu sebab memang betul dia ada, kalau yang tak ada, boleh ke letak? kalau letak juga ikut fakta ke atau buat-buat fakta? siapa yang perlekehkan mufti lain? kalau perlekehkan tak letak punya SS(sahibus samahah). ----------------- عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف
|