Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 7 hari yang lalu
wyd1014: 15 hari yang lalu
haykal77: 23 hari yang lalu
Kakngah: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jenis-jenis air mata


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jenis-jenis air mata

Please Mendaftar To Post


Oleh Jenis-jenis air mata

albinanji_10
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 333
Posting: 26
Dari: Negeri Bertuah

Perak  


posticon Posting pada: 18-05-03 22:18


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)
? Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan
sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya
dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah
sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu
di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan
meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
? Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
? "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan
di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
? Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat
takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah
Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa
ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya.
? Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air
mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
? Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.
? Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
? Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
? Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.
? Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.
? Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki
itu adalah pemberian Tuhan.


Dari itu??..
? Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari
persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda
? "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di
waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga
pasukan fi sabillah di waktu malam."
? "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di
hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
? "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
? Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
? 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
? 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil
datang mencabut nyawanya.
? 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
? Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
? ?.kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
From : the gravediggers anonymous & those beautiful houris
? Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
?
? "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
? Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
? Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
? ?..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

? ???.sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

-----------------
-eratkan Ukhuwah,gerakkan Islah-salurkan tautan ukhwah menerusi persahabatan yg tulus ikhlas agar ia mampu menjadi pendukung kepada keteguhan iman dan keterbukaan fikiran


Bookmark and Share

    


  Member Information For albinanji_10Profil   Hantar PM kepada albinanji_10   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-07 21:22


MasyaAllah, betapa hebatnya kebesaran Allah, air mata kita sememangnya cukup tidak ternilai di sisiNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

farah_humaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31651
Posting: 55
Dari: kedah

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-11-07 21:41


hmmm byknye jenis air mata...:grin:

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_humairaProfil   Hantar PM kepada farah_humaira   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-07 22:08


sedih juga boleh tak dapat ngis begitu...ngis dalam hati j mampu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-11-07 01:07


jangan macam ni ye :cry:
ni meraung namanya... :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 03:14


masyaAllah.....
rasa nak nangis lah pulak:cry:menginsafpi dosa nan lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 03:57


airmata yang terhasil bila masuk habuk...
sakit mata jadinya.. kasihan mata....

muga kita semua tidak di dalam kumpulan yang ke-8 sampai 10

p/s: jazakumullah khairan artikel ni..


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 12-11-07 04:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 13:31


Pada 12-11-07 01:07 , hudahasnan posting:

!!! QUOTE !!!

jangan macam ni ye :cry:
ni meraung namanya... :sopan:


:malu: :sopan:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-11-07 13:38


Assalamualaikum
jangan menangis..bertenanglah....
dalam dakapan kau tenang dan lena....

P/S : airmata ini untuk apa....wahai diriku.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 13:47


Pada 12-11-07 13:38 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
jangan menangis..bertenanglah....
dalam dakapan kau tenang dan lena....

P/S : airmata ini untuk apa....wahai diriku.....



sapulah air mata yang membasahi...
kerana luka yang menghiris...
biarkan ia mengalir..
kerana merintih mengalun keinsafan...

::Nuranys::


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-11-07 14:10


Pada 12-11-07 13:38 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
jangan menangis..bertenanglah....
dalam dakapan kau tenang dan lena....

P/S : airmata ini untuk apa....wahai diriku.....



lirik tu best... :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

dy_hearty
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30734
Posting: 57
Dari: perak

canada  


posticon Posting pada: 13-11-07 02:50


huk..huk..huk...nak nanges...windu kat family...uhuk...:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For dy_heartyProfil   Hantar PM kepada dy_hearty   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 13-11-07 03:47


jangan bazirkan airmata untuk perkara yang tak sepatutnya,udah lerrr...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 13-11-07 11:21


Pada 13-11-07 03:47 , asroal posting:

!!! QUOTE !!!

jangan bazirkan airmata untuk perkara yang tak sepatutnya,udah lerrr...:-)


mungkin kerana tak nampak macam membazir agaknya....
kalau air...kena bayar bil....
elektri pun sama...
kalau airmata...huhu.....seandainya airmata ni pun kena dibayar..nescaya kita tak akan gunakan ia untuk perkara yang sia².... :jangan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-07 15:36


kalau air mata pun kena bayar jugak...
bayar dengan rasa kesyukuran....

tapi, nak kena topap dengan air balik...
nanti keluar garam saja.. airnya tak ada...
erkkk... ada ke ek cantu...? :berfikir::berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-11-07 15:41


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Kecuali yang ke 10, yang lain betul..ada jugak ye org menangis sebab berpura2.
Menangis menginsafi diri sendiri setelah memikirkan kesalah yang dibuat..
menagis sebab buat org susah hati..masalah diri sendiri:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 14-11-07 09:39


Pada 13-11-07 11:21 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-11-07 03:47 , asroal posting:

!!! QUOTE !!!

jangan bazirkan airmata untuk perkara yang tak sepatutnya,udah lerrr...:-)


mungkin kerana tak nampak macam membazir agaknya....
kalau air...kena bayar bil....
elektri pun sama...
kalau airmata...huhu.....seandainya airmata ni pun kena dibayar..nescaya kita tak akan gunakan ia untuk perkara yang sia².... :jangan:



uihhh Kalau kena bayar bil,memang tak nanges lah... :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 16:03


betapa agungnya kuasa Allah yang menciptakan sekalian alam termasuk air mata yang dapat memberi pelbagai makna apabila ia keluar dari mata.. subhanallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 09:26


Pada 13-11-07 15:41 , Iman_Hayati posting:

!!! QUOTE !!!

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Kecuali yang ke 10, yang lain betul..ada jugak ye org menangis sebab berpura2.
Menangis menginsafi diri sendiri setelah memikirkan kesalah yang dibuat..
menagis sebab buat org susah hati..masalah diri sendiri:-(


ada agaknya.. macam pelakon2 yang menghayati lakonannya tu.. menangis pura-pura lah tu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 09:28


Pada 04-12-07 16:03 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

betapa agungnya kuasa Allah yang menciptakan sekalian alam termasuk air mata yang dapat memberi pelbagai makna apabila ia keluar dari mata.. subhanallah..


dengan air mata juga,segala-galanya dapat diluahkan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 15:19


Pada 03-11-09 09:28 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-12-07 16:03 , Aezza posting:

!!! QUOTE !!!

betapa agungnya kuasa Allah yang menciptakan sekalian alam termasuk air mata yang dapat memberi pelbagai makna apabila ia keluar dari mata.. subhanallah..


dengan air mata juga,segala-galanya dapat diluahkan..



setuju2..rasa puas sangat..kadang-kadang melalui kata-kata tak dapat diluahkan..hanya air mata yang mampu berbicara..


-----------------
masih ku di dalam pencarian abadi..yang belum pasti kutemui jika mendamba cinta selain Illahi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-09 23:08


dengan air mata juga,segala-galanya dapat diluahkan..
betul-betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 02:31


itu hanyalah pendapat manusia...bukan hal yang mutlak benar...

masih banyak jenis2 air mata yang tak dimasukkan beliau..
salah satunya

"air mata yang keluar sebab dipukul mak"


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 16:35


hahaha... ini sebab menagis tak reti nak diam...
macam mana nak diam.. pun kena juga...
melalak saja... buat perangai...
sampai tersedu-sedu.... pun kena jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-11-09 19:58


Pada 04-11-09 02:31 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

itu hanyalah pendapat manusia...bukan hal yang mutlak benar...

masih banyak jenis2 air mata yang tak dimasukkan beliau..
salah satunya

"air mata yang keluar sebab dipukul mak"



hahahaha saya pernah kena situasi ini .....dulu zaman kanak-kanak degil sangat.... :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 00:12


ni kenangan indah ni..dipukul mak hingga jatuh airmata bercucuran macam air mata doraemon...

mak kata.."diam tak..diam tak..?"semakin takut..semakin kuat menangis..semakin pulak lah kena pukul..

hingga ulama2 pun tak sempat nak buat dan teliti jenis air mata yang 1 ni...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 00:13


ni kenangan indah ni..dipukul mak hingga jatuh airmata bercucuran macam air mata doraemon...

mak kata.."diam tak..diam tak..?"semakin takut..semakin kuat menangis..semakin pulak lah kena pukul..

hingga ulama2 pun tak sempat nak buat dan teliti jenis air mata yang 1 ni...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124401 saat. Lajunya....